Jumaat, 8 Februari 2013

59 Hiburan VS Ilmu pengetahuan

Semalam terdengar kat radio ada panggilan hangit, si DJ Faizal Ismail call sorang calon temuduga wanita untuk jawatan jururawat dialisis nak buat phone interview konon2nya. Aku rasa dia tanya soalan basic je kot, awak tahu tak dialisis tu apa, jururawat dialisis tu kerja macam mana? Wanita tu tergagap2 dan jawab mengarut2.


Lepas tu Faizal Ismail tanya lagu apa awak minat, sapa penyanyi kegemaran awak? Dia cakap dia minat lagu balada dan Siti Nurhaliza. Ditanya lagi Siti Nurhaliza asal mana, apa lagu hits dia, semua boleh dijawab dengan pantas dan berkeyakinan sekali. Habis je terus Faizal Ismail sound kalau bab2 artis, hiburan laju je jawab, tanya bab kerja tak boleh nak jawab, macam mana nak minta kerja ni?

Sumber
Kemudian Faizal terus membebel bla bla bla, perempuan tu pun dah macam sedih je kena sound, last sekali Faizal Ismail cakap ini adalah panggilan hangit dan perempuan tu pun terkejut dan gelak2 ketawa sebab kena main.

First, aku bukanlah suka panggilan hangit sebab aku rasa macam keji sangat bila kita gembira time orang lain dimalukan.

Kedua, walaupun itu hanya panggilan hangit, tapi aku rasa agak malu dengan sikap orang2 macam ini. Last sekali boleh dia gelak2 bila dapat tahu itu hanya prank call. Kalau aku aku dah malu dan insaf. Cuba kalau itu panggilan betul?


Kita ni kalau nak mintak kerja, mesti kita dah buat research atau study sikit pasal kerja dan jawatan yang kita mintak tu. Dan biasanya kerja yang kita mintak tu mestilah ada juga kaitan dengan apa yang kita belajar, so sepatutnya soalan2 basic macam tu dah boleh jawab sebab kita dah belajar. Aku yang bukan study bidang perubatan pun tahu dialisis tu berkaitan dengan rawatan buah pinggang.

Sumber
Sama macam aku belajar IT dulu, at least kalau masa temuduga orang tanya soalan basic berkaitan komputer seperti apa itu RAM, apa itu processor, aku boleh jawab sebab kita dah pernah belajar benda tu. Ini kalau soalan basic pun kita tak boleh jawab, apa point kita belajar suatu bidang tu sampai 2 3 4 5 tahun? Yang paling penting, apa point ko mintak suatu jawatan tu kalau kau tak tahu apa bidang tugas dan skop kerja untuk jawatan tersebut? Dan menjadi suatu yang amat memalukan bila kita lebih pakar dan arif pasal artis dan hiburan berbanding kerja, ilmu pengetahuan, dan agama juga.

Sebab tu aku sangat tak suka panggilan hangit, kadang2 bukan rasa nak gelak tapi rasa geram dan sakit hati dengan sikap orang2 yang kena prank tu yang selalunya terserlah sikap ignorancenya itu. Tu yang bila dengar sorang2 kat dalam kereta tu habis dok maki2 kat tengah2 trafik jem.

Tapi nak buat macam mana, realitinya wujudnya orang2 seperti itu di dalam masyarakat kita. Sebab tu ada yang bila dapat kerja tak reti nak buat kerja atau buat kerja main2.




tags: hiburan vs ilmu pengetahuan kerja skill pendidikan agama entertainment vs education knowledge panggilan hangit hot.fm faizal ismail fbi prank call temuduga kerja job interview tips jururawat dialisis nurse kidney buah pinggang pusat rawatan klinik ikea siti nurhaliza tudung sikap ignorance kejahilan tidak peduli keji ketawa

59 ulasan:

  1. mohon jawatan jururawat dialisis, tapi tak tahu dialisis tu apa?

