Rabu, 14 November 2012

56 Kesaksamaan pekerjaan yang diskriminasi

Aku malas nak update panjang2 hari ni, orang lain sibuk cuti dari hari Isnin, Rabu dengan Jumaat, aku kena kerja. Cuma aku tulis satu isu realiti pasal diskriminasi dalam kesaksamaan pekerjaan, korang bincang dan bagi la pendapat sikit kat ruangan komen tu.


Zaman sekarang ni kenapa bila orang perempuan buat kerja yang selalu dimonopoli orang lelaki seperti tentera komando, ahli bomba, pilot kapal terbang, kerja pelantar minyak, juruelektrik, mekanik, nelayan, pengimpal logam dan lain2 maka mereka akan diangkat dan dipandang tinggi sebagai seorang wanita lasak yang sangat cool serta dilihat sebagai suatu pencapaian yang luar biasa bagi kaum wanita.


Akan tetapi bila orang lelaki buat kerja yang selalu dikait dengan kaum wanita seperti jurusolek, pendandan rambut, tukang jahit, pramugara, kerja pengkeranian, jururawat, nursery kebun bunga, modelling, guru tadika/pra-sekolah dan lain2, masyarakat akan pandang sebelah mata dan sinis, mesti ada yang beranggapan dan mempunyai persepsi seperti "Aik, orang lelaki buat kerja perempuan? Ni kalau tak bapok mesti gay..." padahal hakikatnya kebanyakan mereka tak pun macam tu, mungkin ada la sesetengah tu lembut sikit tapi adakah salah orang lelaki buat kerja2 yang biasanya dibuat dan dimonopoli orang wanita? Kalau dah minatnya ke situ nak buat macam mana?


Kenapa wujud diskriminasi apabila wanita buat kerja lelaki akan dipandang tinggi tapi bila lelaki buat kerja wanita selalu dipandang rendah?






tags: kesaksamaan pekerjaan gender kerja mengikut jantina pecahan gender and work bias equality kajian wujud diskriminasi wanita perempuan lasak pengkid tomboy lesbian lelaki lembut bapok sotong pondan shemale mak nyah gay transgender lgbt monopoli tinggi rendah jenis cabaran double standard selamat hari deepavali iklan petronas do the dappan

56 ulasan:

  1. pompuan jadi tok mudim cool x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang dah ada lar, biasa kita pangil tok bidan je sebab menyunatkan perempuan (semasa bayi) ni kerja sambilan depa.

      Kalau pompuan menyunatkan lelaki takut tak baik-baik hik hik hik.

      Tapi kalau sunat kat kilik peluang memang besar untuk dibelai eh silap dirawat nurse perempuan hehehe.. :D

      Padam
    2. Typo - Klinik/Hospital

      Padam
    3. ku pernah dibelai oleh jururawat... malu rasanya.. *blush*

      Padam
  2. hehe. aku pun baru terfikir kalau lelaki masuk kerjaya perempuan dianggap lawak.

    perempuan masuk kerjaya lelaki kadang2 memang diskriminasi. lelaki jugak suke terbitkan isu kan?

    BalasPadam
  3. kerja pun sempat lagi buat entry. nope! saya kagum dengan lelaki yang boleh amik alih kerja perempuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apasal Chef kat hotel kebanyakannye lelaki?

      Padam
    2. kudrat chef laki lebih kuat berbanding dgn perempuan.
      chef bukan setakat masak semata2.
      kadang2 perlu angkat periuk yang berat,perlu tenaga yang banyak. itu yang perempuan tak mampu.sebab tula, laki lebih monopoli banding dengan perempuan. kwn aku amik kos seni kulnari, dia yang ckp gitu..

      Padam
    3. Masterchef manjang lelaki yang menang.. ramai dok merendah-rendahkan dan mempersoalkan kebolehan kaum wanita memasak adalah.. mane de diskriminikasi kat sini tau noob. hrmmm

      Padam
    4. sebab tu kat entry atas tu tak letak langsung kerja chef atau tukang masak, sebab kerja chef ni dah jadi kerjaya yang unisex, normal bagi lelaki atau perempuan kalau kerja jadi chef atau tukang masak.

      Padam
    5. owh yelah.. tak perasan pulak. sorry!

