Selasa, 21 Oktober 2014

27 Kisah yang memberi sinar untuk masyarakat Malaysia

Saban hari kita dimomokkan dengan pelbagai cerita dan berita yang bersifat perkauman dan keagamaan lalu membuatkan kita benci dan timbul rasa prejudis terhadap bangsa dan agama lain sehingga kita terlupa yang sebenarnya masih wujud ramai insan2 yang baik dan berhati mulia yang bukan dari kalangan kita sendiri.

Kisah2 berikut adalah antara kisah benar yang pernah dikongsikan di Internet dan pembaca blog ini sendiri yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran buat kita semua.


Kisah 1: Awak Puasa?

Hari itu bulan puasa. Keadaan pasaraya pada petang itu memang sangat sibuk, lebih2 lagi hanya tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum hari raya. Rohani, seorang juruwang di sebuah pasaraya sedang sibuk melayan pelanggan di kaunter pembayaran. Dari pagi hanya dia sahaja yang bekerja memandangkan seorang lagi juruwang mengambil cuti sakit. Disebabkan itu barisan pelanggan yang beratur di kaunter menjadi amat panjang kerana hanya 1 kaunter sahaja yang dibuka.

Tepat jam 7:20 malam, kedengaran azan maghrib berkumandang. Rohani masih lagi terus sibuk bekerja memandangkan terlalu ramai pelanggan yang sedang menunggu. 5 minit kemudian, tiba giliran seorang pelanggan lelaki India di kaunter bayaran. Lelaki yang bernama Raven itu kemudiannya tersenyum dan bertanya kepada Rohani, "Awak puasa?". Rohani menjawab, "Ya uncle.", sambil tersenyum namun keletihan terpancar di wajahnya.

Kemudian Raven mengambil sebotol air jus oren dan biskut yang telah diimbas oleh Rohani dan menawarkan kepadanya, "Adik minum dan makan biskut ini dulu. Tidak apa, kami boleh menunggu sekejap". Rohani memandang wajah lelaki Cina yang beratur di belakang Raven dan lelaki Cina itu menganggukkan kepala. Rohani mengambil air dan biskut dari Raven, duduk di kerusi kaunter dan berbuka puasa dengan air dan biskut yang diberi oleh Raven kepadanya, dan tidak sampai 1 minit, Rohani bangun dan menyambung semula tugasnya dengan air mata yang bergenangan di kelopak matanya.

* * * * * * * * * * * 


Kisah 2: Karnival hon di lorong Touch n Go.

Khairi baru sahaja hendak pulang ke rumahnya di Putrajaya setelah tamat bermesyuarat di Kuala Lumpur. Tiba di sebuah lebuhraya di tengah ibu kota, keadaan trafik menjadi sangat sesak. Khairi dengan sabarnya beratur di laluan tengah untuk menuju ke pondok tol. Hampir setengah jam kemudian, mungkin tidak biasa dengan keadaan jalan dan trafik di KL, Khairi cukup yakin yang dia dia telah mengambil laluan yang betul iaitu lorong tunai, namun malangnya, dia telah tersilap memandu kenderaannya ke pondok tol "Touch n Go". Khairi mula panik dan cemas, tambah pula dengan beratus2 kenderaan di belakangnya menunggu giliran mereka.

Dia cuba bertenang, dan menekan butang panggilan kecemasan di mesin sesentuh "Touch n Go" itu untuk mendapatkan bantuan. Namun operator yang menjawab itu memberi satu idea yang sangat bijak, iaitu dia suruh Khairi mengundurkan keretanya dan masuk ke lorong tunai, yang mana ia agak mustahil dengan kereta di belakang2nya sudah terlalu rapat. Tidak bolehkah operator tersebut menekan butang atau menggunakan kad aksesnya untuk menaikkan palang seberat 6kg itu sebentar dan kemudian aku membayarnya kemudian daripada dia menyusahkan pengguna2 lebuhraya yang lain, fikir Khairi. Tak lama selepas itu, bermulalah karnival hon-mengehon daripada kenderaan2 yang beratur di belakang.

