Sabtu, 17 November 2012

86 Pembuli siber sila baca sini

Internet adalah dunia yang sangat kejam. Ya, memang kejam. Bila kita melangkah sahaja dalam dunia cyber, semakin tinggi peluang untuk kita melihat kekejaman. Semakin lama kita di Internet dan semakin banyak kita menyumbang kepada Internet, peluang untuk kita dikejami semakin tinggi. Aku bercakap pasal buli siber, atau cyber bully.


Di dunia nyata, kau bercakap dengan orang lain face to face, kau kenal siapa orang tu, kau lihat matanya, kau tengok mimik mukanya. Setiap tutur kata kita kalau boleh diluah dengan sangat berhati2 agar tidak menyakiti orang itu, malah kalau nak marah, kita masih lagi boleh cakap berlapik. Makian atau cacian jarang sekali, mencarut atau melucah tu biasanya dengan rakan2 rapat sahaja.


Tapi di dunia Internet, kau berkomunikasi dengan orang lain menggunakan medium tulisan, di Facebook, Twitter, mIRC, Yahoo Messenger, Skype, Blog, Youtube dan lain2. Kadang2 kita berkomunikasi menggunakan identiti kita sendiri, kadang2 kita tidak menggunakan sebarang identiti dan menjadi anon, kadangkala ada orang yang kita kenal, selalunya lebih ramai orang yang kita tidak kenal, berkomunikasi pula tidak face to face, kita tidak dapat melihat dia, dia tidak dapat melihat kita, disebabkan itu kadang2 kita seringkali lupa yang disebalik nickname dan avatar itu juga terdapat seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti kita dan tanpa disedari telah menjadi samada pembuli cyber atau mangsa yang dibuli.


Namun orang yang paling terdedah kepada kekejaman internet adalah blogger, kerana mereka berkongsi tentang kehidupan, pendapat, pandangan, berita, gossip dan macam2 di Internet untuk tatapan orang lain. Dan perlu diingat, once kita dah masuk ke Internet, kita tak boleh expect orang akan sentiasa suka atau setuju dengan apa yang kita tulis. Apa yang kita tulis takkan dapat memuaskan hati semua pihak. Kita sekarang bukan berhadapan dengan kawan atau ahli keluarga lagi, tapi dengan orang yang TOTALLY STRANGER.


Sebab tu bila kita dah mula tulis blog, disamping kita boleh mendapat kenalan baru dan follower, kita juga perlu bersedia dikritik, dicaci, dimaki, dihina, ditroll dan kemungkinan mendapat musuh. Tapi kita tak perlu risau, kerana kita sebagai tuan blog kita boleh je nak filter atau delete komen2 yang tidak disenangi serta tutup komen anonymous. Selain daripada menerima komen2 yang boleh menyinggung perasaan, korang juga mungkin boleh difitnah dengan ada orang lain menyamar sebagai anda guna nama atau nick anda untuk komen kat orang blog lain yang mana dah banyak kali aku tengok termasukla aku sekali yang jadi mangsa.


Cyber bully paling teruk aku pernah tengok kena kat Blogserius time tu masa Obe enable anon, time tu asal orang perempuan komen je kat situ habis kena bahan, tak cukup dengan tu anon2 tu terus bahan dan melucah kat blog mereka sekali sampai ada yang terpaksa privatekan blog mereka. Dan banyak kali juga aku tengok ada orang menyamar jadi orang lain sampai orang tu kena kutuk2 kat blog dan Twitter dia sampai melibatkan ahli keluarga dan kawan2 dia. Sampai begitu teruk sekali pembuli siber ini.


Aku pun ada orang guna nick aku untuk komen kat blog lain, tapi sebenarnya tak susah pun nak kenalpasti orang tu genuine atau tidak, kalau orang komen pakai registered account pasti avatar dia dipaparkan serta namanya dilink kepada Blogger atau Google+ profile. Kalau komen tu just ada nama dan link tanpa avatar dan profile, sudah pasti tu orang palsu tapi tak ramai yang sedar akan hakikat tu dan cepat sangat percaya hanya based on nick sahaja, hatta orang tulis pakai nama Anwar Ibrahim pun entah2 ada juga orang yang percaya Anwar Ibrahim yang komen.


