Ketika sedang membaiki, tengah syok godek2 hard disk PC tu, dengan tidak sengaja anda terbuka sebuah hidden folder di direktori C:\Users\MD\My Documents\My Pictures\Tiada apa-apa di dalam\Kosong\Nothing\Tak best pun\Top secret\ dan terjumpa gambar2 terlampau pengarah urusan anda itu bersama seorang officemate wanita yang anda kenali di dalam sebuah bilik hotel dalam keadaan tanpa seurat benang dan anda tahu yang wanita itu bukan isterinya membuatkan anda rasa sangat terkejut badak.
Persoalannya di sini, apakah yang akan anda lakukan bila berada di situasi tersebut, bila rahsia gelap seseorang di tangan dan dalam genggaman anda?
A. Buat bodoh saja. Baiki komputernya dan pulangkan semula kepada pengarah urusan tersebut dalam keadaan asal.
B. Buat A, kemudian beritahu kepada officemate2 satu pejabat yang lain pasal skandal bos anda itu.
C. Buat A juga, dan teruskan buat bodoh, cuba lupakan apa yang telah dilihat dan jalani kehidupan seperti biasa walaupun agak sukar untuk melupakannya.
D. Copy dahulu semua gambar2 terlampau tu dalam thumb drive, kemudian buat A, lepas tu sebarkan gambar2 tu di forum Cari, upload ke blog, bagi kepada abang nara, amenoworld, papagomo, media2 cetak dan elektronik dengan menggunakan identiti anon.
E. Buat A juga, tapi lepas tu ugut pengarah urusan tu dan kekasih gelapnya dengan mintak wang tutup mulut RM1 juta.
F. Masih lagi buat A, tapi lepas tu jumpa pengarah urusan itu secara baik dan menasihati beliau.
G. Ambil PC dan serahkan komputer tersebut kepada Jabatan Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya.
H. Hantar PC milik pengarah urusan itu kepada Jabatan Agama dan buat laporan kepada mereka mengenai salahlaku pengarah urusan bersama kakitangannya itu.
I. Korang pikir sendiri dan tulis kat komen bawah...
tags: situasi tahu rahsia skandal scandal gossip bos pengarah urusan managing director ceo pengurus ketua jabatan bahagian pengarah head of department pekerja staff kakitangan officemate wanita perempuan titik hitam gelap curang suami isteri apa perlu boleh kena buat tindakan keadaan cadangan fikir nasihat lapor jabatan agama jais jakim jawi tangkap basah hotel jumpa gambar video lucah bogel tak pakai baju seurat benang kantoi bilik hotel atas katil penguatkuasa khalwat zina komputer pc hard disk rosak recovery
oh tidak...inikah dilemma yg sedang ko hadapi sekarang noob? mmg berat nih...
BalasPadamLoL aku 1st....
Padamtaklah, bukan dilemma aku pun, cuma aku tengah fikir:
Padam1. macam mana skandal2 orang besar ni kadang2 boleh kantoi seperti contoh yg baru2 ni, mesti ada orang yang tahu dan laporkan kepada sesiapa.
2. macam mana video2 klip 3gp melayu boleh tersebar luas, biasanya pelaku takkan nak pandai2 upload sendiri kat internet, mesti ada org curi dan sebarkan gambar dan video mereka time repair pc atau telefon.
dilema noob ni.. putar2 cerita pulak.
PadamRAM aku tak cukup nak bagi komen bernas. Haha
A. jangan sebar aib orang lain
Padamnoob, kes student singapore tu siap ada blog lg tu sama je kan.. dah lg advance.
Padammuslim?
PadamKes pelajar singapore tu sebab dia exhibinist :) maksudnya suka dilihat suka mempamer kelakuan mereka atas nama kebebasan..
PadamPerasaan ini sebenarnye banyak menjangkiti kaum perempuan hingga membuang rasa malu mereka dengan pelbagai alasan. Cuba pi kat KLCC anda akan lihat ramai exhibinist ni.. pakai seksi meksi sampai boleh terjojol mata melihat, Ini kerana mereka mahu orang ramai lihat apa yang mereka pamerkan.. Perasaan ini juga memberi keyakinan kepada kaum perempuan dalam mengayakan fesyen2 yang pelik2..
Mereka akan teruja dan seronok menjadi bahan pameran dan orang terliur atau mengagumi mereka.
