Selasa, 26 Februari 2013

132 Ulasan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13

Pagi tadi semasa berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat, mereka telah melancarkan "Manifesto Pakatan Rakyat" untuk Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk manifesto lengkap atau "Buku Jingga" boleh download di sini.


Antara point2 utama dalam manifesto mereka seperti yang boleh dirujuk di Berita Semasa Part 1 & Part 2 adalah seperti berikut:
  1. Harga Minyak Turun.
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
  3. Tarif Air Turun.
  4. Hapus Tol.
  5. Hapus Monopoli.
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik.
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.

Berikut adalah sedikit sebanyak pandangan dan ulasan aku mengenai manifesto Pakatan Rakyat ini:
  • Langsung tak jumpa perkataan bulan dan bintang.
  • Benda yang kat dalam manifesto itu kebanyakannya berkaitan isu2 yang pernah dibangkitkan sejak dulu dan perkara2 yang memang dekat dengan semua orang seperti minyak, tol, kereta, saman, pendidikan, perumahan, pendapatan, Lynas, pemandu teksi dan sebagainya.
  • Apa yang ditawarkan rasa kalau betul2 dilaksanakan sukar ditolak dan dibantah oleh semua rakyat tak kira la ko tu penyokong PR atau BN. Harga minyak turun, siapa tak suka? Lalu highway tak payah kena tol, siapa yang tak nak? Turun harga kereta, ada ke orang sanggup bayar harga sekarang kalau harga kereta dah murah?
  • Tawaran memang macam2, tapi bagaimana pula dengan pelaksanaannya? Tawar macam2 tapi tak ke akan menjejaskan ekonomi negara?

    Kerajaan telah peruntukkan RM2.6 billion untuk BR1M pada tahun 2012 sahaja, untuk tahun 2013 ni pula diperuntukkan RM3 billion. Ada orang mempersoal kerajaan belanja duit banyak2 untuk BR1M ni ekonomi tak jatuh ke? Walau hutang negara mencecah lebih RM547 billion, tapi aku percaya ekonomi takkan jatuh dan negara takkan muflis kerana Tun Mahathir, DS Ahmad Husni dan Tun Daim sendiri dah cakap yang hutang masih terkawal dan kerajaan masih mampu bayar.

    Dalam kerajaan pula macam aku dah cakap sebelum ini, yang mentadbir negara kita bukan calang2 orang, pasti ramai pakar2 ekonomi dan kewangan yang bijak pandai yang belajar kat oversea yang menjadi tulang belakang kewangan negara, pasti mereka fikirkan benda2 tu. Kita sebagai rakyat marhaen tak payah dok sibuk2 sangat mana diorang nak cekau duit, mana diorang nak labur duit, cam mana diorang nak bayar hutang, taulah mereka nak urus macam mana. Diorang pun pasti takkan biarkan ekonomi negara jatuh dan negara bankrup, bukan?

    Sama juga dengan tawaran dari PR, diorang dah buat manifesto dan nak tak nak mereka kena tunaikan manifesto tu kalau berjaya tawan Putrajaya. Macam mana diorang nak laksanakan, kita sebagai rakyat marhaen tak payah pening2kan kepala sangat, pandai2 la diorang. Diorang pun ramai pakar ekonomi di belakang mereka, takkan mereka pun nak gadaikan negara. Cuma mungkin bila dah turun harga minyak, BR1M diorang dah tak boleh bagi. Tol dimansuhkan, tapi cukai smartphone naik. Benda2 macam tu mungkinlah akan berlaku untuk imbangkan balik ekonomi.
  • "Manifesto bukan suatu perjanjian" - TS Khalid Ibrahim.

    Menteri Besar Selangor itu pernah mengeluarkan kenyataan tersebut berkaitan penduduk2 Selangor yang tinggal di pangsapuri dan kondominium masih belum menikmati subsidi air 20 meter padu percuma bagi atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal. Namun dia cakap mereka dah tunai 30 janji manifesto untuk negeri Selangor.

    So adakah manifesto buku Jingga PR ini bukan suatu perjanjian? Bagi aku mana2 manifesto adalah tawaran dan janji mana2 pihak sekiranya mereka menang pilihanraya, tapi macam biasalah, manusia hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Masalah mungkin akan berlaku, seperti contoh turunkan tarif elektrik, tapi mungkin akan hadapi masalah dengan TNB dan IPP. Nak turunkan harga minyak, mungkin akan ada masalah dengan Petronas. Nak mansuhkan tol, mungkin akan berdepan isu dengan semua pemegang syarikat konsesi lebuhraya. Tapi walau macam mana pun, sama ada ia akhirnya akan berjaya atau tidak, rakyat sendiri yang akan nilai.

    BN menjadikan "Janji Ditepati" sebagai slogan sempena Hari Kemerdekaan tahun lepas sebagai simbolik yang mereka telah menunaikan semua janji2 manifesto mereka. Akan tetapi adakah mereka benar2 telah menunaikan manifesto mereka untuk PRU12 dahulu? BR1M, TR1MA, KR1M, K1R1M, BL1M dan lain2 bantuan tu bukanlah janji mereka di PRU12 dahulu, kerana ianya semua idea DS Najib Razak selepas mengambil alih kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang menerajui BN dalam PRU12. Manifesto BN untuk PRU12 semua dirangka mengikut acuan Pak Lah, tapi bila Ah Jib Gor ambil alih, kebanyakan yang dia laksanakan semua adalah idea dia bukannya dari idea Pak Lah. Boleh baca lagi di sini aku pernah tulis dahulu - "Janji Pilihanraya sudahkah ditepati?"

    Islam Hadhari, pernah dengar lagi ke DS Najib sebut? Dan ia terkandung dalam PRU12 BN. Aku faham kalau ada beberapa manifesto yang tak dapat ditunaikan disebabkan oleh faktor2 tertentu, tapi kenapa harus canang2 satu negara seolah2 mereka dah menepati semua janji?
  • Akhir sekali, benda yang aku nak cari dalam manifesto ini adalah berkaitan kaum, agama dan bahasa.

    Melayu - perkataan ini disebut langsung di dalam manifesto tersebut.

    Cina & India - berkaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/India. Tak kira sama ada PR atau BN menang, nampaknya tiada siapa yang dapat merealisasikan impian aku untuk mansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan dan hanya wujudkan satu jenis Sekolah Kebangsaan sahaja seperti yang aku pernah tulis di sini:
    "Pakatan Rakyat menghargai sumbangan sekolah agama rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJK), sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh yang sama-sama membangunkan sistem pendidikan nasional.   

