Iklan Leaderboard

Khamis, 2 Oktober 2014

60 Selama ini sistem subsidi kita salah dan tak adil

Sebelum ini aku banyak kali menulis pasal isu semasa dari sudut dan kaca mata seorang rakyat. Sekarang aku nak mengajak anda semua melihat isu kenaikan harga minyak disebabkan pengurangan subsidi minyak ini dari sudut dan kaca mata kerajaan. Pada pandangan aku, selama ini negara kita telah mengamalkan sistem pemberian subsidi yang salah dan tidak adil, dan ia cuba diperbetulkan balik di zaman pemerintahan DS Najib Razak.


Sebenarnya apakah tujuan subsidi?

Takrif subsidi - Subsidi ialah wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada perbadanan tertentu bertujuan untuk menstabilkan harga atau menurunkan harga berbanding harga pasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan agar mampu dinikmati oleh rakyat yang memerlukan.

So tujuan dan fokus utama subsidi adalah agar ia mampu dinikmati oleh rakyat yang memerlukan. Siapakah golongan rakyat yang memerlukan? Mungkin rakyat yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000.

Maka subsidi diberikan kepada pelbagai jenis barangan asas seperti gula, tepung gandum, minyak masak, gas petroleum cecair, minyak RON95 serta diesel. Dengan adanya subsidi terutama terhadap makanan dan bahan masakan, maka semua orang dapat merasai subsidi tersebut dari yang miskin sehinggalah yang kaya, kerana tidak kira orang miskin atau kaya, semua orang perlukan makanan untuk hidup.

Namun di sinilah masalah mula timbul, iaitu subsidi terhadap bahan api iaitu minyak kenderaan RON95 dan diesel. Golongan miskin ini ada 3 jenis, sama ada dia langsung tiada kenderaan, dia hanya ada motor atau dia hanya ada sebuah kereta yang kecil. Aku ambil contoh orang yang hanya ada motor dan buat pengiraan matematik mudah:
Katakan sekali dia isi minyak RM10, dan dalam masa sebulan dia isi minyak sebanyak 5 kali, maka sebulan dia isi minyak sebanyak RM50 sahaja.
Kita buat anggaran, daripada RM50, subsidi minyak yang beliau dapat adalah RM15 sebulan.

RM15 x 12 bulan = RM180

Maka setahun, subsidi yang beliau nikmati melalui subsidi minyak hanya RM180 sahaja. Itu kalau dia pakai motor. Kalau yang pakai kereta kecil, dia akan dapat menikmati lebih sikit subsidi minyak, tapi kalau yang tiada kenderaan langsung? Dia langsung tak dapat menikmati subsidi minyak

So siapakah sebenarnya yang paling banyak menikmati subsidi minyak ini? Golongan pertengahan dan atasan yang pakai kereta2 besar. Mengambil contoh:
Seorang ahli politik yang pakai kereta Toyota Alphard, sekali isi full tank RM120 minyak RON95.
Dalam sebulan 4 kali isi, jadi sebulan dia isi RM480.
Katakan daripada jumlah RM480, subsidi yang beliau perolehi sebanyak RM144.

RM144 x 12 bulan = RM1728

Dalam setahun, subsidi minyak yang beliau nikmati adalah RM1728! Beliau menikmati subsidi minyak lebih 9 kali ganda daripada yang dinikmati golongan sasaran.

Maka adakah tujuan dan objektif subsidi ini tercapai? Matlamat subsidi nak bantu golongan yang lebih memerlukan, tapi golongan kaya pula yang berkali2 ganda lebih banyak dapat menikmati subsidi ini. Malah, lebih 60% pemilik kereta mewah mengisi minyak RON 95 yang bersubsidi itu.  Aku tanya balik, adakah ini adil dan saksama buat golongan yang memerlukan?

Sebab itu kerajaan cuba mengurangkan jumlah pemberian subsidi melalui minyak ini dengan Program Rasionalisasi Subsidi agar subsidi ini dapat benar2 sampai kepada golongan yang memerlukan. So macam mana caranya? Dengan pemberian wang tunai melalui BR1M sebanyak RM500 setahun. Adakah RM500 setahun ini sedikit? Ya memang sedikit, malah tak sampai sebulan pun dah boleh habis.

Tapi tahukah yang ia masih lebih banyak daripada subsidi minyak yang diperolehi oleh golongan miskin yang anggarannya sekitar RM200 setahun sahaja? Dan nilai BR1M ini meningkat dari tahun ke tahun. BR1M ini juga adalah satu bentuk subsidi, dan ia adalah pengganti kepada subsidi minyak yang dikurangkan. Sebab tu BR1M sebenarnya memang cukup untuk setahun.


Dan dengan pengurangan subsidi yang tidak adil melalui minyak bahan api, maka kerajaan ada duit lebih untuk disubsidikan ke sektor2 lain seperti pendidikan melalui sekolah2, kesihatan melalui klinik2 dan hospital2 kerajaan, ekonomi melalui program2 pembangunan usahawan dan lain2 lagi yang mana ia boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dari yang miskin, sederhana sehinggalah yang kaya.

So harap anda semua faham kenapa sistem subsidi ini perlu ditukar, kerana selama ini kita telah mengamalkan sistem subsidi yang salah dan tidak adil. Cuma kelemahan dan ketirisan dalam mengurus perbelanjaan kerajaan dalam membangunkan negara selepas subsidi minyak dikurangkan perlu banyak diteliti semula dan diperbaiki serta mengawal harga barangan daripada naik dan memantau peniaga daripada menaikkan harga barang sesuka hati agar tiada pihak yang teraniaya.

Baca sambungan entri ini - Masalah Subsidi Pukal VS Solusi Subsidi Bersasar.


* Korang tak setuju dengan artikel ni tak apa, sebab aku hanya mengulas dari sudut pemerintah. Cuma kalau korang ada solusi yang lebih baik agar subsidi dapat sampai terus kepada golongan yang memerlukan berbanding menguntungkan golongan atasan, sila nyatakan kat ruangan komen tanpa emosional dan prejudis. Kita bincang secara matang, bukan menembak membabi buta.




tags: sistem subsidi salah tak tidak adil program rasionalisasi bajet br1m belanjawan negara harga minyak naik 20 sen

60 ulasan:

  1. Pertamaxxxx!!!!!!!!!
    -rosli-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde mslh perut berangin ke hari ni rosli?

      Padam
  2. Kalau tak nak orang pendapatan tinggi isi RON 95... Sepatutnya income tax kena kurang dari 27% supaya dia hanya layak isi RON 97... Admin tak pernah sentuh pembayar income tax... Sebab tu orang kaya anggap layak isi RON 95 sebab subsidi tu datang dari income tax mereka... Saya pun bayar income tax...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya balas untuk letak nama saya... Nama saya Along...

      Padam
    2. - saya juga membayar income tax
      - bayar income tax adalah kewajipan dan tanggungjawab rakyat kepada negara
      - subsidi adalah bantuan, orang yang kaya takkan perlu dibantu dalam masa yang sama mengenepikan hak yang miskin
      - orang yang bayar income tax boleh dapat hak dia dengn hantar anak ke sekolah, guna hospital kerajaan, guna jalanraya dan sebagainya.

      Padam
    3. Tax ni bukan mintak sedekah... Kebanyakkan negara mengembalikan tax return macam Eropah by proportionate... Yang paling rugi sekarang ni ialah middle incomers, BR1M tak layak, income tax kena bayar...

      -Along-

      Padam
    4. - middle income kena income tax tapi tak sebanyak high income
      - kerajaan dah kembalikan tax kepada semua golongan melalui pembangunan, kemudahan, hantar anak ke sekolah, guna hospital kerajaan, guna jalanraya dan sebagainya

      Padam
    5. Kerajaan kembalikan tax kepada semua golongan melalui pembangunan? Kah kah kah! Buat MRT korek jalan tiba2 berlubang sebesar banglo. Buat MRT tiba2 besi jatuh hempap kereta. Beli submarine yg tak boleh tenggelam. Duit projek lembu buat beli penthouse mewah. Itu pembangunan? Kalau ada sezarah iman dalam hati kau sudah tentu hati kau dapat sense ade sesuatu yg tak kena dengan cara gomen manage duit tax yg rakyat marhaen bayar penat2. Aku bg hint: duit masuk poket sendiri..

