Sabtu, 29 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali terjumpa kawan lama

Bila setiap kali kau terserempak dengan kawan lama zaman sekolah kat tengah jalan. Jom tonton video animasi ini.



Selasa, 25 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Apa yang lebih berharga dari berlian? (REMAKE)

Nak tahu benda apa yang lebih berharga dari berlian yang bernilai RM 1 billion? 

Sempena ulang tahun pertama channel Buasir Otak TV yang diwujudkan pada 25 Ogos 2019, kami REMAKE semula video pertama channel Buasir Otak TV ini.



Ahad, 23 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Budak kena palau kawan baik

Bila kau dipalau kawan baik sendiri. Palau tu maksudnya dipulaukan. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 19 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Setiap kali kena buat kumpulan

Bila setiap kali kena buat kumpulan tapi takde orang nak kumpulan dengan kau. Jom tonton animasi ini.



0 Elemen yang sering wujud dalam komik Shonen Jepun

Tahun lepas, aku dan Irfan Hilal bekerjasama untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2019 anjuran Mat Komik yang bertemakan Masakan/Makanan. Tajuk komik kami Tukang Masak Bayang: ADUKA.

Sinopsis pendek, pada masa akan datang dunia mengalami krisis makanan, jadi saintis mencipta Pil Makanan. Pil ini ada perasa makanan sebenar, dan makan sebiji terus kenyang. Semua orang wajib makan Pil Makanan dan dilarang makan makanan biasa. Jadi ada seorang budak nama Aduka, dia bercita-cita untuk kembalikan semula dunia kulinari.


Ahad, 16 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Budak ketagih main game

Bila kau tengok budak sekarang asyik main game kat telefon dari pagi sampai ke malam. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 13 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Bila Internet ada masalah

Setiap kali bila Internet ada masalah dan problem ada keluar error, bos mula lah mengamuk tak tentu pasal. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 12 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Permata Hati

Lagu ini merupakan sebuah lagu jiwang yang mengisahkan tentang perhubungan antara dua insan yang semakin lama semakin renggang dan menjauh, namun menyesali kesilapan mereka dan mahu mulakan semula hubungan mereka. Lagu ini juga adalah lagu pertama yang aku buat masa baru belajar guna software Guitar Pro 6, sebab tu instrumen muzik yang digunakan dalam lagu ini sangat basic iaitu gitar dan dram sahaja.



Sabtu, 8 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Bila sehari tak pergi sekolah

Bila setiap kali kau tak datang sekolah satu hari, masa tu lah kau terlepas macam-macam benda yang best kat sekolah. Jom tonton animasi ini.


Khamis, 6 Ogos 2020

0 Buasir Otak TV: Kedai makan paling teruk dalam dunia

Bila kau lapar cadang nak singgah makan di restoran tapi perkhidmatannya sangat teruk, pelayan tak mesra, mulut puaka, servis lambat, salah hantar, orang datang lambat dapat dulu, kira bil salah dan sebagainya. Jom tonton animasi ini.

Selasa, 4 Ogos 2020

1 Orang IT pekerja belakang tabir yang sering dilupakan

1. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan inisiatif ePENJANA di mana setiap orang yang layak iaitu berumur 18 tahun ke atas dan juga pendapatan bawah RM100,000 setahun boleh menuntut wang digital RM50.

2. Tujuan utama ePENJANA ni ada dua,  iaitu nak galakkan rakyat Malaysia membayar secara digital guna eWallet seperti aplikasi TnG eWallet dan Boost, serta mahu rakyat menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mengesan pergerakan kita ketika musim COVID-19 ini.

3. Bendanya sebenarnya sama sahaja dengan pemberian bantuan wang digital RM30 pada awal tahun tempoh hari oleh kerajaan PH, masa tu ramai juga yang risau pasal privasi dan kerahsiaan data semua, tapi nampaknya dengan kerajaan yang berbeza ni orang dah tak bising dah pasal tu.

4. Cuma aku bukan nak komen sangat inisiatif ni, tapi aku lebih tertarik dengan hantaran Menteri Kewangan, Tengku Zafrul di FB dan IG miliknya, di mana beliau berterima kasih kepada para Pegawai Teknologi Maklumat yang turut membantu dalam pelancaran inisiatif ePENJANA ini.



Ads RichPartners