Selasa, 7 Oktober 2014

22 Masa itu penyembuh segala luka

Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan dalam hidupnya samada perubahan yang positif mahupun negatif. Kebiasaannya perubahan positif biasa diterima dalam hidup, namun perubahan negatif amat sukar untuk diterima. Antara perubahan negatif yang biasa berlaku adalah kegagalan, kemalangan, kematian, putus cinta, penceraian, kenaikan harga minyak dan barang dan sebagainya. Manusia akan melalui beberapa fasa tindak balas emosi apabila berhadapan perubahan negatif yang sejajar dengan masa yang akhirnya manusia akan dapat menerima juga perubahan tersebut. Sebab itu ada ungkapan, "Time heals all wounds" atau "Masa itu penyembuh segala luka".


Berikut adalah fasa2 tindak balas emosi terhadap perubahan negatif:



Fasa I - Kestabilan

Semua emosi bermula dengan fasa ini iaitu kestabilan emosi sebelum suatu perubahan negatif berlaku.

Fasa II - Imobilisasi

Reaksi awal kepada perubahan negatif adalah kejutan. Reaksi dalam fasa ini mungkin berbeza2 dari kekeliruan sementara ke kekeliruan sepenuhnya. Di fasa ini, kesan perubahan menjadi begitu asing kepada seseorang sehingga mereka tidak dapat mencari perkaitan terhadap apa yang berlaku.

Fasa III - Penolakan

Fasa ini menunjukkan ketidakupayaan seseorang untuk mengasimilasikan perubahan yang baru. Pada peringkat ini, maklumat berkaitan perubahan sering ditolak atau diabaikan.

Fasa IV - Kemarahan

Fasa ini ditunjukkan melalui kekecewaan dan kesakitan, dan sering diluahkan secara tidak rasional, celaan, kecaman, kritikan dan dipersalahkan secara rambang. Emosi ini biasanya diluahkan terhadap orang yang berdekatan seperti keluarga, rakan2 serta objek yang menyebabkan punca perubahan.

Fasa V - Rundingan

Di sini, orang mula berunding untuk mengelakkan lebih banyak implikasi negatif yang mungkin. Proses ini menunjukkan isyarat bahawa seseorang individu tidak lagi boleh mengelakkan konfrontasi dengan realiti. Semua fasa sebelum ini melibatkan pelbagai bentuk penafian, dan fasa ini menandakan awal2 penerimaan.

Fasa VI - Tekanan

Tekanan adalah tindak balas biasa apabila perubahan dilihat secara negatif. Sesorang mungkin akan berada dalam kemurungan yang kronik seperti gagal mengawal emosi, tidak berdaya dan putus asa. Walaupun ia adalah satu pengalaman yang tidak menyenangkan, tekanan boleh mewakili satu langkah yang positif dalam proses penerimaan. Pada ketika ini, perubahan negatif ini akhirnya diakui secara perlahan2.

Fasa VII - Pengujian

Mengembalikan semula kawalan terhadap diri sendiri membantu mereka membaskan diri dari perasaan kemurungan dan penindasan. Mereka melakukan ini dengan mengakui batasan2 yang baru serta meneroka cara untuk mentakrif dan menyusun semula matlamat dan harapan baru agar dapat menyesuaikan diri dalam perubahan keadaan yang baru.

Fasa VIII - Penerimaan

Pada ketika ini, orang ramai sudah boleh bertindak balas terhadap perubahan secara realistik. Penerimaan ini walau bagaimanapun orang tidak semestinya suka dengan perubahan ini. Ia hanya menunjukkan bahawa orang kini lebih mendalami dan produktif dalam konteks perubahan yang baru. Orang2 yang telah mencapai fasa mungkin tidak akan pernah bersetuju dan suka dengan apa yang telah berlaku, tetapi memanfaatkan keadaan semasa untuk kelebihan dan kemudahan mereka.


