Iklan Leaderboard

Sabtu, 24 Oktober 2015

12 Awek Rusia fasih Bahasa Melayu dan cinta Malaysia

Tidak kenal maka tidak cinta. Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan pegawai akhbar Kedutaan Rusia yang enggan pulang ke negara asalnya selepas selesa tinggal di Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.

Naib johan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012, Polina Matveycheva mengakui cuaca sejuk dan bersalji di Rusia — sehingga mencecah 25 darjah Celsius bawah paras beku  — sering merisaukannya dan sentiasa menggamitnya pulang ke Malaysia.

Bertugas sebagai pegawai akhbar di Kedutaan Rusia, Polina Matveycheva berharap hubungan Malaysia dan Rusia dapat dipertingkatkan terutamanya dalam bidang seni dan budaya. — Foto-foto oleh Choy May Choo


Pertandingan pidato itu, yang diadakan di Kuala Lumpur, terbuka kepada pelajar-pelajar di serata dunia yang mengambil pengajian bahasa Melayu. Sejak itulah, gadis berambut perang ini berkenalan dengan Malaysia. 


“Saya sudah biasa dari kanak-kanak tidak suka salji, tidak suka hujan. Bila saya balik Moscow pada musim salji, tidak boleh tahan.

“Saya suka salji tetapi hanya pada hari pertama. Lepas itu, rasa hendak balik Malaysia. Tidak boleh tahan,” katanya ketika ditemubual ProjekMMO di sini, Sabtu lalu.



Mengakui jatuh cinta dengan masyarakat dan budaya Malaysia, Matveycheva berkata berat kakinya untuk meninggalkan negara ini kelak apabila tempoh perkhidmatannya di kedutaan tamat dua tahun lagi.

Beliau memuji Malaysia. Di matanya, negara ini sememangnya indah dan mempesona sebagaimana yang diceritakan pensyarahnya sewaktu menuntut di Moscow University of Oriental Studies tiga tahun lalu.

“Mungkin saya akan balik Rusia dua tahun lagi tetapi saya sangat suka di sini dan sekarang saya tidak mahu balik.

“Saya suka Malaysia. Di sini semua orang senyum kepada orang yang tidak kenal. Di Rusia tidak begitu. Kalau tidak kenal orang, kalau senyum mereka, rasa pelik. Di sana tidak sama,” katanya.
Ditanya perbezaan ketara antara budaya Malaysia dan Rusia, gadis 24 tahun itu berkata warga Rusia sangat mementingkan masa dan segala perkara mahu disiapkan segera.

Polina Matveycheva, 24, naib johan pidato Bahasa Melayu 2012 selesa di Malaysia dan mahu terus menetap di sini sejak menjejakkan kaki di Kuala Lumpur tiga tahun lalu.

Anak tunggal kelahiran Moscow berkata menetap di Malaysia memberikannya sedikit ruang dan tidak perlu tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu.

“Gaya hidup di Moscow sangat berbeza, semua mahu cepat. Di sini relaks sedikit. Di Rusia sangat menepati masa. Bila saya baru datang ke sini sangat luar biasa.

“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.

“Di Rusia, kalau tidak panggil balik, orang akan marah. Kenapa tidak panggil balik sebab sudah berjanji. Perkataan paling popular di sini, ‘tak apa’,” katanya, sambil tersenyum manis.


Lulusan pengajian Timur ini juga menggemari masakan pedas dan kuih karipap namun cuba mengelak menikmati nasi lemak kerana bimbang menjadi gemuk.

“Saya suka karipap dan sambal. Nasi lemak juga suka tapi tidak baik untuk badan; saya takut jadi gemuk. Hanya sekali dalam beberapa bulan,” katanya, yang menghabiskan masa di gimnasium tiga kali seminggu.

Keadaan berjerebu di Kuala Lumpur saat ini merencatkan aktiviti riadah Polina Matveycheva yang gemar bersenam di Tasik KLCC atau Taman Tasik Titiwangsa.


Peminat filem “Ibu Mertuaku” dan “Penarik Beca” lakonan Tan Sri P Ramlee, Matveycheva  gemar melancong. Kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara memudahkan beliau menikmati negara-negara jiran.

“Saya sudah melawat Bali, Kemboja dan Thailand. Lokasinya hampir dengan Malaysia. Tidak seperti di Rusia, negaranya besar; terpaksa terbang lapan jam untuk ke Vladivostok dari Moscow,” katanya, merujuk kepada dua kota besar Rusia yang jauhnya hampir 9,300 km.

“Di sini, saya sudah melawat Langkawi, Redang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Baru. Belum ke Sabah dan Sarawak tetapi mahu ke sana.

“Saya orang Rusia. Di Moscow tidak ada laut. Bila saya di Rusia beberapa tahun tentulah saya mahu ke laut, berjemur. Orang Rusia suka begitu,” katanya.

Sumber dari The Malay Mail Online.


* * * * * * * * * *

Memang tak dinafikan, biasanya orang luar akan berasa sesebuah negara lain yang dilawati atau didiami memang best. Seperti mana kita rasa best bila duduk di negara Jepun, UK, US, Korea Selatan, Australia, Arab dan sebagainya, begitu juga orang luar yang rasa best bila duduk negara kita. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mana2 negara akan memberi layanan baik kepada pelancong atau orang luar yang tinggal di negara mereka serta perbezaan budaya dan persekitaran membuatkan seseorang akan tertarik dengan sesebuah budaya dan persekitaran yang lain dari tempat asalnya.

Seperti seseorang budak kampung yang rasa begitu tertarik dengan kehidupan di bandar, begitu juga seseorang budak bandar yang rasa begitu tertarik dengan kehidupan di kampung.