      Padam
    6. "Cuma kelemahan dan ketirisan dalam mengurus perbelanjaan kerajaan dalam membangunkan negara selepas subsidi minyak dikurangkan perlu banyak diteliti semula dan diperbaiki"...

      noob dapat sense..sebab tu kesimpulannya dia tulis macam kat atas ni..mungkin mata kau yang tak sampai sense nya kot..

      btw, kesan domino harga minyak mmg akan bertimpa2 kena kat rakyat..tak boleh kuatkuasakan kat pam2 minyak ke kalau kereta 2.0 > kena beli ron 97? I guess cannot, sebab ahmad maslan effect..T_T

      Padam
    7. tapi kenapa kat Siam petrol mahal tapi kos benda lain murah???

      Padam
  3. __ B.U.A.S.I.R. O.T.A.K. __

    BalasPadam
  4. Apa cerita sekalipun, matematik bukanlah cara penyelesaian hidup yg baik. Jika kau ada anak, setiap sorang kau bagi 5 ringgit sehari pegi sekolah. Kemudian paksa derang menabung 2 ringgit sehari, katakan hari sekolah 20 hari sebulan, lihat hujung tahun, adakah dalam tabung setiap anak kau ada 400 ringgit? Kalo x topup duit eraya.. mmg sorry la..

    Sama juga ko menabung sebulan 1000, dapat gaji hujung tahun, ada tak dlm akaun duit simpanan 14000? Selepas 10 tahun, cuba belek buku akaun tu, capai tak sekurang2 140k? Berapa ramai rakyat yg mampu buat simpan mcm ni. Ada duit simpan yg banyak, tapi gi kerja jalan kaki, naik moto, ataupun merangkak mcm biawak tu..

    Saya setuju analisis ni. Ada usaha mencuba. Banyak lagi parameter boleh dimasukkan lagi... Adakah semua perokok dijamin dapat kanser? Berapa % yg kena kanser? Berapa % yg tidak?

    Pendek katalah. Kalau nak menipu, seribu daya.Pusinglah kot mana pun, semuanya kena sumer kat dia.

    Habis apa taxpayer dapat? Rompak duit taxpayer, tabur kat anak beranak sultan dan para menteri supaya hidup senang sampai kiamat? Sumer taxpayer yg tanggung. Mana keadilan untuk taxpayer?

    Mcm ko selalu cadangkan lelagi.. ikut islam itu ini.. what a mess... adakah islam menekan taxpayer? Zakat (cukai) pun agak2 la..2.5%.. ini tidak, hentam sampai 40% jika time dapat bonus.. duit zakat pun menteri agama kebas.. orang2 pejabat agama yg rembat dulu.. siap buat family day kat sabah sarawak lagi.. wuhuu.. xperla kalo derang pergi seberang laut, dgn bismillah terus jalan atas air anak beranak.. ini bismillah terus naik belon..

    Sbg kerajaan, pandangan cukup lawak syahdu bila lihat dari segi perspektif kerajaan saja. Masakan jika diturunkan harga barang, rakyat akan berkokok?

    Dgn ilmu dunia saja, tak mungkin masalah ini boleh disekesaikan. Cukai pendapatan direka2 untuk merembat duit orang ramai.. padahal ianya sebahagian dari pendapat aliran Imam Maliki saja.. itupun sesama ulamak Maliki masih berselisih pendapat. Manakala ketiga2 Imam Sunni yg lain, tiada langsung bentuk cukai pendapatan.

    Itulah noob, kalau nak menipu, mmg seribu daya.. bukan senang nak jadi baik ni.. senang hanya cakap di mulut.. bila dikunci mulutnya, terbongenglah segalanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulisan terlalu berbelit dan merapu. cuba lagi

      Padam
    2. Sokong noob.

      Padam
    3. Malas membaca, terus disimpulkan merapu. Pathetic la..

      Padam
    4. sebab aku dah baca aku cakap merapu. tulisan terlalu mengikut sentimen, persepsi dan emosi tapi tiada fakta dan logik. kalau aku malas baca aku tak komen

      Padam
    5. Dia ni ada point tapi tak susun elok2. Sebab tu Noob suruh cuba lagi.

      Para 1,
      Kalau dah betul simpan mcm tu, aku tak tahu matematik jenis apa kau pakai tak dpt jumlah yg sepatutnya. Lain lah kau rembat duit anak kau.

      Para 2,
      Isu matematik yg sama dengan Para 1.
      "Berapa ramai rakyat yg mampu buat simpan mcm ni." Kau jugak yang tulis "menabung 1000/bulan". Kalau gaji 2k, dan beranak pinak, mmg hebat la kalau kau boleh simpan 1000/bulan.

