Rabu, 8 Oktober 2014

22 Rockstar paling nerd, geek, awkward dan cool

Dalam banyak2 pemuzik, hanya ada satu2nya band yang menjadi kegemaran aku sepanjang zaman iaitu Weezer. Mungkin ramai orang dari kalangan gen-Z dan akhir gen-Y yang tak tahu kewujudan band ni. Aku mula dengar lagu Weezer sejak aku tingkatan 2 dan merasakan yang muzik mereka ada chemistry dengan jiwa dan personaliti aku. Dan sehingga kini, sama ada muzik lama atau muzik baru mereka, walaupun mereka seringkali mendapat kritikan daripada peminat2 muzik, namun aku tetap setia melayan lagu2 mereka.


Semalam 7 Oktober 2014, mereka baru keluarkan album terbaru mereka iaitu Everything Will Be Alright In The End. So korang dah tahu gambar apa yang menemani korang kat Buasi Otak dalam beberapa bulan ni.


Setakat ini, mereka dah ada beberapa album;

Dan album yang paling diingati dan digemari ramai peminat Weezer adalah Blue album dan Pinkerton. Aku tak mau cerita panjang pasal band ni sebab benda tu semua dah ada dalam Wiki, cuma salah satu sebab aku suka band ni selain muzik dia adalah kerana personaliti vokalis, gitaris dan penulis lagu utama band ini iaitu Rivers Cuomo yang sedikit sebanyak memberi influence dalam kehidupan aku.

Bagi aku tiada pemuzik yang seperti dia. Gaya macam seorang nerd pakai cermin mata tebal, pakai baju sweater dan rambut disikat skema tapi seorang rockstar yang pandai cipta lagu dan main gitar. Namun bukan perwatakannya sahaja yang nampak geek tapi dia memang rocker yang bijak malah belajar kat Universiti Harvard dan mendapat anugerah Phi Beta Kappa.


Selain dari itu, tiada masalah moral yang besar seperti penyalahgunaan dadah atau alkohol seperti kebanyakan pemuzik2 barat yang lain, malah tattoo pun takde. Sangat obses terhadap wanita Jepun pada zaman remaja, yang akhirnya juga berkahwin dengan perempuan Jepun dan mempunyai 2 orang anak.

Di kala majoriti orang Amerika sukakan sukan bola keranjang dan American Football, dia minat dan suka bermain bola sepak. Dia langsung tak pandai menari tapi selamba sahaja menari walaupun dengan gaya yang sangat awkward. Walaupun dia merupakan seorang rocker, tapi pernah berkolabrasi dengan penyanyi rap, tulis lagu pop dan techno untuk penyanyi lain, dan pergi ke Jepun untuk rakam album lagu Jepun.

Malah dalam band dia sendiri, macam2 benda pelik dia pernah buat. Antaranya seperti tukarkan drummer dia untuk main gitar, suruh ahli kumpulan dia yang lain menyanyi lagu dalam album, letak muka pelakon Lost jadi cover album, buat video klip dengan selebriti viral Internet dan Youtube, melancarkan baju snuggie mereka sendiri, pakai baju jumpsuit masa konsert, muncul dalam rancangan kanak2 dengan memakai kostum serangga, menulis lagu bersama peminat kat Youtube, dan yang paling diingati sekali, rakam video klip lagu Buddy Holly berdasarkan rancangan sitkom 70an Happy Days dan kemudiannya sumbat dalam CD installer Windows 95.

Walau dia nampak nerd dan geek dari luaran, tapi di dalamnya dia seorang genius muzik, buat apa yang dia suka tanpa pedulikan apa orang nak kata pasal dia. Dia banyak mengajar aku untuk jadi diri sendiri, tidak mengapa untuk berbeza dengan orang lain walau nampak weirdo dan pelik, tapi kita perlu terikut2 dengan trend orang lain. Jangan pedulikan apa orang lain kata pasal diri kita dan buat sahaja apa yang kita suka dan minat, dalam masa yang sama tak lupakan perkara2 yang penting dalam kehidupan seperti pelajaran, keluarga, kerjaya dan agama.

Mungkin ada orang yang cakap Weezer dah tak relevan, bahan sejarah, old skool, hipster dan lain2, tapi aku tak peduli apa orang cakap, yang penting aku suka, bukan orang lain yang suka.




tags: weezer rockstar rocker nerd geek rock awkward cool weird weirdo awesome ohsem song lagu new album everything will be alright in the end leak download stream online itunes free buy rivers cuomo

22 ulasan:

  1. Album paling best buat gua ialah pinkerton. Lepas tu timbul cakap cakap yang mengatakan album album kurang menyengat.. Ada yang kata kehidupannya yang bahagia kini menyebabkan lagunya kurang bisa seperti masa lalu.. Weezer memang best..

