Iklan Leaderboard

Rabu, 2 Ogos 2017

3 Lindungi maruah orang tersayang di media sosial

Pernah suatu ketika dalam fasa hidup aku ketika aku masih guna identiti sebenar, aku suka tulis macam-macam di media sosial.

Suka luahkan perasaan.
Suka bagi komen merapu.
Suka bergosip mengutuk orang kat post viral.
Suka troll orang.
Suka buat provokasi.
Suka jadi batu api.
Suka cetuskan perbalahan.
Suka tengok orang triggered.
Suka makan popcorn tengok orang lain bergaduh.
Suka kutuk orang yang aku sendiri tak kenal.
Rasa gembira bila jadi popular dan mula dikenali ramai.

Namun sampai satu tahap, aku berhenti lalu alter ego ini mengambil alih. Malah aku terpaksa menjadi lebih berhati-hati apabila mahu menulis sesuatu di media sosial.

Kenapa?


Kerana semakin banyak hati untuk dijaga.
Kerana semakin banyak maruah yang perlu dijaga.
Kerana semakin ramai orang yang keselamatannya perlu dilindungi.

Dulu masa tak ramai kawan dalam senarai kawan media sosial, rasa bebas nak tulis apa-apa, pasal awek ke, pasal cinta ke, pasal politik ke, pasal artis ke, nak kutuk siapa-siapa pun takde siapa peduli. Bila kawan media sosial dah semakin ramai termasuk adik beradik sepupu sepapat, malah ibu bapa pun ada, maka aku dah tak boleh jadi 'budak nakal' di media sosial demi menjaga hati dan maruah mereka.

Dulu masa tengah bujang takde awek, tunang atau isteri, bolehlah luahkan macam-macam pasal orang perempuan, merungut pasal perangai buruk orang perempuan, bercerita tentang wanita idaman, pantang nampak gambar profile awek dahi licin mula la komen berbunga-bunga nak mengayat dan sebagainya. Tapi bila dah ada awek, tunang atau isteri, malah dah ada anak dah pun, maka tak boleh dah nak meluahkan hal-hal tersebut secara terbuka demi menjaga hati, maruah dan keselamatan mereka.

Ini aku selalu perhatikan ada orang lelaki pakai gambar profile dengan anak bini, tapi komen lucah kat Facebook, menggatal kat akaun Facebook perempuan lain. Tak malu ke kalau isteri atau anak kau baca? Kau tak rasa ke perbuatan kau telah menjatuhkan maruah isteri kau?

Ada yang mulut puaka kuat mencarut berbahasa kesat maki hamun kutuk orang tak ingat dunia dalam media sosial, sedang dalam senarai kawan dia ada ibu bapa, suami isteri dan ahli keluarganya. Agak-agak kalau mak bapak, suami isteri atau anak-anak kau baca apa yang kau tulis, mereka akan rasa gembira dan berbangga ke?

Ada lelaki atau perempuan yang asyik merungut, bercerita keburukan dan memandang rendah pada kaum berlainan jantina betapa itu tak kena ini tak kena itu tak betul ini tak betul, sedang dia sudah pun berpasangan dengan orang berlawanan jantina. Kau nak mengadu pasal mereka ke sebenarnya? Kalau pasangan kau baca status kau tu tak rasa ke mereka mungkin akan berkecil hati? Ke pasangan kau tu kaum sejenis?

Ada pula perempuan yang asyik tag nama pakwe atau suami kat artikel pasal keburukan suami kat page Kisah Rumah Tangga. Bagus ke membuka peluang kepada orang lain membuat tanggapan yang perangai suami/pakwe kau buruk?

Tidak kurang juga jenis yang suka kutuk maki hamun orang, buat provokasi, cari musuh, tambah haters, cari masalah. Kau tak tahu ke yang kau bukan sahaja buat masalah untuk diri kau sendiri, malah menimbulkan ancaman pada orang-orang yang terdekat dengan kau, termasuk orang yang kau sayang. Malah silah hari bulan pekerjaan atau perniagaan kau pun boleh terjejas.

Kau kena faham ramai netizen ni bukan jenis bijak pandai pun, yang jenis sangap viral sakit otak takde life yang masanya banyak dilaburkan dengan menyibuk hal orang lain di media sosial. Mereka tak puas hati dengan kau, mereka akan bantai dan tibai kau cukup-cukup. Tak cukup dengan itu, mereka cari akaun media sosial awek/isteri kau dan ancam keselamatan mereka. Kau ada anak perempuan mereka kacau pula dengan hantar gambar-gambar lucah.

Apabila pasangan dan anak kau tak tahan lalu tutup akaun, mereka cari pula akaun media sosial mak bapak kau lalu ugut mereka. Lagi teruk mereka guna gambar kau dan ahli keluarga kau untuk buat akaun media sosial palsu dan buat benda tak baik. Memang kita takde niat nak libatkan orang yang terdekat dengan kita dengan masalah yang kita cetuskan di media sosial, tapi netizen bangang ni tak berfikir begitu, mereka bukan peduli pun.

Sebab tu sebelum menulis apa-apa di media sosial, fikirlah adakah ia akan memberi kesan kepada pasangan kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, orang yang tedekat dengan kita. Elakkan dari memberi imej buruk kepada mereka. Jaga hati, maruah dan keselamatan orang yang kita sayang. Yang paling penting, cubalah elak dari mencari masalah di media sosial dengan orang yang kita tak kenal pun, kerana mungkin sampai satu tahap ia boleh mengancam dan membahayakan kehidupan kita dan juga orang yang kita sayang.

Serius, ia tak berbaloi pun.

Tapi kalau kau nak juga lantang bersuara, nak kutuk orang, nak tulis pandangan yang boleh menimbulkan kontroversi dan provokasi, nak jadi selebriti media sosial dengan tulisan-tulisan kau yang panas tu, nasihat aku kau pisahkanlah dunia media sosial kau dengan kehidupan sebenar kau.

Jangan dedahkan siapa ahli keluarga kau, jangan letak gambar mereka, jangan tambah ahli keluarga kau dalam senarai keluarga atau kawan, jangan tulis biodata lengkap tentang diri kau seperti pekerjaan kau, majikan kau, tempat kerja kau dan sebagainya. Jangan sampai privasi kau dan privasi orang terdekat kau akhirnya dicabuli oleh netizen yang langsung takde kaitan dengan hidup kita.

Kerana akhirnya, menjaga dan melindungi orang yang kita sayang sebenarnya adalah jauh lebih penting daripada menjaga dan melindungi ego kita di media sosial.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: orang tersayang suami isteri pakwe makwe ibu bapa anak pelindung lindungi jaga ancaman media sosial cabul privasi keselamatan

3 ulasan:

  1. erkkkk deep gila O.O huhuhu TT^TT

    tapi dalam banyak-banyak... paling tak suka laki or perempuan tapi dah berumah tangga or ada someone special dalam hidup, komen lucah2 dekat komen public or secara privasi.. TT^TT

    eerrrmmmm errmmm yg kutuk lain jantina tu.. ermmmm.. no komen :P ahahhahahaha.. merujuk kepada majoriti.. bukan semua :P (nak jugak back up) huhuhu.. ok bye XD

    BalasPadam
  2. Setuju sangat. Just keep down to earth & be low profile je

    Jom Ketahui Punca Hb Rendah Semasa Mengandung

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...