Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.
Berita selanjutnya Astro Awani.
Bagaimana mesin ATM ini dihack?
Sejenis virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram.
Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.
Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan.
Menurut syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.
"Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula
"Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang," menurut kenyataan Symantec Corporation.
Sumber Berita Harian.
Infografik yang dikeluarkan Symantec Corporation menunjukkan bagaimana penggodam menggodam mesin ATM menggunakan telefon bimbit dan kad ATM yang telah diubahsuai dengan kad sim.
Rujuk artikel ini juga yang menunjukkan cara2 ATM di Malaysia di hack oleh warga amerika latin.
Video berikut pula menunjukkan bagaimana mereka melakukannya di ATM luar negara:
Cuma aku tak hairan sangat macam mana mesin ATM ni boleh kena hack, sebab aku tau mesin ATM tu sebenarnya kebanyakannya masih guna OS Windows XP. Aku pernah nampak mesin ATM yang keluar skrin biru Windows "Blue Screen of Death" malah ada yang pernah keluar mesej box error Windows. Kalau Windows tu tak install software Anti-Virus, atau hacker boleh keluar daripada program ATM dan dapat akses ke desktop Windows tu memang masak la.
Dulu aku mati2 ingat mesin ATM ni dia ada OS dia sendiri atau guna Unix/Linux. Aku pun tak tau kenapa masih banyak program ATM yang running kat Windows XP, mungkin developer develop pakai Visual Basic 6, Borland Delphi atau lain2 development software yang lama yang dah layak masuk muzium. Kalau mesin ATM tu ada keyboard standard, dah lama dah orang tekan Ctrl + Alt Del.
tags: cara hack godam hacking crack cracking mesin atm machine running windows xp 2000 nt 98 using guna kad sim card latin amerika american geng gang
1, proott dimuka sirosli
BalasPadamkayola penggodam itu...
BalasPadampasni hacker malaysia join godam... atm gak mcm biasa dah terhantuk baru terngadah
BalasPadamSalam 1rasuah,
BalasPadamE kalau tak susah lah pegawai tu lepas ni kena kacau kiri kanan.
Lepas itu mungkin ada bumbung runtuh, jalan berlubang, highway crack dan macam-macam lagi.
Begitu juga jika tempat di ipt diberi kepada orang jenis E. Akibatnya akan nampak selepas dia masuk kerja, kalau jadi tukang ajar maka ppsmi tidak dapat dilaksanakan. Kalau jadi peg teknologi maklumat maka sistem lembab dan harapkan vendor develop dan datang servis dia lepak goyang telur. Kalau jadi pegawai tadbir kelulusan sesuatu permohonan memakan masa berbulan-bulan di mana syarikat swasta boleh laksanakan dalam masa 24 jam jika dihantar sebelum jam 12 tengah hari.
Itulah akibatnya tidak berlaku adil tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Yang menanggung ialah masyarakat.
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Benda dah jadi baru nak ckp.. professor kangkung spm 3A.
BalasPadamsabar aejlah dibuatnya. harap ada perubahan lepas nih.
BalasPadamManusia semakin bijak..semakin canggih n bagus system sekali pun manusia ttap dpt teknik nak godam dgn guna kebijaksanaan yg ada (termasuk rasuah org dalam). Semua bergantung kpd niat, dgn segala ilmu yg belajar kalau guna cara salah..so tiada pahala utk org2 berilmu.
BalasPadamBestnya senang2 dapat duit.. Saya kerja tengah panas dan tengah malam, tengah hujan, menebalkan muka menjaja barang2 untuk sesuap nasi tidak pernah dapat lebih dari RM50 sehari. Keringat dan air mata tak pernah kering. Bukan tak pandai belajar sampai u tapi tiada ruang kerja di sini, terpaksa menjaja. Kehendak org tua utk berada di sini.
BalasPadamSy cemburu tengok orang kerja senang2 tapi masih merungut2, dapat kerja kerajaan masih curi tulang dan claim. Inikan pula dapat senang2 duit begini. xtau nak cakap ape..
Jangan kata tiap tahun, tiap hari pun jika boleh kena update AV bagi mengelakkan penjenayah mengodam/ melakukan khianat atas teknologi yang ada. Mungkin juga ini adalah kes kecuaian atau "tidak sangka boleh berlaku", namun diharap pihak2 yang dah kena atau belum kena supaya waspada dengan sekuriti mereka.
BalasPadam