Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2020

0 Elemen yang sering wujud dalam komik Shonen Jepun

Tahun lepas, aku dan Irfan Hilal bekerjasama untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) 2019 anjuran Mat Komik yang bertemakan Masakan/Makanan. Tajuk komik kami Tukang Masak Bayang: ADUKA.

Sinopsis pendek, pada masa akan datang dunia mengalami krisis makanan, jadi saintis mencipta Pil Makanan. Pil ini ada perasa makanan sebenar, dan makan sebiji terus kenyang. Semua orang wajib makan Pil Makanan dan dilarang makan makanan biasa. Jadi ada seorang budak nama Aduka, dia bercita-cita untuk kembalikan semula dunia kulinari.


Isnin, 17 Februari 2020

0 Punca orang Jepun suka sangat tinggal di Malaysia

1. Kat media sosial heboh pasal orang Jepun puji cara kerajaan Malaysia menangani penularan wabak Coronavirus selepas ia dihighlight oleh cikgu Zailee. Jepun dilihat negara yang maju dalam pelbagai aspek dari sudut pendidikan, teknologi, infrastruktur dan sebagainya, namun Malaysia dilihat lebih baik dari segi kemanusiaan.

2. Akan tetapi ada juga yang mempertikaikan pujian tersebut dengan mengatakan orang yang puji tu bukan orang Jepun sebenar, orang Jepun tu penulis upahan kerajaan PH dan sebagainya. Mereka kata orang Jepun ni ego tinggi, takkan orang Jepun ini akan puji negara yang lebih mundur dari mereka.



Sabtu, 14 Disember 2019

1 Peminat komik Jepun tahap kesabarannya tinggi

Kadang-kadang jadi peminat manga ni frustrating.

Peminat filem tengok filem 2 jam, cerita dah tamat.
Peminat novel baca senaskah novel, cerita dah tamat.
Peminat drama tengok drama beberapa bulan, episod dah tamat.
Peminat game main satu game beberapa hari/minggu/bulan, cerita dah tamat.



Sabtu, 6 Februari 2016

19 Sistem Tren di Korea Selatan dan Jepun yang efektif

Sistem pengangkutan awam biasanya menjadi nadi kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah bandar dan kawasan. Semakin efektif sesebuah sistem pengangkutan awam, semakin meningkat pembangunan, kemajuan dan taraf hidup penduduk di kawasan tersebut. Antara sistem pengangkutan awam yang paling popular di seluruh dunia adalah bas dan juga tren yang merangkumi keretapi, komuter, monorel, LRT, MRT dan yang sewaktu dengannya.

Negara kita juga mempunyai rangkaian sistem tren yang banyak terutama di ibu kota dan Lembah Klang, namun kita juga seringkali mendengar rungutan dan aduan daripada orang awam serta pengguna akan masalah dan kelemahan perkhidmatan ini seperti kenaikan harga tambang, sering kelewatan dan tidak menepati masa, tren bergerak perlahan, tren sesak disebabkan kekurangan tram/gerabak, kerosakan teknikal, kekeliruan maklumat dan sebagainya.

Oleh itu, mungkin kita boleh melihat bagaimanakan sistem tren di 2 buah negara maju iaitu Korea Selatan dan Jepun seperti mana yang telah dikongsikan oleh 2 orang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Korea Selatan dan Jepun iaitu Encik Saeed Owairan dan juga Encik Muz Ahmad yang mana mungkin sedikit sebanyak boleh dicontohi dan diaplikasikan di Malaysia.



Jumaat, 13 November 2015

20 Sikap yang dididik dari kecil akan menjadi budaya

Ada satu hari tu aku pergi ke sebuah hospital kerajaan dan aku singgah kafe hospital itu untuk bersarapan pagi. Macam biasalah hospital kerajaan ni memang ramai orang, maka kafeterianya juga penuh dengan orang. Meja makan pun penuh, so aku tunggu la sekejap sementara nak tunggu ada meja kosong. Sekali ada satu keluarga bangun tinggalkan meja dan aku terus ke meja tersebut.

