Iklan Leaderboard

Sabtu, 4 Oktober 2014

25 Masalah Subsidi Pukal VS Solusi Subsidi Bersasar

Bila aku menulis mengenai sistem subsidi yang kita amalkan selama ini salah dan tidak adil, ramai pula yang menhentam, tidak kurang juga caci maki. Aku bukan menulis mengenai pandangan dan pendapat aku sebagai rakyat marhaen dalam situasi ini sebab aku dah banyak kali tulis pasal tu dulu, malah semua tempat pun akan cerita benda yang sama. Aku hanya menerangkan dari sudut kerajaan kenapa masalah subsidi ini timbul dan mereka terpaksa mengurangkan subsidi minyak sehingga wujudnya Program Rasionalisasi Subsidi, itu sahaja.


Apa yang aku tulis hanya penerangan, dan ia bukan pandangan dan pendapat aku, malah aku tidak semestinya bersetuju dengan program tersebut, namun yang pasti, sistem subsidi kita memang salah dan tidak adil sejak dari dulu lagi. Andai kata kita tidak menggunakan sistem subsidi ini dari dulu, masalah2 ini tidak akan timbul kerana rakyat sudah biasa dan menerimanya dari awal.

Seperti yang aku dah tulis sebelum ni, rata2 semua dah faham mengenai masalah subsidi minyak ini, bagi siapa yang nak faham la. Aku lukiskan sekali lagi dalam bentuk gambarajah untuk memudahkan lagi pemahaman korang.

Subsidi minyak adalah satu bentuk Subsidi Pukal, di mana subsidi diperuntukkan terhadap barangan secara pukal. Makin banyak seseorang itu membeli barang tersebut, semakin banyaklah subsidi yang pergi kepada dia. Dalam konteks ini, golongan berpendapatan tinggi paling banyak menggunakan minyak, oleh itu merekalah golongan yang paling banyak menggunakan subsidi ini, sedangkan golongan berpendapatan rendah menggunakan lebih sikit minyak, oleh itu jumlah subsidi yang pergi kepada mereka juga lebih sikit.


Aku tanya korang, adakah sistem macam ini adil? Adakah adil yang kaya dapat lebih banyak subsidi daripada yang miskin? Malah warga asing juga boleh menikmati subsidi ini dengan sesuka hati mengalahkan warganegara sendiri.

Bagi aku, nak tak nak, sistem subsidi kuno yang telah digunapakai sejak dulu lagi perlu ditukar dan diubah agar ia lebih efektif dan sampai kepada golongan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah. Sebab itu wujudnya Program Rasionalisasi Subsidi ini kerana kerajaan mahu mengubah sistem subsidi pukal kepada Subsidi Bersasar yang lebih adil agar subsidi2 yang diperuntukkan oleh kerajaan dapat sampai ke kumpulan sasaran.

So daripada subsidi diperuntukkan kepada barangan, kita ubah sistem tu dengan memperuntukkan subsidi terus kepada individu berkenaan melalui BR1M, Bantuan Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan sebagainya, barulah golongan sasaran dapat menikmati lebih banyak subsidi berbanding golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.


Walaubagaimana pun, ramai golongan berpendapatan sederhana dan tinggi yang mengadu dan komplen yang mereka bayar cukai pendapatan (income tax), so mereka sepatutnya dapat juga subsidi.
Namun perlu diingat, yang subsidi adalah bantuan. Kalau pembayar cukai pendapatan pun nak subsidi, baik dia potong je subsidi awal2 masa nak bayar cukai.

Habis tu kalau bukan subsidi, ke mana duit pembayar income tax pergi? Apa kerajaan buat dengan duit pembayar cukai? Duit2 korang tulah yang kerajaan gunakan untuk buat pembangunan, sediakan kemudahan dan infrastruktur, tampung sekolah kerajaan, klinik dan hospital kerajaan, buat jalanraya dan sebagainya yang semua orang boleh menikmatinya secara percuma atau dengan harga yang rendah. Namun tak dinafikan masih terlalu banyak lagi ruang untuk diperbaiki dalam membelanjakan duit cukai rakyat ini, tapi aku taknak cerita pasal tu sekarang sebab benda2 tu aku dah banyak kali cover sebelum ni, lagipun artikel ini hanya fokus kepada permasalahan sistem subsidi kuno dan solusinya.

