Selasa, 13 Oktober 2015

26 Kadar tol naik, rakyat bingung, macai berkokok

"TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini.

Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan.

"Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka.


Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini.

"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook.

"Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama.

Di laman mikro Twitter, majoriti pelayar juga meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap berita tersebut.

"Nampaknya kos perjalanan pergi balik aku dari rumah ke UIA akan bertambah lagi seringgit sebab tol Duke naik," kata St-Pierre.

"Harga tol naik lagi, darah aku pun dah naik jugak ni," kata Ain.

Seorang pengguna twitter, Rosniza mengutarakan persoalan yang menarik.

"Tol naik harga ni dapat kurangkan (trafik) jamm ke?" tulisnya.

Dipetik daripada Sinar Harian.


* * * * * * * * * *

Seperti yang umum tahu, beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan menaikkan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober ini.

Ia menyaksikan kenaikan harga lebih 17 hingga 80% di antara 20 sen hingga RM1.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman kenaikan tol dilakukan oleh konsesi tertentu menerusi kenyataan bersaingan, dan bukannya kerajaan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Kerja Raya berkata penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

Berikut adalah kadar tol yang baru yang berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015:

Sumber Malaysiakini.

* * * * * * * * * *

Alasan kenaikan ini?

1. Mahu bina lebih banyak hospital dan sekolah
Kadar tol di 10 lebuh raya akan dinaikkan secara drastik berkuatkuasa Khamis ini kerana kerajaan memutuskan tidak lagi bagi membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi yang terbabit sebagai mana yang diperuntukkan dalam Perjanjian Konsesi.

Menurut Kementerian Kerja Raya, wang berkenaan boleh digunakan bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih banyak hospital, membina lebih banyak sekolah dan sebagainya.

Kenyataan itu juga menyebut kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM1.5 bilion sebagai pampasan kerana tidak membenarkan kenaikan harga tol sejak 2008.

“Kerajaan berpandangan pampasan-pampasan penangguhan kenaikan kadar tol sewajarnya digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang lain yang boleh memberi kesan pengganda (multiple effect) kepada ekonomi negara yang seterusnya boleh memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Umpamanya, ia boleh digunakan untuk membiayai kerja-kerja penurapan semula jalan-jalan sedia ada, menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan seperti membina lebih sekolah dan sebagainya,” petik kenyataan itu lagi.

Sumber Malaysiakini.

2. Untuk galak penggunaan pengangkutan awam.
Penyelarasan kadar tol bermula 15 Oktober ini hanya membabitkan lebuh raya dalam bandar manakala kadar tol bagi lebuh raya antara bandar tidak berubah.

Kementerian Kerja Raya menerusi kenyataan akhbarnya memaklumkan penyelarasan itu tidak membabitkan kadar tol bagi bas yang masih kekal pada kadar lama.

“Usaha itu diambil untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, terutama bas yang akan menjadi satu pilihan mod pengangkutan ke destinasi serta mengurangkan kesesakan trafik.

“Selain itu, syarikat konsesi yang diberikan hak untuk menaikkan kadar tol perlu melaksanakan projek pembangunan lain dalam usaha memberi kesan berganda kepada ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan penyelarasan itu dibuat selepas kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di semua lebuh raya yang layak menerima kenaikan sejak 2008 sebagai inisiatif mengurangkan beban rakyat.

Sumber Harian Metro.

Ya, rakyat memang berharap kenaikan tol ini dan akhirnya sudah menjadi kenyataan.

Ya, rakyat faham yang tol terpaksa dinaikkan walaupun manifesto pilihanraya janji turun.


Ya, memang selama ni sekolah dengan hospital kurang sangat, nak bina pakai duit GST pun tak cukup sebab tu kena tampung dengan duit penjimatan pampasan tol ni. Nampaknya dalam 2 3 tahun ni kita akan dapat menyaksikan pertambahan lebih banyak sekolah dan hospital kerajaan.