Berdasarkan kepada fasa2 tindak balas emosi terhadap perubahan negatif ini, hakikatnya masa tidak menyembuh semua luka, masa hanya mengajar kita bagaimana untuk terus hidup dengan kesakitan dan kesedihan yang ada.





tags: masa itu penyembuh segala luka duka fasa tindak balas emosi terhadap perubahan negatif carta chart negative response to change emotional time heals all wound everything how to live with pain

22 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tetap salah UMNO-BN.. saya dah tak nampak benda lain.. Semua benda salah UMNO-BN!

      Padam
  2. Ye..betul tu noob. Masa tidak akan menyembuhkan atau menghilangkan rasa sakit atau kecewa dihati..tapi ia mengajar bagaimana kita untuk hadapi perasaan tu dan cuba hindari dari mengalami situasi yang sama.
    Aku bercinta bertahun-tahun..aku pasti ramai yang tahu bagaimana rasanya apabila bercinta..dan kita hnya setia pada perempuan tu seorang. Segala-galanya indah.Akhirnya..aku dan dia akan bersatu..segala kelengkapan dan persiapan kahwin dah dibuat. Macam2 kami cerita..bagaimana rasanya bila dah berkeluarga..nak bli rumah di mana,nak berapa orang anak, nak anak nama apa..sampaikan giliran untuk balik beraya di kg mana pun kami dah rancang.
    Tapi..sebulan sebelum majlis, dia sakit..aku melawat dia di hospital..dia ada asma yg agak teruk. Dia senyum dan cakap kat aku, "kejap je ni abg..sempat la sembuh dan uruskan majlis". Aku turut senyum dan gembira sebab dia tak apa2. Aku temankan dia pada keesokkan hari..dari lepas tghari sampi ptg..aku ambil half day keje. Keesokkan pula..aku pergi keje macam biasa..sbb doktor cakap dia dah boleh keluar hospital. Keluarga dia akan pergi ambil dia.
    Kemudian..aku dapat kol dari mak dia..mak dia menangis..mak dia cakap dia dah tak ada..dah meninggal. Aku masa tu kat ofis. Aku tersentak..langsung tak percaya dan tak fikir apa dah dalam kepala aku. Tiba-tiba rasa jantung aku macam dihimpit kuat..aku susah nak bernafas..badan aku jadi hilang sepenuhnya daya..rasa macam lumpuh..tangan aku menggeletar..aku tgk wallpaper hp aku..terpampang wajah dia tengah senyum..gambar yg aku ambil masa kami pergi ke penang. Ya Allah..aku tak dapat gambarkan betapa luluhnya..hancurnya perasaan aku masa tu. Dunia macam tak bernyawa. Air mata aku mengalir tak henti2..aku terus menahan sebak tapi suara aku didengari kawan2.
    masa pergi hospital..aku takut nak masuk..sebab aku tak nak nmpak apa yang aku paling tak nak nmpk. lepas aku tgk arwah..aku trus duduk terdiam..aku jadi bisu..dan aku alami kejutan yang teramat sangat sampai tinggalkan kesan..menyebabkan aku jadi takut nak bercakap..takut nak keluar dgn kawan2..aku pilih untuk duduk dalam bilik berhari2 dan tak pergi kerja. Sedar tak sedar..dah hampir 3 tahun kejadian tu..dan sampai sekarang aku tak boleh tgk baju penggantin atau berkenalan dgn perempuan. Bukan aku nak trus kekal mcm ni..tapi aku masih belum bersedia. Bagi aku..aku hnya tinggal separuh nyawa saja lagi..sebab separuh nyawa aku dah pergi bersama dia.Aku harap dia menjadi wanita syurga..sebab sampai aku mati..dialah "isteri syurgaku"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes ko lbh kurang sma mcm sedara aku. sepupu prempuan aku meninggal sbb asma.dh bertunang n plan kahwin lps raya.tp ajal tiba time bln puasa.tunang dia mmg xdpt trima knyataan mcm ko la wpun dia tau dr awl psl pnyakit tu..at last fmly2 aku bg smangat kt dia,truskan idup smentara msih muda ni.kmi kenalkan dia dgn seseorng n dia trus kahwin.mmg xbercinta la.msing2 trima each other.skrg bhagia n dh ada ank.yg bestnya,dia slalu bwk fmly dia ziarah mak sedara aku tu.xsalah ko nk ingt,sedekahkan ape yg ptut n truskan idup.aku ckp mmg la sngkan n situasi ko mgkn xsama sepenuhnya ngn cerita sedara aku tp cuba la..ni pun salah 1 terapi ko jgk.luahkn ape yg ko pendam smpai puas..simpati kt ko..msa bhgia akn dtg jgk nti dgn izinn msa tu rsa sedih n kcewa ko akn ilang sikit demi sikit.yg penting truskn berdoa n bg peluang n ruang utk dri ko kenal n trima seseorang..
      Sorry if kuar tajuk noob.pnjam ruang ni utk sesi kongsi pngalaman..tq

