Selasa, 28 Oktober 2014

29 Koleksi gambar siswa sempena pidato Anwar di UM

Malam tadi ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.

Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar sebelum berhenti seketika bagi menunggu ketibaan Anwar untuk bergerak ke Dewan Tunku Canselor. Selanjutnya di Malaysiakini.





















Aku no komen. Mostly yang join demo ni pun budak2 baru nak up yang masih berjiwa muda dan berdarah panas, yang kepala otak masih dengan idealistik berbanding realistik, yang rata2 kehidupan masih ditanggung mak bapak, atau biasiswa, atau PTPTN. Berbanding dengan reformis generasi zaman2 Anwar tahun 1998 dahulu, lebih ramai yang kini sudah cuci tangan dan menjadi lebih realistik. In fact, dengan berdemo, merempuh pagar dan dengar ceramah Anwar pada hari ini tidak akan mengubah apa2 pun sebenarnya.

So bila Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol yang mahu menjadi ikon reformis di kalangan belia sanggup dipecat dan dibuang dari universiti malah kemungkinan di penjara, bagi aku ia hanya satu pengorbanan yang sia2 kerana at the end, melihatkan realiti dan mentaliti masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini, orang akan mula melupakan apa segala pengorbanan beliau dan apa yang beliau telah buat, seperti juga Adam Adli, Safwan Anang, Ahmad Abd Jalil dan lain2. Kehidupan masyarakat Malaysia akan tetap seperti biasa dan tiada apa2 pun yang akan berubah.




tags: koleksi gambar video pidato anwar ibrahim ceramah um universiti malaya rempuh pagar pdrm sekat pensyarah awek mahasiswa mahasiswi siswa pelajar adam adli safwan anang ahmad abd abdul jalil lari sweden suaka politik hina kutuk raja sultan kerajaan demostrasi demo

29 ulasan:

  1. oucchh.. bakal panas entri ini :)

    Realitinya,
    1. reformasi tidak meletakkan makanan di atas meja
    2. keadilan hanya tertegak apabila.. kawan aku "yang bersalah" dibebaskan, musuh aku "yang tidak bersalah" dipenjarakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok apa jadi pada Che'gu Bard.. huahuahua!

      Padam
    2. Apa jadi pada Che'gu Bard??

      Padam
  2. No komen la sgt noob..

    BalasPadam
  3. Betul tu noob. Ini bukan caranya. Budak tu mungkin fikir dia akan jadi hero, masyarakat akan pandang dia sebagai pejuang. Tapi tak begitu pun aku rasa. Kita tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Tak ada masa kita nak menjunjung budak tu dan diangkat sebagai hero bahkan menjadikan dia pemimpin, itu jauh sama sekali.

    Realitinya tak siapa kisah pasal budak tu. Dia sendiri akan menanggung kesan dan siapa tahu apa jadi pada masa depannya. Susah sangatkah hendak tunggu sehingga tamat pengajian, kemudian barulah kalau nak aktif berpolitik, nak jadi hero pun, jadilah. Buat begini, ingat ada pemimpin bagi muka ke? tak langsung. entah2 najib tgh tengok astro diari AF. Sekadar bergelora pada malam tu saja, lepas tu esoknya baru tersedar..

    BalasPadam
  4. Tak pasal2 pihak UM bukak tender kepada kontraktor untuk baik pulih pagar pintu masuk minggu depan..

    quotation for UM gate please!!

    Hak hak hak!

    BalasPadam
  5. budak2 U: yeahhhh!!kami mahukan hidup yang lebih baik. Kerajaan penipu!tukar!tukar!tukar!..
    Anwar: Ayuh kita bangkit!ini lah suara pemimpin2 muda yang akan membangunkan bangsa. Kamulah harapan untuk mengembalikan cahaya di dalam kegelapan!.

    Keesokkannya:

    Budak2 U: aduh..pointer sem drop la pulak. sem lepas 2.23. sem ni 2.06 je.

    kucing abg pun boleh dpt pointer lagi tinggi dik oiii, kalau 2.06 jadi pemimpin negara masa depan..kucing abg sah sah boleh jadi presiden amerika.

    BalasPadam
  6. kesian Fahmi Zainol keputusan anda tangunggan anda..belum tentu anuar tu nak tolong anda bila sush2 nanti.... last2 doa pada Allah...xpe la rezeki bukn hanya dtg sebb mesti wajib kena pegi U kalau dh bukn tu takdir ko ada la rezeki tu kat tmpt lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nak kesian..sendiri cari pasal. Pi la mintak kat anwar..dia tak tolong, bagi je pelempang.