Ya, memang lepas ni lebih ramai yang akan naik pengangkutan awam, walaupun perkhidmatan tak efektif, tak ikut jadual dan bila kira2 balik lebih mahal daripada harga tol yang naik tu. Kalau orang yang duduk di Putrajaya bekerja di Kuala Lumpur, lepas harga tol naik lalu highway Mex pergi balik dalam RM11, kalau naik pengangkutan awam seperti ERL, LRT, bas dan teksi, pergi balik mau RM20 lebih. Belum campur caj parking kereta kat stesen sentral lagi.

Ya, memang tol adalah cara paling mudah untuk perah duit orang termasuk paksa orang beli kad Touch N Go.

Macam ni lah...

Kalau kenaikan tarif tol, elektrik, harga barang, minyak, cukai, lesen, harga kereta, rumah dan apa2 sahaja memang kerajaan tak boleh nak kawal sebab ada perjanjian itu ini dengan pihak syarikat, nak suruh orang naik pengangkutan awam la, nak kena ikut harga dunia dan kadar tukaran matawang la, nak bantu kurangkan hutang negara la dan pelbagai alasan2 lagi, janganlah pergi masukkan janji nak turunkan benda2 tu dalam manifesto atau akujanji pilihanraya korang, tak kisahlah parti politik mana pun.

Korang sendiri masukkan benda2 seperti kurangkan harga, tarif atau kadar pelbagai benda dalam manifesto, tapi akhirnya korang sendiri tak mampu nak tunaikan pun atas 1001 kekangan dan alasan. Kan biol namanya tu?

Ni, harga kereta turun antara 20% - 30%, bila nak buatnya?
Penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20%, bila nak laksananya?
Membina 1 juta rumah mampu milik, mana 1 jutanya?
Aku simpan lagi janji2 korang kat entry ni "Tunaikan janjimu, surat terbuka buat PM tersayang".

Sebab tu lepas2 ni bila nak buat manifesto pilihanraya tu, biar la realistik sikit. Cakap la nak bina 1,000 rumah ke, nak turunkan harga sayur ke, nak turunkan harga basikal ke, nak bagi bantuan RM100 pada keluarga miskin ke, nak kekalkan kelajuan Internet di Malaysia ke dan lain2 janji yang lebih logik untuk dilaksanakan berbanding janji2 yang akhirnya korang tak mampu nak laksanakan pun.

Tapi bila kes2 macam ni, aku paling kesian tengok para macai.

Macam kes ni, ada macai yang kata yang dalam manifesto tu "Tol antara bandar" seperti tol lebuhraya PLUS dan LPT, yang naik ni "Tol dalam bandar" so kenaikan ni tak sah dengan manifesto ni. OKlah aku boleh terima lah alasan tu, tapi still manifesto tu tulis, "Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat", so celah mana dan bila masa tol highway PLUS, LPT, ELITE dan yang seumpamanya nak turun???


Serius, kesian tau tengok macai2 ni terpaksa berhempas pulas tolong backing dan coverkan kat FB dan blog segala tindakan kerajaan yang membuatkan rakyat yang terpaksa tanggung kesusahan. Lagi kesian bila penat2 macai ni cari dan reka alasan macam2, tak lama kemudian kerajaan bagi pula kenyataan yang bertentangan dengan alasan para macai sebelum ni, contohnya kes derma RM2.6 billion tu. Mula2 nafi, pastu cakap ada pula orang derma, tapi kejap derma dana politik, pastu derma sebab banteras ISIS.

Kesian lah wei jadi macai, asyik memperbodoh dan sanggup diperbodohkan je. Kesian weeiii.



tags: kadar tarif 17 tol lebuhraya naik highway besraya karak akleh duke silk gombak bentong latar maju expressway mex lksa guthrie smart tunnel manifesto akujanji macai

26 ulasan:

  1. Noob pukimak!! Dpt br1m senyap, tol naik melalak mcm org gila talak,, klo rasa tol mhl baik ko naik basikal,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la, dulu sape suruh jadi bodoh. Kan dah kena keja kuli. Kena travel hari2 jauh2 lalu tol bagai.

      Tengok macam aku. Beli rumah cantik area Subang. Bisnes pun area Subang jugak. Rumah ke tempat bisnes 15km tak perlu lalu tol pun. BN perintah ke PR perintah ke langsung tak jejas kehidupan harian aku.