      Padam
    6. "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" bukan diskriminasi, tapi nak suruh manusia jadi baik barulah dapat yang baik :)

      off topic jap. :D

      Padam
  4. Ini rasanya berkait dgn expectation.Kita kan tahu,fitrah wanita ni lemah sifatnya.Jd bila dia buat kerja yg tough,mestilah org rasa dia cool.Lelaki plak dikaitkan dgn kegagahan,jd bila dia buat kerja yg pompuan biasa buat,expectation manusia tu tak sampai pd fitrahnya.
    Tp,mcmmanapun,aku okey jer lelaki buat kerja pompuan,in fact,aku kagum dia sanggup ketepikan ego demi minat.Org yg ckp lelaki buat kerja wanita ni maybe blm berkembang lg minda dia utk terima hakikat ada lelaki mcm tu.
    Mcm keje chef misalnya,dulu dulu ya,org anggap chef ni lembut lah,hapalah.Skang ni tak,macho jer aku tgk.Dan kene terima hakikat,ramai chef yg hebat adalah lelaki.Adakah Gordon Ramsay gay?Tidak,dia sgt macho jerit jerit kat dapur...
    Skang aku tak kisah pun anak lelaki aku nak jadi chef,malah aku galakkan.Gay atau tak bkn bergantung pada minat dia.Aku pernah kenal sorg lelaki lembut,alahai,duduk pon kepit.Tapi,elok jer kahwin,tiap tiap tahun bini beranak.Dan,berapa ramai gay yg boleh di detect?Sbb diorg pon maskulin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini rasanya berkait dgn expectation.Kita kan tahu,fitrah wanita ni lemah sifatnya.Jd bila dia buat kerja yg tough,mestilah org rasa dia cool.Lelaki plak dikaitkan dgn kegagahan,jd bila dia buat kerja yg pompuan biasa buat,expectation manusia tu tak sampai pd fitrahnya.

      haah, aku rase aku stuju dgn yg ni.

      dan lelaki lembut dgn gay tak same ek. lelaki lembut ade yg straight tau. mngkin sifat die je lembut tp still suke kt pmpuan. cme pmpuan mngkin kena tahan skit la sbb laki cmni boleh mengalahkan perempuan dlm kecerewetannya haha. gay plak, hmmm, ade je gay yg maskulin yg mmg ko ingat staight pnyer la. eeeee bahaya2.

      Padam
    2. sangat bersetuju dengan pendapat tentang 'expectation'. memang betul. pereka fesyen, chef memang ramai lelaki.

      Padam
    3. Walau masak memasak dicop dan diangap kerja perempuan tetapi Chef memang kebanyakannya atau majoriti lelaki. Tak caye pi la check kat hotel-hotel.

      Padam
    4. November banje la kami gi makan2 kat hotel. Leh kami buktikan kata2 Nov tu yg kebanyakkan Chef adalah lelaki.. wakaka :p

      Padam
    5. takda hal :) memang salu pi check dapur depa.. ahaks.

      Padam
  5. skg keje2 pompuan, laki buat, keje2 laki pompuan buat...

    BalasPadam
  6. rasanya diskriminasi lebih kepada lelaki berbanding pompuan dalam dunia skrg ni.. walaupon media masih lagi heboh kata pompuan tetap didiskriminasikan.

    lagipon diskriminasi ni hanyalah sandiwara semata2. muahahahaha. ;P

    BalasPadam
  7. Jangan melanggar batasan agama sudah :)

    BalasPadam
  8. Allah maha melihat. Jaga komen anon2 sekalian. Admin, anda anggap benda ni remeh. Setiap kata maki carut anda juga dpertangjwbkn. Blogserius dah xda anon mcm dlu. Hrap sini boleh ubah. Xguna trafik tinggi tp komen xsoleh.

    BalasPadam
  9. rezeki ada dimana2. kerja sj apapun, asalkan gembira dgn apa yg dilakukan..lelaki pun dianggap hebat bila jd chef, designer..okla tu..

    BalasPadam
  10. Haha. Entah la, tapi kalau lelaki jadi mak andam atau chef mostly result lagi memuaskan dari perempuan

    BalasPadam
  11. Aku nurse laki...rilek je keje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko lah gambar kat atas tu

      Padam
    2. takpe bro.kerja murni tu.besar pahala,jaga org sakit.

      Padam
  12. rileks la brader. aku pn keje gak isnin rabu jumaat DAN Sabtu. nak mntak cuti hari rabu tak dibagi nyerrrr.

    BalasPadam
  13. lelaki yg jd tukang solek tu selalunya lembut..huhu..

