Ahad, 12 Julai 2020

0 Formula berjaya dalam Youtube bagi marhaen

1. Nak berjaya dalam Youtube ni dia takde formula yang tetap. Dia macam hit or miss.

2. Bagi seorang selebriti yang dah ada nama, mungkin senang nak dapat audien kat Youtube sebab dah ada peminat dan dah ramai orang kenal.

3. Tapi bagi orang biasa, orang kebanyakan dan rokyat marhaen, ia memang sangat bergantung pada nasib dan rezeki terpijak.


4. Seseorang itu boleh jadi dia buat Youtube selama 5 tahun masih takde hasil, atau boleh jadi dia buat Youtube sebulan terus dapat hasil, atau boleh jadi dah 10 tahun buat Youtube akhirnya baru meletup.

5. Kadang-kadang orang buat content berkualiti bagai nak rak, takde orang nak tengok pun. Kadang-kadang orang buat content rekod pakai 360p pun berjuta-juta orang tengok.

6. Malah kadang-kadang yang membuatkan suatu channel tu diminati ramai, bukan sebab contentnya pun, tapi kerana perwatakan dan personaliti yang seseorang.

7. Channel Sugu Pavithra misalnya, menjadi popular bukan kerana content masakannya semata-mata, tapi kerana personalitinya yang menarik.

8. Veveonah M menjadi popular kerana cerita kehidupannya yang serba kekurangan dan jauh dari bandar menarik perhatian ramai.

9. Channel Wan Animasi meletup kerana penceritaannya dalam animasi yang kelakar dan sedap didengar.

10. Channel DD Chronicle ramai orang tonton kerana gaya komedinya yang lucu dan bersahaja.

11. Channel memancing Sazali Adam Bahar yang popular kerana perwatakannya yang baik dan humble.

12. Channel gaming Kambing Golek yang famous kerana personalitinya yang kelakar dan menarik untuk ditonton.

13. Channel misteri Princemeed yang ramai orang tonton kerana cara penyampaiannya yang menarik minat ramai.

14. Nama-nama di atas sekadar beberapa contoh, sebenarnya ramai lagi tapi tak mampu nak listkan semua. Cuma kalau tengok Youtuber-Youtuber yang popular ni, mereka memiliki satu jenis aura, personaliti, pewatakan yang boleh membuatkan orang tertarik nak tengok.

15. Malah pada zaman Pewdiepie baru nak bermula buat Youtube sekalipun, masa tu dia bermula dengan channel gaming, ada ramai juga orang lain yang buat channel gaming, tapi kenapa akhirnya dia yang berjaya? Kerana dia memiliki aura yang orang lain tiada.

16. Insan-insan terpilih ni, dia buat lah content apa pun orang akan tengok juga.

17. Katakan di masa akan datang channel Sugu Pavithra dah tak buat content masakan tapi buat content deco rumah, orang tetap akan tengok sebab orang suka nak tengok dia.

18. Bukan mudah nak jadi insan-insan terpilih ni, sampai kehidupan kita pun boleh jadi suatu yang menarik di mata orang lain.

19. Kau masak, orang tengok. Kau makan, orang tengok. Kau kemas rumah, orang tengok. Kau naik motor, orang tengok. Kau travel, orang tengok. Kau memancing, orang tengok. Kau main game, orang tengok. Kau sembang, orang dengar. Orang suka dengar kau berceloteh walau apa pun kau buat.

20. Tapi itulah, kita takkan tahu sama ada kita ni insan terpilih atau tak selagi kita belum cuba buat. Jadi cubalah dulu, kalau ada rezeki anda akan dapat shortcut. Kalau tak, kita terus sahajalah berusaha di laluan biasa yang panjang dan penuh liku-liku.

21. Tapi tak semua orang perlu jadi popular kalau nak berjaya dalam Youtube. Ada orang berjaya kerana content tanpa perlu tunjuk muka atau letak suara pun, seperti yang buat channel berita, gossip, video viral, lagu, animasi, lukisan, meme, dokumentari dan sebagainya.

22. Cuma yang buat content macam ni kena kekal dengan contentnya dan jangan ubah bila dah popular, sebab orang Subscribe channel kita kerana content yang kita buat, bukan kerana siapa kita. Mereka tak peduli dan tak kenal pun kita siapa.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: formula teknik kaedah panduan tutorial cara menjadi youtuber youtube berjaya bagi rakyat marhaen orang biasa malysia popular


Tiada ulasan:

Catat Komen

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners