Iklan Leaderboard

Isnin, 13 Oktober 2014

60 Apa lagi yang kakitangan kerajaan mahu?

Perdana Menteri baru sahaja membentangkan Bajet 2015 dan rata2 yang paling menunggu dan merasai impaknya adalah kakitangan kerajaan, di mana mereka diumumkan untuk menerima bonus setengah bulan gaji yang akan dibayar pada bulan Januari 2015. Namun, masih kedengaran suara2 daripada segelintir penjawat awam yang tidak berpuas hati dengan jumlah bonus tersebut, malah kecewa kerana tiada kenaikan gaji sepertimana yang dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam (Cuepacs) yang menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 30 peratus untuk semua peringkat penjawatan. Cuma pada perspektif aku sebagai orang luar, apa lagi yang kakitangan kerajaan ini mahu?

Sumber gambar

Seperti yang sedia maklum, sebanyak lebih daripada 1.2 juta kakitangan kerajaan yang dapat menikmati banyak keistimewaan berbanding orang lain yang bekerja di swasta dan bekerja sendiri, antaranya:
  • Pendapatan permulaan yang agak tinggi walaupun untuk seorang fresh graduate. Contohnya gaji permulaan skim Pegawai Teknologi Maklumat (F41) kini adalah RM2,146, dicampur dengan Elaun Sara Hidup (RM300), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (RM300) dan Imbuhan Tetap Perumahan (RM250), jumlah pendapatan seorang pegawai F41 pada entry level adalah RM2,996. Dan semakin tinggi pangkat seseorang, semakin besar gaji, tangga gaji dan elaunnya.

    Jika dibandingkan dengan fresh graduate IT dan bidang lain yang baru dapat kerja di sektor swasta terutama syarikat2 yang tidak berapa besar, purata gaji yang mereka dapat hanya sekitar RM2,500 sebulan.
  • Setiap tahun pasti ada kenaikan gaji tahunan yang tetap walaupun prestasi kakitangan kerajaan itu bagus atau tidak, rajin atau malas, cemerlang atau tidak. Juga walau ekonomi dan pendapatan kerajaan naik atau turun, kakitangan kerajaan tetap akan dapat kenaikan gaji tahunan. Malah kenaikan tahunan ini sebenarnya agak tinggi juga berbanding di sektor swasta, seperti contoh pegawai F41 menerima kenaikan tahunan sebanyak RM225.

    Berbeza dengan kenaikan tahunan di syarikat2 swasta, kadang2 ada kadang2 tiada mengikut prestasi dan keuntungan syarikat, kadang banyak setinggi 7% kadang2 sikit serendah 2%, itupun dinilai mengikut prestasi pekerja tersebut. Kalau dia cemerlang maka tinggilah kenaikan gaji tahunan, begitu juga sebaliknya,.
  • Kakitangan awam tidak perlu risau tentang keadaan selepas bersara kerana mereka akan mendapat pencen setiap bulan, malah mendapat ganjaran dan bayaran gantian cuti rehat yang boleh tahan banyaknya. Berbeza dengan kakitangan swasta, sudahlah gaji setiap bulan ditolak untuk dicarum ke dalam KWSP, lepas bersara duit yang mereka dapat hanyalah duit KWSP yang mereka dan majikan mereka carum sepanjang mereka bekerja.
  • Setiap tahun kerajaan pasti umumkan pemberian bonus walaupun tidak begitu banyak, berbanding dengan swasta, bonus bergantung kepada keuntungan syarikat. Jika syarikat untung besar terutamanya di sektor perbankan, mungkin boleh dapat bonus sehingga 5 6 bulan, namun jika keuntungan syarikat kecil, bonus pun mungkin tiada.
  • Kebanyakan urusan dan tugasan luar, menjalani latihan dan kursus serta menjadi pengajar untuk kursus boleh claim bayaran balik.
  • Penjawat awam dapat kemudahan untuk menduduki kuarters kerajaan, walau elaun ditolak namun masih lagi jimat jika dibandingkan dengan kadar menyewa sendiri, berbanding kebanyakan pekerja swasta yang hanya ada pilihan sama ada menyewa atau beli rumah sendiri. 
  • Mempunyai kemudahan untuk membuat pinjaman membeli rumah dengan kadar yang sangat rendah berbanding kakitangan swasta yang hanya terpaksa bergantung semata2 kepada bank dengan kadar yang tinggi.
  • Mudah untuk membuat pinjaman sama ada pinjaman peribadi atau kereta dengan kadar yang rendah oleh bank2 terpilih berbanding pekerja swasta yang tiada keistimewaan seperti itu.
  • Kemudahan untuk menggunakan klinik dan hospital kerajaan tanpa dikenakan sebarang bayaran.
  • Bilangan cuti rehat tahunan yang banyak, cuti bersalin sehingga 90 hari serta lain2 kemudahan cuti seperti cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji dan sebagainya.
  • Peluang melanjutkan pelajaran peringkat yang lebih tinggi dengan tajaan kerajaan atau sendiri dengan gaji penuh. 
  • Kebanyakaan kerja kerajaan tidak begitu teruk dan stress jika dibandingkan dengan kebanyakan kerja di sektor swasta, malah masih berpeluang untuk mencuri masa minum diluar waktu pejabat dan berniaga di pejabat.
  • Sukar untuk dibuang kerja walaupun kerja malas, ada membuat kesalahan dan kesilapan, projeknya gagal, tak capai KPI serta mempunyai masalah disipilin. Paling teruk pun hanya diturunkan pangkat, tangga gaji atau ditukarkan tempat.