Namun, adakah dengan memotong semua subsidi pukal pada barangan, terutamanya minyak kenderaan, dan tukar kepada subsidi bersasar melalui pemberian tunai adalah solusi yang terbaik? Tidak, ini kerana setelah sekian lama kita pakai sistem subsidi bermasalah ini, ia pasti akan menimbulkan masalah yang lain yang terhasil akibat kesan domino seperti kenaikan harga barang, perkhidmatan, pengangkutan dan sebagainya yang akhirnya akan meningkat kos sara hidup semua peringkat masyarakat.


Oleh itu, apakah solusi terbaik bagi memastikan subsidi bersasar ini berjaya? Antara cadangan2 yang aku kumpulkan:
  • Mewujudkan Kad Subsidi atau masukkan rekod kelayakan subsidi dengan menggunakan MyKad dan hanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak memohon subsidi tersebut. Minyak2 kenderaan di stesen minyak dijual tanpa subsidi. Setiap kali nak isi minyak, cuma kemukakan Kad Subsidi atau MyKad dan mereka yang layak dapat membeli minyak dengan harga bersubsidi.
  • Hadkan hanya kenderaan di bawah 2.0 cc sahaja yang layak membeli minyak dengan harga subsidi, manakala kenderaan 2.0 cc ke atas perlu membeli minyak dengan harga tanpa subsidi, termasuk juga kenderaan2 yang mempunyai no. plat negara asing seperti Singapura dan Thailand. Namun kaedah ini agak sukar dikuatkuasakan kerana memerlukan pemantauan dan pengawasan di setiap stesen minyak.
  • Guna salah satu kaedah seperti di atas, serta apungkan harga minyak mengikut harga semasa dunia. Jika harga minyak naik, maka subsidi akan bertambah bagi mereka yang layak, dan jika harga minyak turun, subsidi akan berkurangan mengikut harga semasa. Malah ketika harga minyak turun, golongan berpendapatan tinggi yang tak layak subsidi pun akan dapat menikmati harga minyak yang rendah. Ini tidak, bila ketika harga minyak di pasaran dunia turun, harga minyak Malaysia kekal macam tu je, pulak tu siap potong lagi subsidi menjadikan harganya makin naik, siapa yang tak pertikaikan. 
  • Jangan bagi BR1M setahun sekali, tapi sebulan sekali. Kalau BR1M nak bagi RM1200 setahun, bagi RM100 setiap bulan dan ianya masuk terus ke akaun bank rakyat yang layak macam gaji, sebab kalau bagi banyak setahun sekali, orang akan cakap duit tu sekejap je habis. Kalau bagi mengikut bulanan, kalau habis RM100 bulan ni, bulan depan akan dapat lagi RM100. Memang nilainya sama jumlahnya kalau kira ikut tahun, cuma dari segi psikologi manusia, ia lebih efektif. Dan jangan lupa ubah namanya dari BR1M kepada Subsidi Minyak 1Malaysia (SM1M), barulah orang tahu yang bantuan tersebut adalah pengganti subsidi minyak pukal.

Kalau subsidi bersasar ini dapat disampaikan kepada golongan sasaran ketika mereka membeli minyak, tak payah bagi BR1M pun mereka takkan bising. Bagilah duit RM1,000 sebulan pun ramai yang rasa takkan cukup, sebab yang penting minyak kena murah.

So siapa2 lagi ada idea dan solusi cara yang lebih baik bagaimana nak mengatasi masalah sistem subsidi kuno ini, boleh tulis di ruangan komen. Cuba bagi pandangan dan pendapat yang membina yang dapat kita sama2 membantu menyelesaikan masalah ini, atau at least dapat memberi sedikit gambaran dan idea kepada pembangkang untuk dimasukkan dalam manifesto pilihanraya mereka kelak.

