Iklan Leaderboard

Sabtu, 18 Oktober 2014

24 Apa yang perlu dibuat bila terjumpa banyak duit?

Aku terjumpa 1 sampul surat warna putih kat atas tanah, pada mulanya aku nak kutip dan buangkan sampul surat tu ke dalam tong sampah, tapi bila pegang rasa macam berat, so aku tergerak hati nak buka. Bila aku buka ini lah isinya seperti yang korang semua lihat. Jumlah wang tu memang banyak. Mohon pendapat rakan2 apa yang perlu aku buat.




Ya, lebih kurang begitulah petikan status seorang hamba Allah di Facebook seperti yang diterbitkan di fanpage FB Penmerah[dot]com.

Aku cuma nak cerita pengalaman aku masa pergi Jepun dulu, kat tempat aku kerja tu aku pernah tercicir dompet. Lepas dah setengah jam baru aku perasaan, masa tu memang cuak gila. Dah lah macam2 dokumen kat dalam tu, hilang pulak kat negara orang. Lepas tu seorang kawan Jepun aku suruh aku pergi ke kaunter Lost & Found kat tingkat bawah sekali. Bila aku pergi, memang ada dompet aku kat situ, ada orang terjumpa dan terus hantar ke situ. Aku belek2 dompet aku dan tiada satu benda pun terusik termasuk duit aku.

Sumber gambar

Kalau kat negara2 maju lain macam Jepun, bila diorang jumpa duit tercicir atau barang tertinggal yang bukan kepunyaan mereka tak kira lah nilainya banyak atau sikit, dari semahal2 barang berharga ke semurah2 barang seperti payung, diorang akan serahkan terus kepada pejabat lost & found atau pihak berkuasa seperti polis. Malah kadang2 kalau orang tertinggal barang kat mana2 seperti bangku awam, pergi balik kat bangku tu kemungkinan untuk barang tersebut masih ada kat situ tanpa langsung diusik adalah sangat besar.


Itu orang Jepun, yang kebanyakannya bukan orang Islam pun, tapi boleh jadi begitu jujur dan amanah. Yang kita ini, orang Islam, jumpa duit yang begitu banyak boleh pula bertanya kat FB minta pendapat rakan2 nak buat apa dengan duit yang dijumpai ini. Itulah bezanya mentaliti kita dengan mereka, walau kita Islam dan mereka bukan. Benda2 macam ini tak perlu minta pendapat dan pandangan orang lain untuk bertindak, sepatutnya kita dah tahu apa nak buat, paling mudah pun buat laporan dan serahkan sahaja kepada polis.

Di Malaysia, kalau tertinggal atau tercicir barang, bukannya tak boleh dapat langsung tapi peratusan nak jumpa balik barang tersebut sangat rendah. Jangan kata barang tercicir, walau kita ada kat situ pun bila beg tangan terbuka sikit terutama orang perempuan, leka sikit tanpa disedari tau2 dompet, telefon bimbit hilang kena seluk dan rembat.

Dan paling tak boleh tahan adalah bila orang menganggap duit dan barang berharga yang dijumpai itu sebagai rezeki. Kepala hotak ko rezeki. Ko tak tahu ke yang duit dan barang berharga tu bukan jatuh dari langit. Ia bukan hak kau, ia pasti ada pemilik asal, dan mereka pasti susah hati dan mencari2 barang yang mereka hilang tu. Jangan anggap musibah dan kesusahan orang lain sebagai rezeki kau. Korup gila mentaliti. Tak kena batang hidung sendiri memang rasa best, tapi bila satu hari barang atau duit kau pula yang tercicir, baru kau tahu langit tinggi atau rendah.






tags: duit wang dalam sampul surat putih barang berharga tertinggal tercicir hukum mengikut islam ambil guna simpan bagi serah polis lapor lost and found pengalaman di jepun

24 ulasan:

  1. Sebagai rakyat jepun ana amat menghargai jasa tuan hamba dlm memperkenalkan keunikkan bangsa kami yg sememangnya jauh beza dgn bani melayu. Diharapkan segala kejernihan bangsa kami dapt diamalkan semua yg keruh macam hentai dpt dibuang jauh-jauh
    ....Saranghae...
    ......Edogawa hetaitsunade......

    BalasPadam
    Balasan
    1. bani meleis n butthurt brpisah tiada....

