Isnin, 27 Oktober 2014

24 Anak Luar Nikah: Satu Renungan Untuk Semua

Salam semua. Kali ini aku nak menulis luahan hati tentang kisah seorang hamba Allah yang merupakan seorang public figure dan telahpun melahirkan anak luar nikah pada suatu ketika dahulu. Apa yang menyedihkan aku ialah, bagaimana tindakan dan kata-katanya, selepas kelahiran bayi itu. Katanya, soal status bayi ini, biarlah Allah yang lebih tahu. Dia tak nak komen katanya. Bahkan, dia kelihatan meminta simpati pula kerana terpaksa membesarkan anak-anaknya keseorangan.


Dari mula lagi, bila aku tahu kisah ini, aku jadi begitu marah sekali. Bagaimana perempuan ini telah curang terhadap suaminya. Bahkan membaca luahan hati suaminya, aku menitiskan air mata! Betapa luluhnya hati seorang suami, melihatkan kecurangan isteri, sedangkan beliau bersusah payah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Oleh kerana tidak mahu dayus, dia pun menceraikan isterinya yang sungguh tak mengenang budi itu.

Tidak lama selepas itu, kedengaran pula kisah, bahawa wanita itu telah pun melahirkan anak! Ini adalah hasil hubungan keji dengan seorang lelaki yang lebih muda daripada bekas suaminya.

Apa yang aku kesalkan di sini adalah, cara, atau gaya ketika perempuan itu berbicara tentangnya, seolah-olah dia tidak bersalah dengan sesiapa pun. Bahkan boleh pula meminta simpati sebagai seorang ibu tunggal. Aku benci orang sebegini. Ke mana pergi agama dan hukum hakam dalam hidupnya? Mana pergi syariat? Apa yang difikirkan di saat dia melakukan dosa dan maksiat itu? Tidak ada penyesalan walau sebesar habukkah?


Aku kesal lagi kerana, dia seolah-olah langsung tidak ambil pusing pasal dosa yang sedang ditanggungnya. Boleh pula disebut, “soal status anak ini, biarlah Allah yg lebih tahu tentangnya…” Oh, mudahnya dia bercakap. Waktu dia sedang dalam maksiat tu, ada ke dia terfikir, Allah tahu tentang setiap detik perbuatannya?!!! Waktu tengah sedap, usahkan nama Allah, dosa pahala pun kau tak kenal! Tiba-tiba dah lahir anak zina, nak sebut-sebut pasal Allah lah, tanggung jawablah, dan macam-macam lagi!

Inilah realiti hari ini. Biasanya, kisah yang terpampang di dalam berita apa pun aku mungkin tak ambil kisah sangat. Tapi, kisah yang satu ini membuatkan aku sebak sekali. Hukum Allah seperti dipijak-pijak. Halal haram sudah tidak langsung diambil peduli. Tiba-tiba saja, bila rasa macam nak cover line, terus sebut nama Allah!

Lagi satu yang menyedihkan, senang-senang je wartawan buat temuramah dengan beliau, seolah-olah macam seorang tokoh yang dilihat berjaya melepasi ujian getir dalam hidupnya. Ya Allah…! Hampir luluh jantung ini melihatkan gambar perempuan ni, dengan senyuman yang sangat menyakitkan hati. Apalah agaknya yang dia sedang fikirkan? Kenapa nak sebut-sebut nama Allah pulak bila kamu sendiri yang pandai-pandai buat dosa yang besar tu? Kenapa bila soal anak barulah nak sebut nama Allah? Kenapa dulu tak sebut dan fikir pun?!


Dan lagi satu, the worst is, aku lihat, tiada seorang tokoh agama pun yang tampil untuk menegur perempuan ini. Apa, hanya kerana dia seorang public figure adakah dia tak layak ditegur? Apakah, dengan bergambar lagak seorang ibu tunggal yang patut diberi simpati, dosa-dosanya pun terhapus? Tidak ada siapakah yang mampu untuk mendidik atau mengajar perempuan ini makna dosa?