Tiba2 keajaiban berlaku, sebuah lori yang dipandu seorang lelaki Cina berhenti di depan pondok tol di lorong sebelahnya, dan isterinya kemudian turun dari lori, datang ke tingkap kereta Khairi dan menawarkan kad "Touch n Go"nya kepada Khairi menyebabkan dia rasa sangat terkejut dan tersentuh dalam masa yang sama. Selepas menggunakan kad "Touch n Go" wanita Cina itu tadi untuk melepasi tol yang bernilai RM1 itu, Khairi pun memberhentikan kenderaannya di depan lori pasangan Cina itu dan memulangkan kad "Touch n Go" mereka berserta wang kertas RM1, namun wanita Cina hanya mengambil kad miliknya dan berkata, "It's OK.", sambil tersenyum dan terus berlalu pergi.

* * * * * * * * * * *  


Kisah 3: Simpan telefon bimbit itu.

Seorang pelajar wanita berbangsa India, Krishna yang kini menuntut di sebuah universiti tempatan di tahun kedua, sedang menulis satu iklan di sebuah group Facebook perniagaan dan jual beli barang untuk menjual telefon bimbit Samsung Corby miliknya yang baru sahaja dipakai 3 bulan dengan harga yang murah iaitu RM100. Dia terpaksa menjualnya dengan harga yang murah disebabkan dia perlukan duit dengan segera.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki Melayu menghantar mesej kepadanya, "Telefon baru pakai 3 bulan, kenapa nak jual? Murah pula tu." Krishna menjawab, "Saya perlukan duit secepat mungkin untuk membeli buku rujukan yang pensyarah saya suruh beli. Saya tidak mahu minta dengan bapa saya kerana ibu saya baru dimasukkan ke dalam hospital minggu lepas, saya tidak mahu menyusahkan bapa saya."

Kemudian lelaki Melayu yang menggunakan nama profail Firdaus itu membalas, "Kalau begitu awak simpanlah telefon awak. Awak bagi nombor akaun bank awak, nanti saya bagi RM100, awak gunakan untuk beli buku." Krishna menjadi sangat terkejut dan terkedu, tidak menyangka ada orang yang sanggup menolong orang lain yang langsung tidak dikenali, tambahan pula berlainan bangsa dan agama. Pada mulanya Krishna menolak tawaran Firdaus untuk membantunya, namun akhirnya akur setelah Firdaus menyatakan yang dia memang benar2 ikhlas untuk membantu kerana katanya, hari ini kita bantu orang, hari esok mungkin orang lain yang akan bantu kita pula, siapa tahu?

Tidak sampai satu jam, Firdaus memasukkan RM100 ke dalam akaun bank Krishna dan Krishan terus menggunakan duit tersebut untuk membeli buku.

 * * * * * * * * * * *  

"Faith in humanity restored!"

Kita tak perlu habiskan jutaan ringgit untuk menyemai semangat hormat menghormati antara kita. Kita hanya perlu hormat setiap insan yang ada di dalam Malaysia ini tanpa mengira agama, bangsa, latar belakang dan agamanya sebagai adik, kakak, abang, pakcik dan makcik.

Malah kadangkala hanya dengan nilai wang ringgit yang sangat kecil serta bantuan yang sangat sedikit pun sudah boleh merubah pandangan dan persepsi seseorang dan menjadikan bumi ini sebuah planet yang lebih baik untuk didiami.

Semoga rakyat Malaysia terus hidup dalam aman dan damai di Malaysia.

Kongsikan sebarang cerita dan cadangan anda di bawah untuk menjadikan Malaysia ini sebuah dunia yang lebih baik untuk didiami oleh kita semua rakyat Malaysia.




tags: faith in humanity restored kisah cerita benar pengajaran realiti kehidupan malaysia melayu cina india masyarakat majmuk tolong bantu wang ringgit duit stranger help making the world a better place to live

27 ulasan:

  1. 1st... terharunya T.T

    BalasPadam
  2. ada satu video mungkin awk boleh share.
    cuba cari A Simple act of Kindness creates an Endless Ripple.

    chill;

    BalasPadam
  3. Saya berbangsa melayu. Suatu hari saya menyertai acara berbasikal MTB sejauh 60km di denai. Pada peringkat awal, seorang cyclist berbangsa cina terjatuh dan cramp. Mulanya saya rasa sayangnya glove aku ni baru basuh nak berlumpur2 tolong dia legakan cramp dia. Tapi saya ambil keputusan membantunya.

    Hampir dipenghujung kayuhan, tiba giliran saya pula cramp. Seorang demi seorang cyclist sebangsa saya melepasi saya tanpa bertanya khabar. Tiba seorang cyclist berbangsa cina dengan tatu dilengan dan berantai lagaknya seperti samseng. Beliau turun dan memberi bantuan melegakan cramp saya.

    -acak-

    BalasPadam
  4. Sbnrnya rmai org yg ada sikap humanity spt di atas..tp mereka ni digelar unsong hero, xde disebarkan di laman2 sosial, lgpun mereka buat dgb ikhlas.

    Yg buat less humanity selalu nya org2 politik x kira pemimpin atau NGO...semua benda mesti ada agenda. Yg lg teruk, pengikut yg follow rentak mereka sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. its not unsong la ayam... song tu lagu.. its unsung

      Padam
    2. Sory la..xde autocorrect function kat smartphone.

      Padam
  5. saya naik moto haritu tu nak masuk parking moto subang parade
    nk paking masuk duit pecah xde plak, ketuk kt kaunter diorg tgah bz , ttiba ade couple india kt belakang hulurkan 50sen kt saya. pastulepas parking nk bayar la balik kt diorg saya cakap ambik la rm1 ni saya tak da duit pecah. couple tu xnak. dia kata dia belanja

    BalasPadam
  6. Sebab tu Alquran menyeru manusia membuat kebaikan...dan tidak menyekutukan Allah..dan menyuruh manusia bersaksi dan ikuti Nabi muhamad membawa pentunjuknya...seruan Alquran bukan untuk sesetengah bangsa...tapi meliputi seluruh manusia.

    BalasPadam
  7. ada seorg pompuan melayu.. pompuan ni seorg usahawan butik baju kawen. satu hari tgh dia bwk kete peugeot yg baru dia beli 2 3 bulan lps, kete dia kena gesel dgn kereta wira buruk yg dibwk oleh seorg apek cina tua.. bengang dgn apek tu, pompuan tu keluar dari kereta mengamok2 & hentak kereta apek tu dgn steering lock sementara apek tu hya tgk saja & xmelawan..

    faith in humanity destroyed...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong kiki cdm25 tu.. cina ni nmpk je baik tp diorg sebenarnye ni licik.. saja je buat2 baik tp ada agenda tersembunyi kt belakang.. yg org melayu ni ramai yg bodo pi sokong & percaya cina bulat2

      Padam
  8. Sepengalaman 30 tahun hidupku, blom pernah perkara positif begini terjadi secara realiti. Setakat ini masih dongeng semata-mata. Harapan aku, tulisan noob ini sebagai titik mula atau point of no return aku berpikir negatif terhadap sesiapa. Namun sbg manusia, agak sukar untuk aku terus berfikiran positif. Aku khuatir berapa lama aku mampu bertahan sebelum akhirnya wal asal balik hasil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. for sure kau tak pernah lihat secara realiti sebab kau hidup dalam semenanjung jer. kesian..

      Padam
  9. Depan2 boley la gelak sama2 borak sama2. Tapi dkt blakang masing2 duk kutuk. Sedangkan BN sendiri pun rasis apetah lg dgn rakyat .. Tgk dkt fb dkt paper brapa byk isu perkauman ditulis, hina agama org dll.

    Gua xda la byk pengalaman buruk dgn diorang ni. Cuma gua pnah nak kena kelepet dgn tokey kedai tayar. Kebetulan member gua yg ikut gua fhm chinese... Dpn2 gua diorang bincang mcm mna nk kelepet gua dlm bhs diorang ...

    Gua rasa negara mmg xkan ada punya persefahaman kaum. Baik mcm mna pun ko dgn malay cina india. Dlm ati ko mesti ada perasaan prejudis. Kutuk blkg2. Xpnah lg aku jumpa org jenis hati suci boleh naik awan guling son goku.