    #gila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hiburan selalu disogok oleh Media perkakas UMNO-BN, tapi Ilmu Pengetahuan selalu dihidangkan oleh PKR-PR. Setiap hari anda didedahkan tentang Rasuah pemimpin UMNO-BN!

      Padam
    2. Dia tak tengok Gey's anatomy atau Hause kot.. lol.
      Hiburan gak tu..

      Padam
  2. Tetiba noob jadi butthurt sorang dia. Biarlah, dia mungkin tak belajar bab tu, kalau basic pun dia tak tahu, biarlah, tak menjejaskan negara pun.

    Yang penting, dia tahu Siti Tinggal asal mana. Yeah yeah.
    Orang nak berhibur, kau tetiba jadi geram. Period eh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oi gila ke?tak menjejaskan negara?sbb ada jururawat doktor mcm ni la byk berlaku insiden kecuaian kat hospital klinik kerajaan.kalau tere sgt bab artis,mtk la kerja jd wartawan hiburan atau penulis majalh mangga.

      Padam
    2. Kena ada doktor yang jadi selibriti nih so bila ada ramai yang minat maka ramai akan tahu apadia dialisis apadia pintasan jantung dan sebagainya.. lol.

      Padam
  3. maaf cakap,bukan nak sexist. cerita bab artis nih, aku rasa perempuan yang lebih lebih minat ke artis hiburan berbanding lelaki. cuba kita tengok kenalan dan rakan tempat kerja kita siapa yang suka sembang pasal artis, cuba kita masuk blog-blog,siapa yang suka cerita pasal artis, cuba tenguk saudara saudara kita, lelaki atau perempuan yang lebih minat artis hiburan nih? tak tahu apa daya penarik artis hiburan dalam hidup orang perempuan ni.

    hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. abg blog beautifulnara... laki.......

      Padam
    2. ya? tapi itu pendapat peribadi sy saja.

      Padam
    3. Memang tak ramai lelaki ambil kisah tentang artis ni sekadar asas je kot kalau perempuan ramai yang ambil tahu dari birthday sampai ke makanan kegemaran baju dan sebagainya.. hebat hebat.. Tapi bila tanya baju kegemaran Rasulallah terkedu pulak.. uhuks.. :| belum tanya birthday lagi..

      Padam
    4. tak dapat bayang kalau lelaki jenis layan majalah urtv, mangga, utusan panca indera.

      Padam
    5. Kalau ada aku baca juga Mecha tapi kalau nak membelinya tu tidak sama sekali.

      Padam
    6. Kalau korang nak blog rating tinggi buatla mengenai hiburan..
      cam murai.com musti cecah berjuta hits.. :)

      Kalau blog agama ni agak sukar dapat hits cecah juta

      Padam
    7. Ninja, kena tunggu ustaz azhar idrus buka blog. mungkin boleh dapat juta juta hits?

      Padam
    8. Abg nara laki,tp pembaca setia wanita...
      Stuju dgn pendapat ko,ppuan lebih minat hiburan dr laki... Laki minat cuci mata

      Padam
  4. skng nk kejar glamour. kena la cr kerja yg publisiti.

    #LOLZ BANkami


    BalasPadam
  5. kalau kena kat aku, aku interview dorang balik~
    penipu kata hadiah dari celcom itu hari, katanya aku dapat 5000 macam tu kalau tak silap~ dia kata call dari menara, apa aku peduli~
    mengaku orang celcom, tapi tak tau nama & alamat aku~ :p
    aku interview dia balik, you suara indon, dah lama buat keje ni ?
    kalau nak menipu sila upgrade skill anda ya~
    dah tu, mintak no kad bank~ nampak sangat der~
    belum apa2 dah mintak itu ini~ dia sama ada bangang 12 tingkat atau mengalami kebangangan yang abadi~

    BalasPadam
  6. haha..betul.
    sy sokong ayat awk yg nih;
    Tapi nak buat macam mana, realitinya wujudnya orang2 seperti itu di dalam masyarakat kita. Sebab tu ada yang bila dapat kerja tak reti nak buat kerja atau buat kerja main2. bukan setakat main2, susahkan org lain jugak..

