Rabu, 29 Julai 2020

2 Kenapa kita kena selalu tukar kerajaan?

1. Mantan PM ke-6, DS Najib Razak akhirnya diputuskan bersalah dalam 7 tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Namun ini bukan pengakhirannya. Lepas ini mungkin beliau akan buat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Tapi buat masa ni, beliau bersalah sehinggalah beliau dibicarakan semula selepas buat rayuan.



Selasa, 28 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Misteri saki baki makanan kuarantin

Seorang pemuda dari kluster kayangan yang baru pulang dari luar negara, ditempatkan di sebuah hotel bagi menjalani kuarantin selama 14 hari. Namun, suatu yang aneh telah berlaku apabila beliau sering tidak menghabiskan makanan yang disediakan untuknya. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 26 Julai 2020

2 Buasir Otak TV: Dah lama tak gunting rambut

Bila kau dah lama tak pergi kedai gunting rambut, susah nak dapat potongan rambut yang diidamkan. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 24 Julai 2020

2 Buasir Otak TV: Prank RM20,000 setia atau curang?

Bila kau nak uji kesetiaan pasangan kau sama ada setia atau curang dengan buat prank atau experiment dengan tawarkan RM20,000 kat dia untuk tinggalkan kau. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 22 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Baru nak belajar main game

Bila kita baru nak belajar main suatu game tapi kawan dah bedal kita cukup-cukup. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 19 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Budak tumpang tanya arah jalan

Bila ada budak yang tidak dikenali tegur nak tumpang tanya arah jalan ke rumah kawan. Jom tonton animasi ini.



0 Kenapa aku buat channel Youtube Buasir Otak TV?

Alhamdulillah. Satu lagi milestone berjaya dicapai. Buasir Otak TV telah mencapai 3.5M views, 15K subscriber dan 175 video selepas 11 bulan channel ini wujud.

Sejak aku mulakan channel Buasir Otak TV, boleh kata dalam seminggu aku akan upload 3 ke 5 video animasi dan komik.

Cuma channel ini mungkin baru nak masuk setahun, tapi jenama Buasir Otak TV sendiri sebenarnya dah 9 tahun aku usahakan.



Jumaat, 17 Julai 2020

1 Buasir Otak TV: Budak sekolah dah pandai nak bercinta

Bila budak-budak sekolah dah menggatal nak bercinta. Seluar dalam pun mak bapak msaih belikan ada hati nak bercinta. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 15 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Kisah seram ketika kuarantin di hotel

Seorang pemuda yang bekerja di Singapura, terpaksa pulang ke Malaysia ketika wabak sedang melanda. Disebabkan itu, beliau ditempatkan di sebuah hotel bagi menjalani kuarantin selama 14 hari. Namun, suatu yang aneh telah berlaku di hotel tersebut. Jom tonton animasi ini.



Selasa, 14 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Super Saiya

Lagu ni antara lagu yang terawal aku buat dalam tahun 2010. Aku tak pandai sangat guna alat muzik, so buat la lagu guna software Guitar Pro 6. Masuk note itu ini, terus jadi lagu. Lagu ni aku mula guna sebagai OST video animasi kat part Karya Peminat, cuma yang tu versi instrumental, yang ni versi ada vokal chipmunk. Harap korang enjoy. Tak sedap jangan kecam. Btw Super Saiya atau Super Saiyan tu berasal dari cerita Dragon Ball, kuasa luar biasa yang ada pada kaum Saiya macam Son Goku dan Vegeta.



0 Jangan biarkan anak disconnected dengan ibu bapa

1. Minggu lepas berbual dengan seorang rakan pejabat. Dia cerita anak sulung lelakinya lepasan SPM tahun lepas. Anaknya tu budak pandai, dulu sekolah berasrama penuh. Keputusan SPM pun bagus.

2. Namun isu yang dia hadapi adalah dia tak faham dengan perangai anak dia. Anak dia asal balik rumah masa cuti, asyik main game. Suka dengar muzik bukan-bukan. Lepas habis SPM tak tahu nak sambung belajar apa. Asyik upload gambar kat Instagram. Sekarang dengarnya nak jadi Youtuber dan game streamer pulak.

3. Aku faham perasaan dia sebab iyalah, ibu bapa mana je yang tak mahu anak-anak berjaya, ibu bapa mana je yang tak letakkan harapan besar pada anak-anak. Jadi bila nampak perangai anak macam tak semenggah je pada mata kita, pasti kita akan rasa kecewa.



Ahad, 12 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Kisah di sebalik lagu Hutang Part 3

Tepok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu

Bila kau pinjam duit orang sebab nak bayar hutang orang lain.