      Para 3,
      Setuju pulak dengan analisa. Duh!
      Apa kena mengena dgn perokok dapat kanser?
      Tak nak masukkan, "tak semua yang jatuh pokok kelapa tu mati"?

      Para 6,
      Family day kat Sabah Sarawak.
      Yang mana satu? Sabah atau Sarawak? Ada fakta? Bawak mai fakta la.
      Ini tgk je AJK surau bancuh kopi kat dapur surau dah tuduh makan duit tabung surau. Mungkin dia orang mmg ada tabung sendiri untuk AJK gunakan untuk belanja2 peribadi AJK.

      Padam
    6. tak ada fakta..bnyak tuduhan. main luah suka hati. aku baca pun nak jadi pening. lebih kurang cmni la tahap ko merapu :

      Matahari merupakan 60% peratus bintang dan 40 % planet. menurut mazhab maliki, bunga matahari merupakan 50 % islam dan 50% kapir. Hukum melihat matahari adalah tidak salah, cuma salah sikit saja dan hampir2 tidak salah. Mazhab hambali pula mengatakan kuaci bunga matahari 70 % sedap dan 30 % tak sedap. Jadi? adakah bumi itu makhluk atau planet? dengan bukti2 diatas, maka boleh dikatakan ekonomi malaysia stabil.

      hahahahahah

      Padam
    7. Sbb xsependapat ngn ko la noob tu yg ko kata merapu.tau ko dh bca n tau ko phm tp byk yg ko xstuju apa dia tlis kan..bhsa pnyampaian dia mudah n jelas.sng je aku nk paham.xkan sbb xda fakta ko dh pk merapu.ko nk bukti bgai bru nk pecaya?bukak mata besar cket la noob.jgn pk pndapat ko je sume btl.yg membontot noob plak trnganga2 angguk je..adoiii
      Aku ingt ko ni dh pndai sgt noob.tp utk entry ni n 2 3 yg lepas nampak jgk kebodohan ko.nk sgt bekap krajaan smpaikn trserlah jgk kebodohan ko..apa yg aku tulis mmg xda fakta skadar luahan.ayat yg mudah,kalo ko xpaham hmm,mgkn dh bkn bodoh tp ego..ego yg xbleh d tego..

      Padam
    8. Point tu ada tp bab pengiraan tu je agak kelam kabut cket.yg lain2 ok phm je..emosi tu sape2 pun bremosi msa luahkn pndapat.ko pun sama noob,kdg2 lg teruk.cma xde caci maki tp bab perli memerli bleh tahan..

      Padam
    9. yalah time aku perli BN bukan main seronok korang ya, time aku perli PR komen korang pun suam2 kuku je. nak mengutuk orang pun ada double standard ya?

      Padam
    10. Soalan:
      1. pasal taxpayer tu, saya ingin bertanya, jika Imam Maliki sahaja benarkan pasal cukai, kenapa nak tolak? Imam Malik pun sebahagian daripada Mazhab Sunni jadi apa masalahnya?
      2.Anda ada bukti orang jabatan agama guna wang zakat buat family day di Sabah dan Sarawak? ini perkara serius dan jika silap bahaya kerana jejaskan nama baik dan menimbulkan fitnah
      3.apa cadangan tuan untuk atasi masalah ini? kurangkan minyak sehingga RM1.50 seperti dicadangan oleh PR?. Wajibkan pegawai kerajaan isytiharkan pendapatan dan aset menteri? atau ada yg lain lagi

      Padam
    11. setuju, cakap tanpa fakta, bang, kau cakap semua ni betul ke tak ko tau tak? aku taknak la cakap pasal benda tak sahih, 90% ko cakap tu mmg merapu, tak sahih.. ayam macai la kau ni...

