Memaparkan catatan dengan label Zaman Batu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zaman Batu. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2023

0 Teknologi IT kerajaan yang ketinggalan zaman

1. Baru lepas baca panduan Sistem ePelaporan Program j-QAF, isu yang dibawa oleh cikgu Fadli Salleh. Panduan nak guna sistem sahaja sampai 50 muka surat. Satu benda yang paling aku tepuk dahi, sistem tu pakai MS Access.

2. Ya Allah, kita masih tersangkut kat tahun 1998-2000 ke masih nak guna sistem pakai MS Access bagai? Dulu MS Access tu software paling basic untuk belajar buat sistem dan database, sebelum belajar ke tools lain yang lebih canggih dan advanced. Orang dah sibuk dengan AI, kita masih stuck pakai sistem lama.



Khamis, 4 Ogos 2022

0 Nak mohon Work From Home tapi bos suruh ambil cuti

1. Sepanjang 2 tahun waktu KOBID-19 melanda dunia sampai kena PKP dulu, ramai orang kena Work From Home (WFH). Selepas negara masuk ke fasa endemik, kehidupan kembali seperti biasa.

2. Walaupun begitu, masih ada sesetengah majikan yang meneruskan amalan norma baru WFH ini bagi beberapa jawatan kerana pekerjaan tersebut masih boleh dilaksanakan tanpa perlu berada di pejabat.

3. Malah dengan terus melaksanakan WFH ini banyak memberi manfaat pada majikan dan juga pekerja. Majikan boleh kecilkan ruang pejabat, jimat bil api air dan pelbagai lagi penjimatan lain.


Sabtu, 18 November 2017

9 32 permainan kanak-kanak zaman dulu

Sebelum zaman permainan video, komputer, notebook, telefon pintar, tablet dan segala jenis gajet, kanak-kanak di zaman 80/90-an terutama di negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia banyak bermain permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Konda Kondi, Teng Teng dan sebagainya. Walaupun zaman dulu tiada Internet, namun permainan-permainan ini tetap boleh tersebar luas ke merata dunia dengan pelbagai nama dan versi tersendiri.

Di zaman serba moden dan berteknologi ini, ada di antara permainan lama ini yang masih diwarisi dan dimainkan oleh kanak-kanak masa kini, ada juga yang hanya dimainkan ketika acara sukaneka atau hari keluarga, namun ada yang sudah pun tenggelam dek zaman dan hanya tinggal kenangan sahaja.



Selasa, 15 November 2016

15 Fenomena supermoon bukti bumi itu rata bukan sfera

Semalam 14 November 2016 berlakunya fenomena yang digelar Supermoon ataupun Bulan Penuh Perigee di mana bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi menyebabkan bulan kelihatan lebih besar daripada biasa. Supermoon kali ini adalah yang paling besar dan terang sejak tahun 1948, bermakna dari 1948 hinggalah tahun 2016, dalam banyak-banyak supermoon, bulan kali ini yang paling hampir dengan planet Bumi kita.



Isnin, 11 April 2016

16 Apabila pendakwah terkemuka datang ke Malaysia

Siapa yang tak kenal Dr. Zakir Naik, seorang penceramah dan pendakwah Islam tersohor yang berasal dari negara India. Beliau pernah hadir ke Malaysia pada tahun 2012 untuk memberi ceramah. Beliau terkenal kerana isi kandungan ceramahnya menggunakan konsep perbandingan agama dalam menjawab segala persoalan. Beliau bukan sahaja merujuk kepada Al-Quran dan hadis, malah akan merujuk kepada kitab-kitab agama lain seperti Injil dan lain-lain sebagai mengukuhkan lagi hujahnya.

Baru-baru ini beliau hadir ke Malaysia sekali lagi atas jemputan dan undangan program ceramah Dr. Zakir Lecture Tour to Malaysia 2016 yang dijadualkan bermula dari 9 hingga 20 April 2016 di beberapa lokasi di seluruh negara.



Khamis, 13 November 2014

13 Bagaimana generasi analog mengambil gambar

Aku rindu zaman analog. At least 10 tahun lepas a. Bagi aku itulah zaman kemuncak terhadap teknologi. Maksud aku itulah zaman dimana teknologi2 analog disempurnakan. Cakap je. Kamera, henpon, kereta. Semuanya sempurna dalam dunia analog. Everything just feels right. Dan dalam post kali ni, aku nak citer pasal kamera.



Rabu, 1 Oktober 2014

9 Mesin ATM digodam kerana masih pakai sistem kuno

Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.


