Selasa, 5 Februari 2013

78 Beromen sambil berbual di telefon (18SX)

Beberapa hari lepas member aku tunjuk kat aku dalam handphone dia ada satu video klip melayu 3gp, jangan ditanya apakah itu. Aku video2 3gp melayu ni aku memang tak layan sebab tak hingin nak layan pun, kualiti gambar dah la buruk dan hodoh. Tapi member aku suruh dengar apa yang ada dalam video tu, tak payah tengok video pun takpe.

Gambar hiasan sahaja, tiada gambar sebenar
Oh btw kat sini tiada cerita atau video lucah, so jangan kecewa ok. Cuma aku nak cerita sikit dalam video tu masa pasangan lelaki dan perempuan tu tengah buat projek haram, si perempuan tu tengah pegang handphone sambil bercakap dengan seseorang dengan ayat lebih kurang macam ni la aku tak berapa fokus sangat,
"Sayang marah kat saya ke? Jangan lah sayang, fikir la masa depan kita, sayang nak ke tengok masa depan saya gelap, hancur? Ok lepas ni saya takkan buat lagi I promise dan takkan sia2kan lagi hubungan kita. Sayang jangan la marah lagi ya."
Lepas tu lelaki dalam telefon tu membebel apa ntah kat perempuan tu, dan perempuan tu dengar je sambil melayan pasangan lelaki dia satu lagi tu. Aku tak tahu sapa dia call tu, mungkin pakwe dia, mungkin suami dia, aku tak tahu, tapi yang aku tahu ni first time aku tengok pasangan curang secara live siap boleh pula berbual dengan pakwe/suami dia dalam handphone ketika tengah berzina dengan lelaki lain. What the fuck man? Terus aku tutup lepas tu tak sanggup nak dengar dan tengok sampai habis.


Gila heart broken sial, meruntun jiwa gila babi. Jangan kata nak stim, terus jadi marah dan sakit hati. Selalu aku baca kat paper je kes2 curang nih, ini aku boleh pulak tertengok secara rakaman live. Aku tak boleh bayang kalau la orang yang kita sayang atau percaya selama ini buat perangai celaka macam tu belakang kita dan terkantoi, macam manalah perasaan kita masa tuh? Confirm hancur luluh jiwa dan raga.

Kalau setakat couple boleh saja tinggal macam tu je, tapi kalau yang dah kahwin, dah beranak pinak, pasti kecewa dan sedih gila babi kalau suami/isteri kita curang dan bersedudukan dengan orang lain. Bukan tak boleh nak tinggal juga tapi macam2 kena fikir, masa depan anak2, hubungan dengan keluarga, harta dan lain2.

Yang si pelaku tu pula langsung tak wujudkah perasaan belas kasihan dan bersalah pada pasangan mereka? Nak kata takut dengan Tuhan tu mungkinlah mereka tak takut, kalau takut takde la diorang nak beromen, rakam aksi mereka dan bersikap curang.

Suami menangkap isteri curang dengan kekasih gelapnya.


Bahaya betul sekarang ni. Walau depan nampak baik, innocent, suci, ikut kata, berkarisma, berpangkat tinggi, tapi orang masih boleh curang tanpa rasa takut dan bersalah di belakang kita dan ya, orang macam ni memang wujud di sekeliling dan masyarakat kita, mungkin orang jauh dan mungkin juga orang yang terdekat dengan kita. Moga kita dijauhkan dari perangai durjana seperti itu.




tags: video klip melayu 3gp awek tudung romen zina curang bual telefon bimbit handphone smartphone pakwe makwe suami isteri lelaki wanita perempuan gadis janda hancur cekup kantoi khalwat hubungan sulit seks durjana terlarang aksi heart broken hearted tikam naik tocang rakam lucah

78 ulasan:

  1. bila lelaki curang,org kata itu biasa
    bila pompuan yg curang,itu luar biasa
    tp mereka kan sama2 manusia ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je.. kalau laki ko curang.. tu namanya salah UMNO-BN.. tolak hudud!

      Padam
    2. jgn jadikan ia kebiasaan. kdg norma pemikiran seseorg tu. tp kdg sbb seks. pompuan tu xpuas.

