Iklan Leaderboard

Isnin, 18 Februari 2013

43 Online scammer yang lahanat

Zaman internet ni rata2 ramai yang pernah membeli belah di Internet atau shopping secara online. Biasanya pembayaran atau transaksi wang menggunakan online bank transfer seperti Maybank2u, kad kredit atau PayPal dan barangan akan dihantar secara pos. Satu lagi kaedah lain pembeli sendiri berjumpa dengan penjual untuk mengambil barang yang dibeli dan bayaran pun dibuat secara cash atau COD (Collect on delivery). Tapi tahukah anda online shopping paling terdedah dengan penipuan atau scam?


1. Scam di pihak pembeli

Customer buat pembelian di Internet seperti di Lelong atau Mudah. Setelah selesai berurusan, pembeli cakap dia dah transfer duit secara online siap emailkan resit lagi. Dan penjual ni pulak lepas tengok je resit tu, dia terus poskan barang kepada pembeli. Tapi bila check2 balik kat akaun bank dia, duit tak dapat. Telefon balik pembeli, handphone dah dimatikan.


Sebab tu kepada para penjual, jangan sekali2 pos barang yang dijual selagi duit tak diterima lagi sebab resit boleh dibuat dan direka, pakai Adobe Photoshop pun orang susah nak tau yang resit tu palsu. Pastikan duit dah betul2 diterima, baru pos barang.


2. Scam di pihak penjual

Yang ni aku sendiri hampir terkena. Beberapa tahun lepas, tahun 2009 kalau tak silap, aku nak beli PSP kat Mudah, cari punya cari sekali ada jumpa satu iklan dia jual PSP second hand kira murah la jugak time tu dia jual, hanya RM300 je, kat Mudah tu dia tulis lokasi kat Kuantan, Pahang. Aku pun call, sembang punya sembang, aku tanyalah kenapa nak jual, dia cakap terdesak nak pakai duit sebab nak baiki motor dia rosak la apa la, cara dia cakap memang macam boleh percaya.

Gambar contoh
Setelah berurusan apa semua dia bagi no. akaun Maybank dia untuk aku bank-in duit. Dia cakap lepas aku transfer duit dia akan terus ke DHL nak pos terus PSP yang dia jual, dan dia akan bagi tracking number sekali.

Lepas aku dah masukkan no. akaun penjual dan amount kat Maybank2u, tinggal nak klik butang Submit je, tiba2 aku rasa tak sedap hati. Terus aku bukak Google dan letak nombor akaun dia, nasib aku ada simpan lagi. No. akaun dia 151146588471 milik Abd Faizie Abd Hamid. Sekali aku Google no. akaun dia, banyak gila results keluar yang kebanyakannya ditulis oleh mangsa2 scam dia (tak caya cuba korang Google). Sial gila babi, terus aku call dia aku cakap cancel tak jadi beli.

Aku tak tahulah ada mangsa lain dah buat report polis ke, dia dah kena tangkap ke, aku tak tahu. Tapi aku tak tahu samada penipu2 Internet ni sama ada berani atau bangang. Diorang bagi no. akaun apa semua, tak tau ke polis boleh trace?

Ditipu beli baju kurung di Facebook
Sebab tu kalau nak beli apa2 kat Internet terutama kat Mudah, blog atau Facebook, jangan sekali2 transfer duit. Kalau nak beli, buat temujanji untuk jumpa penjual kat mana2 atau pergi terus kedai dia kalau ada, tengok barang, kalau puas hati baru ambil dan bayar. Pastikan nak jumpa tu di kawasan yang ramai orang dan bawa teman. Kalau kat Lelong kira OK lagi sebab kat situ lebih secure dan ada rating dan feedback dari pembeli2 yang lain. Kalau rating tinggi dan dapat banyak positive feedback, maksudnya peniaga tu boleh dipercayai.