      Kalau kau orang ada anak tolong advice anak korang jangan jadi Melayu bodoh macam korang, ok?

      Padam
    2. Woi gerrad, klu pandai pown kapir watpe!

      Padam
    3. Suke2 je kau tuduh aku kapir Anon 11.41 oi. Aku dah masuk Islam la wei. Kalau tak caye meh datang rumah aku dengar aku ngucap.

      Konfirm kau terpegun punya bila dengar keunikan suara aku macam suara kekanda Awie...

      Padam
  2. Salam sehati serasuah 2.6 ,

    Bayangkan rakyat yang jujur cari rezeki dibebankan dengan tol yang tinggi, duti kenderaan setinggi 300%, bil air syabas, minyak naik, servis yang tidak cekap dari jabatan kerajaan terpaksa bayar myeg, sistem pendidikan dengan kebanyakan tukang ajar hanya dapat serendah 3A dalam SPM yang memaksa rakyat perlu kepada tuisyen atau masuk sekolah antarabangsa dengan yuran yang tinggi, perlu bayar konsultan asing untuk engineer, arkitek bangunan tinggi kerana IPT tempatan hasilkan pemegang kertas engineer, arkitek bukan seorang berilmu engineer, arkitek dan harga rumah yang melambung.

    Lebuh raya dan jalan bertol di Malaysia bermula pada tahun 1988, angaran terkini pengguna lebuh raya setiap hari ialah 7 juta kenderaan.

    Jika satu kenderaan bayar RM1 bermakna PLUS terima sekurang-kurangnya RM7 juta sehari! dan sudah semestinya lebih dari itu kerana jika anda sesat di Kuala Lumpur boleh rabak poket anda kerana bukan satu tol yang anda akan jumpa dan tambahan pula setiap tahun kadar tol dinaikkan.

    Dari tahun 1988 hingga kini bayangkan takkan belum habis-habis bayar kepada syarikat konsesi lebuh raya lagi, tambah membebankan lagi setiap tahun tol naik walaupun keuntungan PLUS dalam RM juta setiap hari! bukan bulan atau tahun.

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A dan ke atas , degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am kecuali mereka yang bekerja sendiri ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya .heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ko nak mampos? Meyampah aku tgk post ko ni, sial

      Padam
    2. gapo dio tol naik? kawe gi kijo naik mutu.. alik kapung kawe tupe saing, xdok gapo efek la sangat.. kawe pong scorer espieng kawe buleh 67A.

      Padam
    3. Naik mutu? Mutu atok ko, tulis mcm budak tadika, sakit mata tengok

      Padam
    4. hoi anon 711, ko org kelantan boleh la belagak xkisah tol naik sbb kat negeri ko tu xde tol, xde highway.. negeri mundur la katakan... phuiiiiii

      Padam
    5. huk aloh la.. nate sungguh demo ghoyak kawe supo tu.. nate aye,nate kugho demo!!! gong nguh...

      Padam
    6. nate keroo !!!

      Padam
    7. Baso bewokkk!!!

      Padam
    8. kok kuing mu!!!

      Padam
  3. Lanjiouuuu la ko nubhan, aku jumpa ko kat luar aku sekeh, simpan la bangang tu skit... !!!

    BalasPadam
  4. Upah dah dibayar, kerja kenala buat. Biarla membodohkan diri sendiri sekalipun. Kesian blogger ni semua, kalau tak buat kerja Najib panggil bangang, bila buat kerja pulak orang panggil bangsat.

    BalasPadam
  5. Noob ni mmg biol gak kengkadang. Sepatutnya dia la yg berbangga harga tol naik. Dulu siap puji lagi gomen naikkan minyak 20 sen. Kendian puji diri sendiri yg org kementerian amik pakai cadangan merapu dari blog dia.

    La ni, awat tak komen baik-baik pulak pasal rege tol naik? Baru naik 3-4 hinggit pun dah bising.. bukannya nak 5000 hinggit pun.. Besok org kementerian Uganda akan bagi pingat biol kat ko.