Adakah anda exhibinist?
xhibinist? nope. baru tahu. thanks.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padammoh kite ramai2 buat ni seikhlas hati, show that we really care ^^
Padamhttp://busuk.org/ping/view/373102
Buat yang A je lah. Tutup aib orang tu dapat pahala.
BalasPadamTakut-takut 'sampai masa' aib kita pula terburai. Masaalah dunia akhirat youuu.
tak fhm maksud tutup aib org detected
Padamdosa dia biar dgn tuhan aib dia kita simpan.“Siapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim)
Padambodo jugak kamu ni lina. cam anon di atas cakap kamu x faham maksud tutup aib. kalau kamu just buat bodo dan anggap akan dapat pahala sebab tindakan kamu maka kamu salah. sembunyikan maksiat/perkara dilarang islam jika kamu terang-terang mengetahuinya (dalam kes ini kamu jumpa gambar real bukannya dengar khabar angin shj) boleh dikira bersubahat. sia-sia saja kamu berdosa.saya percaya perkara yang betul untuk dilakukan ialah F,G dan H mengikut tahap keberanian dan iman kamu
PadamTapi kalau boss tu dok buat depan semua orang itu dah kemungkaran yang itu wajar ditegah.
PadamBagaimana kalau kemungkaran yang hanya boss dan pasangan dia je tahu?... dan kamu kebetulan tahu sebab kamu ada akses komputer dia nak baiki dan kebetulan nampak dan sesuatu yang mencurigakan lalu kamu buka.
Persoalan bagaimana kamu nak buat?
Cuba kamu bayangkan kamu di tempat boss tadi?
Apadia AIB
Padambagaimana nabi menjaga aib (orang terkentut)
Kalau buat A, mana amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan?
Padamj. quit job
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamapa sengalnye nak quit job..xde kaitan pun..ingt snang2 nk cr keje..
PadamBaiki computer apa yang sampai ko selongkar fail dia tu?
BalasPadamMana ada orang baiki komputer sampai kena pi "my document\My pictures" tu memang nak selongkar gambar hahaha..
Macam memang nak carik dokumen/rahsia orang ni :)
Bergantung kepada situasi kalau mampu pi tegur la mereka, kalau mudaratkan cam kena buang kerja ke atau kena bunuh nanti baik diamkan doa semoga mereka insaf.
ko lindungi rahsia & aib orang tuhan akan jaga aib ko. Ko sebarkan keburukan orang nanti suatu masa tuhan buka aib ko kat orang.kecuali kalau dia jenis yang player suka kacau orang-orang bawahan dia ugut dan sebagainya iaitu jenayah - tu kena fikirkan sesuatu untuk selamatkan orang-orang kain dari teraniya.
ko "copy" buat apa?
- nak buat modal?
- nak buat simpanan sendiri?
- nak sebarkan kat orang?
- nak ugut untuk kenaikan pangkat?/duit?
kalau terjumpa kebetulan biarkan la.. tapi kalau dah tujuan ko memang carik modal tu tak tau la kan.. biasanya kalau jenis camtu tak lepas peluang copy masuk thumbdrve.. etc. tak kira la kalau gambar tu ngan skandal ka ngan awek dia sendiri ka ngan bini dia sendiri ka.. biasanya musti dia copy punya.
itu contoh jer, mana tau komputer kena virus dan folder tu jadi tempat penternakan virus, nak tak nak terpaksa jugak masuk.
Padamanon tak pndi guna pc detected
PadamSemua begantung kepada etika kita. kalau kita hanya nak betulkan masalah PC seharusnya itu yang kita lakukan.
PadamSecara teknikalnya saya agak ragu dengan Alasan itu, Membersihkan virus tidak memerlukan anda mem"view" gambar atau dokumen orang. Anda pon tahu jika fail itu virus mem"view" atau membuka dokumen tersebut menyebabkan virus itu aktif dan menjangkiti pc itu jika ia belum menjangkiti.
Saya bukan sekali dua membaiki komputer dan saya tahu apa perasaan bila jumpa hiden folder atau terjumpa sesuatu yang mencurigakan. Saya juga manusia ada sifat ingin tahu juga mungkin bisikan halus untuk memview/membuka dokumen yang saya tidak sepatutnya view atau buka dalam tugas saya.