Bagi kakitangan awam golongan berpendapatan rendah, mereka tetap lebih beruntung berbanding golongan berpendapatan rendah lain yang bukan kakitangan kerajaan.

Bagi kakitangan awam golongan berpendapatan sederhana, mereka tetap lebih beruntung berbanding golongan berpendapatan sederhana lain yang bukan kakitangan kerajaan.

Bagi kakitangan awam golongan berpendapatan tinggi, mereka tetap lebih beruntung berbanding golongan berpendapatan tinggi lain yang bukan kakitangan kerajaan.

Pendek kata, kerja kerajaan ni lebih banyak keistimewaan, terjamin dan menguntungkan berbanding mereka yang bekerja di sektor swasta dan bekerja sendiri.

Sumber gambar.

So, apa lagi sebenarnya yang kakitangan awam ini mahu?

Kepada semua kakitangan kerajaan, berhentilah merungut dan mengeluh cakap tiada kenaikan gaji, bonus kecil dan sebagainya, kerana hakikatnya, anda sebenarnya sudah jauh lebih beruntung daripada mereka yang bukan penjawat awam.

Janganlah jadi seperti menteri yang sedih bila gaji mereka tidak naik. Bersyukurlah anda dapat terpilih menjadi kakitangan kerajaan daripada berjuta2 rakyat Malaysia yang memohon untuk menjadi kakitangan kerajaan, dan dalam masa yang sama cubalah untuk membaiki mutu dan meningkatkan kualiti perkhidmatan agar dapat mengubah persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kakitangan kerajaan.




tags:apa lagi kakitangan kerajaan penjawat awam mahu kerja beza swasta syarikat sendiri berniaga keistimewaan kelebihan kehidupan masa depan terjamin pencen gaji pendapatan pinjaman perumahan

60 ulasan:

  1. Balasan
    1. Lama tak nampak Len kat sini? Sibuk ke? Dah kahwin ke?

      Padam
    2. Jika PKR memerintah, gaji fresh graduate bermula dengan RM10,000.. Boleh lah mereka merasa kereta ferrari sebagai kereta pertama mereka..

      Padam
    3. oh, hai len.
      amacam percutian?
      lama tak dgr khabar..

      Padam
  2. Arghhh.kalau dok pikir pasal org gomen ni wat hati tak tenang je. Rezeki diorang camtu..rezeki kita lain pulak. Kita bersyukur je la..insyaallah..ada rezeki kita lebih sebb kita usaha lebih gigih. Peluang untuk berkembang tu lebih bnyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bkn masalah rezeki, bersyukur atau tak.. cuma rasa menyampah tgk org gomen yg asyik merungut kt fb bonus gaji kecik tp kerja xbgs mana punn... diorg ni pikir masalah diorg je sdgkan lebih byk rakyat malaysia yg nasib dia lg teruk & hidup dia lg susah kt malaysia ni

      Padam
  3. Salam.