    BalasPadam
  7. Pergi mati la wei.. jadi mintak kerja jururawat dialisis tapi taktau dialisis tu aper.. cit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. disebabkan tak tau hnya benda tu saja,dia kena pergi mati.hahaha.

      Padam
    2. sebelum org lain mati sebab die

      Padam
    3. betul2 tak psl2 hospital lak kena salahkan

      Padam
    4. ape kata korang sume pun pergi mati sebab korang pun mesti ade benda yg taktau.

      Padam
  8. wah ignorance gila..sekurang2nya kenalah tahu bacs skop kerja kot..
    kalau pun tu prank call, aku rasa tu lebih memalukan..tapi boleh dia gelak pulak..kenapakah?

    #mungkininifaktorlepasaniptsusahdapatkerja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. gelakan diri sendiri :) takan nak nangis kot?

      Padam
  9. Normal aku banyak interview orang untuk kekosongan jawatan secara berdepan atau dengan pengilan talefon. Memang dalam sijil hebat semua memenuhi kriteria tapi bila tanya soalan asas banyak out.

    Mungkinkah mereka gabra atau blank? mungkin juga tapi takan semua soalan?
    Kalau memang tak tau atau terlupa mungkin untuk lepas exam aje kot?

    Ada yang lagi poyo sebab temuduga melalui pangilan tu mereka google jawapan lol. kami pun tahu jawapan google sebab sebiji dalam website. Kalau google pun ubah la jawapan tu jangan nampak sangat skema baca sebiji-sebiji kat website..

    Tips buat yang nak pergi atau terima temuduga relaks fahami jawatan dan kerja yang anda mohon dan faham soalan mereka ambil masa dan jawab dengan tenang dan berfakta jangan goreng sampai hangit ingat penemuduga tak tau ke? Kalau tak tahu jujur cakap tak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What ever..cakap macam best je..ko dulu pun camtu jugak..kalau ikutkan hati memang x nak aku ambik ko kerja..

      Padam
    2. Best ke? memang poyo kalau nampak best..

      Tersangat la tak best nak temuduga orang beratus2 tapi satu pun takda yang menepati kriteria asas.. mengarut je resume.

      Ikut je hati nak ambik ke tak.. tapi memang ramai bila interview tengok slip gaji je mula solan mengarut.. kalau tak mampu nak bayar gaji tu cakap terus terang.

      Padam
    3. tak payah nak rasa calon2 temuduga teruk2,kau dulu ingt la balik..sama jugak mcm diorang.lain la kalau kau masuk guna kabel,jawab merapu pun dah confirm dapat keje.

      Padam
    4. at least kalau org tanya aku soalan basic aku boleh jawab drpd xboleh jwb langsung biarla merapu pun kakakaka

      Padam
    5. kau merapu pun takpe,kabel baik punya.stakt tnye nama,alamat,ko-k je ko boleh jawab.basic la tu.hahahaha

      Padam
    6. Kompem masuk keja pakai kebel..itulah yang ex semcm je mamat ni..x pernah rasa tekanan interview..ntah2 makcik dia yang interview

      Padam
    7. Semua org goreng masa interview bro. Yang dapat kerja tu yang gereng lu sampai hangus..kakakaka

      Padam
  10. aiyoyo basic knowledge dlm bidang kerja yg kita mohon tu wajib kna tau... no excuse, tapi kalo dia mmg jenis gabra n cuak smpai blank bila kena tanya benda on the spot tu, mmg simpati la jenis yg cmtu... but in this case, kamon la... mcm noob kata la, aku yg x study medic pun tau ma apa itu dialysis... pehtu pulak bila tanya psl artists' background eh eh luas gila pengetahuan haha, apakahhh...? (-_-")

    temuduga ikea tu mula2 masuk interview room dah kena demo skill pasang kerusi tu (betul ke atau skadar comic joke saja?)... hohho style abis, it's either you know or you don't, direct camtu senang keja interviewer menilai, x perlu dengar temberang banyak, terus access skill, straight to the point :D

    BalasPadam
  11. Sebenarnye ramai orang yang ada kemahiran ni mengelupur nak menulis atau menerangkan/menjelaskan apa konsep atau kemahiran mereka walau memang mereka sebenarnye berkemahiran tinggi.