      Padam
  7. butoh la admin blog ni macai umngok celake! tanpa reformis anak muda cm diorg, anak ko blm tentu dpt makan nasik pd masa akan dtg

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu aku la, noob bukan jenis macai2 macam ko. dia olah secara neutral atas situasi yang berlaku. kat sini kami pukul sama rata je.

      kembalilah kejalan benar. kau dah sesat jauh ni. Ni mcam macai umno je cakap rezeki tu atas usaha umno/bn. Dari dulu lagi dok reformasi..apa hasil? siapa sakit?. Ko keje elok2, patuh kat perintah tuhan, ko jgn risau la bab rezeki. Jgn sampai ko ingat dengan cara reformasi ni la nak bagi anak2 dpt makan nasi pada masa depan.

      Padam
    2. Reformasi bagi rezeki ke? Rezeki Allah yang bagi la.. bukan Anwar, bukan PR, bukan reformasi mahupun bukan BN..

      Padam
  8. ada sesapa pergi tolong penduduk kg chubadak?? tumpuan perlu diberi disana..

    BalasPadam
  9. Mungkin video tu untuk siaran dunia luar bagi menunjukan kononnya rakyat memyokong sepenuh hati dan simpati pada beliau.

    BalasPadam
  10. apa pulak nasib student yg berarak malam tu . agak2 kena gantung or buang u. kalu kena buang sia2 je makbapak perabih duit suh belajar. akhirnya sia2 ...

    btw gua manusia bukan robot, gundam or transformers..

    BalasPadam
  11. Bg sy..x kisah dia nak buat pidato terakhir sebelum pembicaraan. .tp kenapa buat kat UM, bukan dataran atau mana2 tempat terbuka? Kenapa pilih pidato dgn mahasiswa, bukan dgn org kmpung atau org bandar lain?

    Tp spt noob ckp, kesian kat mahasiswa yg terlibat....melainlm ibubapa mereka sendiri yg setuju anak gi berdemo time budak U sibuk nak study utk final exam semester ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam dan noob...jaga periuk nasi kowang sajalah. Kowang bukannya tentukan rezeki utk budak2 tu. Lantak la apa nak jadi kat derang.. jaga akhlak memasing...tak perlu sebok hal orang.. kubur masing2..buku amal masing2..mati nanti, mandikan mayat sendiri..

      Padam
    2. 1. cuba cari kat part mana aku tentukan rezeki diorang. aku hanya cakap apa yang diorang buat hari ni sekejap sahaja akan dilupakan.
      2. ya, memang lantaklah apa nak kat diorang. begitu juga aku, lantaklah aku nak bagi pandangan apa pun.
      3. sebab kubur masing2, maka mayat mandi sendiri? perbandingan cerdik mana ko pakai?

      Padam
    3. ayam, mungkin kau tak baca dulu sebelum komen. zaman sekarang memang orang sibuk komen dulu then baru baca. kenapa buat di UM? kerana perastuan mahasiswa UM yang anjur program tu. bukannya pkr atau anwar yang anjur. tajuk program tu '40 tahun dari universiti malaya ke penjara' tribute to anwar yang dah jadi ikon gerakan pelajar UM(refer kes kebuluran di Baling 1970an). so, harap-harap terjawab persoalan kau.

      Padam
    4. OK. Noted. Tp even anda pro BN atau pro PR sekalipun ibubapa anda mesti x setuju anak2 mereka kat U join program ni. Bila anda ada anak kelak anda akan faham. Lepas kerja nak masuk parti mana2 terpulang. Even kdg2 pengurusan U sibuk buat aktiviti melibatkan menteri2 berkaitan, tp sy sendiri pun x ambik port nak join sgt.

      Mmg bagus ambik tau pasal politik di malaysia even masa kat U, cuma x perlu nak sertai perhimpunan atau aktiviti mcm ni. Mmg masa kita muda dulu kita darah muda, apa yg kita fikirkan semuanya betul..tp sbnrnya kata org tua lagi penting sbb mereka dah byk makan garam. Melainkan niat anda sertai perhimpunan dah pasang niat jd politician. Kalau just nak jd professor atau jurutera je x payah la...byk kawan sy yg aktif dlm politik x ke mana sgt, last2 pointer 2 yg penting utk kelayakan awal dpt kerja yg semakin susah nak dpt skrg.