    BalasPadam
  14. baru semalam aku tanya gf aku kenapa kat tv selalu banyak program khas untuk orang perempuan, wanita hari inilah, nona la itulah inilah tapi tak ada pun program khas untuk lelaki..majalah2 pun berlambak majalah perempuan, tapi majalah lelaki tak ada pun..mastika?hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis, majalah playboy dan fhm tu untuk sapa? lesbians?

      Padam
    2. "..BANYAK PROGRAM KHAS UNTUK ORANG PEREMPUAN.."

      rasanya, encik or cik aku skandallxxx kene baca betul2.

      Padam
    3. err...biskut, ko de masalah mata ke? die ada sebut pasal majalah jugak lah...ko rindu kat beruk the hell ke?

      Padam
    4. Kalau majalah cuba check kat http://www.ebook3000.com/Magazine/For-Men/
      huk aloh apasal majalah camtu je yang ada.

      So mari kita buat majalah banyak-banyak untuk lelaki..
      majalah apa?

      Kereta? eh dah ada la..
      Motorsikal? ada dah la..
      Pertukangan? pon dah ada
      Sukan? bukan dah ada ke?

      erk majalah apalagi yea?

      Lelaki Mithali kot? Ha yang ni belum eprnah nampak hik hik hik..


      Padam
    5. "..majalah2 pun berlambak majalah perempuan.." - nazha anuar

      majalah? tgk karangkraf aja, banyak produk ke arah perempuan.

      "habis, majalah playboy dan fhm tu untuk sapa? lesbians?" - aku skandallxx

      hmmm 2 produk ni je ker utk lelaki? dan mohon bagitau cara nak dapatkan majalah playboy secara awam kat malaysia no, TQ...

      circulation untuk majalah lelaki .

      FHM : 30,000
      Maskulin : 45,000 (eh ini agak banyak dah utk audien lelaki nih)
      men's health : 30,000
      esquire : 25,000

      Majalah kereta, motorsikal, pertukangan & sukan walaupun sering dikaitkan dengan dunia lelaki secara am nya tapi isi kandungan dia tak cerita pasal lelaki secara langsung. kalau secara tak langsung, mmg banyak.

      circulation utk majalah perempuan pulak :

      jelita : 60,000
      wanita : 70,000
      cleo : 71,000
      remaja : 130,000 *

      * diawal penerbitan majalah Remaja, content lelaki dan perempuan agak seimbang, sekarang banyak fokus kat pompuan je. malahan anggapan masyarakat kat majalah ni pun fikir ni majalah utk gadis2.

      pasaran penerbitan buku dan majalah mmg besar untuk kaum2 hawa nih,
      dengan contoh saya beri, beza besar kan circulation majalah yang khas utk lelaki dengan majalah khas utk pompuan. tak caya? pi kedai2 majalah/runcit/buku yang berdekatan, dan bandingkan sendiri.

      kalau nak anggap buku2 komik atau majalah bisnes sebagai bahan bacaan lelaki, mesti ramai org tak setuju.

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. naharomm..lahir dah lagi sorang nak ikut jejak langkah legend2 malaun.

      Padam
    2. Ulasan ini juga telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog PONtol.

      Padam
  17. Buat NOOB

    Kalau hang nak tau lelaki ni ultimate (manusia pertama lelaki - ADAM), wanita tu kan dijadikan dari tulang rusuk lelaki (HAWA). Dan tuhan mendetailkan lagi perempuan (HAWA) ni untuk melengkapkan lelaki (ADAM). Memberikan keistimewaan kepada perempuan perkara yang lelaki tak dapat buat sebagai pelengkap lelaki. Ada terlampau banyak hikmahnya, tuhan jadikan kasih sayang, nafsu untuk berkembang biak dari perkongsian lelakid an perempuan. Itu sebab fitrahnya begitu tu lelaki seharusnya melindungi dan menjaga perempuan.

    Kalau belajar agama anda akan lihat tangungjawab lelaki terlampau dan AMAT-AMAT berat berbanding perempuan. Ini kerena fitrah asas kejadian yang telah ditetapkan seperti saya nyatakan di atas. Tangungjawab dan dosa perempuan ni tertangung ke atas bahu lelaki yang bergelar SUAMI, BAPA, ABANG atau ADIK LELAKI.