    Bro, maaf ye..jangan di bandingkan buah duku dgn buah tembikai.

    Sama juga jika nak dibandingkan dengan company kecil swasta dgn kerajaan. Senario gaji di swasta lebih tnggi gaji sebenarnya.

    Gaji diploma di swasta sebagai contoh di msc based on experience bertahun tahun boleh mencecah em 15000 sebulan. Di cyberjaya syarikat swasta beri gaji pd pekerja mereka yg bekerja di front desk..rm 3000++ bg fresh graduate. Lihat institusi perbankan cukuplah. 8 bulan bonus. Pekerja kerajaan walaupun tidak kompeten, akan dibayar setiap tahun kenaikan pd prestasi mereka. Dan akan dinasihatkan berhenti jika tidk cukup jumlah skt yg dikehendaki dan benar benar tidak competent.

    Dasar dan polisi kerajaan banyak menyusahkan penjawat awam sebenarnya. Mereka terikat dengan polisi entah apa apa sehingga membuatkan mereka tersepit dan terpaksa berniaga untuk menmpung sedangkan menteri bermewah mewah.

    Tindakan gaji dan elaun ahli parlimen dan adun di naikkan memang tidak patut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro, berapa kerat je yang kena tindakan "disarankan untuk berhenti"..ble kira dengan jari..tu pun 1-2 orang je dalam skop kakitangan bawah 500..

      Padam
    2. Kalau bandingkan semua lapisa kakitangan kerajaan dengan menteri pun bukan perbandingan yang betul. Sebab tu aku bandingkan kakitangan awam dan swasta mengikut kelompok mereka sahaja seperti yang aku tulis kat atas tu:

      "Bagi kakitangan awam golongan berpendapatan rendah, mereka tetap lebih beruntung berbanding golongan berpendapatan rendah lain yang bukan kakitangan kerajaan.

      Bagi kakitangan awam golongan berpendapatan sederhana, mereka tetap lebih beruntung berbanding golongan berpendapatan sederhana lain yang bukan kakitangan kerajaan.

      Bagi kakitangan awam golongan berpendapatan tinggi, mereka tetap lebih beruntung berbanding golongan berpendapatan tinggi lain yang bukan kakitangan kerajaan."

      Sebagai contoh, bandingkan seorang kerani yang kerja kerjaan dengan kerani yang kerja di syarikat, seorang fresh graduate degree yang jadi pegawai 41 vs officer di syarikat swasta, seorang ketua jabatan gred 54 dengan head of department kat syarikat swasta.

      Dan cuba pula bandingkan orang yang kerja kerajaan yang bergaji RM1,500 dengan orang yang berniaga sendiri secara kecil2an yang pendapatan sebulannya juga RM1,500. Walaupun pendapatan bulanan sama tapi yang kerja kerajaan tu lebih beruntung dengan segala faedah dan keistimewaan yang dia dapat.

      So apa yang aku nak simpulkan kat sini, berhenti merungut dan mengeluh.

      Padam
    3. Aku setuju dgn ko...

      Aku kerja kerajaan. start kerja awl tahun 2010. gaji permulaan 2500. skrg gaji 3700. bini aku lak stat kerja hujung 2010 dgn syarikat kecik (kontraktor B). gaji permulaan 1800 (belum tolak EPF). skrg gaji dia 4k. bonus bg 3x setahun. mmg stat keja swasta ni kecik tp kenaikan dia tggi kalo perform bgus. cth bini aku tu br kerja dgn company kecik. kalo company besar?

      Padam
    4. Ye..sy cuma ckp psl gaji . Pekerja kerajaan banyak yang dah selesa dgn taraf tetap..ada yg kompeten dan ada yang tidak.

      Cuma elaun menteri, adun, dan ahl parlimen tak perlu di naikkan. Mereka tidak ada di kawasan masing masing pun..

      Padam
    5. Maybe cuma kerajaan banyak kelebihan..

      Padam
    6. anon 6:49
      untungla bini ko perform dan dpt kerja di kompeni yg bagus, tp ramai juga yg kerja di kompeni2 biasa yg susah nak naik gaji...

      Padam
    7. Noob tegur pasal rungutan tiap2 tahun yg tak sepatutnya dirungut. Korang sibuk cerita perbandinganlah, gaji la, performlah.. nonsense.. tumpu pada isu la..