    Pakatan Rakyat akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) atau UEC bagi tujuan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi dan menerimapakai kelayakan bagi tujuan permohonan kerja."
    Orang Asli - berkaitan orang Asli @ orang Asal:
    Pakatan Rakyat akan menitikberatkan hak tanah dan kebajikan Orang Asli. Kebebasan akan dipulangkan kepada Orang Asli untuk mencorakkan kehidupan masyarakat dengan memberi mereka kuasa ke atas tanah mereka.

    Jaminan Pakatan Rakyat untuk membela kebajikan Orang Asli:

    - 141,000 hektar tanah Orang Asli dipelihara dan dipulangkan keputusannya kepada Orang Asli.

    - Bekalan air bersih dan elektrik akan disempurnakan di kesemua 852 penempatan Orang Asli.

    - 5,000 biasiswa pendidikan setiap tahun diberikan kepada anak-anak Orang Asli.
    Islam - masih mengekalkan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan hak2 di dalam Perlembagaan:
    "Pakatan Rakyat menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai peranan besar ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia pelbagai kaum, melalui semangat saling hormat menghormati dan faham memahami. Masyarakat Malaysia yang berasaskan penghayatan Islam dan amalan beragama bakal melahirkan rakyat yang berakhlak, berintegriti dan tekun berusaha."
    Juga berkaitan Reformasi Institusi Islam dan Keagamaan:
    Pengurusan institusi Islam dikuatkan dengan peruntukan yang lebih tinggi (sepertimeningkatnya peruntukan untuk Jabatan Agama Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat).

    Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat.

    Meningkatkan imej institusi Islam di mata rakyat terbanyak dengan membebaskannya dari manipulasi politik.

    Sasaran meningkatkan jumlah dana Tabung Haji menjadi dua kali ganda dari dana sekarang dalam tempoh sepuluh tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.

    Menjamin hak kebebasan beragama dan mengamalkan istiadat keagamaan kepada
    penganut agama lain seperti yang dijamin Perlembagaan.
    Setakat ini tiada lagi aku jumpa perkara berkaitan hudud, membenarkan kebebasan beragama untuk orang Melayu serta memperjuangkan hak LGBT.

    Bahasa Malaysia -  Bahasa Malaysia @ Bahasa Melayu masih kekal dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, cuma tidak dinyatakan akan menggunakan BM atau BI sebagai bahasa pengantar di sekolah2.
    Pakatan Rakyat mengangkat kegiatan budaya yang berteraskan nilai sejagat dan kehidupan beragama, memperkukuhkan organisasi dan tali kemasyarakatan, menjulang kemuliaan ilmu, mendokong perkembangan bahasa dan menggalakkan pertumbuhan pelbagai cabang kesenian.

    Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara yang menjamin pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia.

Itu sahaja antara sedikit ulasan yang aku boleh buat berdasarkan manifesto PR ini. Setakat ni aku nampak PR ada advantage sikit sebab keluarkan manifesto lebih awal dari BN, sebab nanti kalau dalam manifesto BN ada benda yang lebih kurang sama pasti ada orang cakap BN tiru manifesto PR.

So adakah manifesto PR ini yang terbaik? Buat masa ini, pilihan dan perbandingan masih belum boleh dibuat kerana BN masih lagi keluarkan manifesto mereka untuk PRU13 ini. Maka kena tunggu dulu ia keluar barulah kita boleh compare dan masa tu buat pilihan mana yang lebih baik untuk masa depan rakyat.

Tapi aku percaya, andai BN keluarkan manifesto mereka nanti pun, tawaran dan janji yang mereka buat juga pasti untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. Takde sapa pun yang akan keluarkan manifesto untuk menekan rakyat dan menghancurkan negara. Dan mana2 parti yang memerintah pun, aku percaya mereka pasti akan buat yang terbaik untuk rakyat mereka, cuma sikap segelintir pemimpin yang membuatkan kita agak annoying.


Dan di sini aku nak jelaskan adakah aku ini seorang penentang kerajaan BN? Tidak, tak semua benda aku kondem, cuma sesetengah benda yang secara jelasnya dan obvious terserlah kebangangangnya maka haruslah aku kondem. Seperti contoh BR1M, aku tak pernah pun nak kondem kerajaan nak bagi RM500 ke RM1000 ke pada rakyat, mereka rasa mereka mampu nak bagi, so baguslah kerajaan nak bagi bantuan kewangan kepada rakyat.


Kalau mereka nak bagi kat aku, aku pun nak ambik. Walau DS Najib cakap "Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain. Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan", tapi yelah kira lebih bagus la daripada takde langsung.


Cuma yang mungkin boleh dikondem sedikit adalah cara dan kaedah pemberian bantuan itu. Nak kena buat majlis2 penyerahan dulu, nak kena dengar wakil rakyat/wakil BN berucap dulu, penerima BR1M kena datang sendiri ambik baucer, lepas tu nak kena pergi bank lagi tebus baucer. Rata2 penerima BR1M ni adalah dari golongan berpendapatan rendah, so kadang2 transport pergi sana sini pun menjadi masalah bagi mereka. Kenapa tak guna kaedah yang lebih mudah, terus bank-in ke dalam akaun mereka, hantar terus baucer melalui pos atau mereka boleh buat tuntutan terus di pejabat pos ke tanpa perlu kumpulkan orang ramai2 kat dalam sebuah majlis. Tu yang Tok Guru Nik Aziz umpamakan panggil orang berkumpul ramai2 untuk bagi duit tu kaedahnya macam nak bagi haiwan makan.


Aku lebih suka kaedah pemberian rebat tunai disebabkan kenaikan harga minyak masa tahun 2008/2009, kerajaan bagi subsidi RM625 kepada pemilik kereta dan RM150 kepada kenderaan motor, hanya perlu bawak dokumen dan pergi tebus kat pejabat pos, dah dapat duit boleh terus renew road tax dan insuran jalanraya. Tapi yelah masa tu cara Pak Lah, mungkin cara Najib lain. 

Apa2 pun antara manifesto PR dengan manifesto Parti Otak Bersatu ni, mana lagi best?




tags: manifesto rakyat pakatan harapan pr pas dap pkr ulasan pandangan komen pru13 pilihanraya 13 2013 konvensyen kandungan dowload muat turun pdf dokumen bukan janji tawaran khalid ibrahim isu air percuma selangor meter pukal kaum bangsa melayu cina india asli asal agama islam bahasa malaysia kebangsaan sekolah jenis kebangsaan bantuan br1m baucer tebus bank cara kaedah talian helpdesk mohon majlis penyerahan nik aziz kata penerima umpama bagi makan haiwan binatang lembu rebat tunai minyak road tax cukai jalan 2008 bn barisan nasional pak lah 

132 ulasan:

  1. hope bn boleh keluar manifesto yang lebih bagus dari pr. taknaklah letak nilai kami sebulan rm41.60.

    har har har

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup lar tu memang utk belanja dapur dari kedai 1Malaysia... :)

      Duit BN bagi sila lar undi BN.. E

      Eh bukan duit kerajaan Malaysia ke? LHDN kutip duit orang BN. Jer bagi kat BR1M?