    BalasPadam
  2. Lagu Perfect Situation byk kenangan zaman belajar ooo...
    Nostalgik!

    BalasPadam
  3. Noob ko satu dorm ngan aku kat SBP dulu eh? Minat sama ngan aku ja? Ko ada pinjam kaset original pinkerton rm12.90 aku ngan pakai walkman sony mega valve kan time tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap.. er mega bass..

      Padam
    2. Seriously konek pendek9 Oktober 2014 pada 11:44 PG

      tak payahlah nak bagitau org lain yg ko masuk SBP ada walkman sony bagai....blahlah wei!!

      Padam
    3. Seriously KP stok vimax dah sampai malaysia

      Noob sbp poskod lokasi 16100

      Padam
  4. nasib baik kau bukan kawan baik Edrie Hashim (which admittingly I am not! tapi dia terasa gila dengan blog aku...quote Dio macam sial!) memang aku nak bahan mamat nih habis-habisan...kalau kau stalker tweeter dia, dia pun stalker tweeter kau gak...habis semua tweet kau dia baca...dia ada banyak masa selain dari angkat berat dan bikin tour seluruh dunia.

    Ya aku setuju, tak ramai orang sangka Weezer masih relevan...aku juga peminat Weezer, bagi aku blue album tuh memang legenda tak ingat dan aku masih dengar sampai sekarang...depa nampak aje macam nerd tapi kalau kau tanya depa Mixolydian flat 7, Lydian sharp 4 semua depa taram...kalau kau kaji lagu depa, whoooaaahhhh! depa tidaklah se nerd yang disangka...aku sampai sekarang tak boleh main solo lagu Buddy Holly, lagu faverit aku...No One Else, Maladroit pun best gak...depa nih selalunya sarkastik...setiap album depa ada aje benda meracau depa buat...depa tak stick pada satu konsep muzik aje...depa main semua! death metal pun depa main ha ha ha!

    ps: macam mana blog count kau mencecah 7 angka ek? aku dengki laa ha ha ha! macam celaka aje aku nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko dari hari tu edrie hashim edrie hashim.. apa masalah ko sebenarnya ni? terencat akal eh?

      Padam
    2. ntah la macam sepupu tapir je dia ni...kata bukan self centered tapi dok up diri sendiri je..

      Padam
    3. Seriously konek pendek9 Oktober 2014 pada 11:46 PG

      anon 10:02 - dia sangap btg edrie hashim tp sampai sekarang x dapat-dapat...tu yg pg-pg lagi dah meroyan

      Padam
    4. Boleh g mampos x.

      Padam
    5. boleh, aku boleh g mampos tapi dengan syarat kau jaga anak bini aku lah masa ketiadaan aku nanti.
      hahaha! seriously sial...aku sangap batang edrie hashim...??? aduhai...lawak sial! kau biasa kot?
      aku up diri sendiri? aduhai...mana kau tau aku sepupu tapir...marah ke? ke engkau yang bidankan mak aku masa aku lahir? ha ha ha!

      so semua yang tulis guna nick anonymous nih tak self centered kot...?? aduhai...okaylah aku tak tumpang glamour dia dah...ceh! okay aku stop jangan blast aku lagi...kesian aku...

      dah laa gila mabuk ketum plak tu...padahal ketum pun aku tak tau apa benda...nih biasa laa kot?

      Padam
  5. System of down pun best

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, if you check out the documentary movie about their hatred for the Turks...you will love them more!

      Padam
  6. dr zaman belajar smpai skrg...da 10 tahun ringtone hp aku masih sama dan takkan tukar selama-lamanya..Island in the sun...yeah!

    BalasPadam
  7. aku minat kumpulan exist je...huhu....dari zaman mamat sampai ezad keluar....

    BalasPadam
  8. Legend JS KEVIN still da best

    BalasPadam
  9. Xpernah dengar pun band ni. Budak kokak mana yang minat ni ha?!!!.

    Kami minat Raihan. Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah. Lagu weezer ni entahlah, langsung xder kene.mengena dgn nasihat2 agama ko tu noob.

    Aku masih tunggu ko ulas syarah kitab Bahru Mazi jilid 19. Musti aku minaq jinggo giler..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.