Bagi yang sekadar nak emosional dengan memaki hamun caci maki kutuk mengutuk tanpa memberi apa2 solusi dan idea pun, seriously, anda tidak membantu langsung dan hanya menunjukkan bertapa busuknya keperibadian anda.

Mari berbincang menggunakan akal fikiran, bukan guna emosi. Jika tidak, pergilah mereput sana!




tags: program rasionalisasi subsidi kuno sistem masalah tidak praktikal adil salah lama potong kurangkan harga minyak naik turun penerangan penjelasan subsidi pukal bersasar

25 ulasan:

  1. tambahan:- jgn lupa kurangkan elaun menteri2 yg ade tu.... kurangkan elaun menteri dan salurkan terus kepada individu seperti student & anak yatim yg bijak pandai, dapat ringankan beban dorang untuk buat PTPTN.
    Dan individu yg layak itu seeloknya tidak mempunyai kaitan kekeluargaan langsung dengan si menteri. Point ni dapat elakkan kronisme.
    secara tak langsung, akan dapat mengukuhkan ikatan silaturahim antara golongan "bangsawan" dan marhaen...

    Sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru baca dalam paper pasal ni oleh Ketua Menteri Slgor. Cara ni hanya akan menimbulkan amarah menteri2 atau adun2 terlibat. Namun benda ni tidak akan berhenti jika kita asyik berfikir untuk turunkan gaji menteri dsb. Sebab lepas ni mungkin gaji kakitangan kerajaan pula diturunkan. Ianya tak akan berhenti.

      Mengapa tidak menaikkan industri jadi gaji menteri ni kekal pada tahap sama, golongan tadi pula terjamin masa depan. Bagaimana? Jika industri kita menghasilkan pendapatan baik, hasil tersebut boleh disalurkan untuk membantu golongan2 yang susah. Mungkin juga boleh sampai ke tahap pendidikan percuma dan no PTPTN.

      Negara kita gagal dalam merancakkan perkembangan ekonomi jadi pendapapatan negara kebanyakannya didapatkan daripada cukai. Ini akan menjadikan negara kita tidak dapat membangun kerana penghasilan yang sedikit.

      Bayangkan jika kita adalah negara penghasil spt market China sekarang. Kita akan menjadi negara maju dalam masa yang lebih singkat kerana dunia memerlukan kita. Skrg ni, tiada siapa nak kan rakyat Malaysia sebab pelajar uni tak fasih ENG. Rakyat lebih mengutamakan parti banding kebaikan diri. dan blogger pula menghidangkan post2 porno untuk menghancurkan minda belia negara.

      Meski noob ni mungkin pnykg gov atau mungkin DSAI, sekurang2nya apa dia tulis membuka minda kita untuk berfikir.

      Padam
  2. Whoa noob.. ko mmg layak jual ubat kote mati pucuk.. impressive banget.. buat la iklan mcm harakah tu ka.. senang anak cucu kau nanti..

    Tapi kan, duit kami tetap kena rompak daa.. bincang pun kasi buih2 melempeng kat tepi bibir sajo.. mcm menteri kesayangan kau tu..

    Cadangan aku, elok ganti saja pekerja2 gomen.. sbb dalam tempurung kepala mereka bukannya ada otak pun, hanya penuh dgn taik.. khalas..

    Aku xder niat nak menghina. Demi Tuhan yg menjadikan kambing lebih mulia dari manusia, yg menjadikan lembu lebih mulia dari manusia..jiwa nuraniku ikhlas memberi cadangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti mamat eddeved menyamat jd anon ckp xpakai kepala otak tp pakai kepala bana.. byk sgt ke duit ko yg kena rompak tu?? kalau pekerja gomen kena ganti pun,yg pasti org yg cacat otak mcm ko xlayak pn gantikn diorg.. apa kata kau mula berlatih kd kambing & lembu mulai dr skrg..

