Rabu, 29 Julai 2020

2 Kenapa kita kena selalu tukar kerajaan?

1. Mantan PM ke-6, DS Najib Razak akhirnya diputuskan bersalah dalam 7 tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC. Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

2. Namun ini bukan pengakhirannya. Lepas ini mungkin beliau akan buat rayuan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Tapi buat masa ni, beliau bersalah sehinggalah beliau dibicarakan semula selepas buat rayuan.


3. Mungkin ada yang tak setuju dengan aku, tapi inilah sebabnya kita kena selalu tukar kerajaan. Dari dulu lagi aku mencadangkan Undi Terbalik, iaitu kita jangan undi orang yang sama di setiap kawasan.

4. Kalau wakil rakyat kat suatu tempat tu sebelum ni BN, pangkah PH. Kalau tempat tu sebelum ni PH, pangkah BN, atau sekarang PN. Kita tak boleh bagi seseorang ahli politik tu terlalu lama pegang kuasa tak kira dia dari pihak mana.

5. Malah kalau pihak yang sama pegang kerajaan terlalu lama, semakin naik lemak, semakin naik kepala, semakin banyak salahlaku yang boleh dilakukan, semakin banyak salahlaku yang boleh disembunyikan. Yalah, semua orang pun mesti akan melindungi kawan masing-masing. Tapi bila kita selalu tukar kerajaan, benda yang salah pasti akan dibongkarkan dan tidak lagi boleh disembunyikan.

6. Siapa jadi kerajaan pun bagi aku sama je. Pasti akan timbul apa-apa isu dan masalah yang tidak menyenangkan. Dah nama pun manusia, tiada siapa yang sempurna. Tapi kita tidak mahu pemimpin salahguna kuasa dan pecah amanah dan benda tu disembunyikan oleh kawan-kawan.

7. Ada orang kata, kalau selalu tukar kerajaan nanti negara lingkup. Cuba kita tengok banyak je negara maju yang selalu tukar kerajaan, tak lingkup juga. Lagipun yang ditukar hanya parti yang mentadbir kerajaan, sedangkan kerajaan masih di bawah YDP Agong. Jadi kerajaan takkan lingkup bila tukar kerajaan, yang lingkup hanya pemimpin yang korup.

8. Cuma itulah, benda yang neutral atau berada tengah-tengah ni memang tak ramai orang akan sokong dan sangat susah nak dapat sokongan, kerana kita memang cenderung untuk berpihak, sebab dengan berpihak kita akan dapat untung.

9. Analogi mudah, sebagai contoh kita sokong Abu untuk jadi Presiden sebuah persatuan. Bila Abu menang jadi Presiden, Abu akan lantik kita dalam sebarang jawatan, atau bagi peruntukan kepada kita tanda membalas jasa kita sokong dia.

10. Itu yang bila BN menang, dia ambik kroni-kroni dia jadi menteri, pegawai khas dan jawatan-jawatan tinggi. Sama juga bila PH menang, atau PN ambil alih kerajaan, dia akan ambik pula kroni-kroni yang dah sokong diorang untuk jawatan-jawatan tu. Benda sama mana-mama parti pun yang memerintah. Yalah, takkan dia dah menang tiba-tiba nak bagi jawatan kat pihak lawan atau orang neutral yang tak sokong dia.

11. Jadi kalau kau seorang yang neutral dan bebas, kau dapat apa? Takde apa-apa. Sebab tu susah untuk kita jadi neutral, sebab masing-masing nampak kepentingannya bila berpihak. Jangan kata orang atas, yang kat bawah-bawah pun akan dapat tempias juga bila berpihak, biar pun hanya dapat RM40 seorang pun.

12. Itu cerita pasal parti politik. Hatta kat sekolah pun kita dah cenderung untuk berpihak, kroni dan salahlaku. Kalau kat sekolah asrama, yang baik dengan biro makanan dapatlah ambik bertin-tin biskut dari dewan makan bawak balik bilik lepas prep malam. Murid lain yang bukan kroni, terpaksa la beratur nak makan biskut, silap-silap dapat makan serbuk biskut je sebab biskut dah habis kena rembat.

13. Walaupun begitu, kau nak sokong siapa pun sokonglah, cuma aku harap tak perlulah terlalu taksub dengan manusia. Dan aku harap kita selalulah tukar-tukarkan pemimpin tu. Naik muak tengok muka sama, isu yang sama dan perangai yang sama kat dewan rakyat.

14. Bayangkan hanya kerana manusia, tak kisahlah mana-mana pemimpin, orang sanggup ketepikan otak dan akal fikiran langgar SOP PKPP pergi berhimpun ramai-ramai. Mungkin diorang ingat virus KOBID-19 pun sokong pemimpin diorang jadi virus tu takkan jangkit kat diorang.

15. Satu yang kita kena ingat, kita kena tahu orang yang jadi ahli politik dan pemimpin atasan tu kebanyakannya bukan level-level marhaen B40, M40 macam kita. Diorang tu golongan kayangan, elitis, bangsawan, borjuis, T20. Itu yang sekali diorang isytihar harta, main ratus ribu dan juta-juta je harta diorang.

16. Ya, orang-orang sama yang sering melaung pasal rakyat, memperjuang isu kemiskinan, setiap kali nak pilihanraya merayu-rayu marhaen bandar dan orang kampung untuk undi mereka demi mendapat kuasa. Dari luaran nampak macam mereka sama macam kita, tapi hakikatnya tidak. Mereka melihat dunia berbeza dengan cara kita melihat dunia.

17. Mereka tidak makan makanan yang sama dengan kita. Mereka tidak berpakaian yang sama macam kita. Mereka tidak tinggal di rumah yang sama macam kita. Kita ini hanya bidak dan batu loncatan untuk mereka terus kekal kaya dan berkuasa. Pilihlah siapa pun, negara kita masih terus ditadbir oleh golongan-golongan kaya.

18. Maka tak perlulah kita nak beria-ia sangat taksub pada mereka. Sokonglah siapa pun, yang kaya tetap mereka, yang miskin tetap kita. Yang terlepas selalu mereka, yang terkena selalu kita.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: najib razak bekas perdana menteri bersalah src international dana seleweng pecah amanah salah guna kuasa rasuah hukuman penjara denda kena tukar kerajaan selalu pemimpin korup


2 ulasan:

  1. 5. Malah kalau pihak yang sama pegang kerajaan terlalu lama, semakin naik lemak, semakin naik kepala, semakin banyak salahlaku yang boleh dilakukan, semakin banyak salahlaku yang boleh disembunyikan. Yalah, semua orang pun mesti akan melindungi kawan masing-masing. Tapi bila kita selalu tukar kerajaan, benda yang salah pasti akan dibongkarkan dan tidak lagi boleh disembunyikan.

    Betul tu admni, sebab tu aku pernah bagitau Pejabat SPR, supaya kita buat PRU setiap tahun, tapi cadangan aku ditolak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap tahun tu tak sesuai lah sebab banyak kos nak kena keluar setiap kali buat PRU.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners