Khamis, 16 Oktober 2014

22 Teknik rahsia isi minyak kenderaan dapat extra

Setiap kali pergi ke stesen minyak nak isi minyak petrol RON 95 ke, RON 97 ke, diesel ke, tak kira apa jenama minyak sekalipun sama ada Petronas, Shell, Petron, BHP dan sebagainya, bila pergi ke kaunter jangan cakap nak beli minyak dengan nilai harga tertentu seperti RM10, RM50, RM100 dan sebagainya, sebaliknya bagi duit dan minta untuk isi penuh. Tak perlu minta nak isi minyak guna liter seperti yang diwar2kan sebelum ini, sebab ia masih tidak begitu menguntungkan berbanding teknik rahsia ini.


Jika anda mahu isi RM40, bagi RM50 dan kata mahu isi penuh, kemudian isi minyak kenderaan. Cuba kawal nozzle dan berhenti isi pada nilai RM40.02. Jika isian terlebih RM40.03, isi lagi sehingga RM40.07. Jika isian terlebih RM40.08, isi lagi sehingga RM40.12 dan begitulah seterusnya. Pastikan anda isi dengan lebihan 2 sen dari gandaan 5 sen.

Kenapa? Ini kerana bila anda isi lebih 2 sen, anda hanya perlu membayar mengikut nilai bundaran dan penggenapan 5 sen yang terdekat. Seperti contoh jika anda mengisi minyak sebanyak RM40.02, anda hanya perlu membayar RM40. Begitu juga dengan RM40.07, anda hanya perlu bayar RM40.05. Tapi jangan pula mengisi pada nilai RM40.03 kerana anda perlu membayar lebih iaitu RM40.05.

Dan jangan juga mengisi minyak sampai ia tangki minyak kereta benar2 penuh, sebab ada yang mengatakan anda sebenarnya hanya menderma kepada tauke minyak, walaupun ia mungkin tidak benar dan hanya khabar angin. Hanya isi dengan nilai yang anda perlukan. Setelah selesai mengisi, pergi semula ke kaunter untuk mengambil baki duit.

Dengan teknik ini, setiap kali mengisi minyak, anda akan mendapat extra isian sebanyak 2 sen. Ya, memang nilai 2 sen itu nampak kecil, tapi kalau 100 kali anda isi minyak, anda sebenarnya dah dapat minyak extra sebanyak RM2.00. Kalau 1,000 kali? Tanpa disedari anda dah dapat minyak extra bernilai RM20.00.

Berbaloi bukan?

Harga minyak pun bukan selalunya turun, naik itu memang kerap, lepas ni subsidi pun semakin dikurangkan. So inilah cara yang boleh kita gunakan untuk berjimat dan mendapat minyak extra dengan menggunakan sistem mekanisme penggenapan 5 sen yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

Jangan lupa untuk kongsikan dengan rakan2 anda teknik rahsia ini!




tags: teknik tips rahsia jimat isi minyak kenderaan dapat extra ekstra petrol diesel ron95 ron97 mekanisma mekanisme penggenapan 5 sen terdekat guna dalam liter


22 ulasan:

  1. Haha.. buat penat saja nak menjawab depan Allah nanti.. kalo untung berjuta2 mcm Shahidan Kassim simpan duit kat bilik kebal dia.. masuk neraka pun kira ada jugak puas hati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa benda jwb xjwb dpn Allah... dh kerajaan tetapkn sistem dia mcm tu, bknnya jadi kesalahan pun. hbs tu setiap kali kt bil tepon, bil air api aku ada 3 4 sen dia pergi bundar jadi 5 sen, apahal pulak? xde plk sembang jawab dpn Tuhan..

      Padam
    2. Bayar sajalah labu, mungkin juga boleh jadi kaya mcm Amansyah, bekas pegawan BSN rembat satu sen selagi boleh dari setiap akaun penyimpan. Xder sapa peduli pun asalkan jangan kantoi.

      Betapa mahalnya teknik ini demi keuntungan RM20.00 selepas 1000 kali bubuh minyak... Berbaloi2 dgn kenaikan 20 sen yg lepas..bubuh 25 liter, kerajaan dpt jimat RM5.00. Kita bubuh 1000 kali, dpt untung RM20.00. Semoga berjaya dan bahagia hendakNya.

      Jom kita pakat2 cuba..untung RM20.00 selepas 1000 kali bubuh, cukup lumayan sih. Dapat beli cekelat getah selama 12 bulan sementara tunggu bantuan BR1M yg boleh menampung setahun.

      Jika sebulan kita bubuh minyak 6 kali, setahun kita sudah bubuh 72 kali. Untuk mendapat untung RM20.00, kita memerlukan hampir 14 tahun dengan penjimatan ini.

      So kepada pencadang dan penyokong idea ini, kita mendoakan suatu hari boleh jadi menteri mcm Datuk Hasan Malek dan Datuk Sabri Ismail. Sesungguhnya memanglah tersangat brilliant gaban penjimatan ini.

      Akan ku ajak seluruh masyarakat kampung Feldaku tersayang untuk bersungguh2 mengamalkan kaedah ini selama 14 tahun demi keuntungan syahdu RM20.00!

      Padam
    3. kerajaan dh tekan rakyat dgn naikkan harga minyak, jd apa yg rakyat boleh buat utk tekan kerajaan? bg aku idea noob ni bgs, kalau ko sorg buat mmg la nampak cam bodoh, tp cuba kalau satu petrol station sehari 100 org buat? sehari diorg dh rugi RM2. tu baru satu stesen petrol bhai, kalau kt malaysia ni ada 10,000 ribu stesen? sehari kita boleh bg diorg rugi RM20,000... dan aku yakin dgn kuasa rakyat, kerajaan akan akur & turunkan harga minyak, sejajar dgn penurunan harga minyak dunia..

      Padam
    4. mamat 7:56 ni kalau xmampu bg idea xpyh la pelekeh idea org lain... ni mesti nk bagi idea kalau nk boikot harga minyak mahal, bagi duit kat kaunter nk isi minyak tp tak isi minyak

      Padam
    5. 9.55.. pam minyak bukannya mcm robot kilang yg hampir sempurna dan cekap. Segala pergerakan mesin pam ni diperhatikan dari masa ke semasa bagi menjamin rukun iman kapitalis berjalan iaitu keuntungan maksimum. Menteri dgn pegawai kerajaan ada setiap hari pantau? Nak berniaga modal juta2, semua pasang kaki dan tonto.

      Dari satu segi, ianya dibuat wayang dgn berbagai2 sijil kementerian dan badan xxx yg periksa bagi menjamin pengguna tak rugi dgn hanya memasukkan angin ke tangki. Berapa banyak pengguna rugi yg ni jika bubuh full tank pd waktu minyak meruap, berapa banyak juga pengusaha kedai minyak didenda kerana menipu sen bil kpd pengguna. Nisbahkan dan tak ada kajian terperinci benda ni dilakukan.

      Sekali bubuh, kita kene pow RM5.00 kenaikan satu tangki dan tipu angin RM1.00 tapi untung RM0.02 sen. Pengusaha2 stesen minyak ni pun tau kat mana derang klepet sbb rata2 yg buka stesen ni, bukannya makcik pakcik felda. Biasanya adik beradik orang2 politik mahupun orang2 berpengaruh di satu tempat malah rata2 org berpendapatan tinggi dlm masyarakat spt peguam dan ketua2 jabatan kerajaan. Kat petrol mini kampung pun di operate keluarga tok imam, bekas imam atau orang berpengaruh setempat, rege bukan lagi RM2.30. Sudah jadi RM4.00-5.00 jika diperhatikan dan dikira betul2. Dulu jual dlm botol, skrg beli sendiri pam second hand.

      Idea kalo x mampu bagi, elok juga buat analisis sama tak kiralah merapu atau serius. Dah nama pun idea, brainstorming lah. Tolong jangan membuta tuli bersetuju sbb noob pernah claim test market dia punyer idea. Dia nak tgk feedback. Ada feedback sarcasm, ada feedback win dan ada feedback hampeh facepalm. Ini standard BO, lihat tagline BO bro. Dalam parlimen pun dah gegak gempita dgn suasana akademiknya.. ini pula dlm blog.