Dan lagi, aku terbaca juga komen orang yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita ini yang kini berstatus ibu tunggal. Seolah-olah soal dosa dan maksiat yang patut diambil iktibar tu, tiada siapa yang mahu membincangkannya. Tiada siapa yang dilihat hendak mengajak semua orang takutkan Allah atas apa yang berlaku. Perkara dah terjadi, dah lepas dah pun. Mungkin itulah fikir mereka.

Sedih. Sedangkan soal zina bukan boleh dibuat main. Ia termasuk dosa besar selepas dosa syirik! Inilah kenyataan yang berlaku dalam negara hari ini. Bila dah terjadi buang bayi merata-rata dan meningkatnya statistik anak luar nikah, barulah keluar berita. Sedangkan, kes remaja bercouple sana sini bagaikan suami isteri, pergaulan bebas lelaki perempuan, zina berleluasa, semua pihak hanya pandang sebelah mata saja. Bila dah lahir anak haram di mana-mana, lebih-lebih lagi bila kegiatan buang bayi semakin berleluasa, barulah dijadikan berita! Ibarat nasi dah jadi bubur. Kita sudah hilang sensitiviti terhadap agama nampaknya.


Kita boleh marah bila lihat orang bukan Islam menghina agama kita yang mulia ini. Tapi, selaku orang Islam, adakah kita sudah menjadi pembela Islam seperti yang sepatutnya? Jangan-jangan kita pun sedang menghina Islam. Yakni melalui hati, fikiran, tindak-tanduk mahupun kata-kata.

Bagi aku, orang-orang yang sebeginilah yang patut dipulaukan oleh masyarakat. Jangan beri muka langsung padanya. Memangla setiap orang tak terlepas daripada membuat dosa dan kesilapan. Tapi, tolonglah rasa menyesal dan taubat. Taubat yang sungguh-sungguh! Bukannya membiarkannya macam angin lalu saja. Dan tolonglah hormati hukum Allah mana yang halal mana yang haram. Jangan cakap berdegar-degar saja, tapi hukum Allah semuanya kita langgar. Lepas tu nak pakai nama agama untuk merosak agama.

Nampaknya, kita terlalu memberi muka pada orang yang tak sepatutnya. Dan menghukum orang yang tak sepatutnya. Kisah-kisah sebegini manalah ada orang nak ambil pusing sangat jalan penyelesaiannya. Yang penting hidup cukup makan minum, ada tempat tinggal selesa, ada duit, aku tak kacau engkau, engkau tak kacau aku, semua orang happy. Inilah realiti masyarakat hari ini. Islam sudah semakin asing. Ibarat orang berdagang. Benarlah kata Rasul, Islam agama dagang, dan ia akan kembali dagang.


Aku nak mengajak semua orang terutamanya aku sendiri dan para pembaca yang peka, janganlah kita menjadi perosak agama atas nama agama. Kalau kita tak mampu nak amalkan semua sudut dalam Islam, janganlah kita memandai-mandai menghalalkan yang haram, atau mengharamkan yang halal. Hukum tetap hukum. Bukankah agama kita ini telah Allah sempurnakan sebelum kewafatan baginda Rasul. Janganlah pula kita berbuat seolah-olah Islam belum lengkap syariatnya.

Sudahlah selama ini kita tidak merasakan Allahlah Tuhan yang sedang sangat memantau perbuatan kita setiap detik, ditambah pula lagi dengan syariat Allah yang kita abaikan begitu saja. Tanpa sedar, kita sedang menghina Allah dan Rasul. Mohon ampun Ya Allah yang Maha Agung. Marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar kembali. Agar, kita tidak menjadi perosak agama.

Sekian dulu. Ampun maaf jika entri ini menyinggung mana-mana pihak atau siapa saja anda. Kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat tegas didikan agama. Memang hidayah itu milik Allah, tetapi pendidikan agama tetap perlu diperjuangkan.





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Ariana Nasuhah.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar lahir mengandung gugur anak luar nikah satu renungan untuk semua artis selebriti buang bayi tong sampah tandas jamban berzina zina seks bebas statistik

24 ulasan:

  1. gunalah köndöm >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak ko yg seharusnya nasihat bpk ko pakai kondom sblm dia tpikir nak lahirkan ko.

      Padam
    2. Bila nak bertaubat ntah anon 10:36 nie, kesian sungguh hamba Allah yg sorg nie.