    Sebenarnye kalau nak ikut takda kerja perempuan yang lelaki tak boleh buat tetapi tak semua kerja lelaki perempuan boleh buat. Mengandung&Beranak? sapa kata tak boleh? boleh kalau nak tapi kena modify badan la. kena downgrade badan dan sistem lelaki yang macho tu. Amat banyak kes dan kejayaan lelaki downgrade jadi perempuan tarnseksual dari perempuan upgrade kepada lelaki. Kenapa? kerana amat payah untuk perempuan upgrade kepada lelaki, pernah ada perempuan nak upgrade jadi lelaki pasang alat kelamin lelaki tetapi banyak sistem failure.

    Jadi untuk lelaki bersyukur dan jadi lah lelaki yang terbaik. jangan ego dan sombong tangungjawab anda lebih berat dari perempuan. INGAT TU. Sebagai lelaki patut lebih hebat dari perempuan sebab fitrah asas kejadian lelaki.

    Buat perempuan jangan ambik hati, tuhan yang maha pengasih dan penyayang lagi adil beri banyak kelongaran dan keistimewaan yang tak diberi kepada lelaki, jadi fahami dan bersyukurlah kerana anda perempuan. Nabi kata perempuan ni cukup mudah masuk syurga dan cukup mudah masuk neraka, jadi hati-hati la.

    Aku hanya sekadar menyampaikan,
    Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, dah mmg allah jadikan lelaki dn prmpuan tu berbeza, tp saling melengkapi, orang je yg taknak menghargai dan betul2 paham yg ni.
      kalo pasal angkat berat2, mmg aku suruh laki je sbb dorang mmg ade satu urat lebih ni utk angkat berat. bahaya weh kalo pmpuan angkat berat, ade yg affect sistem peranakan la ape la.

      bagus2. anak sape la ni. laki? prempuan? boleh masuk meminang.

      Padam
    2. Kalau hang nak tau lelaki ni ultimate (manusia pertama lelaki - ADAM), wanita tu kan dijadikan dari tulang rusuk lelaki (HAWA).

      ini ajaran yg dibawa oleh Bible (refer Genesis), bukan dari Quran atau term yg kamu suka dengar; Israilliyat. dalam Quran (refer 4:1 dan 30:21) Allah tak pernah cakap Hawa dijadikan dr rusuk Adam.

      mohon betulkan fahaman masing2.

      Padam
    3. KIMAK HANG ANNAPALAT

      Padam
  18. Memang Diskriminasi sungguh... Betul tu, wujud diskriminasi apabila wanita buat kerja lelaki akan dipandang tinggi tapi bila lelaki buat kerja wanita selalu dipandang rendah...

    Kalau tak percaya.. tengok je la Menteri Pembangunan Wanita kita sekarang ni.. Semua orang pandang rendah kat menteri ni.. Memang tak adil betul..

    Rasanya Wanita di Malaysia memang tak layak kot jadi Menteri Wanita, Mereka suka bela Lembu yg duduk di Kondo..Kalau lembu pun tinggal di Kondo, Tuannya agak2 tinggal kat ane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha yang ni memang lawak bro...memang lawak

      Padam
  19. Hairstylist cool ape.
    Aku rasa lelaki yg keje pkerjaan yg didominasi oleh perempuan tu lagi cool apa.
    Lagi manly.. sbb berani buat kerja perempuan. heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same here..
      Aku sebenarnya tak pernah jumpa pulak manusia yang kata dorang ni bapok/gay. Lagi kagum ada la.

      Aku rasa yang kata bapok/gay ni kaum lelaki sesama lelaki je. Aku rasa la. Jeles lettew.

      Padam
    2. tapi aku agak sedih jugak yang geng lelaki2 kat aswara semua mcm lembut sangat...

      Padam
  20. banyaknya cik anon kat sini , dah lama tak komen2 kat blog nih ...

    BalasPadam
  21. aku selalu x puas hati cleaner toilet hostel aku perempuan. bangun pagi-pagi nak pegi jamban mesti ada pompuan duk cuci. dahlah lepas bangun selalu ada 'morning wood'. cleaner laki mesti dapat cuci tandas laki saja x penah dpt tandas pompuan walhal pompuan boleh cuci dua-dua tandas. ini disriminasi!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kau sape suh stiap kali sblom tido,ko asik layan porn jew...baik ko ubah cara idop ko tu,sblom tido baca doa ke ape...hewhewhew

      Padam
  22. salam bro PON, selamat tahun baru hijrah 1434 ntuk awak n smua readerz


    -mamat ,kb bru9-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.