      BANkami
      BANkami

      Padam
    3. Alasan biasa untuk mendapatkan persetujuan yerla semua manusia sama ada nafsu.

      Tapi kenapa tuhan benarnkan suami kawin sampai 4 dan perempuan pula tidak? jadi lelaki dan perempuan itu tetap berbeza.

      Padam
    4. a'a..perempuan dan lelaki itu berbeza....klau lelaki kawen 4....anak tetap di "BIN" atau "BINTI" dgn 1 ayah...tp klau perempuan dibenarkan kawen 4....haaaaa, da tatau sape ayah baby bakal lahir...sbb semua sumbang benih...kan....kan...kan....




      notakaki : islan itu indah...:)

      Padam
    5. org yg menyamar nama nik aziz kt atas tu,mula2 ckp salah umno,lps tu suruh tolak hudud pulak,bodoh betul.umno selama ni perjuangkan hudud ke?

      Padam
    6. Sape pernah lalui sila ulas...hahaha

      Padam
    7. bergaduh bapak budak nak ngaku anak dia mana satu lol

      Padam
  2. Balasan
    1. Jadi mcm ni sebab salah UMNO-BN.. tukar kerajaan!

      Padam
  3. Tengok keratan dari akhbar yang sama. Terasa cam dejavu pulak. Hahah.

    Benda ini bukan main-main. Dah jadi pada kawan aku sendiri. Nafsu mengatasi segala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak keratan akhbar dan cerita macam ni.

      Memang pedih dapat tahu isteri macam tu tapi kadang ada hikmahnya kalau tak tahu juga. Sebab kalau kau tak tahu isteri kau curang dan bila dah mati kat akhirat kelak ko boleh dapat pahala orang yang curang dengan isteri ko. Kalau tak cukup dosa ko boleh transfer kat orang tu pulak.

      So buat orang yang suka kacau bini orang atau kalau bini orang kacau ko tu fikir-fikirkan la.. bangkrap kat akhirat kelak dah la pahala kena bagi kat laki skandal ko silap-silap dosa laki skandal ko pun kena tangung pulak.




      Padam
  4. Bhai Noob...

    Mintak dijauhkan Allah Taala dari melakukan sebegini... Ameen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jauhkan sifat keji tu dr diri aku dan manusia yg membaca di blogserius, termasuk penulisnya

      Padam
  5. gila aku memang risau bab ni. takut jadi kat aku
    setiap kali aku baca paper ada saja kes bini curang bagai
    fuhhh dah anak dua tiga pun masih pasang kat luar
    gila seram siut, lebih seram dari cerita hantu beb

    kejadahnya otak depa tu? dalam otak ada lumpur ka apa? sampai takleh pikir dengan waras?
    gila2 ini semua gila

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak diwajibkan ke atas isteri mentaati suami jika suami tidak memenuhi 3 syarat iaitu:
      1) tidak mampu menyediakan nafkah.
      2) tidak mampu menyediakan tempat tinggal yang memenuhi syarat (selamat, mempunyai privacy isteri dan lengkap keperluan asas)
      3) dalam keadaan ketaatan yang mmbawa kepada kemaksiatan kpd Allah.

      dalil-dalil syarat ini diambil dari aQ dan Hadis yang banyak. cuma cukup sekadar beberapa dalil:
      anNisa':34
      [lelaki2 (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan) dan kerana mereka (lelaki) TELAH MEMBERIKAN NAFKAH DAN HARTANYA."

      memberikan nafkah adalah syarat untuk para lelaki (suami) menuntut kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.

      atThalaq: 6
      "tempatkanlah mereka (isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan mereka".

      menyediakan TEMPAT TINGGAL ISTERI adalah arahan meski tidaklah diwajibkan untuk besar dan mewah. Cukup sekadar tempat tinggal yang memenuhi tuntutan sepertimana yang dihajatkan oleh para suami itu sendiri seperti selesa, privacy dan selamat.
      dan dalam buku tulisan Dr. Muhammad Abdul Qader Abu Faris dan Prof. Dr. Omar Suleiman Abdullah alAsyqar yang memperincikan berkenaan syarat-syarat tersebut.