      Padam
    2. terima kasih anon 338. aku beransur2 cuba kembalikan keyakinan aku. aku tau aku tetap kena teruskan hidup aku. inshaallah. Allah lebih sayangkan dia. Aku pun dah blaja untuk redha dgn peristiwa tu. cuma nak mulakan lagi skali hubungan dengan seseorang tu membuatkan aku jadi agak takut. Benda terbayang kat depan mata. Tiap kali kenal dgn kwn pmpn, bila dia perkenalkan diri..terus aku teringat masa arwah perkenalkan diri dia kat aku. Lepas tu memang air mata mengalir. Aku tak dapat tahan rasa tu..benda tu terlalu segar untuk aku lupa. Ya Allah..tulis benda ni pun dah bnyak air mata mengalir :'(

      Padam
    3. Kena tgl idup2 pun frust.ini pulak meninggal.phm bro makan masa la emosi ko nk back to normal.apa aku blh ckp be strong.jgn ambik msa lama bro rugi life nti.ko pnh dgr life is too short so live to the fullest.mksd fullest tu yg bermanfaat la.

      Padam
    4. Seriously konek pendek9 Oktober 2014 pada 11:32 PG

      pjgnya tulisan....buatlah blog sendiri bodoh

      Padam
  3. kalau diikutkan, lepas melalui fasa2 ni perempuan akan jadi bertambah baik dari segi penerimaan, tapi kaum lelaki pula lebih kepada membinasakan diri..sebab tu mungkin banyak kes gila talak berlaku dikalangan lelaki..

    mungkin :)

    BalasPadam
  4. kenaikan hrga minyak n barang tu perubahan negatif yg paling singkat kot..haha.sehari 2 je org bising pastu telan je wpun pahit..huhu..xdela sedih sampai menangis mcm trima kematian,putus cinta,kemalngan ect

    BalasPadam
  5. Noob share la sikit pngalaman ngtif yg noob pernah alami.brapa lama masa untuk pulih.dalam masa tu apa langkah2 yg noob ambil untuk sampai ke tahap penerimaan..share la if u dont mind
    Mungkinkah menulis blog salah satu cra untuk hadapi tekanan hidup,putus cinta maybe😎

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukanlah nak cakap putus cinta, tapi suatu ketika ketika di zaman universiti dulu saya pernah menyukai seorang gadis ketika di universiti. kami berkawan baik dan sering belajar sama2. saya juga seringkali menolongnya dalam tugasan kelas. walaupun kami tak pernah declare bercinta, tapi saya rasa macam kami memang sedang bercinta. saya selalu luahkan perasaan dan masalah saya kepada dia, begitu juga dia. sehinggalah satu hari, saya meluahkan perasaan untuk menjadikannya yang halal buat saya.

      namun... tidak ku jangka yang gadis itu akan menolaknya, dengan alasan dia sudah ada kekasih lain yang lebih kacak dan mengambil berat kepadanya. dia berbuat baik kepada saya pun hanya kerana kesian dan terhutang budi kepada saya kerana telah banyak menolongnya sedangkan pada hakikatnya, dia tidak pernah mencintai saya. pada mulanya saya langsung tak dapat menerimanya sehingga menyebabkan saya gagal 1 subjek dalam ujian akhir semester. saya juga mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk menghilangkan tekanan dan kemurungan, sehinggalah akhirnya saya dapat menerima hakikat yang gadis itu memang tidak mencintai saya dan dia bukanlah untuk saya.

