Aku tak pernah tinggal solat, malah rajin berjemaah di surau atau masjid. Setiap kali selepas solat, aku akan meluangkan sedikit masa membaca ayat2 suci Al-Quran. Dalam seminggu
pasti ada hari aku akan berpuasa sunat. Setiap hari aku bekerja dan
berusaha bersungguh2 demi meningkatkan taraf hidup aku dan aku sentiasa
berdoa kepada Allah agar aku menemui kebahagiaan dalam kehidupan aku, namun sampai kini masih belum temu sinarnya.
Kehidupan aku masih lagi susah, kebahagiaan yang dicari masih lagi jauh, kesenangan yang diidamkan masih lagi samar, namun aku lihat banyak rakan2 lain yang beragama Islam dan bukan Islam yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, penghilang dahaganya adalah arak, malah menunaikan solat jauh sekali apatah lagi ibadat2 lain, akan tetapi kehidupan mereka begitu bahagia dan senang. Duit langsung tidak pernah berkurang, harta benda semakin bertambah, rezeki melimpah ruah juga, wanita mendampingi mereka dengan begitu mudah sekali, sehingga sampai satu tahap mula timbul dalam hati kecil kita adakah tuhan langsung tidak sayang dan peduli akan kita?
Adakah apa yang kita faham dan buat selama ini salah belaka, dan merekalah sebenarnya yang benar, sehingga berfikir buat apa kita selama ini susah payah bersolat dan beribadat tapi masih lagi tidak berjaya sedangkan orang lain yang mengabaikan segala kewajipan itu boleh berjaya?
Artikel ni aku pernah post kat blog lama aku, dan now aku re-post semula selepas terbaca komen berkenaan Istidraj di entry Noob semalam. Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.
Apa itu Istidraj?
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Adakah anda mahu tergolong dalam golongan manusia yang istidraj? Oleh itu mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
* Artikel ini aku dapat dari post seorang rakan di Facebook, dan bila di Google aku jumpa banyak blog yang telah berkongsi artikel ini, namun tidak dinyatakan penulis asal artikel ini. Namun aku ada terjumpa beberapa blog yang menyatakan ia ditulis oleh seseorang bernama Abu Hanifah. Kepada beliau, terima kasih kerana telah menulis satu artikel yang amat berguna kepada kita.
Baca lagi berkenaan istidraj di Syahirul.com.
tags: apa itu istidraj lakukan ibadat solat puasa zakat tak tinggal tapi tidak kaya miskin fakir rezeki orang lain muslim bukan muslim leka maksiat berpoya minum arak mewah banyak harta duit
Jumaat, 30 November 2012
51 ulasan:
Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.
* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
wah,perkongsian yang menarik. terima kasih. :) (jemput singgah kalau free)
BalasPadamSungguh, solat itu merehatkan,
BalasPadambagi jiwa yang resah.
Sungguh, bicara Al-Quran itu menenangkan
pada jiwa yang gelisah
"....Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan." 42:53
Alhamdulillah.. entry yang bermanfaat. :)
"Dan apa yang menimpa kamu dari segala kesusahan (atau bala bencana, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan(dr perbuatan salah dan dosa );dan dalam pada itu,Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu"
42:30
Cari jalan, tapi jangan lupa tengok diri dan masyarakat.
Moga Allah sentiasa memelihara kita.
Setiap sesuatu yg terjadi tu bersebab...kita yg kena pandai menilai dan ambil ibrah ats sesutu kejadian...sama ada prkra sedih mahupon gembira..akhir kalam kembali kpd Allah jua...inna Allah ma3ana... bittaufiq semua :)
usaha+tawakal untuk capai kejayaan , bru ALLAH mkbulkan :D
BalasPadam+1 =D
PadamAdakah perenggan pertama tentang diri saudara psychic zero sendiri? Kenapa doa tak dimakbulkan. Mungkin belum masa nya atau niat disebalik doa tersebut ada kemudaratan, maka Allah dgn rahmatnya melindungi saudara dari kemudaratan tersebut. :)
BalasPadamNope, itu hanya contoh luahan hati seseorang yg merasakan dirinya mengalami situasi begitu. Btw amalan saya taklah sehebat itu, masih byk lagi yg perlu dibaiki dan sedang berusaha ke arah itu.
