Memaparkan catatan dengan label Bebal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bebal. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mei 2025

0 Ketaksuban terhadap Gen AI suatu kebebalan

1. Dulu, sebelum zaman genAI, setiap orang ada peranan masing-masing. Ada pelukis, pereka grafik, editor, bos, pengurusan, pembuat dasar, majikan dan sebagainya. Biasanya, para bos akan minta golongan kreatif macam designer, jurufoto, videographer dan lain-lain hasilkan design, kartun, poster, banner, foto, video, montaj dan sebagainya.

2. Dengan ilmu dan daya kreatif yang mereka ada, ditambah pula dengan etika kerja dan ketelitian yang dipelajari bertahun-tahun, mereka hasilkan kerja yang berkualiti. Bila siap, ditunjukkan kepada bos. Biasalah, bos dinosor pun bagi komen, minta tukar warna, tukar font, tukar layout ikut selera dia. Designer pun edit semula berkali-kali, walaupun kadang makin pelik, tetap dibuat dengan ketelitian, tanggungjawab dan etika seorang profesional.


Jumaat, 1 Mac 2019

6 Alkisah doula, anti vaksin dan bumi rata

1. Beberapa kebelakangan ini, isu doula, anti vaksin dan bumi rata hangat diperkatakan lebih-lebih lagi setelah ia mendapat tempat dan ruang di rancangan TV arus perdana dan juga didokong oleh selebriti tertentu.

2. Ada yang bersetuju topik ini diperbahas dan didebatkan secara terbuka di kaca TV agar orang ramai boleh mendengar sendiri dari mulut golongan yang pro dan anti, namun ada juga yang tidak bersetuju kerana perbahasan ini mengaibkan individu dan hanya membuatkan orang ramai bergaduh dan bertelagah.



Isnin, 9 Julai 2018

6 Budaya sendiri buat tahi orang lain terpaksa cuci

Tular di media sosial, video Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Sabtu yang lepas di mana beliau kelihatan membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu, mengambil inspirasi daripada penyokong Jepun yang seringkali dilihat mengutip sampah sejurus perlawanan bola tamat di stadium.



Rabu, 12 Oktober 2016

2 Keganasan dan kebodohan tidak mengira warna baju

Hari Sabtu baru-baru ini berlaku satu insiden yang menjadi bualan netizen di laman sosial di mana seorang penyokong BERSIH yang menaiki motor telah dilempar telur dan diterajang di Sabak Bernam oleh segelintir peserta kumpulan baju merah yang dipimpin oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos. Bukan setakat itu, ia diburukkan lagi dengan pelbagai ugutan dan ancaman dari kumpulan baju merah terhadap kumpulan baju kuning.



Jumaat, 23 September 2016

5 Henti viralkan kebodohan dan kesalahan sendiri

Dah banyak kali berlaku hal seperti ini. Bila berlaku suatu benda yang kita rasa salah atau tak kena di mata kita, perkara pertama yang kita buat adalah ambil gambar atau rakam video, lepas tu upload di media sosial untuk diviralkan, dengan harapan orang akan mempertahankan kita dan menghukum orang yang kita rasa salah.

Walaupun suatu perkara itu hanya melibatkan kita dan seseorang yang lain, tapi kita rasa kita perlu libatkan netizen lain yang langsung takde kaitan untuk menjustifikasikan tindakan kita itu adalah betul dan kebenaran berpihak kepada kita. Malangnya, kebanyakan isu yang diviralkan hanya akhirnya memperlihat dan menyerlahkan kebodohan sendiri sahaja.



Jumaat, 19 Ogos 2016

6 Melayu keliru dengan logo syarikat pembentungan

Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.



Rabu, 10 Ogos 2016

4 Terlalu paranoid dengan hal yang kita tidak tahu

Ada orang kongsikan sebuah keratan skrin game Pokemon Go di FB kerana dikatakan terdapat kalimah Allah. Ditambah lagi dengan kenyataan "tak rasa berdosa ke" main game ini, lalu dikongsikanlah beramai-ramai oleh bani Melayu paranoid yang di dalam kepala otak mereka begitu yakin bahawa game Pokemon Go ini begitu jahat, boleh merosakkan akhlak dan akidah, boleh memurtadkan orang Islam dan juga merupakan agenda Yahudi.

Like seriously?



Ahad, 17 April 2016

12 Sikap dan mentaliti buruk barah dalam masyarakat

Saya dah bertahun baca blog awak. Pada saya blog Buasir Otak adalah 1 blog yang mampu mengubah perangai rakyat Malaysia. Macam-macam isu awak dah kupas.

Sebenarnya sudah lama saya nak hantar luahan tentang sikap rakyat yang sangat bangang dan menyusahkan. Saya mempunyai 2 orang anak dan kerap keluar tanpa suami untuk beberapa urusan harian. Selalunya yang buat saya bengang ialah masalah parking, tidak beratur dalam barisan, potong queue dan lain2 lagi.

