Rabu, 8 Julai 2020

1 Kita hampir menang tapi masih belum menang

1. Ahad baru-baru ni aku pergi shopping mall kat IOI City Mall, dan aku agak terkejut sebab ia agak penuh dengan lautan manusia.

2. Malah aku rasa macam lebih padat berbanding sebelum PKP. Dia punya ramai tu sampai nak berjalan pun susah sebab laluan jadi sempit.

3. Kedai tak payah cakap lah, boleh kata semua kedai penuh dengan orang, malah sanggup beratur panjanh nak masuk kedai.

4. Kedai pakaian, kedai kasut, kedai sukan, kedai penjagaan diri, kedai buku, kedai permainan, hatta kedai emas sekali pun ramai orang.


5. Restoran pun dari restoran makanan segera macam KFC dan McD, hinggalah restoran makanan barat dan luar negara macam Seoul Garden, Sukiya, Sakae Sushi, NY Steak Shack, Tony Roma's dan sebagainya yang rata-rata harganya tidaklah murah, semua penuh sampai orang sanggup beratur tunggu nak masuk.

6. Malah hotel-hotel pun sejak mula dibuka untuk umum terus penuh, apatah lagi banyak hotel buat promosi bagi harga rendah.

7. Aku fikir, mungkin sekarang ni ramai yang ada tunai lebih sebab dapat penangguhan bayaran hutang bank selama 6 bulan. Bayangkan kalau seorang tu ada loan bank RM1,000, maksudnya setiap bulan dia ada lebihan RM1,000.

8. Tambah pula raya hari tu tak dapat shopping raya dan balik kampung, jadi sekaranglah masa terbaik nak shopping sakan dan juga berjalan-jalan.

9. Bagi aku ini adalah satu perkembangan yang baik dalam memulihkan semula ekonomi negara yang terkesan akibat COVID-19. Rakyat Malaysia kena banyak berbelanja di dalam negara untuk menggerak dan merancakkan ekonomi.

10. Cuma aku harap dalam kita bershopping dan berjalan-jalan tu, SOP masih perlu diamalkan. Penjarakan sosial, pakai mask, hand sanitizer, tulis nama atau scan barcode, ambil suhu badan masih perlu kita lakukan, kerana ingatlah walaupun kita sudah hampir untuk menang, tapi kita sebenarnya masih lagi belum menang.


P/S: Mohon rakan-rakan dapat bagi sokongan dan semangat kepada saya untuk buat lebih banyak video dengan Subscribe channel Buasir Otak TV di Youtube (klik gambar di bawah):






tags: kita hampir belum menang shopping membeli belah covid 19 coronavirus pkpp berbelanja pulih ekonomi patuh sop


1 ulasan:

  1. Setuju..teruskan usaha, amalkan sop yg betul. Insha Allah Kita hampir menangšŸ¤—

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.