PadamTak dinafikan banyak yang meluahkan sedemikian. Tapi apabila diluahkan sedemikian dan dibandingkan dengan kelebihan/rezeki yang Allah kurniakan pada yang lain sedangkan mereka sering melakukan maksiat, seharusnya seseorang itu bersyukur yang nikmat diberikan oleh Allah pada dirinya lebih bernilai lagi, dan untuk nya tidak terjerumus kedalam dosa dan maksiat. Dan jika doa untuk harta benda, wanita, pangkat dll yang dipinta dimakbulkan tapi disusuli dengan dosa dan maksiat, maka doa tadi bukan lah nikmat tapi hukuman dari Allah; seperti dlm konteks istidraj
PadamBersempena hari Jumaat ni, saya ingin sekali mengajak kalian semua untuk membaca kisah Ashabul Kahfi yang mana terdapat jg surah dalam Al-Quran iaitu Al-Khaf. Terdapat byk pengajaran dalam kisah ini dan tidak terkecuali berkaitan topik saudara Psychic Zero. Salam Jumaat.
Padamhttp://pmi.eng.usm.my/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=73
muja terangguk-angguk je baca entry ni,, sangat menyentuh hati,,, huhu,, harap2 aku boleh jadi orang yang boleh mengaku aku beriman iaitu orang yang telah diuji,, amiin,, :')
BalasPadamterimakasih kerana repost..
BalasPadamterima kasih kerana sudi berkongsi...kalau tak, sampai bila pun tak tahu apa makna istidraj tu. =)
BalasPadamPerlu YAKIN dengan Allah Taala, dan jangan mempersoalkan segala ketentuanNya...
BalasPadamUSAHA itu tetap tangga bagi kejayaan, TAWAKAL dan REDHA itu penting utk mendapat BERKAT dariNya. Semoga kita dijauhi dari jalan yang penuh kemungkaran ^^
Bhai Noob...
BalasPadamBagoosh... Artikel yang bagoosh...
aku hampir2 nak mention noob tadi
Padamtapi aku terperasan nama psychic zero terselit di komen atas haha
yup betoi tu taufik..sbb bukan camni gaya penulisan noob.hehehe...tu yg tergerak nk tgok balik sapa TUKANG MEREPEK utk entry ni..
Padambhai c++ ni baca gelojoh sangat ni:D
PadamBAGUS betul entry ni.. yg penting yakin lah dunia ni bukan tempat sebenar utk muslim.. jika dunia ni tempat sebenar.. senang dan kaya lah para nabi, para pejuang. tgk nabi muhammad.. manusia yg paling mulia semesta alam.. miskin jer.. tak berharta pun.
BalasPadamso xperlu lah duk kejar sgt harta dunia.. balasan akhirat tu lebih baik dan tiada bandingan.
#insan fakir
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadambagus Aku_Skandallxxx, pukul 4:59pagi tercelik matanya. Antara bangun awal atau mmg x tidur, kita tidak tahu. Yang pasti, murah rezeki sesiapa yang segar diawal paginya dan berpanjangan sehingga ke subuh dan menjalani rutin harian sbg khalifah dimuka bumi ini.. Alhamdulillah rata-rata pembaca disini mendapat ilmu yg bermanfaat dari entry kali ini, tetapi sayangnya, aku_skandall menidakkan ilmu yang sangat bermanfaat ini. semoga aku_skandal memahami kembali pengajaran yang ingin disampaikan oleh tuan blog. In shaa Allah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSo,ape point kau paste kat sini?nak bgtau kitorang yg kau baru blaja copy paste ke?
Padamsangat memberi inspirasi dan motivasi pagi2 macam ni.Insya Allah aku akan terus berusaha lagi!!!!
BalasPadamsome find comfort in the arms of alcohol, some find it in free sex, some find it by hurting others, some find it in money, but those comfort are temporary.