      Padam
    3. Saya sokong. Sepatutnya kondom percuma diedar di IPTA agar gejala anak luar nikah tidak berleluasa lagi

      Padam
    4. Mat: Mamak! Roti pondan satu! Teh tarik lebih buih satu!

      Mamak: Ok bos! Roti tade telor sato sama teh tarik lebi bui sato siap!

      Padam
  2. good sharing...:) sesaja blogwalking..done follow!

    BalasPadam
  3. Siapa public figure itu ya? haha. *busy body*

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa aku tau... pernah femes setahun dua lepas kes dia, tp aku maleh aa nk bagitau.. cariklah sendirik kat google mesti ada punye

      Padam
    2. Norish Karman dan Kris Dayanti. Derang xder pulak malu dpt anak luar nikah. Ok jer cool..

      Padam
  4. Smg dia mendapat hidayah Allah & kembali ke jalan yg benar

    BalasPadam
  5. Sian baby tu... tgok gambar baby yang kene buang ... last pic

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la x pasal.. pendidikan seks dari awal perlu agar mereka bersedia dengan kondom bila nak buat projek..

      Padam
  6. Biler diri jauh dr syariat Allah,Allah mungkin x timpakan kiter dgn bencana alam tp Allah swt timpakan kiter ngan ujian2 sosial sebegini..xde saper yg smpurna dlm dunia,tp adakah ketidaksempurnaan tu mnybabkan kiter sewenang wenangnya melakukan kemaksiatan dibumi Allah

    BalasPadam
  7. Setiap orang ada tahap balasan yang diterima tersendiri. Ada orang bila couple dan diketahui orang tua, selepas dimarahi terus tidak berani lagi untuk keluar berdua-duaan dan duduk ditempat yang sunyi. Ada orang lain pula selepas dimarahi pun tidak takut lagi, malah terus keluar dengan pasangan dan pergi tempat bukan-bukan, sehinggakan pasangan cuba untuk berbuat perkara seperti meraba dan lebih lagi dari itu, baru la si perempuan mula merasa takut dan tak ingin jumpa pasangannya lagi. Ada pula yang bukan setakat meraba,sampaikan tido bersama, lahir anak luar nikah baru hendak insaf. Malah ada yang paling teruk, lepas lahir anak luar nikah, buang anak tersebut..kemudian lakukan kembali dengan pasangannya atau orang lain..

    "saya mula terjebak dengan kegiatan seks bebas ni sejak di tingkatan 3. Mula2 sekali bersama kekasih di tingkatan yang sama. Kemudian saya menjadi ketagih dan merasakan seronok. Saya mula melakukan seks bersama rakan-rakan lelaki yang lain dan kadangkala beramai-ramai--Nina, 20 (Bukan nama sebenar)"

    Kita manusia memang sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan kita adakah kita mengambil pengajaran dari kesilapan kita. Seperti pelajar ,ada yg hanya perlu dimarah, sudah reti memperbetulkan kesalahan. Ada pula yang sampai dirotan, baru belajar dengan betul. Paling teruk ada yang dimarah,di rotan, dia pula memukul cikgu.

    Tindakan sebeginilah yang membezakan kita. Sebab itu lah agama itu penting. Kita bila orang buat salah, kita guna teguran agama..ada sahaja jawapan dari sudut agama atau jawapan 'logikal' yang dibalas. Tak mahu mengalah, ego untuk menerima teguran............"ahh, ko pun sama saja..tak payah nak perasan baik lah".

    Saya sendiri pernah melihat, seorang lelaki yang masih pelajar tingkatan menghantar pulang anak gadis jiran sebelah rumah. Ayah perempuan tersebut keluar dan menahan motor budak lelaki tersebut sebelum budak tersebut pergi. "Ko masuk sekarang!!", si Ayah jerit kepada anak perempuannya. "Ko pulak tunggu, aku nak cakap sikit", budak lelaki tu pula kena. Aku tak berapa ingat apa pakcik tersebut cakap kepada budak tersebut. Antara yang aku ingat.

