Dengan produk ini, anda tidak perlu risau lagi untuk menghirup udara jerebu mahupun asap rokok dan vape yang dihembus oleh brader sebelah meja ketika tengah makan di kedai mamak. Malah anda juga tidak perlu lagi berkongsi udara dengan orang lain yang anda tidak suka.
Contoh produk daripada filem Spaceballs (1980). |
Satu tin UDARA SEGAR mengandungi 100% udara Oksigen yang masih belum tercemar menggunakan udara dari negara Swaziland yang berjiran dengan negara Switzerland dan kualiti udaranya sama seperti udara di Pergunungan Alps.
Setiap tin UDARA SEGAR mempunyai ketumpatan isipadu sebanyak 237 ml, cukup untuk anda menghirup udara yang amat segar sebanyak 10 sedutan selama 30 saat. (* Tips - jangan hirup terlalu laju atau terlalu lambat. Paling efektif jarak selaan masa 3 saat antara setiap hirupan).
Produk yang hampir serupa dengan inovasi ini telah dijual di China sehingga menjadikan pelopornya seorang jutawan setelah berjaya menjual 8 juta tin menjelang tahun 2013, namun produk UDARA SEGAR DALAM TIN dari yang menggunakan udara Swaziland ini lebih berkualiti tinggi dan rendah karbon dioksida.
Antara khasiat lain produk ini bukan sahaja ia dapat menyembuhkan kahak, malah dapat menyembuhkan penyakit lain seperti panau, kurap, kudis, berak tak lawas serta buasir pada pangkal otak.
Dengan harga serendah RM14.99 / tin, semua orang kini mampu membeli udara bersih sendiri untuk menghirup udara yang segar tanpa perlu memarahi jerebu mahupun memaki perokok atau vaper di kedai mamak memandangkan hak untuk mendapatkan udara yang bersih bukan lagi hak semua orang terutama orang yang tidak merokok atau hisap vape memandangkan mereka boleh menghisap rokok/vape di mana2 tempat yang mereka mahu kecuali di tempat yang dilarang.
Maka jangan lepaskan peluang dan dapatkan di kedai yang berjauhan dengan anda sekarang!
* Untuk menjadi downtown atau agen dropbox kami, TPM ikat tepi laju-laju.
tags: produk udara segar dalam tin sarcasm sarkastik lawak bodoh fresh air can sell sold china man multimillionaire jutawan lelaki cina pencemaran musim jerebu asap rokok wap vape harga
kakaka..TPM zahid hamidi ikat tepi lelaju..
BalasPadambagi no akaun nak bank in duit
BalasPadamJenis botol xde ker? Boleh pakai ikut waktu dan berkali-kali.
BalasPadamProduk ni mmg elok dijual dlm neraka nanti Noob. Produk paling laris ialah air-cond. Ko boleh tangkap kontrek jual air cond kat sana nanti. Mmg kaya giler siot.
BalasPadamCantek gak ni. Siap pakej mengubati penyakit berak tak lawas lagi. kehkeh
BalasPadamPatut idea sebegini dipelopori oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang terkenal dengan bangangnya itu. Haha
BalasPadamMacam cerita 'The Lorax 2012' hahahaha
BalasPadamBila la ko nak berakhir jerebu...
BalasPadamSkrg hanya air n makan yg kena bayar...maybe one day nak dpt oksigen pun kena bayar bila ekologi bumi berubah. Kita leh hidup tanpa air n makan beberapa hari..tp udara xde selama 1 minit sekejap je mati. Kalau aku jadi org jahat..x perlu nak bom sana sini nak musnahkn bumi n tekhluk dunia...just buat cara utk hapuskan oksigen kat bumi dah cukup..tp its not easy.
BalasPadamPasal jerebu....bg sy isu salahkan indonesia bukan isu utama, cuma setai musibah kat kita ada hikmahnya...selalu ada berkaitan samada diri sendiri, masyarakat atau pemimpin negara. So renung2kn...
aku ingat nak buat kentut dalam tin jugak. boleh dihadiahkan kepada mereka2 yg dibenci.. huahahah! ><
BalasPadam