Blog ini juga tak terkecuali. Aku tengok ada anon yang mengutuk dan melucah secara melampau pada  komentar2 wanita sehingga terbawa2 kat blog mereka. Aku tahu ada perempuan jenis cool dan steady bila kena bahan, siap boleh counter dan lawan balik troll2 anon ni seperti beberapa orang komentar wanita kat sini, namun tak semua kaum wanita yang dilahirkan dengan hati keras macam tu di mana rata2nya berjiwa dan berhati lembut serta mudah tersentuh, so bila kena kutuk atau troll pasti rasa sedih. So aku harap2 para trollers atau pembuli cyber ni aku harap tolong hentikan dari buli kaum wanita.


Kalau korang rasa nak kutuk, maki, caci, melucah atau apa sahaja, korang boleh tujukan kat aku, aku tak kisah, aku boleh tahan, aku sanggup terima segala tahi2 korang, tapi tolong jangan tujukan pada kaum wanita dan jadikan mereka mangsa. Jangan jadi lelaki yang takde telur yang hanya tahu membuli orang perempuan kat Internet.


Walau aku takkan disable komen anon, kerana aku tahu ada juga dikalangan pembaca yang tiada akaun Gmail atau Blogger yang mahu tinggalkan komen, atau ada yang meninggalkan komen untuk menegur atau menyatakan suatu pandangan tapi tidak mahu dikenali, ya aku hormat itu malah aku meraikan perbezaan pendapat. Dan aku juga tak kisah kalau anon nak tulis ayat merepek2, tapi please, behave yourself. Rata2 kita semua dah dewasa, so komen la sebagai seorang dewasa, atau at least komen sebagai seorang manusia. Walau aku ni selalu tulis artikel, tapi aku bukannya boleh pantau komen 24 jam sehari, dan aku sebenarnya tak suka padam komen2 korang kerana aku tak suka masa yang korang habiskan untuk menaip komen kat sini akhirnya sia2 kerana dipadam oleh aku.


So please, nak troll boleh tapi jangan melampau sangat sampai lukakan hati dan mengguris perasaan orang lain terutama wanita, dan kalau boleh biar habis kat sini sahaja, jangan sampai blog diorang pun korang nak stalk dan bawak perangai hodoh korang tu.


Oh dan ingatlah, walau orang lain tak tahu siapa yang disebalik pembuli siber, namun ADA yang tahu.




tags: internet cyber bully bullying online buli alam dunia maya siber komputer pc realiti beza different not cool anon anonymous tanpa nama troll not cool keyboard warrior stranger tough guy theory teori ruin effect real life kesan dunia sebenar kutuk caci maki hina lucah komen blog blogger facebook twitter tweet youtube budak baru nak up bbnu medium komunikasi tulisan cakap perkataan ayat disable enable anon comments how to delete padam remove pantau monitor nak biskut bisjut popcorn kurang ajar pondan bapok buli kaum wanita perempuan lelaki fake registered account profile akaun berdaftar profil palsu menyamar fitnah  

86 ulasan:

  1. Balasan
    1. ini serius bukan sarkastik. :) terima kasih admin.

      Padam
    2. (=^w^=) <- maskot blog picisan ku, auwww~ ^^

      Padam
    3. PON adiwira sejagat. Pencinta dan pembela wanita. Membaca entrinya sahaja sudah cukup rasa selamat dan dilindungi.

      Padam
    4. Oh yeah..membaca entrinya juga bisa menzahirkan limpahan kasih sayangnya terhadap wanita.

      Abg PON, jom kapel?

      Padam
    5. ABIANG PON~ auuuu~

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    7. ko remove komen aku noob hanya kerana aku mempunyai naluri dan nafsu seperti lelaki biasa?

      Padam
    8. aku pun ada nafsu dan pervert juga, tapi jangan la reply benda2 lucah kat orang perempuan yang ko tak kenal. kalau sangap sangat carikla bahan kat google, bukan kat sini

      Padam
  2. Oo takut pulak baca pasal buli jenis mcm ni. Agak2 kalau kita nak komen yg 'pedas' sikit tu boleh ke dekat org? ke nk buat do no je kat prangai noob beliau dn biarkn blogpostnye x berkomen cenggitu je...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen pedas takde masalah, tapi apa2 pun tgk dulu dgn sapa kita cakap. kalau org tu jenis baik2, level pedas tu mungkin kurang sikit, tapi kalau org tu pun boleh tahan laser, mungkin tahap pedas tu tinggi sikit. apa2pun cuba elakkan dari guna kata kesat atau mencarut. perlu pandai bezakan antara kritik dan hina

      Padam
  3. Terima kasih kerana memahami .. Good entry .. Harap yg lain jaga diri masingmasing .. Tak perlu hina sesiapa .. Yg penting kita tengok diri kita dulu .. Layak ke kita nak hina orang , caci orang .. Apeape pun , sebelum nak buat sesuatu , pikir maruah ibu bapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. U're rite dear, and sorry for before

      Padam
    2. Sebab tu mereka berselindung disebalik tanpa nama
      merosakan nama pendekar tanpa nama saja

      Padam
    3. jaga sikit mulut tu noob! awek aku pun ko panggil dear! nak kena lempang paling sulung aku kot!