      Padam
    2. ya Allah! apa kejadah kau nih? Demi Allah aku tak pernah guna anon untuk bantai sesiapa...aku printscreen lepas tu aku buat polis report...Subhanallah...dah terbukti rupanya ada orang burukkan aku kat net...sorry bro mantot, wa tak cimpok dah blog lu, hancing bau kencing...baik kau mintak maaf dengan aku, kau lupa ke mengumpat dan memfitnah tu dosa..Innalillah! glamour rupanya aku ha ha!

      Padam
    3. bro, wa tau lu panas hati bro, wa nasihat lu aje bro kalau lu nak dengar ke tak nak lu punya pasal...wa pun heran laa bro, blog lu konon Islamik tapi ada jaja gambar lucah porna apa semua...wa tak faham laa bro...wa memang tak masuk dah blog lu mematikan akal wa aje bro...semalam lu mengadu dengan edrie hashim ye? habis dia bantai wa kat facebook tweeter bagai...wa tau dia kawan baik lu bro mantot...lu kirim salam dengan dia cakap dengan dia wa pun tak heran laa...at least wa tak kutuk industri yang wa cari makan macam wa bagus...wa dapat link blog lu pun dari dia laa bro...tak sangka lu ada kawan baik artis...Cursing Malay, Cursing Industry...sama aje M.O. dia, semua tak betul laa...lu orang aje betul...good luck!

      Padam
    4. apa masalah ko nie

      Padam
    5. mmg ko ni terencat otak ada masalah mental la. ini blog noob.. nama blog dia ni buasir otak, bkn blog cursing malay mantot... ko ni sedg berhalusinasi mabuk ketum ke bro? mcm mana ko boleh terlepas dr tanjung rambutan ni? cuba ceritakn sikit pengalaman ko

      Padam
    6. Mamat eddeved ni pehal ha? Ko nk glamour g mampos la. Komen bercirikan bapok. Gambar ko yg mana satu? Laki ke pompuan? Letak gambar sorg dh la. X yah nk memalukan org lain.

      Padam
    7. Seriously konek pendek4 Oktober 2014 9:58 PTG

      meroyan lebih-lebih pulak eddeved bapuk ni. woi bapuk, nak tulis panjang2, tulis kat blog ko sendirilah

      Padam
  3. Masalah dalam hal "pemberian subsidi" adalah apabila gov mencanangkan pemberian subsidi kepada orang ramai. Seriously, tarik balik semua subsidi dan setkan satu harga tetap untuk masing2 3 golongan tadi. Bila mereka tanya berapa subsidi yg mereka dapat dan golongan lain berapa, katakan tiada subsidi. Itu kos tetap untuk anda berdasarkan level.

    Bila rakyat kita tak kira golongan disuap subsidi untuk semua barangan,inilah yang jadi kecoh, bising dan sebagainya bila dinaikkan harga. Ajar rakyat untuk susah supaya kita berdayasaing.

    Apabila AirAsia/ MAS membenarkan warga tua masuk kapal dulu aka potong line kat airport, takde siapa menyongeh atau marah sebab dah ditanamkan dalam kepala hotak kita ianya untuk golongan tersebut. Takde special subsidi untuk mereka, mereka mmg harus dpt layanan tu.

    Namun, implementation benda ni hanya untuk yang benar2 no bs punya menteri. Tengok kat sidang parlimen, mcm budak2 je bersidang jadi benda ni mmg sukar nak buat. So, cara yang dicadangkan oleh admin mgkn boleh digunapakai.

    Saya rasa cadangan pertama lebih sesuai kerana ianya sampai kpd pihak sasaran. LAgipun semua orang pakai mykad dah sekarang.

    BalasPadam
  4. Wow,nooaa sentap gler.bgus btl ko usaha gigih untuk explain pasal subsidi ni.gud job la noob.at least mana yg maki2 sblm ni lbh jelas la ngn artikel kali ni.

