Jumaat, 22 Februari 2013

49 Saranan Rosmah kepada penjawat awam

PUTRAJAYA - Penjawat awam di negara ini wajar memberi penjelasan terhadap tohmahan dan serangan daripada pihak pembangkang sekiranya perkara tersebut berada di luar batasan kebenaran, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Rosmah yang juga Penaung Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) berkata penjawat awam yang menjadi 'orang tengah' antara rakyat dan kerajaan juga mesti memberi perkhidmatan terbaik melangkaui harapan rakyat, mengurangkan kerenah birokrasi serta profesional dan mesra, cepat dan tepat, serta menghasilkan pulangan yang berganda kepada kekayaan negara. Baca selanjutnya di Sinar Harian dan Malaysiakini.


Atas kapasiti DS Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri, aku rasa dia layak kot untuk memberikan suatu yang aku kira sebagai saranan, bukan arahan atau amanat, kepada semua penjawat awam. Dalam ucapannay dia berkata penjawat awam wajar memberi penjelasan terhadap apa jua tohmahan dan serangan dari pihak pembangkang.

Tapi tahukah yang kakitangan awam tidak boleh sewenang2nya memberi pernyataan awam seperti yang telah termaktub dalam Peraturan 19 (1) dan (2) dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan juga Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1985?
19. (1) Seseorang pegawai tidak boleh, secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan tentang apa-apa isu;
(b) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan;
(c) membuat apa-apa ulasan tentang kelemahan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan; atau
(d) mengedarkan apa-apa pernyataan atau ulasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

(2) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain—

(a) membuat apa-apa ulasan tentang kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan Kerajaan;
(b) memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung dengan penjalanan fungsi Kerajaan;
(c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa peristiwa atau laporan yang melibatkan Kerajaan; atau
(d) menyebarkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain, melainkan jika kebenaran bertulis, sama ada secara am atau khusus, telah diperoleh terlebih dahulu daripada Menteri.

(3) Subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan yang dibuat, diberikan atau disebarkan jika kandungan ulasan, maklumat atau penjelasan itu telah diluluskan oleh Menteri.

(4) Bagi maksud peraturan ini, “pernyataan awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.

Sebenarnya walau apa jua tohmahan dan serangan bukan sahaja dari pihak pembangkang malah dari siapa2 pun terutama berkaitan dasar2 kerajaan, seorang kakitangan awam tak boleh pandai2 bagi kenyataan awam sendiri atau public statement sama ada secara bertulis atau lisan, melainkan dengan kebenaran Menteri sahaja.

Contohnya kalau ada wartawan tiba2 datang kat Kementerian Kewangan dan main temuramah siapa2 kat situ dengan soalan, "Apa pandangan Encik mengenai hutang negara yang semakin meningkat seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang?" Orang yang ditemuramahnya pulak hanya seorang pembantu tadbir biasa menjawab, "Oh itu pihak pembangkang saja2 reka cerita nak buruk2kan kerajaan kita. Mana ada hutang negara makin meningkat, makin menurun adalah."


Sekali esok keluar kat suratkhabar, diorang bukan peduli sapa yang jawab, kerani ke pegawai ke, asalkan kakitangan dari Kementerian Kewangan, mereka akan tulis, "Pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan hutang negara semakin menurun". Mesti menteri melompat cari siapa la yang pandai2 bagi kenyataan macam tu pada wartawan akhbar.

Sama juga di media2 sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan sebagainya, seorang penjawat awam tak boleh bagi kenyataan awam berkaitan perkara2 yang telah termaktub dalam peraturan di atas, terutama tugasan rasmi bagi penguasa undang2 seperti polis dan tentera bagi menjaga kerahsiaan dan keselamatan negara seperti yang aku pernah tulis di sini dulu.


Sebab tu penjawat awam tak boleh pandai2 bagi kenyataan umum tanpa kebenaran menteri atau orang atasan, kerana dikhuatiri ada yang tersalah cakap lantas dimanipulasi oleh pihak2 lain. Kalau ada orang awam atau wartawan bertanyakan pada kakitangan awam perkara2 seperti di atas, just jawab "No komen" atau "Minta maaf, saya tiada kelayakan untuk menjawab soalan tersebut". Tapi tak menjadi masalah untuk menjawab soalan2 yang takde kaitan dan bersifat peribadi seperti "Bagaimanakah persiapan anda untuk hari raya nanti?".

So kesimpulan di sini, bagi aku apa yang DS Rosmah cakap dalam ucapannya itu tak valid, melainkan kerajaan mengubah undang2 dan peraturan2 bagi kakitangan awam berkaitan "Pernyataan Awam" itu, barulah apa yang DS Rosmah cakap tu boleh dipakai.