      BF Nurul Filzah

      Padam
  4. HERE P.O.N COME TO SAVE THE DAYYYYY!!!!!!! :D

    BalasPadam
  5. Noob? kenapa baru sekarang buat pasal bende ni? apasal tak buat masa kena dengan hanis baharom dulu? ni ada kes lagi teruk ke? share2 lah skit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. btw, cyber bullying kat blog obe tu bagi aku adalah yang agak moderate, ada yang lagi teruk aku pernah perhatikan.

      Padam
    2. anon komen n gelakkan pasal miscarriage bini obe kot. tang tu aku dah tak rasa moderate. dorg mmg dah melampau.

      Padam
    3. memang pun. benci macam mana pun dgn obe, apa hak diaorang gelakkan kesusahan dia? bole dapat pahala ke?

      Padam
    4. masa tu aku dah puas backing diorg kat blog obe, ni bila ada yg dah terjangkit kat sini tu yg aku tulis entry ni.

      Padam
    5. aku x faham la dgn apa yg ko ckp noob, backing diorang? maksudnya backing anon2 yang cyber bullying ni ke..

      Padam
    6. tak lah pisces za, backing blogger yang namanya disebut kat atas tu daripada dibuli anon kurang ajar

      Padam
    7. owh ok backing blogger. tapi tu la.. walaupun dah disable anon, tapi dorang still boleh register google account tanpa ada sebarang web link. so kalau dorg dah mmg jenis mcm tu, mmg tak boleh nak dipadamkan. tapi yela, at least berkurang la kan..

      Padam
  6. Bagus artikel ni. Harap-harap masuklah ke dalam otak kaki-kaki buli tu.
    Tq for sharing.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. hahah...aku nak tegur/sapa ko, Hime n cik Lin je pasni...tak berani tegur org lain dah kat blog ni...auwww~ XD

      aku juga ada hati dan perasaan taw...auwww~ XD

      Padam
    2. saya pun ada hati kat awak

      Padam
    3. saya pun leh jadi anon kalau saya mahu. hehehe. saya pun nak tegur cik plain83 je la.. jgn ada yg fitnah ckp kitorg ada scandal plk lepas ni dah la. wakaka

      Padam
    4. noob, kalo ko rajin sikit nak moderate,pasni ade komen2 cam sial sikit ko delet je la. kalo rajin la

      Padam
    5. plain: "aku juga ada hati dan perasaan taw...auwww~ XD"

      hahaha rase nak pukul :p

      Padam
    6. noob ni bukannye 24 jam online nak pantau2 ni.

      oleh itu, kental kan la hati tu kalo kena bully skit, buat bodo jer la yerk. alah, kena buli skit jer tuuu

      Padam
    7. anon 17 nov 7:22ptg,Konet ko paling kecik kat sni..Budak hingusan cam ko tak layak join pasukan anon,Gi isap nenen expired mak ko...

      -ketua pasukan anon

      Padam
    8. mane ko tau aku ni ade konet. boleh jd aku ni pmpuan, boleh jd aku ni transgender. alah, mcm la ko taknak konet kalo ko pmpuan, kalo ko kawen kang ko nak konet gk kan. kalo ko taknak kawen pn, ntah2 malam fap dgn timun. kalo ko laki, bangga la kalo konet kecik pn, dr takde langsung. budak hingusan? aku mmg ade hingus. apsal? jeles? aku random anons, tp bakpe aku nk joins kumpulan anons tahap mental mcm ko? eeee tak kuasa aku. gi isap nenen mak aku? boleh, kalo mak aku nak bagi, tp yerla, dah tak bg, kena la dgr ek. kan syurga tu di bawah tpk kaki mak. mcm la ko tu tak hisap nenen mak ko dulu. mane la tak jadi org berkualiti. PTUIH!

      Padam
    9. sabar je la anon 9:49, ko sendiri yang cakap "buat bodo jer la yerk". so x payah layan sgt la.. peace

      Padam
    10. hewhewhew...aik reti pulak kau sentap ya anon?Cakap tak serupa bikin...meroyan.Puiiikh~

      -general anon

      Padam
    11. stop this nonsense guys.

      -brilliant anon

      Padam
  8. cyber bullies, troller's or ape-ape jelah yg org pggl bagiku adalah insan yg lemah di dunia nyata.. dlm internet beranilah baling batu sembunyi tangan.. cube lak try buli org dpn mata.. ade beran x? haha

    BalasPadam
  9. Tapi kadang2 cyber bullying ni boleh dijadikan hiburan dikala kebosanan. Aku just jadi penonton saje, tengok sambil makan popcorn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg kadang2 rasa lawak jgk.. aku pun penah gak gado2 dgn anon ni. dorg siap tiru nick aku lagi. mentang2 aku x guna register id. tapi lantak ler.. malas nak layan sgt. makin dilayan makin ngada2. tp mmg ada jenis yg suka klu nak cari2 gado ni..

      -p-

      Padam
    2. anon p,Kamu tu tak cukup kasih syg & x puas isap nenen mak kamu masa kocik2 dulu,Kamu tu tak puas hati kena trus minum susu lmbu seawal umo 3 bln...hewhewhew kasihan...

      -q-

      Padam
    3. perbalahan antara anon... anon p nak basuh sendiri ke anon q ni, aku bagi peluang. kalau taknak aku akan remove komen dia ni.

      Padam
    4. Anon klakar perlu diternak.
      Anon innocent perlu dibaja.
      Anon lucah perlu diracun.
      Anon pembuli perlu dicabut hingga ke akarnya.

      -r-

      Padam
    5. x pe noob. aku masih gigih disini.. tiada gentar! hahaha.. noob, kalau aku mau isap nenen anon -q- boley? hakhakhak

      -p-

      Padam
    6. lepas -r-, -s-, -t- la.. tu pun x reti ke.. x gi tadika eh? aku nak nenen -q-, aku x nak bisjut ko yg x best tu.. sorry noob.. tergile kejap. hahaha. dah la.. malas nak layan. nanti jadi annoying mcm dorg ni. kbai

      -p-

      Padam
    7. kejap.. anon -r- tu munyit the hell ke? rasanya thehell je kot yg suke berpantun-pantun ni..

      -p-

      Padam
    8. anon p,Aku Tak ado nenen,Konet aku ado la,Nak konet?...hewhewhew ;D

      -q-

      Padam
    9. noob, mohon block saja kedua2 ekor anon p dan q ini, aksi gay mereka amat meloyakan...

      Padam
    10. put together p and q side by side you get 'pq', boleh tengok mereka bercium gay kiss...eeewww gross!!!

      Padam
    11. ala.. garangnya la korang ni.. relax ah.. kan noob yg bagi peluang kat aku untuk basuh anon -q- sendiri.. yela2 janji x buat lagi.. promise~~

      -p-

      Padam
  10. Sebelum ni ingin juga memberi komen di blog PON, but those anons' harsh words made me think twice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat..Sebab wa rasa total waste of time..intellectual discussion went straight to the toilet

      Padam
    2. Setuju sangat..Sebab wa rasa total waste of time..intellectual discussion went straight to the toilet

      Padam
  11. kat blogserius tu teruk sgt komennya.kadang2 merapu pun ada.macam menyampah lak nk komen.so,tgok entry dia pastu dah.takmo komen dah...kat cni rasa selamat lg.heheheh...

    BalasPadam
  12. Walaupun internet dikenali sebagai dunia maya tetapi ianya suatu media komunikasi manusia juga. kalau dalam dunia biasa orang bergaduh sakit-meyakiti, memperli, mengutuk jadi dalam dunia maya juga sama.

    Malah lebih teruk kerana bila manusia dari semua golongan tak kira lapisan dan tahap MENTAL perkara seperti ini memang tidak dapat dielakan.

    Ianya muncul dari zaman IRC dan BBS lagi (buat sesiapa yang tak pernah melalui zaman pre-internet historik ini adalah zaman semua dalam bentk teks dan zaman dial up). Masa itu forum, blog dan media sosial ni belum wujud lagi. Pereka dia pon masih belum habis sekolah.

    Tetapi pada zaman itu agak kurang berkemungkinan besar disebabkan capaian internet adalah terhad

    Mereka muncul dalam semua bentuk dan perkembangan internet memudahkan lagi mereka berselindung.