      - Ronaldo Gemok -

      Padam
  5. Bhai...diesel tak nak sentuh ka? yang ditarik subsidi, petrol dan diesel...diesel naik 20 sen, barang naik lebih 20 sen...kalau dah kaya sangat, kesian la kat rakyat biasa...kalau rasa subsidi tak adil, gomen buat lah rules (lu kasik la idea) bukan kasik naik rega...apa, kalau naik 20 sen orang kaya isi ron97 ka? rakyat yang layak dibantu tak payah isi ron95 dengan rega baru ka? rakyat yang dapat brim boleh untung lagi banyak ka?

    bahan mentah nak sampai kilang, rega akan naik...proses dalam kilang, rega naik jugak (spare part machine naik maa)...keluar kilang ke pemborong, rega naik...pemborong ke kedai, rega naik lagi...kat kedai, rega naik lagi...end user kena tanggung brape kenaikan bhai? lu kira sendiri la sebab lu pandai sangat kira brim tu cukup sesangat, banyak teramat sangat...

    gua rasa lu memang ada buasir kat otak lu la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa kerajaan cuba memperbetulkan semula sistem subsidi setelah sekian lama salah sebab lebih banyak memberi keuntungan kepada golongan kaya. memang orang miskin pun kena bayar harga petrol baru, tapi mereka ada subsidi dari BR1M manakala yang kaya tak dapat. boleh rujuk balik contoh pengiraan matematik mudah kat atas kalau susah nak hadam.

      apa2pun aku akui ia akan memberi kesan domino seperti kenaikan harga barang dan sebagainya, tapi kalau tak dilaksanakan, sampai bila2lah orang kaya akan dapat subsidi yang banyak berbanding yang miskin. mungkin ko ada solusi yang lebih baik?

      btw aku rasa boleh je ko bagi komen dan pandangan tanpa menghina orang lain, bukan?

      Padam
    2. OI NOOB..point skg ni seng je,,brim tu x de function sgt pon sebnr nye,,yg rakyat mcm aku ni nak tekan kan adalah,,ble harga minyak naik walaupon 20c..harga brg automatic akan naik jugak,,adakah berbaloi dgn brim yg seberapa tu,,kita adalah salah satu negara pengeluar munyk,,tp minyk kita dijual dgn mhl,,,ape kte la..bg somthing card kepada golong berpendapatan rendah,,mcm card discount,,ble nak isi minyk,,lepas byr swap,,so,,bolh je kan membezakan siapa yg layak dpt subsidi ataw x,jgn letak otak kat lutot,,

      Padam
    3. We are your friendly stupidhood too..

      Padam
    4. Aku setuju dengan kau Noob, memang selama ini orang kaya yang lebih banyak menghirup subsidi dari orang miskin. Dari segi harga minyak memang ada kebenaran di situ.

      Aku juga berharap Noob tengok tengok kan pula harga subsidi beras, Kenapa ianya tidak dikurangkan. Harga Padi di Malaysia di kawal oleh kerajaan. Aku rasa kalau harga padi tiada kawalan mesti pesawah pesawah padi di Malaysia (yang sekarang ni rata-ratanya org miskin) dapat hidup mewah.

      Eh apa aku merapu ni

      Padam
    5. Bhai, brim yang diberi sebenarnya tak cukup nak tampung kesan kenaikan...bukan petrol he naik, barang lain pon turut naik...hampir semua barang akan naik...minyak naik +-10%, barang juga tak mustahil naik 10% atau mungkin lebih...brim diberi setaun sekali memang tak boleh tampung kenaikan harga barang...

      Menaikkan harga (sukahati korang la kalau nak panggil 'pengurangan subsidi') petrol & diesel sebenarnya menindas rakyat miskin & pertengahan...gomen amik langkah ni untuk untung yang terlalu banyak...hasil dari kenaikan dàn cukai tambahan hasil kenaikan harga dari raw sampai ke end user...sebab tu langkah ni diambil...kalau betul-betul hanya untuk memperbetulkan sistem subsidi gomen patut buat cara lain...undang- undang baru mungkin...macam yang dibuat untuk kereta ber'plate' luar (sg & thai)...

      lagi satu, betul ke semua duit kenaikan harga minyak diguna untuk brim tanpa ketirisan?

      Padam
  6. ISU PANAS harini...semua mention pasal petrol....

    BalasPadam
  7. Minyak x naik la.. gomen kurang kan subsidi jer... tu pun nk gaduh...kang harga brg naik jer... xkan kurang lagi... jgn lupa tau amik br1m ..kerna ianya mampu atasi mslh anda? Satu lg produk pemikiran ahmad maslan n frenss ....