      Padam
  2. Patut jangan diambil dan tinggalkan saja barang itu di lokasi asal..mana tahu, nyawa seseorang mungkin sedang dalam bahaya dan bergantung pada barang itu..apa yang bukan hak kita, jangan sesekali diusik, buruk padahnya kelak. Ada sebab barang itu ditinggalkan di situ bagaikan sampah.

    BalasPadam
  3. tak kan rakyat Malaysia ni sengsara sangat sampai nak juga diambil duit tu?
    atau rakyat Malaysia ni dah gila duit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rakyat msia ni habis alim pn msih lg akn ambik jgk duit tu,die akn reka alasan utk mnghalalkn jgk prbuatan die tu dgn kata alaaa bknnye aku nk buat mkn pn duit tu,aku buat beli minyak moto/kete,buat bayar utang,buat pelaburan dll lg yg kononnye xkn jd darah daging die....serius sesat gile alasan bani meleis ni,rmai yg cmtu kowt....gile lemah iman,solat hari2 xde efek.....

      Padam
  4. Kat malaysia kalu jumpa duit byk gini nk anta kat sapa yek. Ker nk biaq p jer...

    BalasPadam
  5. klu kes camni, buat pgumuman kt msjid 3x jumaat,.. klu xdituntut ble gna dgn syarat kna byar bla tuan dia mntak...

    BalasPadam
  6. Rakyat mesia bkn gila duit tapi miskin ya amat. Hutang keliling pinggang. Kos idup mcm palajib palamah.. Dh jumpa duit amik je kasi setel... Lain la kalu tuan yg jumpa tu anak syed bukhari ... Mmg xkan terusik punya..

    BalasPadam
  7. pada pandangan aku laa...

    kalau aku jumpa duit tu, aku ambik...serious aku ambik...sebab kita kena tahu...macam mana kita nak kata duit tu hak orang? ya, memang sebelum dia cicir, hak orang...tapi kau kena ingat ayat Quran nih.."apa yang ada pada engkau akan habis (tak ada hak kau dah) tapi apa yang ada disisi Allah itu tetap kekal"...dan pada orang yang hilang duit tu...kau patut bersyukur sebab Allah dah hilangkan benda yang "tak elok" kepada engkau...kita kena ingat...bukan semua benda yang kita suka tu baik...dan bila Tuhan ambik balik maknanya Dia nak ganti yang lebih baik, bukan dalam bentuk duit yang lagi banyak...tapi mungkin Dia nak bagi hati kau tenang, lapang...

    kalau aku, aku ambik lepas tu kalau ada orang susah aku beri...sebab itu hak depa...

    lainlah kalau kat sampul duit tu ada nama, alamat...no phone...kau jangan ambil, masih hak orang lagi tuh! Tuhan nak test kau aje ha ha ha!

    aku pernah sekali jumpa phone tercicir dalam bas...aku ambik...orang tu call phone tu aku jawab...aku cakap aku jumpa phone tu dalam bas...aku jumpa dia depan Kotaraya lepas tuh dia nak bagi aku duit, aku cakap..aku cuma bagi balik apa yang kau punya...dia bagi name card terus jadi member...ha ha ha!

    kadang-kadang..."we know who we are"...errr???

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh aku lupa, ada kes wife aku terjumpa duit RM100 (100 tuh!) dekat kaunter, dia ambik...dia ingat duit aku sebab aku biasa bukak dompet memang selalu duit aku jatuh...aku cek...eh! tak ada laa pulak duit aku hilang...aku simpan duit tuh sebulan dalam dompet aku...akhirnya...aku rasa macam...tak best simpan...aku letak dalam tabung masjid masa aku pi solat Jumaat...dah memang itu agaknya nasib duit RM100 tuh...redho aje laa...tak sampai hati aku nak makan...

      Padam
  8. Kat malaysia ni jangankan barang hilang terus kekal hilang. Barang tak hilang pun jadi hilang.