BalasPadamnothing beats the comfort under the wings of God and his angels. that is eternal peace.
totally agree with you even though we are from different religions.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamKenapa kita harus menyesatkan orang? Agama kita (Insyaallah saudara juga Islam) mengajar untuk menghormati sesama lain walaupun berlainan agama. Kalau kita membawa agama dengan cara yang angkuh kerana sentiasa menyangka kita sahaja yang betul, kita sama sekali salah! Melihat sejarah Rasulullah dan perkembangan Islam, baik Islam adalah komuniti minoriti atau majoriti sentiasa hidup dalam toleransi dan belas kasihan dengan yang berlainan agama. jauh sekali menghina atau menyesatkan mereka. Ingatlah kita semua ciptaanNya, tak da apa yang melebihkan diri kita dari yang lain.
Padamsangat berguna...terima kasih Psychic Zero...:)
BalasPadamsuka entri ni.
BalasPadamcuma nak komen, berjaya itu banyak segi rite?
“ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
BalasPadamterpulang pada tafsiran individu bagaimana solat itu bawa kejayaan.
tujuan kita solat adalah utk mengingatkan diri kita kpd Allah wpun Allah x perlukan solat kita. samada org tu solat sepanjang malam atau x pernah solat langsung, ianya x begitu memberi kesan kpd kejayaan seseorang dalam mencari harta dan ilmu.
kejayaan seseorang byk bergantung kpd usaha sendiri. jika kita x berduit, mungkin cara kita menguruskan duit x betul. kalau kita x pandai2, mungkin cara belajar kita salah. sure, kita boleh berdoa, solat etc utk minta petunjuk/ bantuan drp Allah, tp selepas itu terpulang kpd kita utk berusaha. x guna solat dan doa tp usaha kita x cukup utk memberi kesan. sila bantu diri sendiri dulu.
adakah anda yakin org yg byk buat dosa itu hidupnya nampak tenang, senang dan bahagia? hati org mana kita tau. mungkin juga tafsiran org ttg dosa berbeza dgn anda. apa yg anda lihat sbg dosa mungkin bukan bg org tersebut.
mungkin org itu x sembahyang/ beribadat kpd tuhan (x kira muslim atau bukan), tp byk membuat kebajikan kpd golongan yg memerlukan. apalah gunanya kita beribadat ritual kpd tuhan siang malam tp hubungan kita sesama makhluk buruk; gosip 24/7, kurang ajar, xde kesedaran sivik, xde belas kasihan terhadap haiwan dan alam sekitar? Allah x suruh kita sembah dia semata2, tp juga berbuat amal baik kpd manusia dan makhluk.
kecewa kerana x dpt apa yg diidamkan? lihat attitude diri sendiri dulu sblm membuat perbandingan muslim-non muslim, solat/ x solat, maksiat/ x maksiat. anda hanya membiakkan perasaan benci (penyakit hati) kalau berterusan buat perbandingan begini.
Jelas sekali Allah tak memerlukan solat kita, tetapi kita yang amat memerlukan Allah serta rahmat dan belas kasihannya. Oleh itu solat menjadi keperluan amat penting kepada kita sendiri kerana kebergantungan kita pada Nya. :)
PadamMaafkan aku kalau apa yg aku ceritakan ni sngat panjang dan menyentuh sensitiviti mana2 pihak.
BalasPadamAku kerja gaji kecik,memang rendah sangt pendapatan aku.Aku bnyak mohon kerja lagi elok,tapi takde rezeki. Sedangkan kawan2 aku dah pakai kete besa,dah kawin,banyak duit.Aku pulak dok guna motor aku lagi,ni je yg aku mampu. Disebabkan aku takde duit,kawan2 aku sorang demi sorang tak nak kawan dengan aku.Diorang ajak bercuti sana-sini,berhibur hujung minggu,beli itu dan ini…tapi aku tak mampu nak turuti dan buat semua tu.diorang dapat duit,enjoy sana-sini..best sangat.Tapi aku pulak bila dpt duit sikit,aku bagi kat mak aku,adik aku dan bayar kos perubatan nenek aku (aku dok dengan nenek aku kat kg)..tinggal sikit sngt2 untuk belanja aku.Nak beli kete,rumah dan kawin guna duit simpanan aku?angan2 je boleh la.