      ^_^

      Allahua'lam.

      Padam
    2. ada buku in English, tajuk dia Al-Qowwamah karangan... alamak, tak ingat, tapi ulama mu'tabar juga, dia kupas pun detail. dan dari situ baru saya tahu bagaimana islam mengangkat wanita dengan ayat Quran di atas, bukan menyuruh wanita menjadi hamba kepada lelaki.Kewajipan taat seorang isteri bukan perkara yang boleh dikerah jika si suami sendiri tidak cukup sifat adil dan amanahnya dalam menyediakan keperluan nafkah hidup dan tempat tinggal si isteri.

      Btw,Islam tidak pernah menjadikan lelaki tuhan dan tidak pernah merendahkan wanita untuk menjadi hamba.

      Bro taufik insyaAllah kita mulakan dgn pembaikian diri kita bersama.

      bak kata presiden parti keadilan sejahtera(PKS)yang baru,
      "Untuk membuat perubahan yang hakiki, kita sendiri yang perlu membuat perubahan. Mulai dengan taubat dan istighfar. " (Ustaz Anis Matta) ;)

      Padam
    3. tambah sikit..AL-Qowwamah tu dia ambil dari kalimah dalam ayat surah an-nisa' tu. yg bermaksud PELINDUNG, bukan sekadar KETUA. :)

      Padam
    4. cik Lynn hebat meyh...

      Padam
    5. mmg hebat bab tu...tapi jgn ingt sbb tu sampai tak hormati suami n taat. rumahtangga memerlukan toleransi. bukannya kasih sayang semata-mata.

      Padam
    6. Salah masyarakat yang manjakan anak lelaki dan didik anak perempuan mengurus rumah tangga. Bila zaman berubah perempuan bekerjaya atas nama kebebasan dan kerjaya beban kerja mereka bertambah stress pun bertambah.

      Padam
    7. lynn just nk tya apa kaitan entry ni dgn komen awk tu?adakah awk nk ckp kalau suami x dpt memenuhi 3 syarat yg awk ckp tu,maka isteri x wajib taat pd suami & boleh berlaku curang cari lelaki lain yg boleh bg 3 syarat tu?

      Padam
    8. faith in humanity restored by cik lin :D
      mujur masih ada diluar sana wanita macam cik lin

      btw, dalil ketidaktaatan itu bukan sebagai lesen utk wanita buat perkara terkutuk spt dalam contoh yg noob ceritakan

      Padam
    9. Tanpa Nama5 Februari 2013 9:26 PG lol.
      Rasanya Lyn maksudkan Lelaki pun kena tengok juga sebab kadang puncanya juga dari lelaki.

      kalau lelaki tak mampu 3 syarat tu ada orang lain yang rasanya mampu pi la mahkamah mintak fasakh.

      tapi ada juga yang lengkap 3 perkara tu pun isteri dia curang alasan kurang perhatian lol.


      Padam
    10. dari Tanpa Nama 5 Februari 2013 9:26 PG

      "lynn just nk tya apa kaitan entry ni dgn komen awk tu?"
      dah cerita pasal institusi keluarga atau hubungan pasangan, mestilah ada kaitan.

      Cik lynn dah beri kupasan yg agak mendalam tentang hak isteri.

      namun Tanpa Nama 5 Februari 2013 9:26 PG dan Taufiq ada point, kalau 3 syarat yg cik lynn tonjol tak diikuti sang suami, si isteri dah boleh mula berfoya2 dengan lelaki lain yg bukan suaminya? Rasanya tak lengkap lagi pencerahan dari cik lynn nih.

      Padam
    11. Suami isteri korang dapatkan kitab Muhummah atau tengok pencerahan/huraian dari Ustaz kazim Elian ni

      Semoga kita mendapat manfaat

      Padam
    12. bro taufik ..di akhir komen tu saya ada sebut,AL-Qowwamah iaitu Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.suami adalah pelindung bagi isteri
      SINI buat tatapan bagi mereka2 yang mahu berfikir.mudah2an kita dikalangannya.