      Bila sebut pasal rungutan, patut ke merengut dlm keadaan gov staff byk untung dalam hampir semua sudut

      Padam
  4. Ai noob. Hentam org keje gomen nampak. Kalo ko dh tau faedah keja2 gomen ni banyak. Apasal kau xjoin je kije gomen. Swasta jugak yg kau cari. Pastu duk sibuk nk hentam org gomen. Phuii la noobb..

    gua bukan org gomen, gua keja pakgad dkt ofice gomen..

    -pakgad sejati-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku bukan hentam semua orang keje gomen, aku hentam orang kerja gomen yang kuat merungut dan mengeluh dengan kerja dan gaji mereka

      Padam
    2. apa anon sorang ni merepek.. kalau ko kerja swasta tak boleh ke nak tegur sikap staff gov yg merungut benda bukan2 pada PM? dah macam2 kelebihan kerajaan bagi, nak merungut apa lagi.. itu je isunya.. bukan isu pekerja swasta tak boleh tegur pekerja goverment. kalau nak tegur, mesti join goverment.. JAGA2 sekarang semua dah pandai.. ko sorang je masih bebal komen tak paham isu.. patut berenti je la jadi JAGA.. duduk cangkung kat kampung suruh mak bapak tanggung

      Padam
  5. Dapat ke tidak. Gua no hal.

    Tapi..kalau da diberi..kia ambil dan gunakan sebaiknya..

    BalasPadam
  6. Aku lebih bersetuju dgn Noob.. Kalau kerja swasta kenaikan akan berlaku mengikut keuntungan syarikat serta prestasi kerja yang dinilai dengan teliti.. Sebenarnya benefit kerja kerajaan adalah lebih banyak dan menguntungkan.. Yang mengeluh banyak tu pada pendapat aku ialah mereka yang mempunyai gaya hidup suka berbelanja secara tidak terkawal.. Gaji kerajaan sekarang memang lebih tinggi berbanding 10tahun dahulu maka kurang kurang kan mengeluh

    BalasPadam
  7. Gaji gomen Org kata sgt untung. Ntah aku xtau..yg aku Persoalkan ADA juga kompeni swasta susah nk bg gaji tinggi.. adakah yg kuli tetap d pandang kuli... namun hasil untung slps cukai wow sangat teruja... gaji pekerja swasta dr sekecil gaji perlu d lihat juga.. jgn tau nk buat untung tp bila bab gaji bekira..siap ugut nk pecat kalu x perform.. mcm tut je
    -Pekeja tepinggir

    BalasPadam
  8. Aku setuju jugak dgn pekerja terpinggir.. Ini realiti juga buat pekerja sektor swasta..

    BalasPadam
  9. Yg merungut tuvialah pekerja yg sibuk dan rasa setimpal bonus atau kenaikan yg diberi...yg senyap tu pekerja yg pemalas,goyang kaki pepagi makan bfast lama2

    BalasPadam
  10. aku pernah kerja swasta...boss dia sangat gila...gaji aku memula 900 lepas tu tiga bulan confirmed naik mencanak 1500, lima bulan lepas tu dia naik lagi 2800...moral cerita...kalau kau tak komplen dan buat kerja...bos kau tau kau siapa...dia sendiri naikkan gaji kau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup 12 bulan dia sendiri pecat ko kann...

      Padam
    2. bodoh mana komen pasal gaji swasta naik 500% bagai ni? nak komen tengok post la bangsat. setakat nak up diri sendiri kata cukup bagus gaji naik juta2 tak payah la nak tunjuk kat sini la.. pegi mampos la gaji ko banyak mana pun bos ko nak kasi.. ni cerita pasal apakah patut staff gov merungut setelah pelbagai benda kerajaan bagi pada mereka.. itu pun tak paham ke..