    Komen, pergaduhan, silap paham dan tak menghiraukan emosi dan perasaan orang sudah menjadi perkara biasa dan mereka rasa mereka saja yang betul.

    Banyak kes ada sampai memalukan tahap tertinggi menyamar dan memalukan mangsa mereka. Contoh benar seperti mengunakan ilmu dan kepakaran mereka menganiaya orang seperti menghantar email palsu (seakan dari mangsa) kepada orang-orang penting. Ada juga yang mengunakan gambar super impose dan sebagainya.

    Untuk apa? untuk kepuasan mereka yang sementara.

    Mereka puas bila mereka menang
    Mereka puas bila orang lain tersungkur

    Tapi mereka tak sedar suatu masa mereka juga menjadi mangsa. Bahkan ada yang menjadi sesalan seumur hidup mereka.

    Hidup mereka tidak tenteram akibat sumpah seranah dan doa mereka yang teraniaya.

    BalasPadam
  13. Internet adalah satu rahmat (dan juga laknat) buat kita. Internet mendedahkan siapakah manusia wpun kita mungkin takkan kenal org itu offline.

    cyberbullying, trolling dan aktiviti2 yg mengganggu gugat pengguna lain sebenarnya menunjukkan kita 'rupa sebenar' manusia2 tersebut. jika seseorang itu berprinsip baik, wpun dia berpeluang berbuat jahat e.g. pembuli siber, pasti dia tak akan sekali2 menggadaikan prinsip diri. samada di internet mahupun offline, dia sentiasa menghormati, berkata baik dll.

    berlainan dgn org yg sifat sebenarnya jahat, dia hanya berpura-pura baik di khalayak ramai tp bila online, dia terus menunjukkan 'wajahnya' yg hodoh iaitu membuli, mencarut, trolling keterlaluan di internet dsb. inilah manusia yg hipokrit dan hitam benaknya.

    BalasPadam
  14. ini blog kamu ya buasirotak, boleh tahan artikalnya ......anyway gue amat sokong sama apa yang kamu tulis ini ..................troller/pembuli cyber ini sememangnya konet ...aku ulang sekali lagi mereka sememang nya konet

    BalasPadam
  15. yeaaaaa hidup anons

    BalasPadam
  16. KONET! KONET! KONET!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamu xmalukah klu suatu hari nnt anak kamu tahu yg kamu berkata sedemikian?

      Padam
    2. lu ni bodoh la anon
      dtg sini nak merempat bising cm babi
      g buat blog.
      lu komen lu jilat sndri la
      bosan la aku dgn anon yang barua

      ni sure malays bertahap pukimak anjing.


      serius.
      ini melayu bodoh berpendapatan rendah

      aku sndri sbg melayu malu tgk melayu cm hang ni anon
      anon melayu
      bahasa yang bodoh

      mesti mak hang main dgn pak hang x bace doa
      hang ni memang baka setan

      Padam

















































































  17. adakah komen sebegini juga dikira sebagai cyberbullying??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ni takla cyberbully sangat, tapi agak annoying menyakitkan hati org nak baca stau tulis komen terpaksa scroll banyak2 kali. Mohon jgn flood spacing lagi

      Padam
    2. aku_skandal dgn munyit the hell org yg sama ke?

      -p-

      Padam
    3. bukan. the hell lagi legen

      -s-

      Padam
    4. amboi.. lepas habis alphabet -z-, korg nak guna nick apa lak pastu? hahaha. lawak la korg ni..

      -p-

      Padam
    5. sadap lu gemok

      -aa-

      Padam
  18. good info, prince Arthur..Eh, noob.
    ayat noob bak putera cuba melindungi puteri.. ok rr..

    BalasPadam
  19. gentleman jugak ko ni yer noob..

    BalasPadam
  20. Mungkin sudah menjadi tabiat manusia

    suka bergurau
    suka menyakat
    suka mengutuk
    suka membuli
    suka menganiaya
    suka menzalimi

    Dari yang ringan saapai ke berat.
    Dari bergurau hinga bergaduh.
    Dari ketawa hingga menangis.
    Dari hidup hingga mati.

    Apa saja dan dimana saja yang ada makhluk yang dinamakan manusia semua ini pasti akan terjadi dan berlaku.

    BalasPadam
  21. Jangan jadi lelaki yang takde telur yang hanya tahu membuli orang perempuan kat Internet.hahaahahha

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.