Aku perhati ada juga yang tak faham atau salah faham dengan maksud komik ni. Ok takpe, baca kisah di bawah ini:
Pada mulanya, niat wanita ni hanya ingin membantu ayahnya yang mengalami kerugian apabila kereta ayahnya dipecah masuk oleh pencuri dan beberapa barang berharga hilang dan dokumen penting ayahnya hilang.
Selepas itu, wanita ini mengemas kini status di Facebook ingin meminta bantuan, tetapi akhirnya lain pula yang jadi apabila dihentam netizen.. Nak tahu kenapa?
Kerana minta tolong dalam bahasa inggeris, wanita ni dihentam
Ok lah bagi yang memang tak faham tu kami translate kan ye, seorang anak perempuan ingin membantu apabila kereta milik ayahnya dipecah masuk oleh pencuri dan beberapa barang, wang dan dokumen penting hilang termasuk lah dokumen atau medical report dari HuKm mengenai penyakit cancer ayahnya. Dia berharap agar dokumen tu dikembalikan semula kerana dokumen tu amat penting.
‘Nak minta tolong cakap omputih, ingat ni luar negara ke?’
Sumber artikel dari Oh Bulan!
Aku faham, ramai Melayu nak perjuangkan Bahasa Melayu. Aku faham, ramai pejuang bangsa Melayu nak memartabatkan Bahasa Melayu, tapi... ikut tempat lah. Ada banyak lagi cara, keadaan, situasi, tempat dan wadah lain yang lebih sesuai untuk memperjuangkan Bahasa Melayu.
Korang boleh tulis artikel tentang memperkasakan Bahasa Melayu dalam blog, FB, post tentang kepentingan Bahasa Melayu di akaun FB sendiri, masuk dalam forum2 dan post2 yang berkaitan untuk berbincang dan berdebat dan lain2 lagi cara.
Tapi bila ada orang dalam kecemasan, orang dalam kesusahan, diorang nak mintak tolong dalam bahasa selain BM pun korang boleh mempertikaikan kenapa tak mintak tolong dalam Bahasa Melayu, itulah yang dinamakan bebal tak bertempat. Malah ada yang menghukum cakap orang tu berlagak, lupa daratan, lupa asal usul dan sebagainya.
Apa kejadah semua ni?
Korang ni tak tahu nak letak dan menilai apa yang menjadi keutamaan ke? Dalam hal ni, menolong dan membantu orang yang meminta bantuan itu lebih penting dan utama daripada bahasa yang dia guna. Apa kalau cakap atau tulis dalam Bahasa Inggeris, orang tu dah tak jadi Melayu ke?
Apa kalau orang Melayu cakap atau tulis dalam Bahasa Inggeris, ia menjadi satu kesalahan dan suatu pendosaan besar ke? Yang dok kondem bukan2 tu memang betul2 kenal ke dengan orang yang minta tolong tu, kawan ke dengan beliau, dan tahu ke latar belakang beliau sampai hukum yang bukan2?
Dan yang paling kelakar dan bebal, para pejuang Bahasa Melayu yang dok kondem macam2 tu sendiri tulis komen Bahasa Melayu tak betul, tatabahasa tunggang langgang, pakai ejaan shortform alien jadah haram budak2 Wechat baru nak up, lagi mau rasa diri macam pejuang bahasa.
Kalau takde rasa nak menolong, tak payah komen yang bukan2, nanti terserlah kebebalan sendiri.
Musibat.
tags: komik pejuang bahasa melayu yang bebal tak bertempat dungu ohbulan minta tolong bantuan media sosial tulis dalam bahasa inggeris english
Salam 1rasuah,
BalasPadamYang ini tak boleh salahkan ibu bapa sepenuhnya. Kerajaan kita hanya tahu sediakan bangunan sekolah yang cantik-cantik tetapi bagaimana dengan kualiti tenaga pengajar? Kadang-kadang tidak masuk akal pula bila tukang ajar yang hendak membimbing murid-murid skor UPSR mereka sendiri tak skor UPSR. Umum maklum budak-budak akademik teruk kerana akhlak mereka teruk, tak percaya tanya cikgu dalam kelas, budak dapat nombor last tu perangai macam mana. Jadi nak datang kecemerlangan dari celah mana? Contoh guru bi, elaun bisp mereka kebas tapi mengajar dalam BM, barakah ke macam tu? Begitu pula dengan GPI yang dulu di sekolah tak pernah cemerlang, hanya pergi KU dan timur tengah untuk senang masuk KPM jadi bagaimana hendak menjadi contoh teladan kepada murid? Ibu bapa harus bersikap proaktif dengan mengusulkan supaya tenaga pengajar mempamerkan result UPSR hingga SPM mereka di papan kenyataan sekolah bagi memberi motivasi kepada murid-murid demi kebaikan bersama. Ingatlah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Heee
ko dulu sekolah kat mane? tukang ajar ngko dulu tu pandai ke bodo? ko ni pandai ke bodo? cuba tanya kat diri sendiri dulu..
PadamBagi aku ini bukan masalah siapa ada sijil cemerlang,siapa yg biasa2,siapa yg dropout.ini softskill n street smart- yg tahu apa yg patut dibuat dlm certain situasi,tahu membawa diri. Ia tak diajar di institusi pendidikan formal,kalau ada pun cuma sipi2 n tak bagi even basic apalagi secara mendalam. Bagaimana kita harus menanggapi dan/atau response kepada suatu keadaan in a real life? Pengalaman hidup tu penting,kalau nak cari pengalaman kenalah keluar dari comfort zone n bergaul dgn pelbagai lapisan masyarakat iaitu selain dari keluarga atau kawan2 yg mungkin sentiasa be nice pada kau,klu jahat pun kau dh kenal sgt dgn diorg. Org luar pula sebaliknya. Klu miskin pengalaman jadilah kita seorang yg tak boleh kenalpasti apa point sesuatu permasalahan yg kita sedang hadapi. Sad story.