    BalasPadam
  8. Apa pun, saya harap, begitulah. Rakyat bawahan diberi keuntungan. Logiknya ada. Yang untung tetap makcik dan pakcik Felda. Kejap-kejap bonus, kejap kejap durian runtuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. biarlah pakcik dan makcik felda dah merasa kesusahan masa buka tanah dulu-dulu.... skrg masa untuk merasa hasilnya

      Padam
    2. Pakcik n makcik skrg rasa kesenangan je.sbb tu rumah felda skrg xmcm dlu2.skrg ni duk pulun perbesar n percantikkan rumah je..yg btl2 susah meneroka nk bukak tanah tu atok nenek dlu.pkcik n mkcik skrg ni on behalf je la trima durian runtuh..bersyukurlah pakcik n makcik sekalian.jgn ada hasad dngki n brsaing sesama jiran anda.msuk felda skrg rumah fuhhh.hebat ada kemajuan..bgus2

      Padam
    3. kah kah kah...senang tapi tanah tergadai..bila la harga saham FGV nak naik melepasi harga IPO...

      Padam
  9. Saya sangat terkilan bila beratur di pasaraya, segala jenis orang bukan warganegara membeli barang sama rega dengan kita, subsidi mereka dpt, cukai pendapatan kita rakyat Malaysia yang bayor, mrk cuma bayar levi, tapi boleh anta wang hasil income juta2 ke Negara Mereka. Ini Dasar ape nih.

    BalasPadam
  10. Noob oh noob

    BalasPadam
  11. Artikel ni aku rasa ahmad maslan atau hasan malek yg tulis..point ko tu betul noob tp domino effect atas kenaikan harga mnyak tu yg jd masalah..nk elak golongan brpendapatan tinggi terima subsidi tp effect tu ttp golongan miskin terasa..jd yg miskin ttp miskin..yg kaya xde ape pn kot..

    BalasPadam
  12. Sbnrnya tindakan utk kurgkan subsidi ini lebih baik dr prosedur lama dimana org yg lebih utilize subsidi ialah org kaya yg isi byk petrol utk kereta merak yg bersepah2 utk prosedur lama.

    Cuma bila kita lihat statistik yg hutang negara semakin meningkat n pendapatan negara berkurang, ramai menganggap kenaikkan harga minyak byk kpd nak balancekan balik akaun negara terutama nak dekat bajet 2015. N ramai jugak akan risau ada kenaikkan semula bila GST dilancarkan april 2015. Mmg semua org akan terasa dgn kenaikkan minyak x kira 5,10,20sen sekali pun.

    Mungkin apa sy nampak PM sebanarnya nak hapuskan subsidi minyak, tetapi secara perlahan2 spt naik 20sen setiap tahun supaya x terasa sgt spt masa zaman pak lah naik mendadak RM2.70 smpi semua org marah. Tp yg sy pelik harga minyak dunia skrg dah turun sikit, tp ironiknya harga minyak naik 20sen pulak.

    Personally, sy faham konsep kenaikkan ni, tp sepatutnya ada counter balance menyeluruh kpd rakyat malaysia sebagai pulangan balik kenaikkan harga minyak. Spt BRIM, hanya pendapatan rendah yg menikmati,golongan pertengahan yg terasa kenaikkan tanpa sebarang pulangan signifikan. Sy harapkan PM bg berita baik bukan hanya kpd penjawat awam atau golongan pendapatan rendah terutama, tetapi juga utk golongan pertengahan masa Bajet 2015 nanti.

    BalasPadam
  13. damage has been done..pok jib mewarisi kerajaan yang tengah sakit dari segi ekonomi..tambahan pok jib di kelilingi dengan kaki bodek dan ampu..mcm kisah naked emperor tu..tambahan pok jib ni keturunan bangSAWAN..mana dia tau keperitan jual besi buruk untuk dapatkan sesen dua duit belanja...pok jib juga tak pernah menang kerusi presiden parti sebab dia tak pernah bertanding..jadi dia terpaksa kompromi banyak perkara untuk terus kekal berkuasa..