Aku tak pernah lupa Allah,tiap2 hari aku solat hajat dan solat dhuha.Sedangkan kawan2 aku,bila aku ajak solat kat surau,diorang suruh aku je pergi..diorang lagi suka dok sembang kat kedai makan bincang pasal kerja dan bisnes.Suatu hari,awek aku yg aku kenal selama 5 tahun,minta putus.Dia cakap dia tak tahan tgk kwn2 dia dpat pkwe dan suami yg kaya dan dah kerja besar.Dengan rasa sebak kat dada,aku menangis sambil pujuk dia supaya bersabar dan tunggu aku,aku akan usaha cari duit.Dia tinggalkan aku,bertunang dan kawin dengan org lain.Masa kenduri kawin dia,aku tgk suami dia memang segak..kaya.Memang jauh berbeza dari aku.Aku tgk pengantin pmpn tu senyum bahagia.Aku tak mampu buat dia senyum mcmtu.
Aku menangis teruk sngt masa tu.Aku start motor..dalam hati aku,tekad nak bunuh diri.Ya,aku nak bunuh diri.Aku nak bagi kete atau lori langgar aku,aku dah putus harapan nak hidup.Masa aku lalu depan surau,aku dengar ada org panggil aku.Aku benti depan surau,dan masuk cari.Tapi tak jumpa sape2 pun.Aku gi amik wuduk,aku wat solat hajat..solat hajat yg terakhir dalam idup aku.Memang kerja gila,tapi aku solat hajat supaya Allah ampunkan aku atas dosa yg bakal aku buat lepas tu.Aku menangis sampai nak pitam masa solat tu,dalam hati aku asyik bertnya “knpe ya Allah,Kenapa kau duga aku cmni..aku patuh padaMu,tapi kenapa kau berikan takdir cmni pada aku.Aku dah tak sanggup nak buka mata,lihat dunia yg kau ciptakan..tapi tak ada tempat untuk aku.Aku malu kat semua org”
Lepas solat,ada sorang pkcik datang kat aku.Dia tnya kenapa aku nangis.Aku cerita ape yg menimpa diri aku.Dia ckap “Allah tak akan zalim pada awk,Allah tahu apa yg terbaik utk awak.Awk kena bersyukur,Allah bagi ujian kat awk.Kwn2 awk pulak hanyut dengan harta benda.Tapi jiwa kosong.Allah uji awak untuk bagi awk kuat,tabah dan sentiasa ingt pada Allah.Awk pilih,antara nikmat harta dunia dengan nikmat balasan syurga..yg mana satu awk mahu?.Aku tak jawab soalan tu,aku tunduk..menangis tak henti2.Tetibe aku rasa lega sangt2,aku benti nangis..tarik nafas..dengan sepenuh ikhlas,lafaz paling ikhlas pernah aku ucapkan,aku cakap “saya redha dengan ketentuan Allah.Hnya Allah yang saya ada sejak dari awal..sehinggalah ke akhir.Saya tak nak harta dunia,saya cuma nak Allah sentiasa ada dengan saya”.
Aku bangun,salam pkcik tu..dan kuar dari surau.Jejak je kaki keluar pagar..handphone aku bunyi.Aku angkat.Dengar suara “Assalamualaikum,ni encik …. ke? Saya daripada SPA negeri …,saya nak maklumkan,awk dapat jawatan Pegawai Tadbir..”.Lepas tu aku dah tak dengar apa yg dia cakap, air mata aku jatuh lagi.Lepas aku abis dapat makluman tu,aku start motor dengan hati yg gembira sngt2.Tetibe makcik aku pulak kol.Dia selamat lahirkan anak,dia bagi nama anak dia sama mcm aku..yg bermaksud ‘Sempurna’.
sedey...
Padamaku belum dpt col lg.. hmmmm...........
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamMungkin Aku-sk... belum nampak pengajaran dari kisah ini. Tak apa semoga diberi petunjuk untuk oleh Nya.