Di atas meja tersebut penuh dengan pinggan mangkuk dan sisa2 makanan mereka. Aku baca sebuah notis di tiang berdekatan yang tertulis "Sila letakkan pinggan dan cawan di sini SETELAH makan" di mana di bawahnya terdapat besen besar dan juga tong sampah.


Rabu, 5 Ogos 2015

14 Kehidupan di Jepun yang buatkan anda tak mahu pulang

Terkadang ada kenalan bertanya nak duk Jepun sampai bila.. Apa plan lepas grad? Nak kerja dekat mana? ‘Baliklah cepat’.. bila aku jawab taknak balik Malaysia nak stay Jepun lama sebab sini best, ramai yg suka menyindir aku 'lupa daratan' , 'tak rindu keluarga' , 'lupa kawan' , 'bajet da jadi org jepun' , 'duk negara maju dah tak pandang kampung' etc..

Biarlah aku berterus-terang. Jujur, aku memang takde jawapan untuk sindiran2 ni, cuma nk ajak korang berkhayal seketika. Cuba bayangkan apa perasaan korang kalau kehidupan korang hari-hari mcm bawah ni :



Isnin, 3 Ogos 2015

7 Malaysia perlu jadikan Bahasa Inggeris keutamaan

Penguasaan berbahasa Inggeris perlu menjadi keutamaan kerana kedudukannya sebagai medium komunikasi global, kata Datuk Seri Nazir Razak.

"Inggeris adalah bahasa global dan negara ini sepatutnya mengisytiharkan kemahiran berbahasa Inggeris sebagai keutamaan," kata Pengerusi Kumpulan CIMB itu menerusi akaun Instagramnya pada Selasa.

Komen itu disusuli bersama imej daripada artikel yang dimuatnaik Nazir.


Selasa, 9 Jun 2015

16 Keajaiban Jepun terletak pada mentaliti rakyatnya

Orang Jepun ini, di samping mempunyai kemajuan sains dan teknologi yang amat jauh terkehadapan, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk sentiasa berusaha bagi memudahkan manusia lain dalam pelbagai jenis aspek. Mereka sering berfikir cara dan kaedah paling cepat, mudah, berkesan dan efisien dalam melakukan sebarang tugas dalam kehidupan seharian. Seperti contoh, mereka mempunyai sistem pengangkutan awam kereta api laju yang paling efisien sekali.

Setiap minit dan saat adalah amat kritikal bagi sistem kereta api mereka, dari masa ketibaan, masa berlepas, termasuklah tempoh 7 minit yang perlu mereka manfaatkan betul2 untuk mengemas dan membersihkan ruang dalam kereta api laju mereka yang juga digelar sebagai Bullet Train atau Shinkansen, memang sangat sistematik, efektif dan produktif.



Ahad, 17 Mei 2015

18 Nobita bukan selamanya salah dalam ujian

Dalam siri anime atau kartun Jepun Doraemon, Nobita ditonjolkan sebagai watak yang sangat bodoh dan sering mendapat markah kosong dalam peperiksaannya. Namun tahukah anda yang Nobita sebenarnya tidaklah bodoh sangat, walaupun dia dapat menjawab soalan peperiksaan dengan betul, cikgunya akan menyalahkannya dan tetap memberi markah kosong. Malah ibunya juga hanya terus menyalahkan Nobita atas kegagalannya dalam ujian tersebut tanpa menyemak pun soalan dan jawapan dalam kertas ujian Nobita tersebut.



Sabtu, 18 April 2015

17 Melayu adalah bangsa yang perlu selalu diingatkan

Orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang penuh dengan adat ketimuran, lemah lembut, beradab sopan santun, berakhlak mulia dan berbudi bahasa. Ya, ia memang tidak salah, namun kebiasannya hanya di atas kertas. Namun secara praktikalnya, jika dilihat pada realiti dan situasi pada hari ini, ia agak jauh berbeza. Malah sifat2 baik dan nilai2 murni tersebut itu dilihat lebih sesuai dipadankan dengan bangsa Jepun secara amnya. Kita lihat sebuah perbandingan yang mudah, situasi di sebuah eskalator atau tangga bergerak.