Tahukah anda kisah di sebalik lagu Hutang yang popular itu oleh kumpulan Floor88? Ini sambungan Bahagian 3...

Jom tonton animasi ini.



0 Formula berjaya dalam Youtube bagi marhaen

1. Nak berjaya dalam Youtube ni dia takde formula yang tetap. Dia macam hit or miss.

2. Bagi seorang selebriti yang dah ada nama, mungkin senang nak dapat audien kat Youtube sebab dah ada peminat dan dah ramai orang kenal.

3. Tapi bagi orang biasa, orang kebanyakan dan rokyat marhaen, ia memang sangat bergantung pada nasib dan rezeki terpijak.



Sabtu, 11 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Terperangkap dalam dunia Gacha Life Part 2

Bo dan Amir perlu melaksanakan satu misi yang diberi oleh Pak Zack untuk mencari jalan kembali ke dunia asal mereka. Apakah misi tersebut? Dapatkah mereka menyelesaikan misi itu? Jom tonton animasi ini.



Khamis, 9 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Apabila sekolah dibuka semula

Bila murid-murid akhirnya kembali ke sekolah ketika sekolah dibuka semula setelah begitu lama ditutup. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 8 Julai 2020

1 Kita hampir menang tapi masih belum menang

1. Ahad baru-baru ni aku pergi shopping mall kat IOI City Mall, dan aku agak terkejut sebab ia agak penuh dengan lautan manusia.

2. Malah aku rasa macam lebih padat berbanding sebelum PKP. Dia punya ramai tu sampai nak berjalan pun susah sebab laluan jadi sempit.

3. Kedai tak payah cakap lah, boleh kata semua kedai penuh dengan orang, malah sanggup beratur panjanh nak masuk kedai.

4. Kedai pakaian, kedai kasut, kedai sukan, kedai penjagaan diri, kedai buku, kedai permainan, hatta kedai emas sekali pun ramai orang.



Selasa, 7 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Orang kaya terciduk akibat sombong

Bila ada orang kaya sombong, berlagak dan pandang rendah pada kau, tapi akhirnya dia terciduk. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 5 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Misteri wajah berubah

Bila satu hari tiba-tiba berlaku suatu misteri di mana muka kau dan wajah kawan-kawan kau semua berubah tapi kau tak tahu sebab apa. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 3 Julai 2020

0 Takut untuk berdoa kerana takut untuk kecewa

Dari kecil kita sudah dididik supaya berdoa pada Tuhan.
Berdoa agar Tuhan makbulkan sebarang permohonan dan hajat kita.

Masa nak ambil peperiksaan, kita berdoa agar diberi mendapat keputusan yang cemerlang.
Masa nak masuk pertandingan, kita berdoa agar diberi kemenangan.
Masa nak temuduga kerja, kita berdoa agar mendapat kerja.
Masa nak buka syarikat, kita berdoa agar syarikat kita berjaya.
Masa nak cari pasangan, kita berdoa agar dijodohkan dengan orang yang aku suka.
Masa nak dapat anak, kita berdoa agar dikurniakan zuriat yang sihat.



Khamis, 2 Julai 2020

0 Buasir Otak TV: Terperangkap dalam dunia Gacha Life

Pada suatu hari yang indah, Bo dan Amir terjumpa sebuah telefon misteri di taman permainan. Di dalam telefon tersebut hanya ada game Gacha Life. Tiba-tiba suatu yang pelik berlaku. Apakah yang telah terjadi? Dapatkah Bo dan Amir mencari jalan keluar? Jom tonton animasi ini.



Rabu, 1 Julai 2020

0 Elakkan diri dari terciduk di media sosial

1. Terciduk, atau ejaan wicetnya tercyduk.

2. Terciduk berasal dari bahasa Indonesia yang membawa erti tertangkap, yang juga biasa digunakan bila seseorang terkantoi, terkena, terjerat, terduduk, terjatuh, tersungkur, terlingkup, kecundang, terjadi sesuatu yang malang secara tidak disangka-sangka dan yang sewaktu dengannya.

3. Contoh penggunaan terciduk yang biasa adalah seperti masa kau tengah main PUBG, baru turun dari payung terjun dah mati kena tembak dari belakang, "Alamak terciduk awal pulak wehh".

4. Namun terciduk ini menjadi lebih besar dan serius apabila seseorang itu terkantoi melakukan sesuatu yang tidak seiring dengan perwatakan dan kata-katanya lalu di'cancel' oleh masyarakat dan netizen.


Ads RichPartners