Padamaku_skandall idup senang.ade mak bapak dok bagi duit.keje dapat gaji,enjoy.Ko tunggu la tuhan tarik nikmat ko tu balik.mak bapak xde,duit xde..masa tu ko mula la "ya Allah...ya Allah..dimanakah kau..ampunkan ku ya Allah".Tu pun kalau ko islam la,tapi aku rse tak kot.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBetul tu saudara Aku_skandal. Walaupun susah mana hidup kita, ada yang lagi susah. Jika melihat nabi2 dan para imam yang berjuang demi agama, hidup dicerca oleh musuh2, sentiasa dalam kesusahan, kemiskinan dan akirnya dibunuh, justeru dibandingkan dengan apa yang kita sendiri hadapi sekarang masih lagi jauh dugaan dari apa yang mereka hadapi. Hendaknya kita sentiasa bersyukur. Jika kita merasakan susahnya dugaan itu, seharusnya kita sentiasa bersabar, kerana Allah tahu yang kita mampu menanganinya. Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya.
Padamitu la masalah kau.mak bapak ko cerai,patut la perangai kurang didikan agama,kurang rasa hormat kat org.ikut dia la nak pndang hidup dia cmner.yg ko lebih2 nak bising kutuk2 dia pesal?ko pikir org nak kena ikut telunjuk ko je?ko boleh kutuk org sesuka ati?..weh!bagus la tuhan ceraikan mak bapak ko..kalau diorang tak cerai pun,boleh mjadi giler layan perangai ko.
Padamaku paham apa yg dialami penulis, anda adalah the choosen 1, bkn snang nk dpt hidayah dr Allah,mmg x ternilai..
Padamyg bdk aku skandal tu ckp mmg x matang lgsung caranya, cuba la muhasabah diri kau skit, mmg la dia merungut sbb dia blum diberi petunjuk dr Allah, cuba kau tgk slepas apa yg terjadi, org xkan paham masalah kita selagi dia blum berada ditempat kita
dunia ibarat penjara, kalau berkelakuan baik insyaAllah dapat kehidupan selesa bila keluar "penjara" nanti
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlhamdulillah.. Salam Jumaat juga
Padam~Anon 11:00 PG
agen yahudi pun solat jumaat ke?
Padammamat skandal ni psiko la.ada split identity.kejap jadi setan,kejap jadi gaya soleh.haha..berat kau ni der.org mcm ni banyak tekanan masa kecik dulu ni.owh lupe,mak bapak ko cerai.patut kurang didikan.kesian
Padamtime kasih sgt2..
BalasPadamaku sgt memerlukan kata2 perangsang mcm ni skang ni..
bile tgok kwn2 dpt jawatan ngn gaji jauh lg tinggi dr aku..
aku sgt jeles.. aku da pg interview tuk jawatan yg sama tp x dpt.. walau kelayakan sama.. pengalaman aku lebih.. tp tetap x berjaya..
kdang2 dalam hati sgt tak puas hati ngan kejayaan org lain...
bile aku da bace ni.. aku rase bersyukur..
sbb mungkin terlalu byk hikmah disebalik semuanya..
terlalu besat perancangan Allah swt..
terima aksih si buasir otak.. baru sekarang faham apa itu istidraj dan perkongsian yg sangat bermanfaat terima kasih dengan entry yg dikongsi bersama
BalasPadamManusia istidraj
BalasPadamManusia yg lupa daratan. Even berbuat maksiat pun , dia merasa Allah menyayanginya.
contoh, Firaun.
seriously aku dah mula minat artikel kau dan blog kau, gaya penulisan kau matang, keep it up bro.
BalasPadamramai orang tak tahu solat tu bermula dari siapa...zaman Adam tak ada lagi solat, zaman Noh solat belum diajar...tapi zaman Ibrahim solat dah diajar sebab Ibrahim yang mintak...tahu sebab apa Ibrahim mintak? pasal dia nak keturunan dia menjadi pemimpin diri sendiri dan pemimpin orang lain...orang zalim aje tak solat, orang lalai dalam solat pun ramai...rentikanlah percaya bahawa solat diturunkan masa Isra' Mi'raj...kalau gitu Nabi Isa solat macam mana? Ada sebut dalam Quran Nabi Isa solat jugak...Nabi Musa pun solat...macam mana? Kalau kau solat lagi banyak suwey kau akan kena...Tuhan bukan bodo nak bagi kau rasa kau best aje...Dia akan turun macam-macam benda kat kau...ni realiti show Tuhan punya...dia hos...proses eliminasi tak lama lagi aje ha ha ha!!!
BalasPadam