      Jadi apasal Najib kempen macam duit tu BN punya ?

      Padam
    2. ok la tu najib letak nilai korg rm41.60.kalau nik ajis dia letak nilai korg sbg haiwan je

      har har har

      Padam
    3. Pendidikan percuma? Rasanya kemasukan ke ipta akan menjadi lebih sengit. Tiada sistem kuota kaum dan bakal menyaksikan leboh ramai kaum cina akan berada di IPTA. Kaum Bumiputera mungkin akan ke IPTS. Yang kaya bertambah senang, yang miskin terus tertekan.. Ptptn pun dah takdak.. pinjam ngan along je la.. interest 18% setahun!

      Padam
    4. sistem kuota? ko hidup zaman bila senah?

      har har har

      Padam
    5. bodoh. yang letak taraf korang macam haiwan tu najib lar. kumpul ramai ramai pastu tabur rm41.60

      har har har

      Padam
    6. mecha..ko tu hidup tamadun mane???
      kt ipta malaysia megamalkn sistem kuota tuk bumiputera & non bumiputera bhai..

      Padam
    7. Pelik orang Malaysia nak bagi pendidikan percuma tak mau..
      Nak bayar pulak mereka konon kaya banyak duit..

      Bila PIBG mintak sumbangan haram jadah nak bagi
      sumbangan/yuran RM 20 setahun pun soal siasat PIBG punya pembelanjaan macam dia sumbang duit RM 20 Juta..

      Pelik betul mentaliti orang sekarang..

      Padam
    8. bai non yang tanya aku hidup tamadun mana? ko yang hidup tamadun mana non? sistem kuota da lama tun mahathir idola umat melayu buang la dol. sistem meritokrasi perna dengar?

      har har har

      Padam
    9. Sistem merit perkara kdua ditimbang slps kuota bhai. Tulh msin robot cam budak hingusan tp kalau berpolitik gebang je lbh

      Padam
    10. Betul tu, kuota masih diguna pakai... kalau tak, jangan harap ramai pelajar bumiputera dapat 2nd class lower kat universiti.. kalau ikut merit, yang dapat kesan kaum India, ramai kandas tak dapat sambung belejar..

      Padam
    11. ipta mana yg pakai kuota? uitm ker? sorila. aku tak kenal kuota kuota ketuanan. aku zaman meritokrasi tun mahathir.

      ni sekor lagi anon, u mana bagi grade ikut kuota? kalau camtu baik tak payah exam. har har har

      Padam
    12. Smua u pakai kuota barbiesamdoll

      Padam
    13. bodo mecha.kau mesti tak masuk U ni.memang ikut kouta la ngok.pensyarah kau tak pernah cakap ke?kau tak tau ke memang ada kouta untuk pelajar melayu,cina dan india?negara mana punya maklumat kau pakai ni?.kau tak tau ke kalau takde kouta,sikit je melayu yang boleh masuk U jika ikut keptusan peperiksaan?biar betul kau ni..blaja mana dulu?

      Padam
    14. kalau bab politik, mecha la org 1st komen. terbaik la YB.. kekeke

      betul la tu..de sistem kuota. ko tgk kat matrik cukup ler. sistem merit pn pakai jugak, tp kuota come first.

      cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saja...

      Padam
    15. ................................................_¸„„„„_
      ........................................„--~*'¯.......'\
      ..................................... („-~~--„¸_....,/ì'Ì
      ................................¸„-^"¯ : : : : :¸-¯"¯/'
      ........................¸„„-^"¯ : : : : : : : '\¸„„,-"
      **¯¯¯'^^~-„„„----~^*'"¯ : : : : : : : : : :¸-"
      .:.:.:.:.„-^" : : : : : : : : : : : : : : : : :„-"
      :.:.:.:.:.:.:.:.:.:.: : : : : : : : : : ¸„-^¯
      .::.:.:.:.:.:.:.:. : : : : : : : ¸„„-^¯
      :.' : : '\ : : : : : : : ;¸„„-~"¯
      :.:.:: :"-„""***/*'ì¸'¯
      :.': : : : :"-„ : : :"\
      .:.:.: : : : :" : : : : \,
      :.: : : : : : : : : : : : 'Ì
      : : : : : : :, : : : : :
      "-„_::::_„-*__„„~"

      Padam
    16. banyak sangat anon sampai aku tak kenal yang mana satu korang untuk aku refer.

      ok lah Tanpa Nama26 Februari 2013 5:53 PTG, memang pensyarah aku tak pernah bagi tahu ape ape pasal sistem kuota nih. dan disebabkan aku bodoh pasal kuota nih, apa kata ko bagi ko punya kontek or kontek pensyarah ko. senang aku nak direct tanya dia pasal sistem kuota di ipta sekarang. oh ya, apa nama ipta pensyarah ko?

      btw, ini sumber yang ko boleh baca pasal sistem merit yang diperkenal oleh Tun Mahathir.
      meritokrasi

      ini plak sumber yang mengakui sistem merit masih di guna pakai di ipta.
      PERKASA Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA


      ini plak penjelasan Tim. Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifudin Abdullah pasal sistem merit di IPTA.
      sistem meritokrasi tidak menggugat kemasukan pelajar bumiputera terutama Melayu ke IPTA

      So, u bleh bagi mana mana sumber tak yang sebut pasal kuota? i nak baca. tq

      Padam
    17. Menegakan benang yg dah putus tebakaq bau bacing kena taik. Lantakan ko lah lobot. Kouta mmg wuuuuuujuuuud, tp kan kah bodo dungupiaq kelajaan nak highlight bagi non bumi tau lg sakit hati. Ni pensyarah aku prof kat u mana2 lantak ko lah nk p telfon

      Padam
    18. Lol bagi link uitm, sah2 lah smua bumi masok...lps tu highlight ibrahim ali....kui kui kui, owh mecha anda memalukqn diri sendiri shj, har har har

      Padam
    19. Lol, kalau dah tak de point menyalak lah kejo nye! Facepalm der!

      Padam
    20. alahai sekor lagi anon sibuk nak mencelah. bagus ko baca dulu isi kandungan artikel utusan tu la.

      sebelum tu sumber kuota mana?

      har har har

      pui!

      Padam
    21. Lol baca utusan? Baik aku baca doremon, lg berfaedah! Cakap pro pr tapi suruh bc utusan, gila apa mung ni?