Seperti seseorang yang berasal di negara iklim Khatulistiwa yang begitu tertarik dengan cuaca negara yang beriklim 4 musim, begitu juga dengan seseorang yang berasal di negara iklim 4 musim yang begitu tertarik dengan cuaca negara yang beriklim Khatulistiwa.

Seperti seseorang wanita Melayu yang berkulit coklat begitu suka menjadikan kulit mereka putih dengan menyapu pelbagai produk kecantikan, begitu juga dengan wanita mat salleh berkulit putih yang begitu suka menjadikan kulit mereka coklat dengan berjemur di bawah sinaran matahari.

Lumrah bagi seseorang manusia tertarik dengan perkara yang berbeza dengan diri mereka dan latar belakang mereka sehingga merasakan perbezaan itu suatu kelebihan dan kebaikan bagi mereka. Berbeza dengan penduduk asal di sesebuah tempat, mereka sendiri tahu apa masalah, keburukan dan kelemahan masyarakat mereka.

Oleh itu, walaupun kita kadang kala merasakan tertekan dengan kehidupan di tanah air kita sendiri, namun kita perlu juga merasa bersyukur kerana sekurang2nya negara kita ada sesuatu yang menjadi kebaikan dan keunikan yang tersendiri yang tidak diperolehi oleh negara lain serta dikagumi oleh orang luar.

Cuma bila awek Rusia tersebut menyatakan ini...
“Gaya hidup di Moscow sangat berbeza, semua mahu cepat. Di sini relaks sedikit. Di Rusia sangat menepati masa. Bila saya baru datang ke sini sangat luar biasa.

“Saya telefon ke salah sebuah jabatan kerajaan, mereka kata akan telefon semula lima minit, tetapi tidak. Saya harus panggil balik sendiri. Ia sudah macam budaya tempatan. Saya sudah biasa.

“Di Rusia, kalau tidak panggil balik, orang akan marah. Kenapa tidak panggil balik sebab sudah berjanji. Perkataan paling popular di sini, ‘tak apa’,” katanya, sambil tersenyum manis.

...aku tak tahu nak bangga atau tidak. Walaupun kita sendiri tidak suka dengan sikap tipikal orang Malaysia yang relaks, layback dan tak tepati janji ini, namun sikap ini dikagumi pula oleh orang luar.

Aku pernah berjumpa dengan seorang warga Jepun yang duduk dan bekerja di Malaysia. Dia kata dia suka cara kerja dan kehidupan di Malaysia berbanding negaranya sendiri kerana cara kita lebih santai, relaks, tak terkejar2, layback, berbanding cara kerja dan kehidupan di negaranya sendiri yang lebih stress, terkejar2, perlu kerja keras, persaingan yang sangat kuat, kurang masa untuk enjoy, untuk keluarga dan sebagainya, sehinggakan dia tak nak balik Jepun dan nak tinggal di Malaysia.

Kita punyalah bukan main nak mencontohi sikap dan budaya kerja mereka, tapi mereka sendiri lebih suka dengan cara hidup dan budaya kerja kita.

Ironi...

Btw bila la jerebu nak habis ni, tak sabar nak bersenam kat Taman Tasik Titiwangsa.



tags: pegawai kedutaan rusia enggan pulang cinta berputik di malaysia video moscow fasih bahasa melayu cun pidato debat polina matveycheva

12 ulasan:

  1. x best pun, prooooooootttttt creeeeettttt creeeeeetttttttt kat muka Tanpa Nama dibawah arghhh lega bak hangggg

    BalasPadam
    Balasan
    1. NFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
      orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan mbah hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa mbah patok harga yaitu 1,7MILIAR, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan Mbak Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari'nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
      SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
      1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
      TAHUN
      SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
      &PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
      2 SISTEM BELI: HARGA 1,7 MILIAR
      HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
      Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
      TLP :
      082-369-439-555
      (KI ARIB MBAH WIDODO
      anda juga biasa dapatkan angka goib yang akurat tembus 100%dan pasti jebol.
      info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU

      Padam
  2. Blogwalking here! Giveaway sedang dijalankan! Jom join! http://misssakuradiary.blogspot.my/2015/10/muharram-birthday-giveaway.html

    BalasPadam
  3. Pendatang cina 3 keturunan ddk sini x fasih berbahasa kebangsaan... atau x mahu sbnrnya.. mereka malukan org melayu dgn menolak utk berbahasa kebangsaan.. org melayu bodohnya menjayakan agenda mereka dgn cara apabila bckp dgn pendatang cina guna english... termasuk wartawan dan pelanggan kedai pendatang cina.

    BalasPadam
  4. yeah.. bangga jadi anak malaysia..

    BalasPadam
  5. Dari dulu sampai sekarang aku masih tertanya dengan lumrah manusia ni.Hmmhmhmhm...

    BalasPadam
  6. Syukur..... malaysia masih aman.

    BalasPadam
  7. Hahaha....
    suka sikap sambil lewa orang Malaysia?
    Aku rasa dia saja nak troll tu, kasi orang yg baca ni pedih sikit sentap..hahaha

    BalasPadam
  8. ada juga orang korea yang minat dengan malaysia :)

    BalasPadam
  9. Kalau dia tak suka dengan Rusia, boleh berambus jer. Ramai lagi orang yang nak jadi orang Rusia.

    BalasPadam
  10. sy malu jadi rakyat malaysia..BORNEO keluar MALAYSIA

    BalasPadam
  11. From Rusia with Love, apasal dia tak bubuh alamat ke email ke, nanti nak ke Rusia senang sikit. Kat sana Orang Rusia tak suka cakap Inggeris.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...