Tapi hari ini betol-betol buat saya naik angin. Pagi tadi saya bawa anak yg berusia 3 tahun naik LRT dari stesen Asia Jaya. Anak saya dah lama teringin nak naik LRT. Akhirnya hari ini saya luangkan masa berdua dengannya.

Ketika masuk tiada kerusi kosong. Dan orang bodoh yang selfish ni terus membodohkan diri. Bayangkan sambil tangan sebelah pegang anak, tangan lagi satu memegang palang dan memastikan beg tidak terjatuh. Saya dan anak hampir tersungkur tadi..



Jumaat, 15 April 2016

7 Hubungan sumbang mahram tak mustahil akan diiktiraf

Kim, seorang wanita berumur 51, bertemu semula dengan anak kandungnya Ben yang kini berumur 32 tahun kira-kira 2 tahun lepas. Kim menyerahkan Ben kepada keluarga angkat sejak lahir dan tidak pernah lagi mendengar khabar berita anaknya itu.

Kini, Ben tinggalkan isterinya untuk bercinta dengan ibunya, melakukan hubungan kelamin, merancang untuk berkahwin, mahu mempunyai anak bersama, namun tidak mengakui yang hubungan mereka itu adalah sumbang mahram atau incest, sebaliknya Genetic Sexual Attraction (GSA) iaitu tarikan seksual di antara ahli keluarga terdekat.

Oh ya, ini kisah sebenar yang berlaku di US seperti yang dilaporkan dalam akhbar ini.


Isnin, 11 April 2016

16 Apabila pendakwah terkemuka datang ke Malaysia

Siapa yang tak kenal Dr. Zakir Naik, seorang penceramah dan pendakwah Islam tersohor yang berasal dari negara India. Beliau pernah hadir ke Malaysia pada tahun 2012 untuk memberi ceramah. Beliau terkenal kerana isi kandungan ceramahnya menggunakan konsep perbandingan agama dalam menjawab segala persoalan. Beliau bukan sahaja merujuk kepada Al-Quran dan hadis, malah akan merujuk kepada kitab-kitab agama lain seperti Injil dan lain-lain sebagai mengukuhkan lagi hujahnya.

Baru-baru ini beliau hadir ke Malaysia sekali lagi atas jemputan dan undangan program ceramah Dr. Zakir Lecture Tour to Malaysia 2016 yang dijadualkan bermula dari 9 hingga 20 April 2016 di beberapa lokasi di seluruh negara.



Ahad, 27 Mac 2016

5 Tak guna motor besar jika akal kecil otak sempit

Suatu ketika dulu aku pernah tulis cerita tentang kesusahan seorang OKU yang terpaksa meletakkan kereta jauh dari tandas di R&R kerana tempat letak kereta khas untuk OKU telah dirampas oleh mat-mat motor yang sangat tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan di artikel ini - "Mendalami perasaan insan OKU yang haknya dirampas".

Baru-baru ini, cerita fiksyen yang aku tulis itu sekali lagi menjadi kenyataan dan telah viral di media sosial yang dikongsikan oleh Iela Fadila di Facebook di mana sekali lagi terdapat geng bikers yang merampas hak OKU dengan meletakkan motor besar mereka di parking khas OKU sehingga menyebabkan orang yang benar-benar memerlukan terpaksa bersusah payah. Kejadian dikatakan berlaku di R&R Sg. Buloh pada 26 Mac 2016.



Khamis, 17 Mac 2016

7 Mentaliti bebal tak beri laluan pada ambulans

Kebanyakan manusia yang hidup dalam masyarakat kita hari ini terlalu pentingkan diri. Terlalu merasakan yang urusan mereka sahaja yang penting berbanding orang lain. Terlalu merasakan halnya terlalu penting daripada segala apa yang berlaku di sekelilingnya. Disebabkan itu mereka merasakan yang mereka layak dan berhak untuk mengambil kesempatan dan hak orang lain.

Contoh paling mudah atas jalan raya. Ramai yang merasakan mereka sahaja yang ada kenderaan, mereka sahaja yang bayar cukai jalan, mereka sahaja yang ada urusan yang tersangat gila babi penting sampai sanggup potong barisan, guna laluan kecemasan, letak kereta double triple park dan sebagainya. Langsung tidak ada rasa ehsan dan empati terhadap orang lain, termasuk kenderaan penyelamat yang sedang dalam kecemasan terutamanya van ambulans.



Sabtu, 3 Oktober 2015

16 Pejuang bahasa Melayu yang bebal tak bertempat

Aku yakin, kebebalan tak bertempat macam ini, hanya berlaku di Malaysia... dan di Malaysia.



Khamis, 17 September 2015

18 Gelar suatu kaum dengan haiwan yang mereka makan

Tidak ada apa-apa kesalahan dengan perkataan "Cina babi" yang dilemparkan peserta terhadap beberapa pihak media pada perhimpunan "baju merah" semalam, kata salah seorang daripada penganjur, Datuk Jamal Md Yunos sambil menambah perkataan "babi" bukan satu penghinaan kerana orang Cina memakan daging babi.

Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata perkataan "babi" bukan satu perkataan yang sensitif bagi orang Cina.

"Bagi saya kalau semalam you (media) kena dengar keseluruhan yang dikata jangan ambil perkataan.

"Bagi Melayu sebut babi kita sensitif sebab babi haram tapi bagi orang Cina, babi ini adalah makanan mereka tak ada masalah," katanya kepada pemberita pada satu sidang media hari ini.



Jumaat, 4 September 2015

18 Hacker Anonymous Malaysia yang syok sendiri

Awal bulan lepas, satu kumpulan menggelarkan diri mereka ‘Anonymous Malaysia’ telah mengisytiharkan perang internet terhadap Kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dengan mengancam untuk menyerang kebanyakan laman web dan sistem kerajaan menjelang hari Kemerdekaan pada 29 hingga 30 Ogos 2015 baru2 ini, menyebabkan ramai orang IT kerajaan yang terpaksa standby tak tidur malam dan berjaga2 untuk menghadapi dan menangkis serangan siber tersebut.



Sabtu, 4 Julai 2015

16 Tiada pilihan dan terpaksa tidak bermakna menerima

Dulu DS Hasan Malek pernah cakap "Aduan sudah kurang, rakyat sudah boleh terima GST" dan "Masyarakat Rompin mula terima GST" yang hanya berasaskan kepada andaian semata2 tanpa sebarang fakta dan hasil kajian. Kemudian DS Nazri Aziz pula dilaporkan yang "Rakyat tetap belanja raya walaupun GST". Namun hakikatnya, ada GST atau tidak, belanja memang tetap kena belanja.



Selasa, 21 April 2015

97 Simbol salib merosak akidah dan cemar otak Melayu

Orang Melayu ramai yang ada satu jenis penyakit fobia, fobia kepada macam2 benda yang mereka rasa ada agenda yang dianggap boleh merosakkan akidah mereka seperti freemason, illuminati, yahudi dan simbol salib, namun mereka tiada pula rasa fobia terhadap agenda2 lain yang lebih merosakkan akhlak dan imej agama malah menyokong dan menyambut baik agenda2 tersebut seperti konsert, rancangan2 hiburan, drama dan filem2 yang dipenuhi pelakon seksi dan tidak menjaga batas agama dan lain2.

Malah bagi mereka kewujudan rumah ibadah agama lain seperti gereja dan kuil yang hanya digunakan untuk penganut agamanya sahaja lebih sensitif sampai kena buat demo dan protes bagai daripada wujudnya pusat karaoke, kelab malam, pusat urut, restoran dangdut dan sebagainya di tempat mereka.



Khamis, 25 Disember 2014

9 Lorong kecemasan lebuhraya bukan khas untuk motor

Izzati memandu laju kereta Proton Prevenya di lorong kanan sebuah lebuhraya PLUS ke arah Selatan untuk pulang ke kampung sempena cuti Hari Krismas. Sedang dia menekan pedal minyak dan keretanya bergerak dengan kelajuan pantas 150km/j, dia ternampak sebuah kereta Perodua Myvi di depannya agak perlahan. Kerana tak sabar, dia menjeling sepintas lalu ke cermin sisi kirinya tiada kereta yang kelihatan, dia terus memusing stering belok ke kiri untuk menukar laluan tanpa memberi lampu signal, dan tiba2 bunyi berdentum dari belakang keretanya.

Rupa2nya ada motor di kawasan blind spotnya dan dia telah melanggar motor tersebut sewaktu sedang menukar laluan kiri menyebabkan motor tersebut jatuh dan penunggangnya tercampak dan terseret ke longkang. Izzati pun menjerit, "Adoi sial betul la motor ni. Motor lalu la kat laluan motor dekat tepi jalan tu, lalu kat tengah highway buat apa?!".



Ahad, 25 Mei 2014

10 Logik macai politik terhadap suatu fitnah

Tulis kenyataan mengarut, letak gambar, tulis nama, orang terus percaya. Ya, cara ini masih lagi kekal sebagai teknik membuat fitnah paling mudah, cepat dan efektif kerana 2 sebab, satu kerana majoriti rakyat Malaysia taksub dengan parti politik, kedua kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang malas membaca, mengkaji kesahihan suatu benda dan rela diperbodoh dan ditipu.



Khamis, 23 Januari 2014

14 Sikap rakyat yang sanggup bayar punca harga naik

Tahukah anda, kenaikan harga di Malaysia ni semuanya disebabkan oleh kita iaitu rakyat. Ya, bukan kerana kerajaan, bukan kerana peniaga, bukan kerana pembekal, tapi kerana kita. Harga gula naik sebab nak kurangkan penyakit diabetes, nilai hartanah naik kerana ia seperti nilai seorang wanita. Kenaikan harga tambang bas pun berpunca daripada ibu bapa sebab mereka sanggup bayar mahal.