      Padam
    3. biasalah tu aku kan legend, kau takkan tak tau Edrie? kau laa last person yang aku interview jadi kau tau laa...kan? kau ingat tak masa aku interview kau kat Menora? kau kutuk cover album..eh? cover majalah tuh tak silap aku cover Search kan? kau cakap apa masa tuh aku pun tak ingat...ni Edrie ke adik dia nih? mana-mana aje laah...tapi at least aku tak menitiskan air mata mengadu dengan orang..."apa laa Abang Rom paksa orang tulis macam-macam tapi bayar ciput!"...sebab aku tak menitiskan air mata dan berdrama lah gaji aku naik mencanak sial! sebab aku legenda...Zie, kirim salam dengan abang kau...cakap dgn dia maaflah aku terpaksa unfriend dan block dia sebab aku mula sangsi akan sexual orientation dia, ye lah, semenjak dia main besi badan ketul-ketul nih aku syak something is wrong laa dengan dia, lepas tu stalk blog aku, tweeter aku...sampai banner Def Leppard aku pun jadi kes...serious aku geli sial bila dia dok quote lirik Dio...aku rasa dia syok kat aku laa...eeeiiiiii!! tak kuasa mak! ha ha ha!

      kalau aku jumpa dia tengah jalan aku terus buat repot polis sial! tak rela dubur ku menjadi mangsa kerakusan dia ha ha ha!!!!

      tak per Zie, semua duit yang kau pinjam aku dulu aku halalkan...yang tau aku kena pecat nih kau aje ha ha ha! kan dah kena? itu sebab aku eskperimen kat blog nih sebab aku tau kau pun sama gak macam abang kau...STALKER!

      Padam
    4. tanpa nama 12:36 PG, bawak mengucap kawan...kau ni dari tadi nak suruh aku gi mampos apa kau ada kenalan malaikat maut ke? aku cuma bagi contoh, kalau kau mengeluh gaji kau tak naik mungkin pasal kau suka tuang, kau suka memonteng kerja jadi gaji kau tak naik laa...orang lain komplen pasal gaji tak naik tak ada pulak kau blast...aku yang cuma kasi contoh aje kau nak bantai? kau ni ada masalah jiwa ke? owhh! kesian...ni sepupu sepapat Edrie Hashim nih ha ha ha! spastik!

      Padam
    5. noob kau patut bayar royalti kat aku sebab Edrie Hashim dan adik dia dah stalk blog kau siottt! artis HOT tuh! badan ketul-ketul...

      Padam
    6. bangun pagi zikir nama edrie hashim 1000 kali..tengahari 1000 kali dan petang 1000 kali. Time nak tido malam, tepuk bantal seratus kali sambil sebut edrie hashim dan hembus ke keliling katil. Hasilnya jadi la macam eddeved

      Padam
    7. Kalau nk meroyan dgn edrie hashim tu ko gi mampos.Ko ingat orang nk ambik kisah sgt ke? Ko ni agaknya menuntut hikmat jalan bodoh tidak terbatas agaknya.

      Padam
    8. Haha eddeved.. teruskan kekentalan ko.. mmg dlm BO ni ramai yg biol.. meriahkan kebiolan memasing..legend..

      Padam
    9. eh! aku lupa, 12 bulan lepas tu aku kena pecat dan 3 bulan lepas aku kena pecat tuh boss aku turun naik Pejabat Buruh...Pejabat Buruh offer untuk tolong reinstate aku balik tapi aku tak nak sebab aku tau kenapa boss aku pecat aku, sebab seorang awek bernama Zizie Hashim ha ha ha! errr...sorry aku tak sebut lagi dah...maaf aku kengkadang ada memory lapse...

      Pasal Edrie Hashim tuh aku dah malas dah nak bahan dia aku bukan dapat duit pun! Semua artikel aku yang membahan dia aku dah padam...wife aku marah...tak per aku faham...

      Aku minta maaflah kawan-kawan sebab aku selalu meracau sebelum nih...aku dah insaf...aku marah sebenarnya dia kutuk wife aku...padahal wife aku punyalah obses dengan Edrie Hashim sampai nama anak aku pun Edhrie Hasheim, itu wife aku punya kerja tuh...

      anyway, kepada yang kedekut lima minit jangan baca nih! Sudah laa aku malas...aku tak patut kutuk Edrie Hashim sebab aku tau dia nih low profile...semalam aku tgk video interview dia kat Youtube dan aku rasa tak patutlah aku bahan dia lagi...aku insaf...yes, he is a great guitarist, walaupun dia klon Richie Kotzen...over and out!

      Padam
  11. Semua orang nak duit banyak. Kerja belakang kira. Lumrah dah zaman sekarang ni, swasta ke, gomen ke, sesiapa je pun...