Oh ya, sila faham kakitangan awam itu bukan parti politik.




tags: rosmah mansor isteri perdana menteri pm najib razak 1st first lady puspanita kakitangan penjawat pegawai pekerja awam wajar betulkan fitnah pembangkang jawab tohmahan beri penjelasan pernyataan awam peraturan pegawai awam kelakuan tatatertib pekeliling perkhidmatan jpa kenyataan umum public statement temuramah interview suratkhabar berita tulis lisan facebook twitter blog penguasa undang polis pdrm tentera jawab neutral parti politik

49 ulasan:

  1. nasihat yang bagus. tapi pendapat peribadi aku tak perlu lah datin seri nak memandai mandai melebihi KSN dato seri ali hamsa pula. bak kata noob saranan datin seri tak valid.

    lu sapa dalam penjawat awam?

    har har har

    BalasPadam
    Balasan
    1. Har3 robot tak da teloq pun nak berpolitik ptuih!

      Padam
    2. Robot sdg ketawa lah....mcm#?!(#((

      Padam
    3. sila belajar beza tf dan gundam dulu

      kah kah kah

      pfffffffffffft

      Padam
    4. ahmad dh xkomen pakai profile ke?

      Padam
    5. Baik aku bljr halal dn haram dr bljr ttg robot haramjadu ko tu

      Padam
    6. tak lawak lah sial

      Padam
    7. Jgn mencarut mlm2 ni.... Tak baik












      seyes I ni lawak kan?

      Padam
    8. Hai mecha, sy lah gadis melayu yg sweet sgt? Nak kenal boleh?

      Padam
    9. har har har... sronok nyew buli robot yg senang BUTTHURT cam dak kecik hingus blom kering... har har har

      nak gundam? lol

      Padam
    10. Suma komen2 bodoh dlm ni ditulis oleh Ahmad(Utra Gay) MentallyRetarded atau Shortform medical di panggil PSY( bkn psy gangbodoh style). sekian.

      Padam
  2. Nak nyonyot je si dia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko nak nyonyot bik mama?
      woha..

      Padam
  3. Tak sngka noob pun adlh sorag politicalfag.,.,.,,, har har har

    BalasPadam
  4. ni la masalahnya bila isteri pm sibuk2 dgn urusan kerajaan,pandai2 nk suruh buat rulez sendiri.pekeliling dh habis study ke belum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekeliling ko cakap? Quran dn sunnah tak yah ke?

      Padam
    2. lu ni apa ke bengapnya.kalau dia ckp pasal agama,kenalah rujuk quran & sunnah.dh dia ckp pasal bnda berkaitan penjawat awam,kenalah rujuk pekeliling.soalan lu ni bodoh mcm lu jgk

      Padam
    3. Jd lu cakp politik tu bukan berkaitan dgn agama lah....patut lah dungu tahap cipan

      Padam
    4. ada ke dia ckp xpyh baca quran?lu ni mesti org pashit,suka merapu meraban benda yg xde kaitan lari dr tajuk nk tunjuk dia shj yg betul,alim,warak...puiiiiiihhhhh

      Padam
    5. Dia tak jumpa surah suruh bertudung
      skip surah An-nur kot..

      Padam
  5. dia kan isteri perdana menteri lol

    eh apa maksud sekiranya perkara tersebut berada di luar batasan kebenaran

    BalasPadam
  6. Dah tak ada benda lain selain politik ke bro? Mengantuk lah

    BalasPadam
  7. Apa nak buat, dia tu isteri pm, paling2 kita ni pencacai je

    BalasPadam
  8. Penuh dgn pencacai....

    BalasPadam
  9. Hidup negeri kelantan.sapa2 yg rasis akan ku sumpah korang jd budu

    BalasPadam
    Balasan
    1. majulah industri budu malaysia!1 Budu! 1 Budu!

      Padam
  10. Orzzzzz juling mata aku membaca itu pekeliling dan akta2.... zzzzz

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum kena pi kursus dan exam lagi tu

      Padam
  11. saranan dari Datin Seri eh? Suck it! Kita hidup ikot undang2 kita kena tekan tapi bila kita langgar undang2 kita kena pijak pulak....
    #apakahtahi #politicsucks

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang2 yg komen dengan title Tanpa Nama kat atas tu pun sucks jua! #KebenaranMemangMenimbulkanButthurt

      Padam
    2. kire otai la lu ni,datang sebut 'suck'..tiba2 serang anon.wa tak penah nmpak lu pun..tetamu baru ke?datang2 dah menyalak.

      Padam
    3. Tanpa Nama dah butthurt? Dan, sejak bila pulak ada gelaran ''Otai'' kat dunia internet neh?

      Padam
  12. Noob, bt entry psl bebudak yg suka bt statement bangang abadi d media electronic blh..

    BalasPadam
  13. ko nak bg kena batang idung noob sendiri?

    BalasPadam
  14. 1malaysia love rosmah 1st lady

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1st lady in Malaysia who can have expensive collection of birkin handbag and expensive diamond ring..

      Padam
  15. Hari ini hari apa anakku skalian?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.