Jadi saya simpulkan orang sebenarnye mencari "harta karun" dalam pc/laptop yang mereka baiki. kerana banyak kes gambar peribadi dicopy/dicuri ketika pc/laptop dihantar ke pusat servis/kedai membaiki. Bagaimana terjadi kerana mereka bukan saja membaiki tetapi menyelongkar. :)
Jadi berbalik kepada etika kita kejujuran kita dalam menjalankan tugas dan amanah.
Berbeza kiranya dia letak gambar dalam wallpaper atau dia buka dan terlupa nak tutup atau sembunyikan. Itu baru dikira tidak sengaja.
Nasihat saya bagi orang yang tidak tahu membaiki komputer sendiri.. jika anda ada barang berharga gambar atau dokumen sensitif elok la jaga dengan baik atau hapuskan sebelum jatuh ke tangan orang lain yang tak sepatutnya.
dulu time study, laptop selalu sgt crash sbb install banyak os dalam 1 laptop. dah ada windows, ubuntu lagi and etc. sampai lgsg x blh open windows terus lepas tu. so pe lagi, bagi la kwn2 lelaki yg pandai format laptop. siap pesan awal2, jgn buka D aku tau! tapi dorang peduli hapa, sambil format sambil buka la setiap file yg ada dlm D tu. SANGAT TIDAK AMANAH! siap leh main2 webcam snap pic sendiri then biarkan je dlm laptop aku tu. tp lptp aku tak le la pic2 yang tak senonoh, tp pic dgn kawan2 tak pakai tudung dkt kolej byk jgk la.. kan dah terdedah aurat2 kami semua. huh!
PadamMungin maksud encik Noob yang tak sengaja kerana windows explorer dia dalam keadaan paparan "thumbnail". Jadi Kalau tak sengaja masuk ke dalam folder yang ada gambar peribadi, memang secara automatik fail imej akan dipaparkan dalam windows explorer tadi.
PadamUntuk semua tak payah la letak gambar yang bukan2 dalam pc/laptop anda. Orang tak semestinya kena fizikal akses untuk masuk pc/laptop/handphone. Dengan pelbagai jenis applikasi dan teknologi yang ada sekarang orang boleh akses perkakasan anda dari jauh.
betul ckp tu anon 4:09, laptop kawan aku dia install software apa entah, tapi kalau cucuk pendrive or external kat lptp dia, dia akan scan dulu segala picture yang ada kat dlm tu dgn hidden2 pic dia scan sekali siap view "thumbnail" lagi.. pc kat tmpt aku practical dulu pun mcm gitu jugak.
PadamAku cadang bro buat F je la.
BalasPadamTpi kalau dia(bos)masih tak nak insaf try buat H pulak. Tu pun kalau ko rajin nak terlibat dengan permasalahan smestinya akan brtambah kompleks.
-Bolbol Hayran
wer...kalau tak settle nanti Allah tuntut diakhirat..kalau bagitau nanti bos kena kes aper sume..wat the fish...buat apa yang tidak menyusahkan diri sendiri dulu...boleh ke? :)
BalasPadamaku penah pinjam hp kawan aku sbb nak bluetooth animation. sambil buka folder picture dia kot-kot ada kartun yang comey2, dia pun tak kesah je.. sekali aku ternampak pic dia dgn bf kat bilik (naked). Mungkin dia pun tak perasan kot yg dia masih simpan pic tu kat dlm hp dia. aku terkejut gak memula tapi steady cool.. so tindakan aku selepas itu
BalasPadamC. Buat A(teruskan usha animation), dan teruskan buat bodoh, cuba lupakan apa yang telah dilihat dan jalani kehidupan seperti biasa walaupun agak sukar untuk melupakannya.
+ doakan semoga mereka cepat2 la kawen, so far dorg masih couple lagi..
p/s: tiada niat untuk mengaibkan sesiapa, tetapi benda2 mcm ni mmg sensetive. sendiri buat sendiri la jaga dan sendiri la tanggung.
Setiap orang ada kisah masing-masing.
PadamKadangkala kejadian begini untuk menguji kita bagaimana kita akan bertindak dan kita bertangungjawab keatas setiap tindakan kita.
"dan cegahlah kemungkaran itu dengan tangan, kalau tak mampu cegahlah dengan lisan, kalau tak mampu cegahlah dengan hati..sesungguhnya itulah selemah2 iman."
BalasPadamtapi bila melibatkan aib orang lain, walaupun benda maksiat, sebaiknya disembunyikan. jika rasa boss tu boleh dengar cakap orang bawahan, tegurlah dengan baik & berlapik. kalau tak, berdoa la biar diberikan hidayah pada boss tersebut. menyebarkan gosip bukan akhlak seorang Islam yang beriman.