    BalasPadam
  12. setuju dgn ko noob... ada kwn aku, ada degree... dh kerja executive kt syarikat swasta, tp sbb nk masuk gomen punya psl, jawatan kerani pn dia sanggup apply pakai spm dia, last2 jadi kerani la dia kt gomen tu... tp org kampung mak bapak dia punya bangga dia keje kerajaan mcm kerja jawatan pegawai... kalau ada degree setakat nk jadi kerani, baik mak bapak ko xpyh susah2 hantar ko masuk u, dah la sia2kan masa 4 tahun belajar kat universiti... kalau awal2 nk jadi kerani baik xpyh belajar tinggi2 laaa puiihhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko dah ckp ke kt kwn ko mcm tu..bg dia sedar yg dia dah ambil jawatan yg patutnya jd hak org lain..pkai bedal je dia ye.Lain la ko menganggur.ni dah pegang exec..Keje gov even kerani mmg nampak ade class.tu yg dia pulun jgk..Berbaloi ke..

      Padam
    2. Haha.. aku ada kawan camni.. jadi Engineer kat swasta, mmg patut dia masuk gomen.. sbb tak produktif. Ada degree dari UM.. tapi entah camana si biol ni boleh lulus kejuruteraan UM.. Jeles bukan soal yer.. itu rezeki dia..

      Jadi selamat career dia dunia akhirat drpd dpt maki makian member kompeni swasta..

      Padam
  13. nak out of topic jap.

    i pernah ada 2 staff. sorg ex government, sorg ex private n i sendiri mmg ex private.

    Yang ex gomen ni,lah paling nak menangis sebab lamaaaaaaa sangat nak siap kerja. pergi sana, pergi sini, sembang, berbual di phone. lepastu, bila i minta cepatkan sikit (sebab kita ada deadline), dan tertinggi suara, boleh pula menangis.
    hadohainyepun..
    masatu, selalu harap supaya beliau cepat-cepat bersara sebab kerja kita terganggu sebab sikap dia.

    wahai pekerja kerajaan(segelintir). awak pegang amanah. Jangan hu-ha/rilex sebab awak, oranglain tak boleh buat kerja.

    chill;

    BalasPadam
  14. Berbaik sangkalah. Saya selalu anggap siapa yang merungut itu mungkin dari golongan yang betul2 rasa kesusahan hidup. Anak ramai atau transport ke kerja jauh. Kalau tak susah, mesti tak merungut.

    BalasPadam
  15. opsss bukan semua ye kakitangan kerajaan.. saya gomen gak.. pasal bonus tu kalau ada alhamdulillah.. kalau xde bukan rezeki.. mmg kakitangan gomen banyak kelebihan.. tu x dinafikan.. tapi gaji banyak ke sikit kalau kite ikhlas insyaAllah sentiasa ada :) peace..

    BalasPadam
  16. Yang suka merungut nie biasanya yang tak buat kerja, kurang amanah, kurang akhlak...kurang syukur....mana-mana tempat same aje perangai orang suka merungut nie.......

    BalasPadam
  17. Seriously konek pendek13 Oktober 2014 11:36 PG

    Ikut pemerhatian aku, kebanyakan pekerja swam yg kuat komplen ni kl bukan kerani adalah cikgu. Pekerja jawatan lain mcm agak relax & kurang merungut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously konek pendek13 Oktober 2014 11:37 PG

      *pekerja awam

      Padam
    2. Kerja pengkeranian pun cikgu buat gak kot.

      Padam
    3. Kerja pengkeranian semua org terlibat. Tp cikgu merungut mcm dia je kena buat. Aku pegawai kerajaan aku pun kena menaip,fotostat, urus p.o semua. Kerani sbg pyb (pegawai yg bertanggungjawab) utk medokumentasi menyimpan semua borang yg dihantar