    BalasPadam
  14. Noob kalau jd pemerintah,sama la ikut acuan yg ada skrg.apa yg ko tulis mencerminkn cra ko brfikir.kita cuma bleh bg cdangan,ape lg kita bleh buat.surat trbuka pun xguna,nk jmpa dpn2,bleh ke?brhimpun jd salah..hmm tgu noob jd pm la sng nk mengadu..haha,jgn tuduh org tembak membabi buta.org tembak guna sniper.dh teropong btl2..kahkah..noob noob

    BalasPadam
  15. Kalau nak harga minyak murah pergi pindah Brunei la. Sibuk je kat sini. Aku rilek je harga minyak naik. Kehidupan ku begitu juga. Harga minyak naik kurangkan naik kenderaan bermotor, naik le basikal. Harga gula naik minumla air masak lagi baik untuk kesihatan. Harga tepung naik, kurangkan makan roti canai, makan le lempeng ubi, Harga sayur naik, gi la tebas lalang belakang rumah tanam sayur.

    Susah hati sangat harga minyak naik kenapa. Memang lumrah kehidupan. Nak moden nak maju kenala terima hakikat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brunei takde PATI...

      Padam
    2. 10.45.. bodohnya kau mcm hasan malek.... dah la bodoh, duduk diam2 sudah la.. jangan habaq kat orang..

      Saja2 duduk xder keje nak baut, lu pegi hantuk kepala kat dinding.. nyaman woo..

      Spesis lembam kenyang ngan duit haram.. totoknya gini la.. mcm hasan malek..

      Padam
  16. minyak mahal turunkan harga keretalaa improve kn jaringan pengangkutan awam yang efisien bukan shj di lembah klang tetapi di semua bandar2 malaysia.

    BalasPadam
  17. aku tak suka gak minyak naik & benci kat kerajaan... tp penjelasan noob berkali2 lbh mudah nk paham dr kenyataan ahmad maslan & hassan malek yg sgt merepek & bodoh... aku rasa gomen kena lantik noob jd penasihat media & jadikan dia admin fobn yg nmpk sgt bodoh selalu bg status cam budak2 xhbs sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam la kau pandai sangat ... kalau kau pandai kenapa tak jadi wakil rakyat je.

      Padam
    2. 10.50.. blom dapat jawatan, baik la sangat..mcm kucing gitu.. duit selambak depan mata..amek ko haaa.. setiausaha sulit pun angkut 2 juta lalu lalang pun lu tak heran..

      Padam
  18. Cuba buka minda masing-masing. Fikir berapa banyak dah kerajaan bagi subsidi minyak ni. Berapa banyak pula minyak negara kita yang diseludup kerana harga yang rendah.

    Harga minyak niak sebenarnya untuk kurangkan subsidi. Tak faham lagi ke. Bila subsidi minyak kurang maka belanja kerajaan boleh ditumpukan kepada bidang lain pula yang lebih penting.

    Bidang pendidikan, pertahanan, bantuan rakyat berpendapatan rendah yang tepat ke sasaran dan sebagainya.

    Bagi subsidi minyak yang untungnya orang yg sebenarnya mampu bayar minyak pada harga yang tinggi. Kalau tak mampu buat apa beli kereta yang mahal boleh pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Standard mentaliti yg keje gomen makan gaji hasil duit cukai, saman yg disumpah seranah oleh golongan pertengahan..

      Kesian sel2 otak tak mampu berhubung.. ilmu semiotik bodoh pun susah nak hadam.. otak penuh taik..sedihnya daku..

      Ngeri la..yulck!!!

      Padam
  19. Eh bodo pulak admin ni. Orang x kesah minyak naik. Yang di kesahkan implikasi dari kenaikan harga minyak. Dah bodoh nak menulis lagi. Yang miskin memang naik motor paling kuat pun kau kata minyak dia pakai dalam rm50- sebulan, susu anak naik x ? Susu ada ke x da pilihan kena beli, barangan dapur. ? Kesan kenaikan 20sen lagi teruk ditanggung orang bwahan. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh kalau kau kata admin blog ni bodoh kau buka la blog kau sendiri. Suka hati je nak kata orang bodoh. Yang kau bagi anak kau susu lembu tu buat apa? Bagi la susu badan, tak le kena beli susu. Barang dapur kau beli le sikit sikit. Berjimat. Makan ikan kering, telur mata kerbau. Cukup le. Tak tau bersyukur langsung. Hantar Syria baru tau.

      Padam
  20. Itu aku faham, tapi si Malaun tu tetap bagi BR1M setiap tahun buat apa, tak payah bagi Brim. Sibuk lagi nak naikkan lagi jumlah Brim, dalam masa yang sama kewangan negara terus TENAT. Dah tak cukup duit, pergi naikkan harga petrol!