      Bagaimanalah kita nak wujudkan bait muslim kalau fardu muslim pun masih gagal? :)sila cakna ye.

      We can never be sure of how things gonna work out.Praying for the things we need, not the things that we want.:)

      kadang2 manusia mudah memilih yang mudah dan cepat tanpa melihat kesan besar di hujungnya.btw manusia tu mmg diciptakan utk susah payah kan :)

      (sila2 tadabbur surah albalad)

      semoga Allah lindungi kami para wanita dari penyakit ini iAllah.

      T.T takut juga sbnrnnya jika dlm diri kita pun ada.

      selalu ingatkan kat diri sendiri bahwa setiap perkara yg baik mahupun yg buruk, x semestinya semua perkara perlu dirasai sendiri untuk tahu manis masamnya.

      sedikit pengkongsian kat sini.

      Wala' dan Bara' jangan sesekali berpisah antara 2nya.

      Wala':kpatuhan, ktaatan, khambaan dan menerima Allah sbgai Rabb srta Illah scara total.
      Bara': mnolak jahiliyyah dlm diri. mnjauhi kmaksiatan dn kmungkaran kpada Allah.

      Smga Allah redha. Semoga Allah bersihkan. :)

      Padam
    13. Agreed, Itu sebenarnye lelaki kena didik betul2 supaya tidak jadi penindas dan menindas. lelaki lebih besar tangungjawabnya nak kena jawab kat akhirat berbanding perempuan. Perempuan ni kalau ikut Islam mudah je taat suami ikut peraturan settle.. beranak pun dapat pahala mati syahid. lelaki?

      Tapi sayangnya dalam Masyarakat lelaki tidak didik dengan betul yang boleh menjadi insan bertangungjawab manakala perempuan diberatkan dengan tangungjawab dan hala tuju yang bukan-bukan. bahkan lari dari tangungjawab dan keperluan mereka. itu sebabnya kementerian wanita diwujudkan bagi menjaga kebajikan wanita.. dan lelaki? terus mencari diri..

      Persiapan menjadi lelaki ni besar kerana terpikul tangungjawab memimpin dan membetulkan perempuan di bawah mereka.. perempuan ini termasuklah isteri, anak perempuan.. adik kakak ibu.. sedangkan perempuan.. tidak terpikul tangungjawab tu semua.

      jadi kalau anda ada anak lelaki didik dan persiapkanlah mereka menjadi insan lelaki dan pemimpin yang terbaik dari semua segi..

      Padam
    14. Huh high expectation tu.. :)
      Taufik & biskut rasa-rasa mampu ke?
      lol XD.

      Padam
  6. kalau dipikirkan balik, memang patut pun hukuman rejam utk pasangan zina yg dah kawin
    ni dah totally membelakangkan hukum alam, hukum agama dan jugak norma semulajadi sebagai manusia
    lagi dibiar lagi berjangkit, patut rejam depan public

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus. anda telah menegakkan hukum dari kitab bible. oleh kerana ajaran Kristian datang dulu, maka hadis2 yg diikuti merupakan copy paste ayat2 dari bible seperti Deuteronomy 22:23-24, Leviticus 20:10

      sahih bukhari vol.5, 58:188- mungkin kalau x copy paste ajaran kristian, ikut cara monyet hukum penzina monyet.

      senarai hadis lain yg sokong rejam (jgn lupa baca sampai habis page ni)
      http://www.thereligionofpeace.com/Quran/001-adultery_punishment.htm

      orang kalau dah x ingat tuhan, hukuman apa pun takkan menghalang mereka berbuat dosa. kesedaran dalam hati manusia timbul bukan semudah menguatkuasa hukuman keras. rejam bukan ubat ajaib yg boleh menyelesaikan semua masalah.

      Padam
    2. annakolat,kau ni mmg anti hadis ke?bg kau semua hadis adalah palsu & xbenar ke walaupun ia mmg dikatakn hadis sahih?cuba share dgn kami apa pandgn kau berkenaan hadis nabi sebenarnya?

