Aku pernah bertanyakan beberapa kawan aku bila mereka nak pergi haji atau sudahkah mereka daftar untuk pergi haji, ramai yang kata belum sebab masih belum sedia, tak sampai seru dan tak mampu lagi. Ramai golongan dewasa muda yang mengambil ringan dan sambil lewa bab haji ni, sebab diorang rasa masih muda dan bila dah tua nanti baru fikir pasal haji ni, sedangkan untuk pergi haji ni sebenarnya kita perlu buat persediaan untuk haji ini bermula dari usia muda lagi.
Ibadah haji merupakan ibadah yang kebanyakan orang Islam takut nak buat. Alasan2 yang sering digunakan bila ditanyakan kenapa tak daftar untuk pergi haji lagi:
1. Masih belum sedia
Tahukah anda, kalau anda dah sedia sekalipun, bukannya anda dapat terus haji tahun tu, melainkan anda memang seorang yang kaya yang mampu untuk membayar berkali2 ganda untuk terus pergi haji tahun tu tanpa menunggu giliran macam orang lain. So tak timbul isu sudah sedia atau tidak, sebab kalau anda daftar tahun ini, giliran anda mungkin 50 tahun akan datang sebab nak pergi haji setiap tahun ada kuota dan kuotanya taklah banyak sangat.
2. Belum sampai seru
Haji adalah rukun Islam yang ke-5, dan seruan untuk menunaikan ibadah haji ini dah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w lagi. Kalau anda seorang Islam, tak timbul soal belum sampai seru tu sebab seru tu dah lama diberitahu, sama juga dengan seruan2 lain seperti mengerjakan solat, puasa, zakat, tutup aurat dan sebagainya.
3. Masih belum mampu
Sebenarnya ramai orang yang mampu sangat untuk pergi haji tapi masih cakap belum mampu. Ada yang mampu beli kereta, mampu beli rumah, mampu beli macam2, tapi bab haji cakap masih tak mampu. Kenapa jadi begitu? Ini kerana kita tak letakkan ibadah haji tu sebagai satu keutamaan dan matlamat dalam hidup kita. Macam point #1 juga, bila tiba masa ko dah cukup duit untuk pergi haji, bukan ko boleh tiba2 pergi haji tahun tu, melaikan guna pakej yang harganya berganda lebih mahal. Sebab tu pentingnya sekurang2nya buat simpanan dalam Tabung Haji dan tambah sikit demi sedikit, dan jangan lupa untuk daftar giliran untuk pergi haji.
So harap janganlah kita menunggu dan berlenggah serta mengambil ringan mengenai ibadah haji ini. Pada usia muda inilah kita dah kena membuat persediaan terutama dari segi kewangan dan mendaftar untuk pergi haji dengan Lembaga Tabung Haji. Kawan aku yang daftar 2 tahun lepas pun, giliran dia pergi haji adalah pada tahun 2060, so jangan berlengah lagi.
Dan bagi yang dah pergi haji dan mampu untuk pergi banyak2 kali, adalah lebih baik jika anda tidak pergi lagi, kerana zaman sekarang nak pergi haji ada kuota, dan kuota ini taklah banyak mana pun. Bagilah peluang kepada orang lain yang belum menunaikan haji untuk pergi haji, malah adalah lebih afhdal kita biayai ahli keluarga, saudara mara atau golongan susah yang tak mampu menunaikan haji untuk pergi haji. Kalau kita nak juga pergi lagi ke Mekah, tunaikanlah umrah sebanyak mana sekalipun kerana ia tiada kuota.
Dan kalau yang dah tiba giliran dan dijemput untuk menjadi tetamu Allah pada tahun tersebut, jangan tolak. Bukan mudah nak dapat peluang tu, so jangan sia2kan. Orang lain berebut2 nak pergi haji, tapi kita pula boleh tolak dengan alasan masih belum sedia atau belum sampai seru.
tags: ibadah haji hajj mekah mecca kaabah panduan rukun alasan tanggapan persepsi kuota lembaga tabung haji register daftar
Isnin, 6 Oktober 2014
20 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BalasPadam※♥☺
sistem kuota haji ni semua salah UMNO-BN.