    Sbb bila borak2 dgn member kekadang ada isu kitaorang kutuk bangsa lain. Dan aku assume benda yg sama utk bangsa lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah tu. Dah betul sangat dah assumption ko tu. Sorang tauke cina kelepek ko..pastu ko lepak ngn member2 smbil kutuk bangsa lain..dan ko assuming bangsa lain pun cmtu gak. Tepat la tu..tahniah

      Padam
  10. the keyword is think positive..
    I lurve this entry noob.

    BalasPadam
  11. Orang yg buat baik sebenarnya ramai...
    Cuma yg buat jahat tu lg banyak dihighlightkan orang ramai...
    Maka, jadilah baik.

    BalasPadam
  12. Aku pnh alami kisah 3 dmna aku sbg watak firdaus. Cma beza nya krishna sorg lelaki mlayu nk jual hp yg sama dgn hrga rm350 dgn alasan xde duit nk buat tambang teksi lepas dr hspital ambil ubat utk anak. Aku suh dia stay kat situ jap aku p bank kuar kn duit. Aku bg la rm35 since dia bgtau tambang teksi ke rmh nya mmg rm35. Dia pn ucap trima kasih.

    Esok nya plak, kawan aku jmpa org yg sama, dgn modus operandi yg sama, d tmpt yg sama. Still aku msh pikir positif mgkn die p hspital lg hr ni. Lbh kurg 3 hari kmudian. Aku jmpa lg org yg sama, d tmpt yg sama msh mminta2 dr org yg lalu lalang. Dia prasan aku kt situ. Waktu aku patah blk jln tu, dia dah hilang. Dalam otak aku mmg xde lain mlainkn pkr yg sblm ni aku da kena tipu.

    Faith in humanity is confused

    BalasPadam
  13. Kahkahkah.. noob sudah troll kita utk dptkan feedback dari cerita rekaannya. Jika berlaku sedemikian simpleton.. nescaya sayalah orang pertama, tak akan teragak2 membunuh diri sendiri dengan aman...

    Kerana cita2 saya telahpun tercapai termakbul dan tak ada apa2 yang saya inginkan lagi melainkan sebuah kematian yang nyawanya diambil oleh diri saya sendiri.InsyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko Sakit otak yek?? Ko pun Nk troll jugak yer..

      Padam
    2. All is bullshit.. meleis dan butthurt berpisah tiada..

      Padam
  14. aku agak kalau unsung hero dipaparkan dalam mana-mana blog dan boleh diimbas dek satelit atau apa-apa peranti teknologi atau di hack dari laman blog atau facebook aku rasa aku dah kaya dah ha ha ha!!

    tak perlu tunjuk kau siapa...unsung hero nih memang dah nama dia pun unsung hero...

    "faith in humanity restored"...cliche aje ha ha ha!

    ini sebenarnya salah...unsung hero jadi unsung God...

    faith in humanity jadi faith in god...sebenarnya watak kat atas bukan watak manusia...itu watak Tuhan tuh...kau patut bersyukur sebab kau dah jumpa Tuhan in person...

    BalasPadam
  15. Pernah aku beratur di KFC.Ada 3 barisan, setiap barisan kira-kira dalam 15 orang agaknya. Kebetulan pelayan-pelayan KFC tu agak slow sikik. aku barisan tengah dan apabila tiba giliran aku, tetiba datang seorang Cina dgn subang kiri kanan telinga serta tatoo penuh lengan, betul-betul potong queue aku, budak KFC tu pun bolayan aku dan layan Cina tersebut dengan begitu sopan sekali seperti tiada apa-apa pun berlaku. Alangkah bertuahnya hidup murni tolong menolong begini, aku merasakan aku telah cukup dimuliakan oleh Cina tadi dengan konsep ketiga-tiga kisah yang Noob paparkan. Inilah budaya sopan santun Malaysia yang kita idamkan.

    Majulah Malaysia untuk semua.

