Ahad, 25 Oktober 2015

9 Buli mental dan emosi yang jarang dipeduli orang

Buli...

Buli ini bukanlah suatu perkara yang baru. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal mahupun dari segi mental dan emosi. Buli secara fizikal ini kita tahulah bila ramai2 pukul seorang dua lain yang tak mampu nak melawan yang sering berlaku di sekolah dan institusi pengajian yang melibatkan pelajar senior memukul yang junior.

Namun membuli secara mental dan emosi ini sebenarnya lebih banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Dari kecil lagi budaya buli mental ini sudah wujud sehinggalah ke alam dewasa. Ia tidak memerlukan sebarang kekerasan dan kekasaran untuk membuli orang lain, cukuplah dengan kata2 dan sikap yang dapat membuatkan orang lain sakit hati, tertekan, terganggu mental serta emosinya dan hilang keyakinan diri.


Buli seperti ini boleh berlaku bukan sahaja di dunia nyata seperti di sekolah, kolej, pejabat dan lain2 tempat, malah ia boleh berlaku di dunia siber di media2 sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Antara lain perbuatan buli ini adalah ejek mengejek, hina menghina, kutuk mengutuk, merendah2kan martabat orang, menyorokkan barang orang, menyindir2 orang lain, mentertawakan orang lain, mengajak orang lain turut sama menghina orang tersebut secara berjemaah serta memulaukannya beramai2.

Kesan daripada buli mental ini walaupun ia tidak melibatkan kecederaan fizikal namun ia tetap memberi kecederaan terhadap emosi dan mental serta kesan yang sangat mendalam pada mangsa, malah boleh turut menjejaskan kehidupan seharian mereka sehinggakan mengambil masa yang lama untuk pulih dari trauma tersebut.

Cuma apabila masyarakat kita melihat masalah buli mental ini terutama di kalangan kanak2, apakah yang akan kita buat sebagai orang yang lebih dewasa? Adakah kita hanya membiarkan sahaja dan malas untuk mencampuri hal mereka kerana menganggap itu adalah hal dan urusan kanak2 dan remaja? Namun jika bukan kita, siapa lagi yang akan mengubah budaya ini?

Berikut adalah video sebuah Eksperimen Sosial untuk melihat reaksi dan masyarakat di negara US apabila terlihat atau terdengar pembulian mental yang berlaku berdekatan mereka. Serius, aku hampir mengalirkan air mata jantan aku apabila menonton video ini. Aku tak boleh bayangkan kalau yang dibuli itu adalah anak perempuan aku, dan lebih terharu lagi apabila orang dewasa yang kita tidak kenal sanggup mempertahankan budak yang dibuli itu.


Sepatutnya di Malaysia juga perlu lebih banyak Youtuber, NGO atau siapa2 sahaja yang melakukan video social experiment seperti ini untuk melihat tahap ignorance masyarakat Malaysia dalam apa jua isu. Ini kerana apa yang kita sering dihidangkan dalam filem, drama, dokumentari, akhbar, di kaca TV kebanyakannya langsung tidak menggambarkan situasi sebenar apa yang berlaku dalam masyarakat kita.

Ini kerana walaupun masyarakat kita memang jenis suka jaga tepi kain orang, tapi tak ramai yang peduli dan akan masuk campur hal dan urusan orang lain. Kita lebih suka mengambil tahu, menyebar cerita, bagi komen, bergossip, tapi tak suka nak campur dan menyelesaikan masalah mereka, seperti mana lagu Kaka dan Sleeq, biar ku jalan dulu, itu bukan hal aku.


Oleh itu aku ingin menggalakkan dan influence siapa2 pun di luar sana agar dapat membuat eksperimentasi sosial seperti ini untuk menunjukkan tahap ignorance dan betapa masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini begitu mementingkan diri, dan aku pasti kita pasti akan dapat melihat hasil dan keputusan yang lebih menarik memandangkan negara kita adalah negara yang berbilang kaum.