      Padam
  18. aku kerja gomen, tp aku setuju dgn entry ni. kt tmpt aku tu ada ramai pekerja gomen yg mcm celaka dr level sokongan sampai la ke pegawai.. selalu hilang kuar gi minum lepak mamak, hisap rokok, tido kat meja, keje malas nak buat padahal jaga latihan dan aset, pukul 4.30 dh tunggu kt mesin punch card, bila time meeting masa tu la nak buat2 busy dgn kerja, amik mc.. tp bila naik gaji dgn dpt bonus semua dpt sama rata je, bagus ke cm tahik ke sama je... yg plg menyampah bila tgk diorg merungut kat fb byk kerja la, gaji sikit la, bonus sikitla xcukup nk renovate dapur.. fuck gila mcm sial... memyampah gila aku org gomen yg cam sial ni... x psl2 imej org2 gomen lain yg bagus tercalar sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku gi DBKL (amik..letak nama terus) kat HQ di kl. opis sunyi..pastu gelap..pastu ada beberapa orang pmpn dok sembang.Siap ada yang bawak slimut..tempat duduk ada bantal..dok dalam gelap sambil main komputer.Berdasarkan cara dia main komputer guna sebelah tngan je..pastu berselimut dan asyik tersenyum..xkan tgh buat kerja pulak. Pastu ada sorang minah..dok kehulu-kehilir bawak sekeping kertas..(buat2 sibuk dengan sekeping kertas). Pastu gi kat mesin fotostat..nak copy sekeping...lepas tekan butang..gi lepak sembang.Kertas dah lama siap copy. Pastu dia kata "kejap ek korang,aku de keje kit..busy ni". dia amik kertas tu dan kehulu-kehilir lagi. Kawan2 dia terus bersembang. Pastu ada staf laki masuk..gaya macam baru lepas makan..pakai slipar. Dia senyum pastu terus pergi duduk tempat dia. Dia cucuk hp kat charger..dah main hp sambil gelak sikit2. Pastu dia panggil geng2 pmpn tadi "korang tgk ni..alif cakap department dia ada program (kat mana aku tak ingt)..bergambar sakan"..De sorang akak tu cakap "ishh,tu la diorang..jalan je keje department tu..yg kite ni nak de program pun susah".

      Aku pun kemas fail aku..bos aku cakap dia nak gi jumpa klien..aku kena balik opis dulu naik teksi. Sambil tunggu lif, aku renung ruang pejabat..staf2 kat situ..dalam kepada aku "aku dokumen tebal bagai..berpeluh-peluh..balik ni nak kena buat paperwork..tapi sini pulak punya la sunyi..macam takde keje..cuma tinggal nak buat2 ada kerja..sronok la korang..tuhan je yang tau apa yang terbaik".

      Padam
    2. Dbkl under federal sepenuhnya ke?atau dikira mcm bawah kerajaan negeri mcm majlis perbandaran lain? Biasanya kerja-kerja bwh pentadbiran negeri memang sucks.

      Padam
    3. Seriously konek pendek14 Oktober 2014 8:26 PG

      Ko komplen kat sini xde guna bro. Ko kena tangkap gambar hantar ke biro pengaduan & cc ke ketua jabatan. Br akan ada perubahan. Most ketua suka duduk dlm ofis x sedar anak buah buat apa.kena tunjuk skit

      Padam
  19. dilema pekerja gomen

    time awal2 dpt keje gomen..
    "yes, alhamdulillah..dpt keje yang stabil dan elok. aku akan berusaha untuk terus naik pangkat dan jadi staf yang paling rajin kat sini"

    time awal2 keje..
    "eh,pehal orang rilek je kat sini ni..macam tak de keje je..ni kalau tunjuk rajin sikit pun dah up giler nama ni"

    lama-kelamaan...
    "aduh..malas la..aku wat keje laju,org lain pulak yang slow..last2 sume jadi slow. Aku pun kne slow la jugak lau cmni..kang kalau laju cakap aku push diorang pulak"

    tak beberapa lama sebelum ni..
    "apa la keje gomen ni..bonus dapat pun sebulan dua je..kita ni kan jalankan operasi penting untuk rakyat..ni semua keje untuk bantu rakyat"

    sekarang..
    "mana kenaikan gaji 30% kami? apa? setengah bulan bonus je januari ni? bagi la 5 bulan bonus"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah maksud ko..SEMUA PEKERJA GOMEN... Bg aku ..statement ko sgt kejam kerana ianya tidak mewakili semua pekerja gomen... lebih baik ko direct to da point sapa yg ko rasa pemalas dr ko hentam semua pekeja gomen...