      Padam
  7. mmg angin kalo bace psl bnda2 mcm nih...adoii ape la nk jadi orang skrg...yang jadi kes pon org mlayu yg byk jgk... moga2 Allah jauhkan dari semua nih...sygilah keluarga...xkesah la yg kapel ke yg kawen ke..kalo da kapel da bt cm tuh, xmustahil ble da kawen pon cm tuh jgk...risau2

    BalasPadam
  8. hmmph knape senang sangat orang melakukan kecurangan? tak cukup kasih sayang mungkin.

    BalasPadam
  9. Kita harus berfikiran positif dn jgn cepat sgt nak salah sangka, mungkin perempuan yg dinukilkan olh noob tu adlh pelacur kelas atasan. Bertelefon sambil mengayat sambil berprojek mana mungkin dpt dilakukan olh org biasa...kecuali dia sorg pelacur...

    tp agak irony berfikiran positif yg dia adlh pelacur, tapi adlh lbh baik dr berburuk sangka akan institusi rumah tgga yg sah dgn akad dn nikah

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis tu yg kes curang laki bini kat dlm paper berlambak2 tu kira semuanya pelacur kelas atasan jugak ke?i dont think so...

      Padam
    2. no-no-no-no bak kata farafauzana

      Padam
    3. Boleh caye ke cita news2 tabloid ni, kalau cita nak bagi laku jual, aku pikiaq dua kali...kalau hal politik pun salu pusing2, hal2 cam ni lagi lah byk pusing.

      Padam
    4. Memang banyak pusing nak bagi sedap.. :)
      Goreng bagi laku..

      Padam
  10. Buat kaum wanita ada dalam Quran kalau nak ikut la

    "Katakanlah kepada wanita beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan adanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka". (an-Nur : Ayat 31)

    jaga pandangan kamu bukan saja tengok benda tapi jangan tengok lelaki lain karang mengoda tergoda. Kalau dalam quran dah siap bagitau jangannampakan perhiasan kecuali suami? tetapi sekarang wanita/perempuan berhias lebih kepada bukan suami.. lol.

    Kalau cakap pelbagai alasan diberi nak yakin diri la kerja la itu ini.. padahal dalam hati dan nafsu nak dipandang cantik sebenarnye tapi sayangnya bukan untuk yang halal suami mereka.. tengok fesyen takut bukan saja fesyen biasa fesyen tudung sekarang pun berhias tak ingat tabaruj melampau2.. Ditipu hawa nafsu dan bisikan syaitan..

    Sabda Rasulullah S.A.W telah diterangkan mengenai fitnah kaum wanita, : "Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (H.r. Bukhari)

    Jadi sebab itu kena jaga wanita ni dengan sebaik-baiknya tapi kadang payah juga bila jaga bebaik kata konkong pulak bagi kebebasan disalahguna.

    jadi memang susah kepada sesiapa yang nak kawin tangungjawab jaga perempuan/wanita tu memang amat besar.

    BalasPadam
  11. Muka depan metro hari ni bukan saja beromen dengan kekasih di rumah malah ugut suami dengan pisau bila kantoi hurm.. Ganas perempuan sekarang.

    Dulu kes macam ni lelaki je buat sekarang perempuan lebih hebat dari lelaki..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. tersangat logik hukuman rejam dikenakan pada pasangan curang nih....

    BalasPadam
  14. Aku memang tak suka baca harian metro tapi kes2 curang samaada lelaki atau perempuan mmg dah jadi trend plak skrg. haha. Melayu Islam sadis..Islam ke mana..Melayu ke mana..kata2 lebih kpd diri sendiri, peringatan dan tauladan.

    BalasPadam
  15. Salah UMNO-BN!

    BalasPadam
  16. haram jadah law bwat maksit bila dh kawin..

    BalasPadam
  17. tu lah jadinya kalo kawin semata-mata kerana seks... x cukup dgn yg halal, yg haram pulak dicarinya... tak dak hobi lain yg lebih berfaedah ke kaki2 curang ni? buat makaroni bakar ke, menjahit ke, gi kelas memasak ke, kelas bahasa asing ke... atau lebih baik gi kelas baiki bacaan Al-Quran ke... hidup kat dunia ni sementara jer woi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau semata-mata seks orang carik skandal bohsia pelacur atau ayam je plain lol.