Isnin, 22 Julai 2013

37 Kegilaan patung Minion McD yang kesian

Apa jadah la pasal mainan patung Minion dari filem animasi Despicable Me 2 pun nak berebut2 macam orang hilang akal, beratur dari awal pagi tengah malam macam nak dapatkan tiket final piala FA atau nak dapatkan tiket percuma konsert akhir Akademi Fantasia, bila patung tu habis habis pekerja kena maki hamun. Pathetic gila... kesian pulak aku tengok.


Selasa, 2 Julai 2013

23 Kewajaran makanan tradisional dipatenkan

Pernah suatu ketika dahulu aku terfikir, apa akan jadi kalau rekaan kereta beroda 4 dipatenkan masa ia mula2 dicipta? Mungkin akan wujud satu jenama kereta sahaja di dunia ini kerana orang lain dilarang meniru membuat kereta yang beroda 4. Mungkin syarikat lain akan membuat kereta bertayar 3, 5, 6 atau 10 kerana tidak mahu melanggar hakcipta paten kereta beroda 4. Itu baru kereta, tapi apa akan jadi kalau makanan dipatenkan?



Sabtu, 15 Jun 2013

27 Zaman remaja anda memang ohsem jika...

Kalau korang pernah buat ni, korang memang ada zaman remaja yang ohsem...


Khamis, 13 Jun 2013

82 Fesyen budak2 yang annoying di mata orang dewasa

Sewaktu zaman aku sekolah dulu, aku adalah seorang yang agak nerd. Masa darjah 6 aku dah start pakai cermin mata. Baju2 sekolah dan segala pakaian semua dibelikan oleh mak bapak aku, aku hanya pakai sahaja tanpa banyak cerita. Waktu sekolah rendah aku bersekolah di kawasan yang boleh dikira kawasan luar bandar jugalah, so tak berapa pandai dan peduli pasal fesyen2 pakaian. Biar la nampak selebet atau selekeh, janji aku selesa pakai sudah.



Ahad, 17 Februari 2013

36 Hari yang Albert Einstein takut sudah tiba

Saya bimbang hari di mana teknologi akan mengungguli interaksi sesama manusia. Dunia akan dipenuhi dengan generasi yang bodoh - Albert Einstein E = MC².



Isnin, 23 April 2012

14 Universiti Makhlus Halus

Satu lagi kes melibatkan makhlus halus. Kita sebagai Melayu marhaen mesti dengan hensem sekali mempercayai bahawa si arwah telah dibunuh oleh Jin Tanjung Malim. Lepas ini pakatlah ibu bapa elit mundur
(BACA: Kononnya moden tapi masih mempercayai ramalan rahsia tarikh lahir dan kesaktian bomoh) tak menghantar anak-anak ke UPSI kerana takut anak -anak dibunuh atau dibisik untuk bunuh diri.

Link 

Maaf . aku menghormati si mati sebagai seorang Muslim tapi aku skeptik dan jengkel terhadap media yang memaparkan kekarutan dan sikap "PUT THE BLAME ON THE SUPERNATURAL ".

Hearing Voices atau Mendengar suara Ghaib adalah salah satu penyakit mental. Cuba baca dan fahamkan dari sudut sains di samping tak salah berusaha menggunakan cara tradisional yang dibenarkan syarak.


Al Fatihah untuk Fatimah Mina Md. Juferi.

Isnin, 16 April 2012

2 Sihir dan Politik


Link

Sekali lagi Metro berjaya menarik perhatian pembaca marhaen dengan berita PANAS!

Memang tak dinafikan, banyak figura politik ada terlibat dengan amalan khurafat termasuk Adolf Hitler sekalipn.

Setakat di Malaysia dengan negara Asean yang lain , black magic adalah common di kalangan politikus-politikus yang mempercayai kuasa black magic.

Sila google

Adolf Hitler and Occult Belief


Mona Fendi


Ilmu pemikat orang ramai

P/S : Jangan ikut. Syirik dan karut.

Sabtu, 11 Februari 2012

0 Pasal kartun pun bising

Sebuah anime Jepun bertajuk Nichijou byk menggunakan terma Bahasa Melayu seperti berikut:

"Selamat Pagi"

"Selamat Malam"

"Selamat Tinggal"

"Sepak Takraw"

Aku sungguh bangga jadi orang Malaysia!!! ~ (pemikiran skeptikal org Malaysia). Tapi yg lebih bodoh dari tu, di Youtube ia dah menjadi perbalahan antara org Malaysia dan Indonesia sbb masing2 claim perkataan Selamat Pagi, Selamat Malam dan Selamat Tinggal tu diorang punya dan juga asal usul Sepak Takraw.



Tak sangka hanya kerana sebuah kartun dah boleh cetuskan perbalahan antara negara... Lebih baik bergaduh kerana ayam KFC.


nichijou japan anime selamat pagi malam tinggal sepak takraw bahasa melayu indonesia thailand gaduh