      Padam
    22. woi melayu otak bongsai!

      mana sumber kuota ko melayu otak bongsai?

      apa ko melalut bai.

      utusan tu sumber ko tau tak?

      har har har

      aku pro pr ker..aku pro cina ker..aku pro kristian ker..

      so ada masalah ker aku baca utusan?

      har har har

      mana sumber?

      Padam
    23. Lobot bontot tebakaq sudaaaa........jom gelak besar

      Padam
    24. logik mecha samdol:semua org cakap ada kuota,dia sorang cakap takde,,dia yg menang.

      lagi logik mecha samdol:100 kata ya,dia kata tidak.100 org bodoh,dia sorang pandai.

      logik mecha samdol ketiga: mintak org bagi nombor pensyarah kat U dulu,untuk contact sruh pensyarah buktikan ada kuota.

      lagi2 logik mecha samdol: anti kerajaan,tapi pembaca tegar utusan.

      Padam
    25. Berlambak sumber kat internet der, sila google sendiri, tun m pun cakap kouta bumi ke ipta tdk perlu dipertikaikan! Yg nak hapus tu anwar je rasanya tp blum tercapai lagi, anyway ko nak ke tengok kalau nanti tak da melayu langsung masuk ipta? Nak p swasta mana mampu. Bersyukur lah der

      Padam
    26. Mecha Kuota masih diguna la..

      Hanya pengajian tinggi je tau Anon ni tau la sebab kerja dia yang failedkan pelajar india dan cina yang tolong pelajar melayu masuk universiti.. lol..

      Kat paper tu Gimik ajer nak meraih simpati nak undi..
      Biasa la.. kan..

      Padam
    27. kah kah kah

      woi melayu otak bongsai, kalau seluruh orang kampung ko kata mahu kuota, tapi PM dr Mahathir kata meritokrasi, ko nak cakap apa?

      kalau semua penghuni pprt pantai dalam kata nak kuota, tapi Timb Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifudin kata meritokrasi ko nak kata apa?

      har har har

      melayu otak bongsai, mana sumber kuota ko?

      pui

      Padam
    28. ni apahal cita kuota2 masuk u ni,dlm manifesto pr mmg ada plan nk hapuskan kuota melayu ke?tp melayu mmg byk kuota,kuota masuk u,kuota kerja gomen,kuota beli rumah & mcm2 lg kuota... hiduo melayu!mecha dh murtad dr melayu,sila mohon jd cina

      Padam
    29. Tanpa Nama26 Februari 2013 11:30 PTG

      yang introduce sistem merit pun ko tak kenal, nampak sangat ko tak membaca tapi sibuk nak komen.

      Padam
    30. bro Tanpa Nama26 Februari 2013 11:34 PTG,

      aku just nak balas hujah melayu otak bongsai yang divert isu pendidikan percuma kepada masalah kuota.

      malangnya siapa yang hapus kuota dan siapa yang perkenal merit pun melayu otak bongsai ni tak kenal, i rest the case.


      Padam
    31. Dungupiaq jg ko ni lobot....kami tak kata tak da merit tapi kuota yg dipertimbangkan dulu, baru merit! Dua2 pun ada! Puas hati skang?

      Padam
    32. sabau2x...jgn ler hentam mecha ja. atleast dia de bg link. korg pon kene la bg link klo rase butthurt ngan dia kan, masalah ni takkan selesai.

      anyway,
      pkr - gila kuasa/pangkat
      bn - maksiat
      dap - udang disebalik mee
      pas - xde pendirian

      mana2 undi pon sama. Malaysia tanah airku

      cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saja...

      Padam
    33. Hidup anon selamanya

      Padam
    34. Dia blh google sndiri,.., link yg dia bg pun tak leh pakai. Uitm n ibrahim ali? Recipe for disaster

      Padam
    35. Jaga korang anon mecha dah merajuk menagis teresak- esak di bwh meja laptop sambil memeluk sekumpulan robot kesayangannya

      Padam
    36. Asalamualaikum...

      “Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

      “Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain,”

      “Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta… pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada kuota Bumiputera.”

      “Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan,”

      http://beritasemasa.com/kuota-bumiputera-tawaran-permohonan-kemasukan-ke-ipta

      Dulu aku belajar kat UMS, Sistem kouta memang diguna pakai. Kouta untuk Bumiputra Sabah, Bumiputera Sarawak, Pelajar semenanjung(Melayu), India dan Cina memang ada.

      Padam
    37. Kesian tngok si mechw kena bash dgn tentera anon hui hui hui

      Padam
    38. lol.. Korang gaduh pasal Merit & Kuota.. padahal korang tak tahu apadia Merit dan Kuota tu apa.. heh..

      Sila rujuk Dokumen ni dari Kerajaan

      Kalau malas baca mari tempek sikit..baca Mukasurat 10

      4. DASAR MERITOKRASI BAGI KEMASUKAN KE IPT
      Dasar meritokrasi telah diguna pakai sejak Sesi Akademik 2002/2003
      bagi kemasukan pelajar ke IPTA bagi menggantikan dasar kemasukan
      berasaskan prinsip kuota iaitu 55% Bumiputera, 35% Cina dan 10% India
      dan lain-lain.
      Mulai Sesi Akademik 2006/2007, dasar ini mengambil kira
      90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan
      yang diamalkan adalah tertakluk kepada susunan merit, pilihan program
      pengajian, pilihan IPTA serta bilangan tempat yang disediakan bagi
      program pengajian berkaitan.
      Secara terperinci kaedah ini adalah berdasarkan kepada:-
      i. pencapaian akademik yang baik;
      ii. pencapaian yang baik dalam aktiviti kokurikulum;
      iii. kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan syarat khas
      program yang dipohon;
      iv. gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;


      Padam
    39. Memang dah takda kuota ada meritokrasi jek..

      So kalau ramai melayu kat Universiti tu jangan kata lagi melayu ni belas kesian harap kuota je.. Melayu memang pandai dan kaya raya.. yea..

      Padam
    40. Kuota masih ada mengikut proportion kaum wahai korang smua.....katakan bahawa setiap kaum diberi peratus kemasukan yg sama, tp dsebabkn kaum melayu /bumi ramai maka peratus bg majority jg besar... Merit dambil kira persaingan sesama kau shj

      Padam
    41. bai, bagi la bukti kau. asyik melalak guna air liur tak guna. anon kat atas tu dah tunjuk proforma pengiraan merit ke ipta dari kerajaan. mana proforma kuota kau?

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang lu tak kesah sebab lu tak dapek Br1M dah tu tak layak kena cukai pulak.. mak bapak bagi duit lagi kan..