      Padam
    2. tanpa nama yg x faham maksud....

      Padam
  18. bini orang memang agak melampau2 sekarang .. member aku kapel setahun ngan bini orang yang mengaku anak gadis .. bodo siot .. lelaki perempuan zaman sekarang dah sukar menjaga maruah dan terlalu ikutkan nafsu setan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Carilah calon yg soleh solehah. soleh tak semestinya ustaz imam. yang tak tinggal solat dah kira baik kerana solat tu dinding utk cegah dari perbuatan keji.

      Padam
  19. unicorn ride yg murah kat ulu yam :)

    http://www.groupon.my/deals/national-deal/unicorn-ride/716017198

    BalasPadam
    Balasan
    1. 9 juta tu Najib leh sponsor tak?

      Padam
  20. Disebabkan Pompuan tak puas je?

    Baik kawin ngan negro. Lepas tu mula la ada masalah pulak, awang Africa melarikan anak gadis. Kalau macam tu kerajaan terpaksa memberi izin awang africa tinggal di sini. Secara tiba-tiba, Malaysia akan dikuasai Negro. Maka dengan itu pula, Malaysia akan ditadbir dengan satu parti baru iaitu PAA (Parti Awang Africa). Mereka berteraskan Adil dan Janji ditunaikan on the spot walaweh.

    Kalau lah diorang menang. Lalu Malaysia bertukar kerajaan dan ditukar nama kepada Negrosia. Agama rasmi Vodoo dan menggunakan hukum Hudoo.

    BalasPadam
  21. babi punya noob tgk video klip 3gp melayu sorg2.share la sini skt jgn kedekut sgt

    BalasPadam
  22. Ala tu baru sikit 3gp. mungkin byk lagi koleksi 3gp noob dlm hp + pc dia hewhewhew.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aneh giler bunyi gelak..hewhewhew jadinye.kalau dengar org gelak camtu kat luar,memang dahsyat.

      Padam
    2. Hai the hell, nak biskut? Hewhewhew

      Padam
    3. har har har :)
      gelak ada banyak jenis yang tu gelak sambil tahan nafas jadi la
      hew hew her..

      Padam
    4. hew hew hew hewwwwwww...pon boleh.

      Padam
  23. dlm paper byk isteri plak yg curang dr suami.. hmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah siapa? Salah UMNO-Bn sebab tolak hudud!

      Padam
  24. Perempuan itu adalah fitnah dan sentiasalah berhati-hati dalam setiap perkara walupun kecil; buat lelaki lebih-lebih lagi perempuan itu sendiri, kerana setiap perkara boleh mengundang pelbagai masalah. Jangan mudah ditipu hawa nafsu dan bisikan Iblis dan syaitan yang menyesatkan.

    الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ.

    “Wanita adalah aurat, apabila dia keluar maka syaitan menghias-hiaskannya (untuk menarik perhatian lelaki).”

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm hina je jadi kaum perempuan ni....

      Padam
    2. Tak hina cuma memang itulah perempuan yang dijadikan sebagai pembantu/peneman lelaki.

      Oleh itu mereka tidak dibebankan dengan tangungjawab seberat lelaki. Sebab di akhirat wanita/perempuan ni cukup ringkas nisabnya kerana tangungjawabnya yang lebih ringan berbanding lelaki.

      Ramai yang tak sedar lebih-lebih lelaki sebenarnye lelaki memikul tangungjawab besar dalam kehidupan dari kaum wanita/perempuan. kerana dibahu lelaki terpikul tangungjawab wanita-wanita disisinya. Mereka akan menjawab untuk semua wanita-wanita dibawah tangungjawabnya.

      Kalau tengok dan baca al-quran yang disuruh membimbing dan memimpin kaum perempuan ialah lelaki.

      Padam
    3. hipokrit. kata x hina jadi pompuan tapi macam2 hadis keluar menghina pompuan. pompuan auratla, pompuan fitnah la, pompuan lalu boleh batalkan solat la, pompuan diletakkan setaraf dgn keldai dan anjing la...

      quran x pernah hina wanita. hadis2 saja yg banyak berbuat demikian.

      berhentilah berpura2. akuilah bahawa banyak hadis2 sahih memang menghina wanita.