Tapi apa2pun, sebelum transfer duit, cuba search dulu nombor akaun, nama atau nombor kad pengenalan (kalau ada) di Google dulu mana tahu orang tu ada rekod buruk dan merupakan scammer terulung di Internet.




tags: shopping online scammer mudah mudah.my lelong lelong.my penipu internet scam jual beli barang produk penjual peniaga pembeli sell buy shop fake kena tipu money transfer bank in duit telefon handphone psp smartphone game senarai list akaun bank conman con cheat secure security trust paypal zalora lazada tips panduan pengajaran hati-hati

43 ulasan:

  1. nak selamat beli di ebay, lyn(ini pun ada conman gak kena hati2) atau online shop yang dah wellknown establish.

    aku hairan macam mana orang boleh beli kat mudah. langsung takda security dipihak customer.

    btw, beli baju kurung pun kena con ker?har har har

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skang seller kena letak no. IC..tapi takdak verification pon..boleh kencing ja IC tuh..

      Padam
  2. Just based on trust..
    Mungkin kena ada sistem orang tengah sebagai payment verify
    Duit dah masuk barang ada baru hantar
    Dan duit bagi kat penjual ..

    Tapi mungkin cara ni akan ada delay..

    BalasPadam
  3. tak minat shopping online ni..baik pergi kedai terus..selamat...dan puas hati..biarpun penat..

    BalasPadam
  4. Putera Noob, takkan lepas ko dapat tau yg mamat tu scammer ko setakat telpon dia dan cakap ''helo, psp tu saya tak jadik beli lew''? Dia tak cuba hasut ko, kah?

    -CSI: Johor-

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat ape nak hasut, die pn mngkin sedar mngkin noob dah tau yg die tu scammer.

      Padam
  5. lbh selamat gune yg establish atau skurang2nya ade security menjamin customer spt lelong, ebay. pstu kalo kt facebook pn, tngk testimoni customer atau komen2 orang yg dah penah beli. mudah mmg tak caye langsung kecuali kalao nak COD.

    BalasPadam
  6. kalau ikut kata2 setengah org sblm ni,kita hendaklah bersangka baik.kalau org nak jual apa2 kt internet tu,kita bersangka baik jelah yg di tu jujur dan xmenipu.bila dh byr brg tp xdpt2,kt sangka baik jelah mgkn org tu dlm kesusahan atau dh mati so xdpt brg yg dikirim.jgn sangka buruk yg org tu penipu atau scammer,biarlah duit kt burn mcm tu je tp yg penting kt kena bersangka baik dgn org...

    BalasPadam
  7. gamba tertipu beli baju kurung tu gile dramatik

    BalasPadam
    Balasan
    1. princesscut.fotopages.com

      kalau u beli kat sini konfem tak akan kena tipu..., seller dia sangat ohsem, collection kurung/kebaya dia pun cantik2 semuenye :)

      Padam
    2. ada lagi org idup zaman batu pakai fotopages...

      Padam
  8. Saya suka beli barang online. Kicap, sos minyak masak dan sayur kangkung serta maggi sekalipun saya suka beli online. termasuk McDonald's dan Domino. :p

    Malang sekali zalora tidak menjual rumah atau kereta.
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. laa sarcasm ke.. aku punyalah wonder kat mana nak beli kicap online

      Padam
    2. http://www.redtick.com.my/searchresult.php?s_cateid=298

      ;)

      Heheheh...

      Padam
  9. saya mmg x suka byr online . bimbang duit hilang kat acc . Bila saya beli online saya byr guna cdm . lebih selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana duit hilang kat acc tu?
      #curious

      Padam
    2. Mungkin risau password online kena log kot?banyak bank malware ni.. atau phising nih..

      Kalau kat ATM/CDM atau Machine pun ada bahayanya juga ;)
      zaman moden sekarang banyak alat nak buat Sila baca Pasal Skimmer ni..

      berhati=hati sentiasa..



      Padam
    3. Maaf link macam tak jalan ni ok kot..

      Contoh Skimmer

      Padam
    4. Tanpa Nama18 Februari 2013 11:23 PG

      kalau cimb click ada security pin yang kita saja boleh approve transaction tu. maksudnya kalau orang tu berjaya masuk ke acc kita belum pasti dia boleh buat pemindahan wang dari acc kita.

      dan setiap transaksi online akan di lapor terus ke hp. kita juga boleh batalkan transaksi yang mencurigakan.

      Padam
    5. TAC? yeap this based on pnone number.

      Tapi boleh trick sebab no phone ni update kat ATM.
      Tu Skirmish agak bahaya dan biasanya dilakukan di ATM machine.