PadamTak mampu lagi... Duit gaji cukup2 aje untuk cover perbelanjaan bulanan & duit minyak. Sob sob...
BalasPadamJangan cakap tak mampu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau sebulan simpan RM50 masuk Tabung Haji, 20 tahun kemudian insya Allah dah cukup untuk pergi haji.
Padamaku bukan tak nak bro, aku berkobar-kobar nak pegi nih! cuma sekarang nih aku nak concentrate kawin lagi satu...itu lagi afdhol bro...
Padamsebenarnya aku dah tanam niat bro, kalau aku menang kes aku 15 Oktober nih aku nak tunai haji dalam selewat-lewatnya lima tahun lagi bro...aku bawak anak bini aku sekali...
seruan kat aku dah lama sampai dah bro cuma rezeki belum ada...mana laa tau kes aku dapat pampasan ratus ribu...mahu aku pergi tahun depan! Insya Allah!
kalau aku pergi benda pertama aku buat, aku nak doa Edrie Hashim jangan stalk blog aku lagi, bagi dia sedar diri jangan perasan dia bagus gila ba**...ha ha ha! habis dah tiap-tiap hari quote Dio seriau gak aku...ha ha ha!
eddeved oh eddeved. aku masih lg keliru sama ada ko bercakap guna mulut atau terkentut guna mulut.
PadamBeli rumah, keta semua hutang. Xkan nk g haji nk berhutang jgk.
BalasPadamKereta rumah kita hutang barang dapat dulu, bayar kemudian. Untuk haji kita tak perlu hutang, cuma mula menyimpan dulu sikit demi sedikit, dah cukup baru pergi. Sebab tu nak pergi haji kena plan dari awal masa kita muda lagi, kena register awal2 sebab bukan kita register tahun ni tahun depan kita dapat pergi, mungkin 50 tahun lagi baru sampai giliran kita. Nak pergi haji ni bukan macam kita nak beli rumah atau kereta.
PadamBln2 dh set tolak gaji utk byr umah n keta.ape salahnya tolak jgk cket utk simpanan haji scra bulanan.utk jngka msa pnjang,.xde la timbul isu hutang tu.
PadamTengok program org pegi haji dlm tv, mmg teringin sangat nak pegi...
BalasPadamGiliran kwn noob 2060..,noob punya giliran thn brapa?..simpan cket2 dr muda,ade rezki lbh,pnjang umur InShaAllah smpai kita ke sana.
BalasPadamGiliran saya insya Allah tahun 2040, semoga dipermudahkan
Padamkalau duit dlm tabung haji dah cukup kebarangkalian dapat pergi lebih awal adalah tinggi...
Padamoklah tahun 2040, giliran aku tahun 2068.
PadamAda juga manusia yg x suka becakap ttg apa yg dia nk buat.. apa yg dia ckp x semestinya dia buat.. apa pun respect
BalasPadamXpaham..Nk respect apa or siapa?
BalasPadamKalau citer pasal haji xpyh ckp pun org keliling ko bleh tau ko dah,akn or tgh buat ibadah haji.bkn sbb nk menunjuk ke ape..lain la solat kalau ko xberckap,xde sape akn tau ko solat ke x..
oh..ptutlh ade stenga org tu uplod selfie solat n selfie hj..
Padamlol
Selfie mcm tu bleh timbul riak..ko solat ke x org xtau tp if ko pegi haji xpyh selfie pun org bleh tau mmg ko nk prgi haji.
Padamsemoga mabrur hajinya.
BalasPadamAku banyak dosa, aku takut pigi2 nanti, aku menggelupor depan Kaabah mcm citer Ustat Doremon tu. Mungkin aku nampak lori nak langgar aku depan kaabah. Itu la pasal aku batalkan niat nak pegi tu.
BalasPadamLagi satu, kalo dpt pegi pun, blom tentu aku boleh berubah jadi baik. Entah2 lagi mcm haramjadah je lepas balik nanti. Pegi mekah, akhirnya jadi fitnah utk diri sendiri.
Ini cukup merisaukan aku. Kadang2, lps baca kisah seram dari ustat2 holier than thou ni, terasa aku nak bagi pelempang saja kat muka derang. Tapi apakan daya, aku hanya anjing kurap saja.