    Itu beza antara buruh bawahan dan pengurus/supervisor dsb.

    Jadi kalau nak naik pangkat tingi-tinggi memang kena faham benda ni.
    Kena faham konsep methologi, kena belajar cara mengajar menjelaskan dan bagi orang faham apa yang kita tahu. Kena faham setiap benda yang kita buat kenapa dan mengapa supaya bila orang tanya kita boleh terangkan dan jelaskan dengan lancar tanpa teragak-agak.

    Tapi masalah juga bila jenis yang nampak hebat boleh jawab semua dalam temuduga tetapi kemahiran sebenarnye tidakla hebat mana.
    Jenis ini pun ada yang aku jumpa macam engineer dari India kerana standard pembelajaran menreka menyediakan khas pelajar2 mereka untuk temuduga. Dengan kata lain mereka hebat dalam temuduga tetapi kemahiran sebenar mereka tidak la sehebat mana.



    BalasPadam
    Balasan
    1. org india, samaada etnik2 India (i look at you too, mamak) disini atau serata dunia, mmg berbakat bercakap. itu budaya diaorg, berbakat utk ckp belit belit. peguam2 hebat kat malaysia banyak dari golongan etnik2 India

      Tapi etnik India secara dunianya mmg diketahui berbakat dalam I.T dan perubatan.

      Namun anda mmg betul bila kemahiran bercakap seorang2 (tak kira kaum mana2) tu tak sejajar dengan kemahiran kerja dia.

      Tapi aku ada cerita special case sikit.
      member aku nih kelulusan business administration yg hampir kosong pengetahuan tentang Oil & Gas, senang2 dapat keje kat anak syarikat Sapura Crest. Camner dia boleh dapat keje tmpt yg berprestij tu? dia pohon buat sesi temuduga kat pantry. Permintaan dia menarik perhatian CEO, ketua HR dan salah satu engineer, sebab tak pernah dibuat org. maka tiga org nih ganti tiga penemuduga yg asal, dan buat temujanji kat pantry syarikat dia. member aku mula perborakan pasal diri dia, pastu icebreaking dengan buat air teh, makan biskut kat situ. borak2 biasa sampailah borak2 sikit pasal oil gas, tak tau member aku nih tipu mcmmana. Dan persembahan member aku nih buat tiga2 org tuh teruja, dan ambik dia keje pada bulan depannya. Member aku pun tak sangka dia boleh dapat.

      Aku fikir member aku nih diperlukan dalam company ni pasal 1) dia jenis 'huhahuha' 2) company ni 'rigid' sangat, semua org dok fokus kerja je, tak de jenis buat pejabat ni riang-ria ke. 3) Company ni perlukan seseorang yg petah bercakap (+ berbelit2) utk persembahkan produk2 atau polisi diaorg


      Moral of the story : Public relation is a big passport to success in Malaysia work scenario.

      Padam
  12. orang yang minat hiburan pun biasanya ada pengetahuan..takkan asik nak yang menghiburkan je...

    BalasPadam
  13. pengetahuan tu satu hal,yg cakap je pandai pun satu hal.member aku budak IT.memang power bab2 komputer ni.aku nak sebut pun tak tau.noob paham la kot.dia buat keje memang bagus.tapi dia de masalah berkomunikasi sikit.gi interview tak dapat pun keje.dah berbelas kali,sampai setahun lebih.dok makan upah baiki laptop ngn komputer org je.padahal aku tau dia boleh buat lagi dahsyat dari tu.tapi dah rezeki dia,dia keje buat software pebenda ntah untuk microsoft.guna online je.dari rumah.dalam mse 4-5 hari,dapat bayaran dalam lingkungan RM3000-RM5000.keje pun kejap je.dalam 3-4 jam sehari kat dalam bilik dia.pakai BMW.org kalau ade skill,tak reti bercakap pun boleh berjaya.tapi kalau skill takde,ckap je nak bagus..tu sembang je lebat.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. memang tak payah terer pun jani cable kuat huhu
    kadang interview pun prosedur je padahal dah ada recomendation je
    aku pernah pergi interview berjam tunggu lepas tu bila interview merapu tanya soalan.. bila aku tanya2 orang yang aku kenal dalam tu rupenyr mereka interview calon mereka dulu baru la dia interview kitaorang ceh..
    buang masa je.. kalau dah aada calon cakap je tak payah buang masa orang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. keje kerajaan ker swasta?