    -Korang budak lagi, jgn nak menggatal..belajar pun tak habis lagi.
    -bapak kau tau tak ko bawak keluar anak pakcik?tak tahu kan? ko agak bapak ko bagi ke ko buat mcm ni?
    -Pakcik taknak korang hanyut sampai buat benda bukan2, ko laki..ko mungkin pikir ko boleh lari bila benda jadi tak elok. Tapi anak pakcik tu macam mana?
    -Pakcik nak ko blaja dulu betul2, sampai ko dah kerja nanti..dah boleh jaga anak pakcik..datang la melamar, pakcik terima.

    Saya keluar rumah..pakcik tersebut pandang saya..lalu saya pun angkat tangan tanda bagus "pakcik, good!".

    BalasPadam
  8. anak luar nikah...ha ha ha! menggamit memori duka huhuhu! aku pernah kena tuduh anak luar nikah...padahal aku lahir setelah hampir 35 tahun mak ayah aku kawin...ha ha ha! aku masih tak faham macam mana mak aku dituduh perempuan pelacur dan bapak aku laki seytan...

    pada pandangan aku, anak luar nikah nih apa pun statusnya...terpulang...kalau manusia buat silap...manusia biasa buat silap...masalahnya kita kadang-kadang mengalahkan Tuhan...main hukum semberono...habis kalau dah batang k***k dah tak tahan cari lubang p***, even ustaz macam UAI pun goyah! Ni bukan nak bukak aib sendiri....aku pernah duduk sebumbung dengan wife aku...darurat sebab wife aku kena halau...dalam hati aku Tuhan aje tau...kau fikir...anak dara orang dah ada dalam rumah kau...kau nak buat apa? tapi...ayah aku ajar aku hormat perempuan...tak ada pulak aku ambik "advance" sebagaimana orang tuduh aku...cuba bayangkan sebelum wife aku kena halau...mak bapak dia siap doa menadah tangan - "semoga kau bunting anak haram"...ha ha ha! Alhamdulillah, wife aku di dapati pregnant lima bulan lepas aku kawin dengan dia...apa kau fikir? Ini semua atas engkau...kalau kau ingat Tuhan kau tak akan buat...kalau ayah kau didik kau hormat perempuan, kau tak akan terliur...ha ha ha!

    Ingat Rukunegara yang nombor satu nescaya engkau selamat...kalau ada sepuluh orang awek keliling kau pun kau tak goyah ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk sesiapa yang sudi baca luahan hati aku pulak pasal anak luar nikah nih :

      http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2014/10/anak-haramkau-siapa-nak-kata-anak-tu.html

      errr...dosa zina kedua lepas syirik? tak pulak aku tau...setau aku dosa tak terampun dosa syirik aje...yang lain boleh kao tim...

      Padam
    2. biar betul anak kau ni anak haram? ko buntingkan bini ko sblm dia jd bini ko ke?

      Padam
    3. jaga2 apa ko tulis eddeved merapu lebih2 kelak akan mkn diri sendiri balik banyak2 kan la minta ampun pada Allah S.W.T

      Padam
    4. Kalau betul apa yang ko tulis tu eddeved, aku doakan semoga hidup ko lebih tenang dan dipermudahkan. Sebab aku tgk pun huru hara sangat dah. Dengan masalah mak bapak lagi, masalah wife lagi, masalah mental ko lagi..macam2 ko rasa, dah boleh buat filem ala2 bohsia punya tahap kerumitan.

      Tapi kalau ko sekadar merapu sebab ko terlupa makan ubat sakit mental ko, aku cuma nak cakap banyak sial la ini olangggg.

      Padam
  9. Zaman skrg ...

    Kos nikah : 10 -20k
    Kos berzina : < rm100(hotel bajet)

    Salah satu sbb islam anjur supaya murah2 kos kawi utk elak benda ni la. Tapi mak bapak rela dpt cucu xda bapak dari kahwinkan anak sbb majlis kawin mesti nk grand hantaran 10k keatas..

    BalasPadam
  10. Kesian anak yang tidak berdosa..

    BalasPadam
  11. masa zaman belajar, pensyarah saya pernah ingatkan kami semua supaya jaga diri.
    Tak perlu nak menggatal kalau tak ada niat kahwin.. Dan beringat bila tiba masa dah kahwin, ada anak nati. Pastikan anak kahwin yang ada keturunan bukannya anak luar nikah. sian pulak anak luar nikah..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.