Di Jepun, sudah menjadi budaya dan kebiasaan dalam diri mereka untuk beratur setiap kali menaiki eskalator dan berdiri dalam satu barisan sahaja di sebelah kiri mereka bagi yang tidak mahu berjalan. Tujuannya adalah untuk memberi laluan kepada orang yang mahu cepat berjalan di sebelah kanan mereka.


Jumaat, 9 Januari 2015

23 Antara Otaku, Weeaboo, Hikikomori dan NEET

Di negara Jepun, bagi seseorang yang taksub, fanatik dan terlalu meminati anime, manga, game, patung figura dan apa2 sahaja yang sewaktu dengannya, mereka sering dikaitkan dengan gelaran Otaku. Otaku ini juga sering dikaitkan dengan terma2 lain seperti Weeaboo, Hikikomori, NEET dan lain2. Di Malaysia juga, ramai peminat fanatik anime, manga dan lain2 perkara yang berkaitan dengan subculture Jepun mahu menjadi seorang Otaku, namun adakah budaya Otaku itu suatu yang positif?



Sabtu, 18 Oktober 2014

24 Apa yang perlu dibuat bila terjumpa banyak duit?

Aku terjumpa 1 sampul surat warna putih kat atas tanah, pada mulanya aku nak kutip dan buangkan sampul surat tu ke dalam tong sampah, tapi bila pegang rasa macam berat, so aku tergerak hati nak buka. Bila aku buka ini lah isinya seperti yang korang semua lihat. Jumlah wang tu memang banyak. Mohon pendapat rakan2 apa yang perlu aku buat.



Isnin, 18 Ogos 2014

51 Perkara di Malaysia yang dirindui ketika di Jepun

Beberapa bulan lepas aku pergi ke Jepun atas urusan tugas selama sebulan, namun baru seminggu di sana, aku dah mulai rindukan pelbagai benda di Malaysia. Berikut adalah benda2 yang aku rindu sangat kat Malaysia sepanjang aku di Jepun:



Selasa, 12 Ogos 2014

23 Kelebihan dan kelemahan sistem pendidikan Jepun

Salah satu perkara yang terbaik belajar M.Ed. adalah bahawa anda akan belajar mengenai Perbezaan Dalam Sistem Pendidikan. Ini kerana anda akan belajar dan membuat perbandingan sistem pendidikan negara-negara di seluruh dunia.

Contoh menarik adalah pendidikan Afrika Selatan dan Papua yang berwarna-warni (tetapi tidak kemas), pendidikan seks Belanda, sekolah riang ria Amerika Syarikat, dan sekolah rendah vernakular kita sendiri.

Dan sudah tentu, sistem pendidikan Jepun yang dikagumi ramai. 

Untuk berlaku adil, saya ingin berkongsi dengan anda kedua-dua kelebihan & keburukan budaya pendidikan Jepun.



Jumaat, 27 Jun 2014

14 Pemulihan infrastruktur rosak yang sangat lembab

Pertama sekali, mari kita lihat salah satu negara yang paling maju di dunia iaitu Jepun. Pada 11 Mac 2011, telah berlaku gempa bumi di dasar laut yang menyebabkan tsunami besar melanda negara Jepun yang telah menyebabkan begitu banyak kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, tempat tinggal, infrastruktur, kebocoran loji nuklear serta melumpuhkan beberapa bandar dan kawasan yang terjejas teruk. Peristiwa tsunami tersebut boleh disifatkan antara bencana alam yang terdahsyat di dunia. Namun tahukah anda, dalam tempoh hanya setahun, anda pasti terkejut melihat perubahan ini.



Isnin, 16 Jun 2014

35 Jangan ikut budaya dan sikap orang Jepun

Satu masalah orang2 Jepun ni adalah mereka terlalu mementingkan kualiti, menjaga mutu perkhidmatan pelanggan dan rajin tak bertempat. Budaya mereka ni nampak macam bagus, tapi sebenarnya tak sesuai dengan budaya kita sebagai orang Malaysia ni. Kita sudah ada budaya dan identiti kita sendiri, buat apa mahu ikut2 cara mereka.