      Padam
    2. sama la kes.gi interview untuk lengkapkan syarat.padahal dah memang ada calon.aku blaja bidang perbankan.praktikal pun kat bank.bila apply keje kat bank tu,tak dapat2.padahal aku dah kenal ngn staff sane.dtg sorang budak,bidang pengurusan..kejap je dpt keje.rupenya ada mkcik dia kej sane.hntr resume direct dapat kat pihak atasan.last2 aku kne mintak jawatan kontrak dulu,setahun keje..baru la merasa nak dapat jwtn tetap.ini semua poyo

      Padam
  16. dengar kat hotfm dalam keta.ibrahnya ialah bersiap sedia dalam segala hal dan level confident kena ada.

    BalasPadam
  17. nak salahkan die pun tak boleh sbb polisi kerajaan ameno begitu, tangkap muat, spm cukup makan boleh masuk U, cgpa cukup makan boleh masuk kerja gomen, so buat apa study hard baik layan siti lagi best... selagi pendidikan tak berasaskan merit makin ramai org akan menganggur..

    KLIK RCI- kad penegnalan biru dikeluarkan untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak masuk gomen pun cgpa kena tinggi gak bai.bunyi cukup makan tu mcm tak kena je.tu bukan cukup makan,tu kena terlebih makan.sebabkan spm cukup makan la ramai anak melayu boleh masuk U.sebab kuota besar.kalau nak ikut result,kau tak nmpak lak anak melayu kat U kang.berlambak tak lepas masuk U.hahaha.

      Padam
  18. Yg buat panggilan hangit tu AG laaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ntah noob ni,camner nak jadi blogger..info pun salah.at least tau la pasal info yg nak ditulis.

      Padam
    2. lain kali make sure info tu betul sebelum post.

      Padam
    3. tak semua blogger tu perfect.:) sama2 ambil manfaat..^^.

      Padam
    4. Kata dulang paku serepih......:)

      Padam
    5. betul ke AG? apsal aku dengar last sekali dia cakap ini Faizal Ismail? tak kisah la sapa2 pun aku bukan cam sangat suara AG ke Faizal Ismail ke, yang penting pengisian dia. dan kalau aku tak kenal suara AG atau Faizal Ismail, aku rasa tak menjadi masalah. baik aku buta hiburan daripada buta benda lain. jangan jadi macam MCA, Nik Aziz tak kenal Psy pun kecoh satu Malaysia siap cakap dia tak layak jadi pemimpin sebab tak kenal Psy.

      Padam
    6. Comel lynn senyum .... nampak lesung pipit....

      Padam
  19. Haha...aku cuma betulkan sikit ja,no complain about ur story dan aku stuju.
    Soal nik aziz xkenal psy,isu ni ditimbulkan wartawan malaysiakini dan disensasikan bloger pro krajaan. Hmm,ada sesetengah individu,xlihat objektif teguran,tp tengok sapa yg menegur. Teguran nik aziz ada kebaikan. Semua org ada aurat,laki ada aurat,antara pusat kelutut. Xdak masalah. Jd buat apa nk merepek2 kutuk nik aziz.
    Tp,part kritik klw nk pergi konsert pakai bj kale merah,hijau,kuning agak klakar... Xblh halang org pergi,jd ambik kesempatan kat situ utk politik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nik aziz org tua, biasalah kalau dia x kenal psy artis k-pop pujaan org muda.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.