Or J. If you can't beat them, just join them.
BalasPadamhahahhaa
Surah al-Hujurat ayat 12: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang (tajassus); dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
BalasPadamKalau dah terjumpa gambar2 mcm tu buat pilihan A atau C. x perlu kita dedahkan aib peribadi org. kita pun bukannya sempurna kan. lainlah jika terjumpa bukti2 rasuah ke, salah guna kuasa ke, itu bolehlah dilaporkan.
kalau nak nasihat boleh, tp kena hati2 sebab org ni ada kuasa utk menyusahkan hidup anda. mungkin boleh cuba bagi nasihat secara indirect cth tazkirah pendek2 utk dikongsi oleh semua org di pejabat.
sngt sokong. kalo nak nasihat, mmg kena secara indirect, sbb org berkuasa ni boleh buat ape saja nk bg hidup kite susah. silap2 haribulan pembunuh upahan diupahnya. nauzubillah.
Padamtp tula.. kalo kiter tak bendung, smpai bile2 perkara ni terjadi dan dh jd budaya (terutama bab2 rasuah). oleh itu kite hanya mampu berdoa sj...
Pada pendapat saya la ini masalah moral melibatkan boss dan pekerja tadi jadi kalau boleh ada kuasa dan kekuatan nasihatkan mereka atau seumpamanya yang terbaik boleh dilakukan tanpa memalukan mereka.. Harap mereka sedar.
PadamKalau ianya melibatkan perkara lebih besar seperti kepentingan organisasi seperti rasuah dan sebagainya itu sudah jenayah/kemungkaran besar dan wajib untuk kita lakukan sesuatu dari memudaratkan seluruh organisasi. Contoh Boss mendapat habusna kerana sesuatu (rasuah) atau mengugut pekerja untuk melakukan seks dan sebagainya (jenayah).
apa lagi,ugut perempuan tu..mintak dia tido dengan kau jugak.
BalasPadamhahahaha..i know wat u did last summer....nailp38ikup...
BalasPadamAjak boss sholat taubat!
BalasPadamApe lagi.. 1. Ugut pompuan tu minta apa yg patut
BalasPadam2. Ugut bos / tuan punya pc minta apa yg patut
3. Upload ke intenet tapi saper yg nak tgk kena bayar la dulu.
4. Cabut la dari tmpat tu jauh jauh supaya org x dpt cari
Hehehe yg penting hasil lumayan dong!
naseb baek la pandai repair sendiri..huhu..
BalasPadambahaya kan kalau jadi kes camni..saya pun pernah je alami menda cenggini bila repair/format laptop orang..bukan sengaja..kadang-kadang orang tu mintak kita backup dulu semua file-file die dalam lappy tu..maklum la semua sumbat dalam disk C..
kalau die ada 2 partition C + D, tak jadi masalah..mungkin 'benda-benda pelik' yang die hidden kite tak usik sebab die simpan dalam D..kite cuma perlu usik disk C je..*KALAU ORANG JENIS AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB, DIE TAKKAN KACAU DISK D CUMA BELEK DISK C JE*
tapi tu la..bukan semua orang 'cerdik' bab ni..jadi saya nak nasihatkan la..kalau boleh bila beli pc/lappy/notebook mintak kedai buat 2 partition siap-siap..kalau disk besar buat 3 partition pun ok..jadi kalau nak simpan segala mak nenek yang secret-secret tu simpan dalam partition yang takkan memerlukan orang buka bila nak repair atau format..selalunye disk C je yang orang akan format in case jadi serangan virus or apa2 masalah sebab OS install kat C je..
kalau nak lagi selamat, beli je external hardisk..sumbat la ape pun nak sumbat dalam tu sampai full..dlm pc/lappy tu simpan menda berkaitan kerja je..jangan simpan yang personal..tambah-tambah lappy/pc opis..ade ke salah guna pulak..haishh..(-_-")
yang tak amanah leh ceroboh sampai ke D. external pun kalau tercicir boleh je kena godam dgn orang lain..
Padamconclusion, tak payah la simpan benda2 yang terlalu personal tu.. hanya sekadar pandangan
-p-
yea betui takyah simpan le..