    Sudah la noob. Hang pun mmg sado yg sangat sangap. Bila la nak jumpa owang gomen yg cerdik sikik. Memanjang ja jumpa mcm taik.. dari tukang kebun.. hinggalah ke PM..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pe orang Gomen yang cerdik. Dulu ada sorang malaun ni keja Gomen. Jutawan jugak la.

      Lepas die pegang jawatan PM dengan sekelip mata gelaran dia dari jutawan terus melompat jadi bilinuair. 2.6 bilinuair untuk lebih tepat.

      Padam
  6. Tol-tol baru yang diperkenalkan juga banyak..

    BalasPadam
  7. Alasan patah balik ke rakyat tu memang tak masuk akal sungguh...
    Dari dulu guna alasan sama, tapi tak nampak pun sekolah or hospital jadi banyak...Sama je...

    BalasPadam
  8. BN menang rakyat senang......senang kena tipu dan kena kelentong

    BalasPadam
  9. Sy ada baca artikel...bukan nak memihak kerajaan tp bukan mengambarkan fakta 100%

    Kalau ikut statement press conference, kerajaan bukan naikan harga tol tp xleh tanggung subsidi yg sebelum ini dilakukan untuk mengelak harga tol naik dr pihak konsesi. In other words, mmg pada satu tempoh konsesi akan naikkan harga tol x silap every 5-8 years.

    Persoalannya:

    Semua harga tol x kira naik, turun, kekal atau free (diserap sepenuhnya oleh goverment) hanya mendapat kebenaran dr gov even konsesi itu dari kerajaan negeri atau persekutuan. Sebagaimana kita tau, pihak konsesi mmg dah dpt pulangan yg berlipat kali ganda selepas beberapa tahun dilaksakan, tp xkan kerajaan xde kuasa mutlak utk overide klause/perjanjian sebelum ini yg nyata merugikan rakyat dan pihak konsesi mcm untung atas angin (jd lubuk duit).

    2. Ramai kita x tau byk tol yg wujud di selangor terutamanya pemegang saham dr kerajaan negeri selangor sendiri, malah board of directors pun exco mereka jugak. Tp kalau mereka serius nak tolg rakyat, mereka akan berusaha mengekalkan atau menghapuskan tol yg sedia ada bawah kerajaan negeri...kalau nak hapuskan mmg mereka mcm xnak sbb mereka akan hilang 'side income' bila konsesi tol dihapuskan.

    Bg sy, salah kerajaan persekutuan ada, salah kerajaan negeri pun ada...dua2 manifesto nak kurangkan atau hapuskan tol tp bila berkuasa, mcm2 alasan diberi. Dulu ingat lagi masa BN memerintah Penang, mereka menentang tol jambatan, pembinaan jambatan ke-2 dan LRT kat pulau...tp bial berkuasa sama gak 2x5 sbb projek berkaitan pemegang saham ialah org mereka sendiri,

    So as usual, org politik mmg xleh percaya, bila ada projek masuk poket mereka berjuta2, mereka hilang common sense n nak tolg rakyat cite no ke 99.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu apa yang saya tekankan kat atas lebih kepada janji2 palsu masa pilihanraya. Saya faham ada benda tak boleh nak elak seperti kenaikan tol, minyak dan sebagainya, tapi kalau dah tahu tak boleh elak janganlah benda2 tu dimasukkan dalam janji pilihanraya. Bila buat benda bertentangan dengan janji tu kan munafik namanya.

      Padam
    2. Sbb tu 1 dalm 100 pemimpin (x silap la) mmg senang masuk neraka...fikir 100 kali nak jadi YB, sbb tanggungjawab sgt berat.

      #pemimpinjanjitaikkucing

      Padam
  10. kami sebagai rakyat faham, makin lama, barang akan naik, takkan nk stay dgn harga yg sama apabila sumber makin kurang? tp at least bagi lah alasan yg lojik dan masuk akal beserta statistik.

    sekolah, hospital? mana?

    BalasPadam
  11. Cuba bagi menteri2 ni hidup sbg pekerja biasa bergaji 3k kebawah tnpa kemudahan dan alaun atleast 3 bulan...biar faham sikit perasaan rakyat

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.