    BalasPadam
  21. Aku setuju pandangan hang dari sudut kerajaan. Sepatutnya kena tambah lagi. Jangan berhenti kat rasionalisasi subsidi ja... Kena sambung dengan ayat "dan implikasi kesan2 terhadap rakyat dan harga barang". Baru betoi kerajaan yang memandang dan berpandangan jauh....
    Pada aku ikut tulisan hang(kerajaan) ni cuma utk subsidi shj.tidak berpandangan jauh.

    BalasPadam
  22. Aku kerja d penang,dsbbkan harga rumah sewa mahal aku dok kulim...jarak dlm 60 km pg balik....brim aku tk layak...ko rasa ada ka pengangkutan awam yg bole bwk aku tepat smpai sblm pukul 8...jwpn aku tkdak...kena naik keta sendiri ngan tol pegi balik dlm 15 ringgit sehari...perlu diigt d luar ibukota kl tk ada lrt komuter monorel sgala bagai...minyak tetap beri kesan kepada golongan menengah bawahan...so para blogger yg duduk d ibukota tu..sblm menulis cuba fikir golongan menengah yg duduk d luar kl tp taraf hidup sama atau lebih tinggi dr kl...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn taraf hidup..kos sara hidup..we pay more for a less..tq

      Padam
    2. Ya mungkin salah sikit...cuma poinnya bg penduduk di luar ibukota tidak ada pilihan lain untuk mengurangkan kebergantungan pada minyak selain hanya terpaksa menghadam shj wpun pahin dan ya sy bukan pemilik kereta mewah

      Padam
  23. Kalo dah rasional, apasal la naik 20 sen saja..naikkan lagi 1.00 ka..2 ringget ka.. kan membantu kerajaan? Potong sajalah semua subsidi.. pergi mampos dgn sumer subsidi.. buang saja.. kami xkebulur pun subsidi walau satu sen.. kita cuba dulu utk lihat kesan.. atau naikkan harga spt harga negara2 yg diberi contoh tu.. rakyat x boleh buat apa2 punya.. melainkan noob terpaksa explain kat BO..

    Bila dah xder subsidi juga.. duit untung gomen tu, bagilah kat 7.9 juta yg layak BRIM ( beratur reramai isi minyak ).

    Habis satu hal pasal harga minyak..tak payah bising2 sbb harga pun dah pakai harga dunia.. kesan domino pun sekali je memula rakyat rasa.. lagipun rege tanpa subsidi pun, bukan setinggi harga di Thailand pun..

    Tapi kalo dah jenis mentaliti nak menipu, pusing la kot mana pun, sumer untung kat dia sajalah.. lagi best komplen2, polis mai ketuk pintu rumah.."balai cerita.."... tak kena atas batang hidung sendiri.. syok la sembang merapu rasional itu ini..

    BalasPadam
  24. Eksploitasi dua kali
    KUCHIING: Lapan puluh peratus daripada 2.6 juta penduduk Sarawak dijangka akan terjejas teruk disebabkan oleh kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter.
    Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, kenaikan itu akan mempunyai kesan ke atas penduduk yang kebanyakannya tinggal di luar bandar berkerja sebagai petani sara diri dan nelayan.
    Beliau berkata, kenaikan itu akan memberi kesan ketara dalam kos pengangkutan barangan yang digunakan setiap hari oleh kumpulan ini, yang telah dikenalpasti oleh kerajaan sebagai paling miskin di negara ini.
    “Ini adalah harga yang kita bayar untuk pembaziran yang berterusan dan tidak berhenti-henti, rasuah serta kronisme yang diamalkan oleh kerajaan BN,” kata Chong pada sidang akhbar semalam.
    Beliau dakwa pengurangan berterusan subsidi petrol menyebabkan harga runcit yang lebih tinggi disebabkan oleh “pembaziran, rasuah, dan kronisme”.
    Perkara ini sangat jelas kerana Malaysia dikurniakan dengan sumber asli yang melimpah ruah, tetapi rakyatnya bersusah payah.
    “Oleh kerana pembaziran, rasuah dan kronisme, kita sebenarnya hidup dalam kos sara hidup yang tinggi, tetapi dengan pendapatan yang rendah. Inilah dilema kita,” katanya.

    BalasPadam
  25. Apa2 alasan sekali pun..minyak naik harga,,semua barang naik harga..kecuali kangkung,,,terima kasih b.n

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...