Padammaksud saya kalau dah orang-orang jenis cenggitu teringin sangat kan nak simpan..simpan la kat tempat yang takde orang boleh akses..itu je..takde la pulak saya nak galakkan..memang sepatotnye tak payah pun simpan..saya setuju je dengan korang berdua yang tanpa nama ni..tak payah simpan..
PadamKalau nak sangat simpan mungkin bagi perempuan gambar tak menutup aurat dan sebagainya simpan ditempat yang betul dan selamat. Gunakan enkripsi jika perlu supaya tidak jatuh atau dicuri mereka yang tak bertangungjawab. Silap haribulan kena super impose atau muncul profile anda di internet.
Padampara ilmuwan kat atas2 pun dah terangkan banyak2..pada pendapat ku pula, kena nasihat secara direct tanpa mengaibkan pengarah mahupun wanita tersebut..kalau merak ikut alhamdulillah, kalau mereka tak ikut tak apa, dah lepas tanggungjawab kita..
BalasPadamSEJAK sekian lama, pelbagai aduan dan rungutan berkaitan perkhidmatan teksi bandar telah kita dengar. Sebagai seorang pemandu teksi yang cuba untuk memartabatkan perkhidmatan teksi bandar di Kuala Lumpur khususnya, saya telah melakukan segalanya dengan mengikut peraturan ditetapkan tetapi segalanya ada batasan kerana perkara utama dalam perkhidmatan teksi itu sendiri ialah teksinya atau lebih tepat lagi keretanya.
BalasPadamBukan kerana tidak mempunyai semangat patriotik terhadap kereta nasional tetapi pilihan kereta yang ada pada masa ini iaitu Proton Persona dan Proton Saga saya rasakan kurang sesuai untuk berkhidmat sebagai teksi terutamanya Proton Saga.
Kedua-dua buah kereta tersebut bagus dan sesuai untuk rakyat Malaysia tetapi tidak sesuai untuk dijadikan sebagai teksi.
ni apakehenya ni.. teksi x de kaitan lgsg kot
Padam-p-
wahhh dilema nya. lebih baek tutup aib orang tu. In Shaa Allah aib kte pun orang lain akan jaga nanti. Musuh jangan dicari
BalasPadamtakkan nak tutup aib camtu kot.. maksudnye tutup aib tu jgn la mengumpat.. dah terang2 ade bukti kene la amik tindakan.. takkan diam wat bodos saje..
BalasPadamfap fap fap
BalasPadamBuat F. Baru menunjukkan kita ni seorang yang Murni dan baik hati. yea yea..
BalasPadambuat bodoh je la , sebab kalaw CP , CP tak berani nak buat ape2 ...
BalasPadamkalau nk bg nasihat secara bg emel/letter, orait jugak, skadar utk bertarbiah. mngkin boleh guna anon pstu emel pengarah tu ckp yg 'aku tau encik ada skandal..
BalasPadamtp pengarah tu tak tau ko tu dr mane? ntah2 boleh jd org hotel tu ke, atau mngkin pekerja ternampak dia masa nak masuk hotel ke? atau mngkin kawan kepada skandal dia ternampak ke.. tp takyah la ckp yg ko ade simpan gmbar2 dia, nmpak sngt la dah narrow down suspek tu pernah godek PC dia.. mngkin kalo dia berubah sbb ko tarbiah dia senyap2, harap2 dia berubahla..
Ada yang cakap tak payah buat apa2, tak baik dedahkan aib orang.
BalasPadamAda yang cakap kena laporkan kerana kalau tak kita dah bersubahat atas suatu kemungkaran yang kita dah tahu.
Ada juga yang cakap kena tegur terus mereka dengan cara depan2 atau senyap2.
Ini baru cerita pasal di sebuah organisasi kerja, ok andai kata anda mempunyai bukti bergambar dan video najib dan altantuya, atau anwar dengan saiful, adakah jawapan anda akan berubah mengikut parti mana yang anda sokong?
Hahahaha... Ooops! Sape makan cili? Jwpn aku x berubah. Jwpn aku xde dalam option noob. Aku simpan copy satu untuk aku (as my back up plan), simpan jangan sampai org nampak. Then baru la bagitau dgn orang tu secara peribadi/private. Tugas sesama insan adalah mengingatkan. Bukan menghakimi. Cukup dgn setakat cakap 'I saw ur photo. I believe you know that it is wrong, and I believe that you know what you are doing. Better be careful. I suggest stop at all'. Kalau dia nak fire baru cakap. ' I saved few copies of it. Do not harm me and I won't harm you anyway'. <-- ini main ckp jer. belum tentu buat. Hahah..