      Noob pun dulu bagi idea mcm2.. ada yg menyokong naik minyak 20 sen seliter dan kita mmg patut bayar RM5.00-RM10.00 satu tangki sampai sedih2 mempertahankan kenaikan drpd gomen. Skrg nak amik hati balik dgn penjimatan 2 sen. Sokong usaha naikkan 20 sen seliter, kalo kete bubuh minimum 25 liter, mmg RM5.00 dah klepet. Blom kita transient cost rugi pam angin lagi ni. Kemudian cadang pula sesudah kena klepet, pi bubuh lagi dan lagi untuk dpt untung 2 sen setiap kali taruk.

      Bak kata Nabil, "lu pk la sendrik".. Kalo biol, yolong hentak kepala di dinding. Khalas.

      Padam
    6. mana ada kena menjawab. kita bukan buat benda salah. dah memang sistem genapkan harga camtu.

      Padam
    7. Cer fikir semula...setiap prbuatan bergantung pd niat..kalau sengaja melebih kn dgn niat nk dpt sedikit keuntungan..maka ia dikira berdosa..lain kalau terrr....pastu citer pada tipu angin...camner bo jd tipu yert..sedangkn stesen munyak sendiri kerugian hingga 4k sebulan disebab kn angin...

      Padam
  2. Nice one, boss...
    Nanti aku try :)

    BalasPadam
  3. Seriously konek pendek16 Oktober 2014 pada 6:41 PTG

    Sorry gua byr pakai kredit kad. Tak mainlah kena jln jauh-jauh pegi kaunter

    BalasPadam
  4. sharing is caring..

    BalasPadam
  5. Subsidi dikurangkan 20 sen pun nak berkira sangat sampai dpt kalau boleh dijimatkan walau hanya 2 sen sekalipun... Dalam hal2 lain kenapa kita tak berkira pula?...

    Parking kereta di bahu jalan walau sekejap pun, kenapa tak berkira?...

    Mengular waktu kerja walau sekejap pun, kenapa tak berkira?...

    Buang sampah di tepi jalan walau sikit pun, kenapa tak berkira?...

    Dan byklah benda2 lain yg kita buat walaupun sikit tapi impaknya cukup besar bila dibuat secara berterusan... Tapi kita tak pernah pun nak berkira dalam hal-hal macam tu...

    BalasPadam
  6. Aku dah lama buat teknik ni masa aku keje Petronas dulu, tahun 2010. Bila aku dah benti, aku nak buat teknik cam ni takut cashier yg lain terkebil-kebil plak.

    Tapi untuk kad kredit/debit ataupun gift card yg petronas tu tak payahlah buat cam ni. Dia kira gak 2-3 sen tu.

    Heh, aku pun dah tukar dari Petronas ke Shell. Nampak perbezaannya.

    BalasPadam
  7. Kalo isi kat petronas nk untung satu sen guna lah kad mesra. Sbb satu liter dapat satu sen. Xpyh nk pening2 nk kira. Kalo isi 20liter dpt dah 20sen. Lg byk dan lebih cerdik..

    BalasPadam
  8. Thanks.. nnt sy cuba..

    BalasPadam
  9. Tips yg lain pulak..bila isi minyak jgn tekan picu smpai abis..tekan separuh. Bila tekan smpai abis.lebih bnyk angin akan dikeluarkan. Isipadu minyak berkurangan.

    BalasPadam
  10. tp psl ni yg kdg2 org peerja pam teraniaya... diroang lak kena tolak sebb nombor ralat x sama ngan meter minyak last2 org yg jaga pam yg kena.. ( tertakluk kwsn pekan ngan kampung memang ad org yg akn jaga setiap pam)

    BalasPadam
  11. kempen la turunkan harga minyak. lagi jimat, ada orang kata kalau buat sorang memang tak menjadi. kalau semua rakyat malaysia buat ada harapan boleh jadi.. tak gitu. sampai 1-2 sen pun dikira tu maksudnya dah parah tahap ekonomi rakyat Malaysia. apa lagi nak keluar Rm1-2 masuk tabung derma seminggu sekali ke.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.