Aku nak tengok apabila anak Melayu kena buli dengan anak Melayu yang lain, adakah orang dewasa Cina akan menghalang?
Apabila anak Cina kena buli dengan anak Melayu yang lain, adakah orang dewasa Melayu akan menghalang?
Apabila anak Melayu kena buli dengan anak Cina yang lain, adakah orang dewasa Cina akan menghalang?
Apabila anak Cina kena buli dengan anak Cina yang lain, adakah orang dewasa India akan menghalang?
Apabila anak Melayu kena buli dengan anak Melayu yang lain, adakah warga asing Bangladesh akan menghalang?

Ya, kita perlu tahu. Kita perlu tahu realiti dan situasi sebenar yang berlaku hari ini kerana hanya dengan mengenalpasti kelemahan dan keburukan kita barulah kita dapat memperbaikinya. Jika tidak, kita sebenarnya hanya hidup dalam sebuah masyarakat yang penuh dengan pengharapan palsu, bertopeng, syok sendiri dan hipokrit.



tags: who will stop bullying psa buli fizikal mental emosi trauma sakit hati terjejas tekanan tekanan stress pulau ejek social experiment eksperimen sosial

9 ulasan:

  1. mehh kat malaysia cam nok horom minoriti nak mampus nak tolong tau merapu dan kentut mcm Tanpa Nama, len kali belajar dari aku cirtit sket kat muka Tanpa Nama xabis2 nak buli orang creeeeetttt ceeeeeeeereeeeettt crit crittt sepalit kat muka tanpa nama kat bawah aku lega bak hangggg noooohhhh~

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yg ko mengarut ni pundekk..

      Padam
  2. Salam, ya aku setuju benda ni, and video tu pun buat aku rasa terharu bila masyarakat kat sana 'bertindak' utk halang budak2 tu buli pempuan tu...and yg penting, diorang tegur secara berhemah...aku tak rasa masyarakat kita berhemah mcm tu...sbb masing2 bila ditegur terus naik angin, certain cases plak yg menegur pun tak kena cara..so susah betul...hmm~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm..saya pun setuju dgn awak..bkn nk ckp..tp majoriti irg kite mudah naik angin bile dtegur..dan kekadang yg menegur ade jgk yg melampaui batas teguran..dpt membuatkan sesuatu hal jd lebih besar..dan jika babitkan buli antara kaum..boleh sebabkan pecahbelah..

      Padam
  3. kat sini budak darjah 2 mencarut selamba je. where is the love. rasa mcm nk lempang je .

    BalasPadam
  4. anggaplah mangsa buli tu macam adik/anak/ahli keluarga sendiri insyaAllah timbul rasa kesedaran untuk menegakkan keadilan untuk mangsa buli.

    BalasPadam
  5. takut sekampung datang backup sesuatu kaum

    BalasPadam
  6. Baru sahaja terjadi kepada anak Sya...berpunca Dr anak dituduh merosakkan brg..Dr bergaduh biasa jd makin berlarutan...bila setiap hari anak saya dipanggil anak dajjal anak syaitan...balik saja Dr sekolah die mngadu...Sya menasihati anak spaya sabar dan jgn peduli kata2 mereka..sehingga anak Sya mula balik menangis...Sya masih mtak bertahan..shngga Pg semalam semakin teruk anak dihina dgn pggilan anak dajjal dan mana2 budak yg berkawan dgn ank Sya die cakap berkawan dgn anak dajjal...jam 8.30 Pg anak Sya call dgn public mngis2...die ckp jd sesak nafas terketar2 tgn...Sya meraung Sya jerit sruh anak Sya pergi jumpa guru disiplin...dlm masa sma Sya call guru disiplin bgthu apa yg berlaku dan guru disiplin mengambil tindakan yg pantas pggil kesemua mereka...nasib baik Sya ambk tindakan awal...pesanan saya jgn anggap apa yg anak kita balik cerita dan mngadu adalah bnda biasa ..mgkn PD mulanya perkara itu kecil...tp lama kelamaan akan bertambah teruk KLU tidak di bendung dgn segera...jadilah ibubapa yg perihatin..bukan kerana kita terlampau sayangkan tp jgn kita mnyesal

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.