      Padam
    2. Ko tua nak mampos kan? Sbnarnya mseh byk yg belum daftar mengundi.... Yg smua sebok ngundi smua org tua nak mampos cam ko...byk org terpelajar kalau boleh tak nak ambik tau padal haramjadah pilihan raya demokrasi greek laknatullah ni...korang yg ekot cam lembu taksub dgn benda mengarut ni....sronoklahtu mkn duit haram, kuasa slh guna.... Ni smua slh korang pilih pemimpin buat malu umat...

      Padam
    3. komen anon kat atas ni tah pape. .undian tu penting bro. .kalau ada pemikiran mcm ni sebab tu la malaysia tak berubah. .ada pilihanraya nak tidoq je ka?? pastu bila dah selesai nak pot pet pot pet. .

      Padam
  3. kebanyakan idea dalam manifesto pr aku setuju terutama bab hapus monopoli ekonomi negara. kapitalis kapitalis macam syed mohktar, ytl, vincent tan, ananda krihsnan, mohkzani, mirzan etc ni lah yang banyak mempengaruhi cost of living rakyat malaysia. segenap sudut dorang ni cekau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ingatkan bila Melayu monopoli dia boleh tolong Melayu
      tapi tengok harga gula makin naik plak servis makin naik cait..
      Semua pakat naik..

      Padam
    2. inilah contoh yg org ckp bagai api dlm sekam,pemusnah org melayu yg xblh tgk org melayu lain berjaya.lbh sanggup kayakan org cina drpd bangsa sendiri

      Padam
    3. Mohzani dan mirzan ialah usahawan dari keberkesanan Dasar Ekonomi Baru..
      Tahniah! Hidup melayu!

      Padam
    4. Tanpa Nama26 Februari 2013 9:14 PG

      memang gua tak boleh tengok melayu macam syed mokhtar kaya raya hasil kebas duit subsidi kerajaan melalui ipp. problem?

      Padam
    5. Bukan Melayu saja la taukey kroni2 india cina pun sama..
      Semua kapitalis tak boleh pakai

      Kampeni insfrastruktur patut dimiliknegarakan..
      bila diswastakan rakyat kena ugut macam syabas..
      plus untung berbillion balik modal pun masih nak naikan tol

      tu kroni untung mewah atas angin..
      harta milik kerajaan jual murah pastu cas tinggi kat rakyat..
      rakyat bodoh ni undi lagi dan lagi mereka2 ni..

      Padam
    6. bodoh mu ni mecha.cakap ikut sedap je.gunalah akal sikit.kau fikir la,memang Mahathir banyak bantu Syed mokhtar untuk terus bertapak.hutang bisnes dia berbilion.tapi dia la satu-satunya org melayu yang berdiri sama hebat dengan bilionair cina dan india dalam negara kita.dia pegang bnyak bisnes penting dalam negara.kalau dia jatuh,robert dan ananda takde pesaing org melayu.bisnes sume dapat kat bilionair dan jutawan cina.jadi bisnes2 bawah sume cina akan turut pegang.kau nak melayu jadi pe?kau kalau bangsa sendiri pun kau nak jatuhkan,aku tak boleh nak cakap pe dah.serupa macam kau tgk ahli keluarga kau kaya,kau tak puas ati pastu harap dia jatuh.kalau kau yg jadi kaya,kau marah pulak bila org nak jatuhkan kau.sedih la lu ni.

      Padam
    7. sebab guna akal la aku bantah monopoli oleh cukong cukong ni. kalau tsm nak kaya raya hasil bisnes sendiri ada aku kesah?
      melayu ker cina ker india ker iban ker melanau ker kalau rembat duit subsidi kerajaan aka duit rakyat malaysia pastu jual balik ke tnb melalui ipp orang bodoh jer kot yang sokong. lagi satu sentimen melayu ni terpakai untuk ahli perkasa jer kot.

      Padam
    8. jgn disebabkan perkasa buat perangai buruk,kau salahkan sentimen dia.sentimen dia dah betul.yg tak betulnye perangai perkasa.dengan org melayu sendiri pun diorang tunjuk gengster.

      Padam
    9. aku xkisah mengkayakan syed mokhtar,sbb dia pulangkn semula kpd masyarakat melalui yayasan al-bukhary.aku sedih bila ada melayu sendiri yg nk jatuhkn beliau.

      Padam
    10. bodolah orang yg sokong syed mokhtar, sebab dia macam-macam harga barang naik, roti,beras, gula. inilah contoh perosak bangsa melayu.melayu sukalah konon-kononnya ada melayu kaya walhal dia rompak duit melayu. rompak bilion-bilion lepas tu dia kasilah sikit kat org kampung untuk cover. org melayu pun sujud syukur kat beliau. tp point paling penting sekali, dia bukan melayu pun!

      Padam
    11. Masa anwar jadi tpm dulu pun dia banysk bela kroni kroni dalam business yg dapat tender kerajaan wahai adik adik. Kalau tak percaya adik adik boleh google tengok siapa kroni kroni anwar masa dia jd menteri kewangan dulu.DAP dpt pegang kuasa sikit pun dah bagi rakan taulan dia tender di pbt pbt yg mereka jadi ahli majlis. Itu lumrah org dapat kuasa. Agak agaknya kalau org yg mengomen dalam ni dapat pegang kuasa habis semua saudara mara buka busines nak rebut tender yg ada.

      Padam
    12. pasal kroni/kenalan/kawan aku rasa ok kalau kroni tu layak prestasi syarikat semua mantap.. tapi sebab tak layak pun leh dapat tu syarikat rm2 boleh dapat projek juta2.. tu kos naik gegila..

      lagi satu yang teruknya ada juga yang curi proposal orang bagi kat kroni untuk dapatkan projek apstu nafikan orang/company yang hantar proposal.. sedih tengok orang yang diberi amanah kerja macam tu..

      Projek yang patut 1 juta sebab kos-kos lain rasuah dan sebagainya naik sampai 10 juta.. yang membayarnya rakyat juga naik itu ini.. sampai penguna kena tax.. yang sedap diaorang makan dan untung atas angin..

      Tak kira la PR ke BN atau Pegawai Kerajaan atau sesiapa saja orang macam ni yang kena bersihkan dari malaysia..

      Padam
    13. hasil kebas duit subsidi kerajaan melalui ipp???

      x cukup akal ke ape.

      Padam
    14. agree with no to monopoly. mana ada melayu tolong melayu? bohong je. melayu kebanyakan hidup susah sama mcm kaum lain yg xde kabel. takat yayasan albukhary tu, syarikat gergasi lain pun ada buat kebajikan e.g. petronas, maybank dll. diaorang buat pun nak kurangkan cukai kena bayar disamping membohong org kebanyakan e.g. anon2 di atas bahawa organisasi2 ni prihatin (lah sangat).

      realitinya, hidup kau dan aku susah kerana kenaikan harga barang, sistem pengangkutan awam yg x berguna menyebabkan ramai terpaksa beli kereta, hutang bertepek2 bertahun2 dll. sedikit sebanyak peranan pemonopoli mempengaruhi hidup kita, x kirala dia melayu ke iban ke bangla ke..