      Padam
    2. Kes betepuk sblh tangan la ni yer noob.. apa blh buat.. dia bkn milik mu..

      Padam
    3. Noob ni btl2 pngalaman idup ke rekaan semata2..kena tgl sbb kurang kacak plak tu..yeke ni..haha.kesian noob sempat plak jejaka lain ambil berat psl gadis tu sedangkan noob ngan dia seringkali bersama..huhu

      Padam
    4. citer kau nih sama macam citer orang mengaku dia jumpa hantu tapi dia tak boleh ingat rupa hantu tu macam mana...kau ni mengalami retrograde amnesia. abang noob.

      Padam
    5. Seriously konek pendek9 Oktober 2014 pada 11:38 PG

      ko huduh noob, padanlah umur dah 33 xkahwin lg

      Padam
  6. masa memang banyak main peranan. Biasalah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi kau lupa - even though dalam filem Lucy dia kata - Time is the unifying factor, kau lupa jugak bahawa "masa" itu cuma sifat...kita selalu tak sedar masa kita susah itulah sebenarnya Tuhan sangat dekat dengan kita...hanya orang yang guna akal yang boleh merasakan Tuhan ada dengan dia...he he! Masa kau susah kau mengadu dengan Tuhan, jangan merengek dengan artis suruh back up kau...masa tu kau akan rasa something...trust me...been there, done that!

      Padam
  7. Orang kata 'What doesn't kill you make you stronger.'
    Lepas terluka kenalah jadi lebih kuat.

    BalasPadam
  8. aku mintak izin komen? maklumlah aku memang suka menyibuk blog orang, harap nanti kau jangan mengadu dengan artis pulak aku kutuk blog kau nanti artis tu blast nak kick ass aku, aku taekwondo talipinggang putih aje nih.

    you know what? pain, suffering, depression semua tu permainan minda...kalau kau adopt untuk block semua benda tuh kau akan rasa satu benda yang lagi kuat dari segala mala kesakitan mental yang kau rasa...mintak maaf laa nooo, aku quote Quran sebab aku kena sebar benda nih...sebenarnya Tuhan (ceh! karang ada laa skima quote aku nih!) dah sebut, Dia akan bagi kau rasa ketakutan, kesakitan, kekurangan harta, sebab sebenarnya Dia nak ajar kau KENAL DIA...(quote bro, quote...aku tau kau memang gila quote nih!)...bila kau sakit, kau akan automatik ingat Tuhan...betul ke tak? Tuhan sebenarnya nak ajak kau balik kepada Dia...tapi Dia tak boleh bagi kau petunjuk tuh bulat-bulat sebab Dia dah ada perjanjian setan...(aahhh! quote laaa lagi!) aku minat lagu-lagu Dio (haaa...yang ni jangan quote nanti kau akan jadi seorang loser macam Edrie Hashim) sebab bagi aku Ronnie James Dio nih dia ada aura kenal Tuhan yang sangat hebat...errr...

    ...dan sebenarnya inilah resam hidup, kalau kau kenal siapa diri kau...kau tak perlu lagi jaki nak jadi wannabe dok quote orang sana sini konon nak nampak cool...

    aku nak quote filem Lucy plak lah! "I feel everything, very deeply"...ha ha ha! kudos sebab kau dah guna 10% dari kepala otak kau wahai Edrie Hashim!

    maaf aku meracau...aku bengang gila ba** nih! luka lama berdarah kembali ha ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape benda kau merapu ni? dengan edrie hashim bagai, apa kaitan dia dengan artikel ni? serius aku memang tak faham apa benda yang kau cuba nak sampaikan.

      Padam
    2. Nak terbako otak aku baca.. Apabyg ko merapik ni setannnnnn

      Padam
    3. Seriously konek pendek9 Oktober 2014 pada 11:40 PG

      ko meroyan merapu bodoh apa dkt sini eddeved sial!!

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.