      Padam
    5. aku nak komen frasa "ibubapa anda mesti x setuju anak2 mereka kat U join program ni".
      bagi aku setuju dengan tidak setuju sangat relatif, bagaimana kau boleh yakin 100% dengan pre assumtion semua ibu bapa tak setuju? aku belum jadi ibu bapa kepada anak-anak diperingkat seusia budak budak um tu. tapi pakcik abdul jalil sudah ada dua orang anak(ahmad dan ali) yang di hadap ke mahmkamah, pakcik abdul halim pula punya adam adli yang sedang menunggu untuk di penjara. pak halim dan pak jalil kekal berdiri dibelakang anak mereka. kau?

      Padam
    6. mmg la diorg terpaksa berdiri belakang anak diorg, nama pun anak... siapa x syg anak dol. kalau anak aku kena tangkap sbb mencuri pn aku bias kt anak aku sbb dia anak aku walaupun aku tak setuju & xsuka dia mencuri... cuba ko jd bapak, ko besarkan dia hantar pergi sekolah last2 dh besar masuk u pergi berdemonstrasi hancurkan harapan mak bapak, sapa x sedey?

      baca la surat ni anon bebal... https://www.facebook.com/frensofbn/photos/a.10150838414749998.412748.129843674997/10152574115009998/?type=1&permPage=1

      Padam
  12. Nape la bengap sangat Nuar ni...

    Buat je la perjumpaan kat rumah sendiri...

    Mesti xde kecoh2 punya...

    BalasPadam
  13. aku minta maaf, aku komen dan habiskan masa lima minit korang dan tak sertakan carta pai mahupun graf semasa membenarkan komen aku ha ha ha!

    macam aku selalu anjurkan, bukan susah nak amalkan Rukunegara yang pertama, sematkan dalam hati, PKR bukan tuhan, BN bukan tuhan...Najib bukan tuhan, Rosmah bukan tuhan malah Anwar Ibrahim juga bukan tuhan...mereka ialah ikon-ikon yang menjadi dugaan buat kita...

    aku pun kena zalim kerajaan juga tapi aku tak laju pi buat demo, pi ajak kawan-kawan aku mogok piket depan mana-mana bangunan mahkamah sebab aku tak mampu nak tanggung kawan-kawan aku dan kehidupan depa...

    kita ada akal dan kita guna akal...buat apa jadi boneka setengah orang yang kalau dia kat atas pun belum tentu nanti dia akan dengar keluhan kau! Lebih baik masa terbuang kau berpiket dan berdemo untuk membela seorang manusia ditumpukan untuk perbaiki diri kau sendiri sekurang-kurangnya satu hari nanti kalau kau ada kesedaran...kau bantu lebih dari seorang manusia pula!




    BalasPadam
  14. noob, apa yang adam adli, safwan anang, ahmad abd jalil buat bukan berharap untuk di kenang macam kau buat blog menempel di blog serius dengan harapan orang datang baca blog kau.

    apa yang adam adli, safwan anang, ahmad abd jalil, alvin buat adalah expresi jiwa muda mereka yang memberontak melihat ketidak adilan dalam negara dorang. malah dorang bukan yang pertama pun, hisham rais dulu pernah buat hingga di kejar mahatir ke britain. soe hokgi pun pernah buat di indonesia dulu.
    aku rasa ramai nak tengok pdrm mampu tak guna interpool nak tangkap ahmad abdul jalil dengan alvin. sedangkan snowden yang lagi on top priority pun interpool masih tak berjaya tangkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alvin? seriously, alvin? lol. lawak tul bila ko samakan blogger lucah dengan para reformis yang lain

      Padam
    2. kau salah faham noob. apa aku maksudkan, bila ahmad abdul jalil buat kesalahan menghasut, dia didakwa. bila alvin buat kesalahan menghasut dan menghina bulan ramadan, dia di dakwa.. tapi bila ibrahim ali buat kesalahan menghasut nak bakar bible, menteri undang undang dan peguam negara tidak lihat sebagai satu kesalahan. itu persamaan yang kau patut lihat bagaimana ketidakadilan berlaku pada dorang.

      Padam
    3. ko peguam ke? aku pon tanpa nama juga mcm ko.. tp ko peguam ke? sama ke? tak kan.. aku tk sama dengan ko walaupun nama kita tanpa nama. begitu juga org2 yg ko sama2 akan itu.

      Padam
  15. Xade keje bdk2 nie....huhu...Aku mse study dlu xpenah pn nak berdemonstrasi jlnan nie haaa.....Yang peliknye mmg sah2 kejahilan Anwar sudah nampak dan jelas,tp still sokong...Btpe laa nk dsokong org yg mengkhianati bangsa sndiri...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.