      Padam
  4. bab mengurangkan buruh asing aka pati ni pun aku setuju sangat. semak mata aku baca paper penuh dengan jenayah golongan pati nih. dari nany sampai ke buruh ladang. semua bikin hal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni kena tanya siapa menteri sumber manusia.. mcm cilaka ja.. bawak ramai2 pendatang! Jangan lepas ni bagi IC pulak.. konon nak tingkatkan GDP!

      Padam
    2. Yg kutok2 ni dah bagos sgt ka?

      Padam
    3. Dah rakyat kita yg memilih kerja tu yg pati ramai masuk. Kenyataannya org kita kurang rajin berusaha. Tak percaya datangla ke felda felda. Tanah yg ada semua serah ke org asing usahakan. Tuan tanah goyang kaki kat kedai kopi sembang politik dari pagi sampai petang.

      Padam
    4. ada ke warga tempatan yg sanggup kerja banting tulang 4 kerat dgn gaji yg ciput?pati semua sanggup.yg majikan pulak ada ke nk offer gaji tinggi pd warga tempatan?xtau nk salahkn sapa dlm hal ni,kerajaan, belia,majikan atau pati...

      Padam
    5. Malaysia ni,tgk begitu ramai pekerja asing masuk pun kadar pengangguran berada ditahap 3%-4%.maknanya banyak kerja yg ada dalam negara kita.cuma org kita ni yg memilih.kalau kita hantar pekerja asing ni balik sekalipun,nak ke org malaysia kita ni ganti tempat diorang..wat keje kat ladang kelapa sawit,kat kilang2,kat kedai makan,jadi buruh binaan?PATI dengan buruh asing tu ko jgn samakan.PATI tu pendatang tanpa izin,buruh asing pulak ada permit.hantar balik PATI dah la,yang nak hantar balik buruh asing tu nape?projek2 pembangunan semua tu siapa yang nak teruskan.baik sangat la pulak rakyat malaysia ni yang nak gi sambung bina bangunan tu.kau sanggup?

      Padam
    6. Ramai majikan pilih warga asing sebab mereka murah sebenarnye tak payah bayar sokso epf.. dan lain-lain yang kena bagi kat warnagenara..

      Tapi yeala kalau warganegara layan sama macam pendatang asing apa erti dan keistimewaan warganegara ni?

      Cuba pergi Singapura gaji orang tempatan beza dengan pekerja asing.. walau warga asing kena potong CPF/EPF juga..

      Padam
    7. hantar balik pendatang asing.. buat semak je. tingkatkan taraf kerja kolar biru supaya menarik org tempatan utk kerja. sapa mau kerja 12 jam ++ tapi gaji ciput sampai belanja asas pun x cukup, benefit takde, kerja macam hamba? pendatang asing sanggup buat semua tu sebab mereka lebih susah dari rakyat miskin malaysia. takkan nak suruh org tempatan hidup macam pendatang asing?

      Padam
  5. Sila halau madefakka nigga dari bumi malaysia ini dan haramkan puak2 nigga dtg ke sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kepada Che Det yang bagi visa free kat warga afrika..
      kalau tak mungkin kempunan minah2 malaysia nak merasa Ningga punya penangan.. Ada kena tipu.. jual kena rogol kena jadi keldai dadah dan seumpamanya.. Dasatt...


      Padam
  6. Manifesto adalah bedasarkan kajian, perancangan dan kemampuan. Ianya mungkin boleh dilaksanakan tetapi dalam mana-mana keadaan ianya boleh juga disabotaj atau dilupakan oleh pembuat manifesto..

    hidup mungkin masih bermakna jika masih mempunyai harapan... :)

    BalasPadam
  7. May PKR win. Kita cuba dulu. Kalau tak suka kita tukar balik. Kita adalah kerajaan yang sebenar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, ingat ko tgh tukar spendar ke, xsuka boleh tukar esok... Suka ati masing2la. Undi adalah rahsia.

      Padam
    2. Undi adalah rahsia adalah benda paling bodoh yang penah aku dengar.

      Padam
    3. rahsia orang lain tak tau.. tapi SPR tahu :) lol

      Padam
  8. kawe suka perkataan "kebangangangnya" ini...setuju sangat sebab ada part2 yang memang terserlah "kebangangangnya"...hehehe

    BalasPadam
  9. Bhai Noob...

    Marilah undi Parti Chop Duit... semua orang akan mudah dapat duit.... hahahaha

    BalasPadam
  10. Hmmm...kebanyakan manifesto PR ialah recycle dr PRU12 lepas....isu utama ialah 'Yg lepas x setel, mcmana utk kali ini?' X perlu cite manifesto bila takbir kerajaan persekutuan sbb mereka belum takbir lg. Tp manifesto kerajaan negeri smpi skrg x terlaksana sepenuhnya.

    Politik ni kaki spin kuat. Mmg benar mereka nak lakukan manifesto itu semua, tp tiada time frame...maybe perlaksanaannya lepas 10-50 tahun selepas memerintah sedangkan rakyat mahu perubahahan segera. Sama mcm manifesto di IPTA, janji mcm2 tp x semua dilaksanakan.

    BN pun ada trick tersendiri, maybe byk bg bonus n BRIM, tp after that MUNGKIN mcm2 cukai akan dikenakan, tol dinaikkan, minyak dinaikkan....apa yg berlaku skrg byk utk tarik undi tp apa yg berlaku selepas itu hanya pemimpin itu n Tuhan yg tahu. Kita x tau samada mereka ikhlas nak menolong atau just kaki pusing ekonomi gak.

    SO, anda ada kuasa utk memilih..jgn ikut hati n perasaan, pilih utk kebaikkan masa depan generasi yg akan dtg. Still got time to sit and think.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, orang sarawak still pangkah parti yang diwujudkan di Sarawak. Parti semenanjung jangan nak sibuk! Terutama DAP, PKR dan PAS.. Langsung tak hormat..
      UMNO, MCA dan MIC pun tak berani nak bukak cawangan kat Sarawak! Diorang ada rasa hormat..

      Padam
    2. bro..yang aku tahu pr ditubuhkan selepas pru12 mac 2008. macam mana bro cakap manifesto pr untuk pru13 adalah recycle dari manifesto pru12?
      mohon pencerahan. tq

      Padam
    3. org sarawak g pangkah parti yg songlap duit dorg sndiri, pastu kata org smnanjung kebas hasil dorang

      Padam
    4. Lepas tu, boleh percaya ke parti dari semenanjung nak selamatkan sarawak? Amik kesempatan dari hasil bumi sarawak lagi ada.. DAP, PKR dan PAS jangan ganggu Sarawak. Ingat, UMNO-MCA-MIC pun tak berani nak bertanding kat sarawak..