Padamngko ni salah rumah ni..
PadamBiasa sangat dah tu rakyat Malaysia banyak negatif dari positif. Musibat sangat
BalasPadamBangangnya org sekarang ni.Fikiran org mcm ni buat kita mundur.Nilai kemanusiaan dah hilang.
BalasPadammcmana ler nak surh org ckp mlyu klau aq pon tulis mlyu pon tak btl
BalasPadamhaw haw haw..
Haa.. btul la tu.. situasi dan keadaan kna ditengok juga sebelum menghentam.. itu aku setuju
BalasPadamTak apalah.. asal kau tahu nak berbahasa dengan btul.. tak kira lah bahasa apa pun teruskan la...
Itu menunjukkan kau orang yng terpelajar kan? Menguasai bahasa lain selain 'menguasai' bahasa ibunda sendiri..
Oh.. satu lagi.. kalau tahu berbahasa asing dan ayat lebih beradab berbanding yang berbahasa ibunda...
Macam mana pula ye?
agaknya dia kopipes share sekali kat barack obama kot.. dah tentu la obama x paham bahasa melayu, dan xtepikir pulak nak guna gogel translate.
BalasPadamBro ko tau tak style nk memalukan melayu kekadang agama islam oleh puak2 liberal urban celaka ni...ambil statement mamat minah bodoh dlm fb untu diperbesarkan...then fanpage yg nk liker follower bebyk ambil ntuk kejar rating...sama la mcm kes gimnas farah hadi kes tudung biasiswa bank negara....celaka kan?
BalasPadamSalam SatuMDB
BalasPadamApe lu nak heran. Punya la bangang, bukan terhadap english tu sendiri, siap modified english. Macam relationship berubah jadi relay. Relay kepala bapak dia.
KEBELAKANG
(KEmbalikan BErak MeLAlui KANGkangan)
Musnah Tandas Duduk
Musnahkan tandas duduk
PadamOrg malaysia kalau nak kondem, nak viral, nak joke mmg handal...kalau nak ikhlas menolong payah nak jumpa. Kalau ada yg nak tolong sometimes nak something in return atau berkepentingan. Pas2 xde idea nak tolg, attack personal pulak...fow example kita ada masalah personal, pas2 org semua busy body nak tau even kita xnak share..bila share kena bash pulak...menolongnya xde pulak, pas2 ramai org tau masalah personal kita n jd bahan gosip.
BalasPadamFew days before, tayar kereta sy pecah, sempat drive ke bahu jalan n tukar tayar sorg2...dtg satu mamat x tau india ke melayu tp mcm mamak...jabat tangan n tanya nak mintak tolg ke bukak tayar...so sy bagi dia tolg n buat sama2 sbb dia ada better tools...lepas habis tukar tayar dia mintak duit RM40 sbb dia claim pomen highway 2 even bawak keta buruk je..malas nak fikir bg je la duit even dlm hati menyumpah2 sbb x ckp awal2 nak duit kalau mintak tolg.
Ada satu kali sbb rushing, keta mati tengah jalan, sempat tolak ke tepi...tiba2 ada van dipenuhi org asing, maybe bangla dtg nak tolg..siap bg minyak petrol dia (sbb mereka mcm kontrak potong rumput) n tuang dalam keta saya..pas2 sy hulur duit perol dia xnak, sbb dia kata ikhlas nak tolg...
Kesimpulan sy nmpk, ada kala org asing lg better dr org tempatan....tau nak pau je, x pun kondem balik.
semuanya fasal mentaliti otak dunia ketiga. eh malaysia dlm kategori dunia ketiga ke? hahahahaha
BalasPadamkalau di oversea atau lebih tepat lagi negara mat saleh, diorang takdenya nak gelak ke, nk perli ke nak bahan ke kalau kau punya grammar salah. tp kat m'sia? ko typo sikit dh mcm org gila org bahan.
sama jgk laa mcm speaking ni. itu hari aku ke satu restoran dari barat aku speaking laa dgn waiter tu, sekali kawan aku cakap, knp, takleh ckp bahasa melayu ke nak order? aku jawab, kalau speaking cepat sikit order sampai dia terus diam, huahahah
Salam, maaf mencelah. Memang tak salah minta tolong guna bahasa Inggeris tapi kau orang pun kena tengok tempat jugak la. Kau orang minta tolong dengan orang Malaysia yang kebanyakannya boleh bercakap Melayu, dah tu kenapa perlu cakap Inggeris???? padahal, dgn bahasa Melayu pun orang dah boleh faham. Ingat orang tua-tua kita dulu pernah cakap, di mana bumi dipijal, di situ langit dijunjung. Susah cakap dengan manusia-manusia berotakkan Inggeris ni. Semua nak Inggeris. Dasar tali barut penjajah.
BalasPadamSalam, maaf mencelah. Memang tak salah minta tolong guna bahasa Inggeris tapi kau orang pun kena tengok tempat jugak la. Kau orang minta tolong dengan orang Malaysia yang kebanyakannya boleh bercakap Melayu, dah tu kenapa perlu cakap Inggeris???? padahal, dgn bahasa Melayu pun orang dah boleh faham. Ingat orang tua-tua kita dulu pernah cakap, di mana bumi dipijal, di situ langit dijunjung. Susah cakap dengan manusia-manusia berotakkan Inggeris ni. Semua nak Inggeris. Dasar tali barut penjajah.
BalasPadam