      Kalau advance malware dapat password online bank dia mungkin boleh ubah data misalnye nampak papar kat web bayar kepada mecha tapi underline malware leh ubah hantar kat orang lain.. :) teknologi manusia buat Mecha.

      Padam
  10. Noob

    Kau lupa nak mention - pasal kadang barang kat internet gambar nampak elok marvelous tapi bila sampai macam hampeh.. lol..

    BalasPadam
  11. Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? BERNAS! BERNAS milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar. MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar sepenuhnya!

    OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la. Naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!

    Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la. Nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Ok la. Orang iKL, naik MRT sahaja la. Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

    Macam ni la. Tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari punya :)

      Padam
    2. so aper yg ko cuber nak sampaikan???

      Padam
    3. dia nak bagi tahu syed mohktar ni sama macam kapitalis2 lain yang monopoli kat malaysia kot? cth tan sri vincent tan. minum coffee old town dia punya. makan kenny rogers dia punya.

      Padam
    4. org melayu berjaya,kaya raya,org melayu juga komplen,dengki.org cina berjaya,kaya raya,org2 cina lain xkomplen malah turut support & berbangga.melayu oh melayu

      Padam
    5. tapi naik harga tetap naik punya sape pun yang punya melayu ke cina ke mak bapak sendiri punya pun harga tetap naik :)

      Padam
    6. Tak kisah la orang melayu punya ke orang cina ke siapa punya sekalipun kalau tak dapat membantu buat apa..
      harga gula makin naik harga minyak naik..
      tol makin naik..

      Setakat nak berbanga tu bukan dapat apa.. buang boreh ajo..
      Setakat berbanga Malaysia maju padahal bangunan tinggi melangit orang
      tanah beratus ekar pun orang punya..
      Korang hanya duduk menyewa kat tanah air tercinta..
      Silap haribulan kena halau..

      Fikir la sikit..

      Padam
    7. salah siapa melayu duduk menyewa di tanah milik org cina di tanah air sendiri kalau bukan salah umno?tp kalau bukan UMNO yg memegang kuasa & kuasa dap yg pegang,jgn kata melayu nak menyewa kat tanah air sendiri,silap ari bulan melayu dihalau terus dr tanah air kt yg sudah menjadi milik org cina.

      utk elakkan ia dr berlaku,pastikan kuasa terus dipegang oleh org melayu,bermakna ia boleh dilakukan hanya dgn mengundi UMNO & BN!memberi kuasa kpd PR seolah2 memberi kuasa kpd DAP dan org cina yg hanya akan memburukkn lg keadaan di malaysia yg dah sedia buruk ini.

      undilah UMNO demi survival org melayu.

      Padam
    8. Aik 55 tahun tak cukup kena jual dah ke?
      Masih nak jadi hamba abdi lagi?


      Padam
    9. biar jadi hamba abdi kpd melayu umno,dr jd hamba abdi kpd cina dapig

      Padam
  12. lor..takdanya nak dengki kalau bisnes sendiri. ini ape cerita rembat duit subsidi kerajan pastu jual balik ke tnb? sape pun bole buat bisnes.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la bisnes atas angin..

      Macam saham felda peneroka susah payah bertungkus lumus redah belukar tarah tanah buat ladang.. mereka yang keje atas kertas dapat saham free harga naik lepas tu jual.. lepas tu saham merundun tak naik-naik.. lol..
      Sian tanah tergadai kena bayar hutang pinjaman saham lagi..

      Memang berbaloi baloi untung meniaga dengan melayu..
      Boleh tipu beratus2 kali

      Padam
  13. nasib baik hang tak terkena . tahniah kerana cekap. guna ICT untuk kenalpasti.
    siap ada blog lagi hehe --> http://scammerabdfaizieabdhamid.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. mohon Safirul periksa kat internet samaada mamat neh dah kena tangkap ker belom

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. scammer terulung di Internet tu yg xtahan..haha

      Padam
  16. aku xsuka beli brg online,tp ada satu brg je yg nk xnk kena beli online- dildo...nk beli sndirik kt adult toy shop malu nk masuk T_T

    BalasPadam
  17. With havin so much content do you ever run into any issues of plagorism or copyright violation?
    My website has a lot of exclusive content I've either written myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the web without my permission. Do you know any methods to help protect against content from being ripped off? I'd genuinely appreciate it.


    Here is my web site - Batman Games

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...