      Padam
    5. Takpe rakyat serawak happy duduk rumah panjang pakai baju buruk..
      Biar pemimpin BN duduk istana mewah.. juga harta berbillion di luar negara..

      Rakyat tetap sayang peminpin BN..
      Ketua menteri pun boleh kawin dengan model antarabangsa cun melecun..

      Yea PR pergi jejauh jangan jeles kekayaan pemimpin serawak..

      Padam
    6. Org swk mmg suka ditindas.,. Bodo apa?

      Padam
    7. senang ada tafsiran berbeza pada orang ada yang senang happy relak kat kedai kopi dari pagi sampai petang...

      ada juga yang happy buat kerja dari pagi sampai malam.. balik kena jemmed .. dan happy sebab boleh pakai baju berjenama dan kereta mewah..

      ada juga orang happy sebab dapat bernafas di dunia ini tak kisah apa-apa..

      jadi itu semua terpulang la..

      Padam
  11. Bagi pendapat aku la, DS Najib masih ada cara utk memperbaiki kesilapan dan kelemahan kerajaan yg ada ni.. Ada beberapa perkara yg dia bleh lakukan antaranya:
    1- Yang ni yg paling penting yg aku rasa. 'Meminta maaf dan mengakui kelemahan yg ada dlm pemerintahannya'. Buat permohonan maaf secara terbuka, kpd rakyat, kpd pihak pembangkang. Akui kelemahan2 yg berlaku dlm kepimpinannya..

    2-'Berhenti menyalahkan pihak lain'. Ni tak, duk asyik salahkan pas,pkr, salahkan parti2 lain. Kroni2 dia semuanye baik je. Bila asyik nampak kesalahan parti lain, kesalahan2 yg berlaku dlm parti sendiri pun tak perasan. Tu satu masalah sebenarnye.
    3-'Terima pandangan dan pendapat yang baik walaupun dari parti lawan'. Apa salahnya kalau pandangan2 yg bernas dri TG Nik Aziz dipertimbangkan, kemudian kalau dapat persetujuan, terus dilaksanakan lebih2 lgi yg berkaitan dgn Islam. Kadang2 aku tgk byk cadangan2 dri TGNA yg sgt bagus, tpi ditolak mentah2 oleh DS Najib.. Mungkin juga dapat 'nasihat2' dri sesiapa. Wallahualam.
    4-Buat rombakan besar-besaran dalam kabinet yg ada. Pilih pemimpin yg berkaliber, berwibawa, dan bertanggungjawab. Tak payahla duk simpan atuk2 mcm Rais Yatim tu. Biarla diorg sekadar jdi mcm Tun Mahathir. Menasihat dri belakang. Bukan penentu keputusan.
    5-Wibawakan keluarga. Yang ni aku rasa agak susah. Sbab DS Rosmah ni bukan jenis yg senang dikawal. Perkara ni dah mendarah daging. Mungkin waktu mula2 kawin najib nmpk rosmah ni mcm diana amir yg skrg ni. Bila dah lama baru keluar singa dia. Tu yg susah..
    6-Meletakkan keutamaan kepada sesuatu yg berkaitan dgn agama Islam. Yg ni please, aku pantang betul kalau orang islam ambil nasihat dri orang bukan islam tntg bagaimana nak laksanakan agama islam.
    7-Selami hati, jiwa, kehendak, dan keinginan rakyat. Bukan ikut kehendak orang2 yg gila harta dan kuasa. Pemimpin2 yg gila dunia dlm kepimpinan kerajaan tu, confirm2la diorg akan bgi pandangan utk jaga periuk nasi diorg. Yg kau gi ikut buat ape? Tu pun nk kene bgtau?
    8-Banyakkan hubungan dengan parti pembangkang. Bila membangkang bukannya maksud bermusuh. Peranan parti pembangkang ni nak lengkap2kan apa yg tak lengkap dlm kerajaan ni. Dekatilah mereka. Bukan memusuhi mereka. Bila boleh buat mcm tu akhirnya masing2 akan faham dgn peranan masing2..
    9-Kembali kepada Allah. Banyakkan salur bantuan kepada aktiviti2 keagamaan bukan kepada PSY lahanat tu. Sekian.

    P/S: Pendapat aku ni tentulah byk kekurangan dan kelemahan. Kalau nak tegur, tegurla elok2. Bukan mengutuk menghina dan mencaci.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mampus ngko la babi!!! Tulis pnjng2 mcm gampang bkan ader org nk bacer pun.. Puii...!!!

      Padam
    2. Dem!

      bagus gila point kau

      -Oyen-

      Padam
    3. harap macam itu la kan baru orang respect..
      tapi macam idak ajer..

      nasihat yang bagus kalau kau jadi pemimpin pun bagus juga
      elok bertanding kami sokong..

      Padam
    4. yg ckp org mampos mcm babi tu akhlak org umno ke pas?

      Padam
    5. Mohon anda dicalonkan untuk parti BN PRU13 nanti.. moga BN maju dengan idea ko ni..

      Padam
    6. Boleh tak masukkan pula pandangan ko mengenai ape yg patut PAS lakukan? Ko punye pandangan aku tgk bernas.. Lain dri yg lain.. Boleh dikedepankan..

      -we all uncleseekers-

      Padam
    7. betul point yg kau tulis tu.tapi semua org tau benda2 yang baik.masalahnya tak akan buat.pemimpin2 suma mesti ada terfikir benda tu.kita sebagai rakyat biasa pun pernah fikir penyelesaian macam tu.sebagai contoh,islam dah cakap,berbuat baik sesama jiran,jgn menipu,jgn minum arak,jgn berjudi,jauhi perkara maksiat,jaga pertuturan.semua dah ada dalam agama.tapi sekarang kita bukannya robot,set button..jadi seperti apa yang dikehendaki.kita manusia..kita semua terfikir nak buat baik,tapi kita tak boleh lari dari membuat kesalahan dan maksiat.kita boleh je cakap,"kita semua harus berbaik dengan jiran,bantu jiran dan jgn biarkan jiran sendiri kelaparan.pasti hubungan kejiranan jadi elok".kita semua tau benda tu.tapi ramai mana yang mampu lakukan?