    BalasPadam
  16. "Pemuda penjejak kedamaian"

    Rosli (bukan nama sebenar) seorang pemuda yang kehidupannya sederhana. Orangnya biasa- biasa sahaja. Tapi jauh di dalam sudut hatinya..dia mengimpikan sebuah kehidupan yang aman damai dan dia sentiasa termenung memikirkan krisis-krisis serta perbalahan kaum. " Adoi laaa..ape nak jadi, melayu gaduh dgn cina..india gaduh dgn melayu..cina gaduh dgn india. Kenape la kita semua ni tak boleh berbaik- baik saja", itulah ayat yang seringkali rosli luahkan kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya.

    Ketika pergi ke sebuah kedai runcit di pekan kampung, Rosli terlintas untuk di sebuah kedai runcit yang taukenya merupakan seorang cina tua. Terlintas niat nak mencuba beli barang di kedai itu. Lantas dia masuk dan menyapa " hello uncle..apa kabar? Ada baik ke?". Tauke itu tersenyum dan membalas, " baik saja maa..you mau cari apa?". Rosli menjelaskan dia mahu beli sabun mandi dan sedikit jajan serta air tin 100 plus. Lantas tauke tersebut mengambil apa yg diperlukan. Dengan kepantasan mengira di atas buku nota sekolah yang dibuat conteng- conteng kira, tauke berkata " 5 ringgit enam puluh sen saja". Rosli pun menyeluk poket seluar lantas membayar dan beredar pulang.

    Ketika dalam perjalanan pulang kerumah, Rosli terlihat ada peniaga kampung menjual nasi lemak di tepi jalan. Rosli pun singgah membeli kerana dah lama tak merasa nasi lemak kampung berbalut daun pisang. Sampai saja dirumah, dia segera menghidupkan tv serta menjamah nasi lemak yang dibeli. "Eh?, pehal rasa basi je nasi ni? Adoi...tak boleh makan ni..mau sakit perut aku". Rosli pun bangun dan buang nasi tersebut ke dalam tong sampah dan mencapai air tin 100 plus." Aik? Tin dah kemik ni..ni air tin bila ni? Celaka punya cina..berniaga tak ikhlas. Memang betul la orang ckap..cina ni memang sengaja nak bagi orang melayu susah..kuat kelentong betul" marah Rosli sambil mencampakkan air tin tersebut ke belakang rumah dan merasa hampa.

    Pada petangnya,Rosli melepak di kedai kampung. Kebetulan datang rakan kampungnya, si Majid. " hai..nape muke tak puas hati je ni li?", soal Majid. Rosli segera membalas, " aku tak puas hati ni jid. Ko tau tak?pagi td aku gi pekan..beli brg sikit. Sial punya cina..de ke dia pergi jual kat aku air tin yg dah kemek. Berniaga macam haram..menipu je kerja". Majid lantas menambah," uih, teruk betul cina tu. Tu la kau..lain kali jgn beli kat kedai cina..cina tu bnyak kelentong org kita".

    Mereka terus berbual topik keburukan orang cina dan juga termasuk sekali kes- kes india di pekan. " ko tgk la jid..mcm mana nak harmoni malaysia kite ni..semua bangsa tak boleh kerjasama dan tolong- menolong. Cina suka cerita buruk belakang pasal kita, india pulak ntah ape2 perangai". " Pak Abu..kira!", jerit Rosli. "Semua sekali seringgit 80 sen" jerit Pak Abu membalas. " Aikkk? Minum teh o pun sudah seringgit lapan?. Rosli yang tidak puas hati pun mintak penjelasan dari Pak Abu. "Biasala li..harga minyak naik 20 sen..", jelas Pak Abu.

    Roslo membayar lalu bersuara " ni semua salah cina kita, tamak sangat , ekonomi semua nak pegang..sial la". Pak Abu angguk tanda menyokong. Majid menambah " ingat li..cina tu meniaga tipu je bnyak..kita ni melayu mangsa". Rosli pun menggelengkan kepala, seperti kecewa dengan harapan hendak mencapai keharmonian agak sukar kerana cina asyik menipu orang melayu.

    BalasPadam
  17. Terharu dengar cerita kat atas..yup btul tu..kite sentiase kene tolong org..tak kira bangsa dan agama..masa depan org lain tolong kite pulak..

    www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.còm

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.