      Padam
  25. Hanya orang yang melaluinya saja tahu macam mana rasanya bila dikecewakan oleh isteri sendiri. Isteri yang kita sayang dan cinta tetapi sebenarnya tak pernah mencintai kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cinta suatu yang subjektif ianya tidak pernah kekal
      jadi nak kata tidak pernah mencintai itu mungkin tidak betul
      mungkin pasangan pernah mencintai atau masih mencintai tetapi curang disebabkan faktor lain.. buat apa kawin dari awal-awal lagi kalau tidak mencintai tiada rasa itu pada pasangan itu kahwin paksa namanya.

      kadang orang curang bukan kerana cinta semata tapi kerana perhatian
      selepas lama berkahwin perasaan itu tidak dipupuk dan perkara yang sepatutnya dikongsi bersama pasangan diluaahkan pada orang yang tak sepatutnya..

      kepercayaan saling tolak ansur dan komunikasi teramat penting.. Suatu yang memang pelik tapi benar semakin kita sayang semakin kita susah nak percaya dan terima.. kita sentiasa harap perkara baik saja kita sukar terima teguran atau perkara buruk tentang kita atau pasangan.. cuba kata kat pasangan kelemahan mereka pasti mereka melenting marah etc... dan jadi pergaduhan.

      kerana perkara ini biasanya pasangan akan melepaskan tekanan diluar.. seseorang yang selesa.. seseorang yang memberi perhatian dan memahami.. walaupun mereka tidak sayang tidak cinta atau hanya mengambil kesempatan..

      Padam
  26. Buat suami - bagi isteri anda cinta kalau nak seks selalu..
    Buat Isteri - bagi suami anda seks kalau nak cinta mereka sentiasa..


    It's actually works opposites..
    ------------------------------------------------
    Why Men Want Sex and Women Want Love

    By Elena Solomon, www.soulmades.com.au

    Men are frustrated with women because they never want sex.
    Women are frustrated with men because they always want sex.

    Women blame men they don’t know how to love.
    Men blame women that they only talk about love but don’t want to make it.

    Whether you are a man or a woman, reading this article can change your life - finally, you will be able to get rid of your frustrations about the opposite gender.

    The reason humans want sex is due to the hormone testosterone, which is predominantly male hormone. A normal male’s body produces 20 times more of this hormone than a female’s.

    In other words, a male feels the same way after one day without sex as a female after 20 days without sex. A male that has not had sex in 20 days feels the same way as a female after more than a year without sex.

    Knowing this simple difference, you can already understand the pain of the opposite gender. It’s NOT their fault: they are made this way! It’s in our genes! This is the reason why men are men and women are women.

    Men and women are DIFFERENT.
    Not better or worse, just different.

    A man can father a child every time he has sex, and a woman can only mother a child every two years or so. This means, a woman HAS TO be picky about who she allows to have sex with her.

    For generations women were paying too high a price for making a wrong choice. Women that have chosen men with bad genes had a weaker offspring and their children struggled to survive. Women that have chosen men with good genes had a stronger offspring and their children survived disproportionally. Those children were carrying their picky mother’s genes and this is why those female genes were passed to us.

    On the other hand, men never had adverse consequences of making a wrong choice. The more children they produced, the higher was their chance to pass their genes to future generations, as some of them would certainly survive. While men were determined to seek better genes too, they had to grab all chances to procreate coming their way to ensure their genes would be passed forward. The men that ONLY stuck with one woman (even a high quality woman) were losing genetically to the men that used all of their opportunities and had many more children that survived. Those children were carrying their father’s promiscuous genes, and this is why those male genes were passed to us.

    By Nature men are made to seek as much sex as they can get, so they can spread their seed wider.

    By Nature women are made to seek as many admirers as they can get, so they can make a better choice and get the best seed.

    Men seek quantity - women seek quality.

    This is why men seek sex and women seek love.

    BalasPadam
  27. beromen sambil berbual di telefon...

    orang zaman moden memang pandai multi-tasking.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.