      Padam

    8. Biasa la kalau orang bebaik musti dah lepas jawatan takd anak keji2 ngata atau salahguna.. tu orang bebaik macam tengku razaleigh (Ku Li) tak jadi PM.. nak jadi Pm ni musti kena ganas.. rebel macam Mahathir.. sampai kena buang parti masuk balik tendang pulak tunku.. haramkan umno buat umno baru etc.. Semangat juang kental.. baru layak jadi PM..
      Najib nasib baik sebab mewarisi tahtha ayahanda.. dia tak pernah bertanding pun semua bagi laluan.. sebab anak bekas pm..

      So nak jadi Pm ni kena jadi macam mahathir atau kena jadi macam Najib.. Kalau tak akan jadi macam Pak Lah.. payah juga.. orang kiri kanan ambik kesempatan.. sebab terlampau baik..

      susah kan.. kena baca sirah nabi macamana baginda jadi pemimpin yang baik dan disegani...




      Padam
  12. bukan tak sokong BN, bukan tak sokong PR, cuma tak sokong orang bodoh yang memimpin...tak kira dari mana pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. smua org tau tu... pilih la yg bodoh dia kurang dari yg bodoh dia byk

      Padam
    2. betul bro. pilih yang mudarat sikit berbanding mudarat banyak.

      Padam
    3. Duk bergaduh pilih yg mudarat sket dri mudarat byk.. Pilih bodoh kurg dri bodoh byk buat apa? Yg cerdik ada awat hang pa tak nak terima? Sakai nau otak tu..

      Padam
    4. sebab yang ada orang bodoh2 je lol..
      orang pandai-pandai macam korang ni taknak bertanding..
      asik mengutuk aje kerjanya...


      Padam
    5. sapa yg cerdik tu anon 11:26,pak jib atau bang nuar?

      Padam
    6. Org yg bijak dia takan cakap dia bijak

      Padam
    7. Orang bijak juga tak memperbodohkan diri sendiri

      Padam
    8. nak cari yang tak ada mudarat langsung memang tak ada langsung~
      yang terbaik masa ini adalah "mudarat kecil" berbanding "mudarat besar"~
      mana2 DUN @ kawasan parlimen pun biasanya 2 side je yang berlawan~ BEBAS memang tak akan dapat mencapai majoriti pasal sikit sangat kerusi BEBAS~

      ke ada yang tak ada mudarat langsung ? PR ke BN yang langsung tak ada mudarat tu ?

      Padam
  13. aku sangat takut dengan karpal singh & lim guan eng..
    batu api perpecahan melayu..

    BalasPadam
  14. yg komen ni dh daftar m'gundi lom..jgn smbang je lebat.

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Islam mendenya kalo ada TOKONG LGE dgn KAPAL SINK TUU.. Kalimah ALLAH pun nak jual. Sampai satu masa Azan dalam masjid je dibenarkan mcm Singapore. Podahhh

      Padam
  16. GI MAMPOSLA MANIFESTO BUKAN JANJI haram jadah pakatan.. Urang Sabah bilang,"Tambirang saja!"

    BalasPadam
    Balasan
    1. org sabah juga bilang.."boleh ba kalau ko"

      Padam
  17. Anwar kan ada dalam video seks.....takkan nak lantik dia jadi PM? Kalau tak dia siapa?

    Hj Hadi kah?? Atau kite memang nakkan PM yang pernah beraksi dengan China Doll??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala abg Hadi PM sekarang pun apa kurang boyanye dulu..
      kisah kat PD tu ramai dah tahu yang kat tempat kain tu hanya mereka saja yang tahu.. boleh pulak..

      Padam
  18. Hai Ahmad Ahmad… Ahmad… Pertama kali si aku malu-malu Saat ku dekat ku ragu-ragu Mungkinkah dia suka padaku Ah Ah Ahmad… Ternyata tanpa ku duga-duga Aku terima salam darinya Bergetar saatku membalasnya Ah Ah Ahmad… Dialah idola, Dialah superstar Mampu menggetarkan ranah jiwa Dia yang ku nanti Selalu terpuji Ingin ku dekat, selalu ku dekat Ahmad Kau selalu dihatiku Ahmad Luluhkan keangkuhanku Ahmad Ingin aku cepat-cepat Bercinta dengan lelaki paling hebat Ahmad Peribadinya sederhana Ahmad Tiada banyak bicara Ahmad Ku tak mahu lama-lama Mendekat kepadaku dengan segera Ah Ah Ahmad…. Ah Ah Ahmad…. Ah Ah Ahmad…. Ah Ah Ahmad….

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak da sapaq nak layan

      Padam
    2. ahmad ko dh season,skrg adalah saat kegemilangan mecha praline,yg dahulunya seorg forever alone selalu kena rejek dgn awek,skrg dh jd politicalfags sejati

      Padam
    3. Komen diatas ditulis olh mecha sendiri, sungguh keji lobot yg tak daq teloq ni nk bg up saham diri!

      Padam
    4. kenapa la org2 yg forever alone ni slalu jadi politicalfags,suka berbalah,ego tinggi,cakap bajet pandai.

      persoalannya,adakah disebabkan mereka bosan kerana forever alone lalu cuba menarik perhatian dengan sikap2 yg melampau atau disebabkan sikap mereka itulah mereka menjadi forever alone?

      Padam
    5. har har har...awex lari sbb tak tahan asik bertengkar sama si lobot.....gumdam lagi precious dari awex mmg la forever alone....auk auk menyalak kat bulan auwwwww

      lol

      Padam
  19. gaji minimum~ hmm~~~ sedangkan EPF SOCSO pun banyak lagi company2 swasta kat luar sana tak buat caruman & langsung tak diambil tindakan, nak tetapkan gaji minimum~

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pernah report kat kwsp pasal tak masukan kwsp nih dan ada dalam slip gaji tapi takda dalam akaun kemasukan..

      xboss aku kena turun naik mahkamah tapi ntah apa hasilnya.. lol. rasanya takda apa kot sebab takda pun nampak bayaran balik dalam akaun hahaha..

      takpe la dah cuba kalau takda hasil masih ada mahkamah akhirat yang lebih adil untuk kita esok..

      Padam
    2. tak apa bro~ kalau dah hak kita, tetap hak kita~ esok lusa dia akan datang baliK~ its only matter of time~ (^_^)
      selamat berjaya duniawi & ukhrawi!

      Padam
  20. Noob...ada permintaan. Leh buat artikel for tomorrow or at least before PRU mengenai Laporan National Poll oleh Merdeka Centre?

    At least nak pandangan drpd noob and semua pihak mengenai statistik yg diberikan berkaitan next PRU nanti. Sy nmpk laporan ini sgt berguna n boleh diterima utk mengambarkan pandangan masyarakat kepada sistem politik skrg.

    Thanks...

    BalasPadam
  21. Hmmm.. Salam.. Noob.. Cuba utk dilihat neutral, tp obvious sgt..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.