Rabu, 1 Julai 2020

0 Elakkan diri dari terciduk di media sosial

1. Terciduk, atau ejaan wicetnya tercyduk.

2. Terciduk berasal dari bahasa Indonesia yang membawa erti tertangkap, yang juga biasa digunakan bila seseorang terkantoi, terkena, terjerat, terduduk, terjatuh, tersungkur, terlingkup, kecundang, terjadi sesuatu yang malang secara tidak disangka-sangka dan yang sewaktu dengannya.

3. Contoh penggunaan terciduk yang biasa adalah seperti masa kau tengah main PUBG, baru turun dari payung terjun dah mati kena tembak dari belakang, "Alamak terciduk awal pulak wehh".

4. Namun terciduk ini menjadi lebih besar dan serius apabila seseorang itu terkantoi melakukan sesuatu yang tidak seiring dengan perwatakan dan kata-katanya lalu di'cancel' oleh masyarakat dan netizen.

5. Sebagai contoh, seorang yang selalu tayang kemewahan kat media sosial, sekali terciduk bila orang beritahu dia rupanya selalu scam orang dan tak bayar hutang.

6. Ahli politik pembangkang yang dulu kuat sembang macam hebat cakap kerajaan semua tahi, sekali terciduk bila dia jadi kerajaan pun macam tahi juga.

7. Ahli perniagaan yang majoriti pelanggan bisnesnya selama ini adalah orang Melayu golongan pertengahan dan bawahan, sekali terciduk apabila dia mula lupa daratan perasan elitis bila dia hentam orang Melayu dan golongan bawahan.

8. Orang yang try hard nak tunjuk diri sangat bijak dan hebat sampai ditawar masuk ke organisasi antarabangsa, sekali terciduk apabila rupa-rupanya tawaran tu palsu.

9. Lelaki yang selama ini banyak memperjuangkan isu-isu sosial dan wanita kat Twitter, sekali terciduk apabila ada perempuan mendedahkan dia pernah menjadi mangsa cabul lelaki itu.

10. Seorang agamawan segera yang lantang bersuara di media sosial, sekali terciduk apabila pandangan-pandangan ekstrimnya menimbulkan keresahan masyarakat lalu ditegur oleh ramai agamawan lain.

11. Seorang yang klaim dirinya sifu yang pakar dalam bidang itu ini, sekali terciduk apabila ada pelajarnya yang mendedahkan yang dia bagi ajaran yang salah.

12. Seorang muslim yang dilihat selalu memperjuangkan keadilan dan ketelusan, sekali terciduk bila dia rupanya support pergerakan TBLG.

13. Influencer media sosial yang namanya tengah meningkat naik, sekali terciduk bila orang up balik post Twitter dia 5 tahun lepas yang sangat rasis.

14. Seorang elitis Bangsar bubble yang selalu menghentam dan mengkritik orang kampung, sekali terciduk bila dia sendiri membesar hasil undi dan sokongan orang kampung.

15. Tahukah anda, semakin banyak kita berkongsi di media sosial, semakin tinggi kita rasa darjat kita berbanding orang lain, semakin ramai orang kenal kita, semakin tinggi risiko kita untuk terciduk.

16. Jadi berhati-hatilah. Rilek-rilek sudah. Tak salah nak berkongsi pandangan atau kehidupan kita, tapi bersederhanalah. Dan sentiasa beringat yang kita semua adalah manusia yang tak sempurna dan tak tak lari dari melakukan kesilapan.

17. Jadi jangan berlagak, jangan rasa tinggi diri, jangan rasa besar diri, jangan acah-acah macam kita ni hebat sangat, jangan rasa macam kita jelah yang paling betul, jangan pandang rendah kat orang, jangan cari pasal dengan orang lain dan berpijaklah pada bumi yang nyata.

18. Hari ni kau acah-acah bagus hentam orang lain tak ingat dunia, silap-silap esok pula kau pulak terciduk kena hentam balik. Bila sekali terciduk, susah dah nak bangkit semula dan kembalikan kepercayaan orang lain terhadap kita.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: elakkan diri jangan biarkan terciduk tercyduk media sosial maksud makna kamus kantoi tertangkap menipu penipu scam


Tiada ulasan:

Catat Komen

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Ads RichPartners