    BalasPadam
  9. Pernah tertinggal cable smartfon baru beli dlm troli tesco.Pergi tanya kat kaunter cust service kut kut ada yg baik ati tolong pulangkan.Jawapan plg epik..." Kalo dh tertinggal mcm tu,biasanya mmg takkan dapat balik la..."
    Begitu sekali fenomena rakyat malaysia.Tapi aku percaya,masih ada yg jujur

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. nasib badan la ye.. tapi memang epik la jawapan dia. selamber je

      Padam
  10. Pendapat aku, walaupun secara logik kita kata patut serah ke balai polis, tapi nak jugak aku tau lepas dapat ke polis, apa yg akan jadi dkat duit tu...
    Diorg simpan jd barang kes ke, atau siasat ke, atau masuk poket ke, masuk tabung ke...
    Kita tak ada sistem khusu utk masalah camni...
    Kalau dkat jepun n negara asing lain, tak salah aku diorg mmg ada sistem sendiri utk barangan jumpa dan hilang...siap ajar dan bg kesedaran dr sekolah tadika lagi (tgk Shin Chan)

    BalasPadam
  11. aku harap aku tak jumpa duit yang bukan hak milik aku. aku harap kita tak jadi tipikal meleis yang ambik tanpa fikir halal or haram. tak logik kot jumpa pastu buat harta sendiri. takpelah serah kat balai polis. kalau burn kat sesiapa pun pandai lah jawab kat sana nanti. senang dunia susah akhirat buat apa. belum lagi kira barang yang tak hilang tapi akan hilang.

    BalasPadam
  12. Beli ganja 3 barter isap sampai mati.

    BalasPadam
  13. Keikhlasan xde dlm jiwa masyarakat skrg...pikir diri sendiri n x heran fikir masalah org lain yg hilang duit 2..klau nak menolong pun ada kepentingan. ..nak maju sesebuah negara mentaliti n sikap rakyat perlu jauh berubah, jgn hrap kerajaan x betul semata2 tp diri sendiri pun kuat curi tulang, rasuah n kerje lebih kurg

    BalasPadam
  14. Tampal iklan yg mnyatakn duit tu d temui, dgn no fon skali. Pastu mnta sape2 yg kol tu bg deskripsi ttg duit tu. Kalo tepat dn yakin dgn c pemanggil, ble trus pulangkn.

    Kt spatutnya xble bandingkn kes dompet dgn kes wang tunai ni. Dompet mmg slalu d pulgkn sbb dalam tu mgkn ade item yg xde guna pn kalo ambk cm ic atau lesen. Kalo ade duit pn xdela byk cm duit ribu2 dlm sampul tu

    BalasPadam
  15. Kereta pun boleh hilang.. inikan pula duit. Susah nak cakap. Kalo aku, aku tak ambil. Biar saja. Jarang aku jalan2 pegang apa2 usik2 barang orang. Mcm surat orang sampai kat rumah aku, aku buang saja slps 6 bulan, buat menyemak rumah aku saja. Tak ada hari nak aju melayan lebih2 surat aku tak kenal. Inikan pulak duit dlm kelongsong, mmg tak terpikir nak bukak la. Tapi kalo jumpa seketul, setakat RM10,000 tu ( takat dlm gambar tu, aku agak dlm RM2500-3500 gitu je ), aku tak amik sbb tak padan sangat dgn dosa dan nak tolong pun, lagipun duit aku dalam bank lagi banyak. Tapi kalo mcm duit juta2 mcm duit dalam bilik kebal Shahidan Kassim tu, insyaAllah aku takkan menolaknya. Rembat sepantas kilat hinggakan kedua2 malaikat kiri kanan tak sempat nak perasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Double standard detected. Sy tau ada sesetengah pemimpin mcm bangang, tp x perlu ckp menghalalkan cara mcm anda lebih mulia. Islam x memilih, dosa ttap dosa, dosa org lain antara dia dgn Allah. X perlu kita sibuk jd Tuhan nak ambik hak org lain yg dah curi hak kita sblum ni.

      Padam
    2. Wah ayam, kalo hang baquih, boleh jadi Presiden PAS la lepas ni. Ada hadis tak nak mantra sikik mamat biol atas tu bagi jadi baik mcm ko yg lurus selurus siratalmustaqeem? Ko hembuih dan ludah tuih-tuih la sikit.. baru menjadi..

      Padam
  16. Pernah dengar tak kalau jumpa duit tgh jalan, tukarkan dengan barang. Cth: kau jumpa RM10 tukarkan konon kau tgh pegang flyers, kau tukarkan dgn flyers kat tgn. Actually, apa relevannya ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Relevannya tak relevan langsung

      Padam
  17. Kalau bagi kat polis, duit tu camne lak yea.. Hemmm.. Macam tau jea apa jadi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...