    BalasPadam
  5. Kerajaan perlu mendefinisikan balik golongan pendapatan rendah sederhana atau tinggi...skrg ni 5k pun kalau tkdak subsidi pun sakit woooo...mngkn pendpatan seribu ke bwh pun dh layak zakat sepatutnya

    BalasPadam
  6. lain kali noob kena tulis "PENERANGAN" dan "PANDANGAN PERIBADI" baru pengomen2 ni paham dari sudut mana noob terangkan..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. btw, salam aidiladha kpd admin dan semua anon mahupun non-anon :)

      Padam
  7. Cadangan pertama tu ada wajarnya.. namun tu la bab ketirisan yg wtf sket.. apa2 pun najib ada 0.28 sen lg nk bg subsidi ron 95... so go najib go...

    BalasPadam
  8. Ya betoi. Aku paham apa yg dismpaikan hg utk pihak kerajaan.dan aku pon paham apa yg kerjaan smpaikan, point yg sama.
    Cuma pada aku tindakan ini langsung tak popular/ tak bagos. Dari dulu lagi sepatutnya buang trus subsidi minyak ni, mcm yg hang terangkan...pengurangan sedikit2 ni utk mensasarkan kpd golongan yg bawahan. Benar dan aku stuju.
    Yg aku tak stuju buat p lah istilah apa pon mengenai minyak ni...implikasi jangka panjang dan kpd seluruh industri menyebabkan harga akan naik.
    Aku selalu ingat apa yg pensyarah aku cakap. Time dia study di u.k dlu... Harga minyak sana terapung ikut pasaran dunia(mcm yg hang cadangkan). Baru btoi....pas tu lg ada pulak stesen yg murah dan stesen mahal... Katanya lagi jadi disana takdak isu minyak. Hampa nak murah sila ke pedalaman...tp tara nak sampai sana kena modai minyak juga. Pandai2 la, kata guru ku itu.
    Cadangan aku, sama macam hg. Buang semua subsidi...takyah nak ungkit lg dah pasni.jadinya nilai duit rakyat n duit kerajaan akan sama.
    Kerajaan dah xleh nak ungkit atas jasa subsidi mereka time mengundi nanti. Dan pembangkang pon tak leh nak buat point raih undi..
    Kita slalu dengar. Alang2 seluk pekasam biar sampai pangkal lengan. Alang2 kurang subsidi.bg buang trus senang. Aku rasa rakyat setuju semua sbb takyah nk dengar alasan merepek kerajaan.
    Jom sama2 pi mereput. Dengarnya menarik. Mereput tu daerah pendalaman sarawak ka?

    BalasPadam
  9. Xstuju cdgn pkai kad tu. Nnt msti ade yg slh gna. Jual kt org lain atau cuai smpai kena curi dgn org lain. IC pn diorg blh wat yg palsu. Inikn plak kad subsidi.

    BalasPadam
  10. Nk buang subsidi kami xtau. Tp nk bgtau peniaga d luar sana xkan mau buat kebajikan jual brg rege murah.. minyak naik maka kos kami meningkat..sapa mau rugi ... gomen nk bekebajikan lantak depa. Tu janji depa...

    BalasPadam
  11. satu lg kupasan yg bagus oleh putera noobies... mslhnya ramai org xnmpk & xfhm psl isu subsidi ni.. yg merek nmpk hanya harga minyak naik tp xnmpk disblk tu.. walaupun pahit tp hrp entry ni boleh membuka mata semua org..

    BalasPadam
  12. Mengambil untung terlalu tinggi (berkali ganda) adalah satu riba dan haram.

    Mungkin perlaksanaan GST akan mendedahkan perkara ini.

    BalasPadam
  13. Hbs kalu kete seken enjin 2.2 cc mcm accord thn 2002 harga 30k xyah bg subsidi ke apa.?

    BalasPadam
  14. Slamat menyambut hari raya aidiladha

    BalasPadam
  15. Pada aku, subsidi itu perlu. Yg jadi masalah ialah org2 yg sentiasa rasa tak cukup ni...
    Dr golongan bawahan smpai laa pak2 menteri...

    Si tukang gubal dasar subsidi tak singgah blog ni ke? Ruginya...

    BalasPadam
  16. Yay saya sokong rasonalisasi subsidi, duit rakyat dah banyak tiris ke warga2 asing n penyeludup2. Kos hidup naik kerja kasi rajin lah belanja kasi jimat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...