      Padam
    2. Ouchhh.anon 545 panas

      Padam
    3. Adoh 545.. kene atas batang hidung sendiri.. kahkahkah..

      Padam
    4. Seriously konek pendek14 Oktober 2014 8:31 PG

      Actually kerja gomen xleh terlalu rajin.itulah masalahnya. Bila ko rajin terlebih, nanti boss ko campak mcm-mcm kerja dgn kerja2 boss pun KO kena buat. Member kerja pula xselesa dgn ko sb ingat KO kaki ampu boss tunjuk rajin/bagus. Lebih baik ko maintain je.

      Padam
  20. YA BETUL APE LAGI KAKITANGAN AWAM NI MAUUU >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami mahu bonus banyakkk mcm org keje bank tu.. kami mahu jual skru sebijik RM3000 lebih.. projek2 gomen boleh sama2 kami masyuk guna nama kompeni senirik..jadi pegawai boleh pakai Vellfire dan rumah 2 tingkat di Gombak..

      Kami jeles kenapa kawan kami boleh buat, kenapa kami x boleh ha???!!

      Padam
  21. Beratur kat mesin punch kad paling legend..swasta x buat mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. org swasta ada balik on time jugak, tp pukul 5 dia masih lg di meja, baru kemas barang & berjalan ke mesin punch card & punch pukul 5.05 ptg.

      org gomen dia punya balik on time, pukul 4.30 dh kemas brg sbb dh xde keje sgt, pukul 4.35 dh berkumpul kt meja org lain berborak bersembang sampai pukul 4.50, pukul 4.55 dh tunggu kt mesin punch card, tepat jam 5 ptg dia terus punch & balik rumah...

      Padam
  22. Di kalangan kakitangan awam ni ada yg mmang drpd asal dilantik trus keje gov... x penah merasa susah payah keje swasta.. brpotensi besar untuk mnjadi malas & kurang produktif.. sebahagian besar lagi tu adalah mereka yg penah ada experience keje swasta.. bila diorang masuk keje gov, biasanya mereka akan lebih produktif & x bnyak komplen/ songeh.. mereka sendiri bole compare kelebihan kekurangan antara keje gov. & private..

    BalasPadam
  23. aku pulak keje kerani kat company swasra. bila balik kampung je mak aku asik ulang2 cerita yang sama yang anak orang tu orang ni dapat kerja kerajaan keje gomen blablabla, padahal aku tengok kat fb mengemis cari kerja sana sini..piirahhh. pasal tu la aku malas nak balik kampung, asik asik tanya ada dapat interview mana2 ke tak..tensionn dowh.. macam la aku tak usaha langsung nak apply keje kerajaan. bagi aku kalau dapat, alhamdulillah. kalau x dapat pun, banyak lagi kerja kat malaysia ni. macamlah semua orang kat malaysia ni kerja kerajaan. yg kerja swasta tu aku tengok, kerja elok2, pandai urus kewangan, hidup ok2 sahaja. jadi, bersyukurlah sapa2 yg dapat kerja kerajaan ni. buatlah kerja seperti mana yang diamanahkan.

    BalasPadam
  24. Ada baik buruk keje mana2 pun. Kalo nak senang dan ada gaji tinggi sikik, kita keje yg direct to the core business. Bahagian letrik, keje loji letrik. Jgn keje TNB pulak. Kalo keje bhg letrik, tapi kilang kicap, sorila yer. Gitu juga dgn IT, keje dgn bank dan bahagian betul2 core IT buat duit + securiti, mmg lebat gaji bonus. Faktor seniority juga kene sabar sikit la. Kalo takat helpdesk, mmg payah la.

    Sepanjang aku keje, jawatan kecik pun, gaji lebat (secara professionalnya), kene dgn core business. Berkait rapat. Even kerani KWSP, LHDN dan Immigration. Tempat kaut duit. Technician Controller utk Power Plant IPP. Mmg meriah.

    Tapi kalo keje hebat, duduk department menghabiskan duit, RnD lagik.. haha.. sendiri mau pikiaq la. Nak naik RM100 setahun pun, mmg senak la.

    Lagi satu, jadi mcm anak2 menteri lembu syahrizat dan nazri aziz.. core bisnes gak tu.. merembat dana awam.. umuq 27, gaji 30k. Syukur Alhamdulillah. Halal dunia akhirat.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...