Padambanyak juga soklan ko kan.. buka topic baru je la PON..
Padamkalau kawan aku buat C
tapi kalau orang yang terkemuka (Artis, Selebriti, Ahli Politik) mungkin lain kot jadinya.. ini aku punye pendapat la kan, aku mungkin akan buat:
B. Buat A, kemudian beritahu kepada officemate2 satu pejabat(kawan2,sedara mara,sepupu sepapat) yang lain pasal skandal bos (orang ternama) itu.
owh shit, mulut mmg susah nak jaga!
-p-
taik cronyism n nepotism detected..
PadamAdakah maksud abang Noob pemimpin tertinggi selalu diserang semata-mata untuk mengalihkah sokongan para pengundinya?
Padammengikut analisa saya ianya tidak banyak menjejaskan buktinya selepas orang menyampah kat KJ dan pak Lah meletak jawatan. Sokongan ke atas BN tetap sama semasa najib mengambil alih. Kerana parti boleh mengantikan orang yang bermasalah atau menjejaskan parti.
kdg2, kalo kita report pasal bnde ni, kang tak pasal2 kita ni yg kena 'bom'. tak sempat nak pegi report, 'ajal' dah smpai. tau maksud tu? mngkin ade pembunuh upahan akan carik ko smpai ke lubang cacing. mmg risiko la. tp org kata, jihad.. sbb nak mempertahankan negara dr ditadbir oleh org cmtu. kalo skandal pn dah brani buat, ni apatah lagi judi rasuah dan sebgainya. mcm mane negara nak selamat dan diberkati kalo pemimpin dh cmtu.
Padamkalo ko just buat bodo dan senyap je sbb nak selamat, aku tak rase pn berdosa sbb menyembunyikan kemungkaran... cuma mngkin ko akan dihantui oleh selama-lamanya la oleh bnda ni. DAN dah tau pemimpin tu jenis cmtu, so lepas ni tak payahla sokong pemimpin tu lg. sokong lain lak, dan bertawakal dan berdoa supaya tukar pemerintahan. memang la org akan kata mcm la parti pembangkang tu lg baik, ntah2 2 kali 5 je, tp just nak tukar angin pemerintah, so ape salahnya. kalo tak suke pemerintahan yg baru, next time tukar lain lak.
Tanpa Nama24 November 2012 4:55 PTG
PadamSebenarnye orang banyak tak tahu atau tak sedar walau sudah 5 PM kita bertukar tapi pegawai kerajaan, su dan sebagainya tidak berubah atau bertukar. Kalau pekerja kerajaan bertukar setiap kali pilihanraya haru le :)
Ramai juga tak sedar pembakang tu sebenarnye sebahagian daripada KERAJAAN, mereka dapat gaji dari kerajaan. Tapi sebab imej yang sudah diracun dalam media massa seolah2 pembakang ni suatu entiti asing bukan kerajaan, maka wujudkan dua imej kerajaan Bn kerajaan PR, padahal mereka adalah pegawai kerajaan dari Kerajaan Malaysia.
Berbalik semula kepada persoalan abang Noob, Malaysia suatu yang unik moral seorang pemimpin tidak mudah menjatuhkan parti. Sekiranya anda mengikut perkembangan politik di Malaysia ingat bagaimana Anwar ibrahim dalam pertuduhan liwat pada awal sampai sekarang? Yang jatuh teruk ialah sokongan ke atas parti Bn/Umno?
kenapa? kerana tidak mudah menjatuhkan parti kerana moral seseorang pemimpin rakyat malaysia khususnya Melayu ni kan jenis yang sunguh taat setia. Ingat Hang Tuah? walau sultan nak bunuh dia pon dia tetap taat dan sangup bunuh saudaranya jebat. Sebab itu semangat dan taat setia hang tuah ini saban hari ditiupkan demi bangsa melayu.
Kalau anda menganalisa politik Malaysia, kesilapan Tun M. adalah menjatuhkan Anwar melalui isu moral. Mungkin isu ini berhasil di luar negara tetapi isu ini merugikan BN kerana ianya telah membuka dan menyelongkar banyak kisah kroni dan korupsi dalam kerajaan menyebabkan BN/Umno hilang banyak sokongan.
PadamF :)
BalasPadamsebelum buat A. tengok smpai habis dulu. hahaha
BalasPadamaku copy, pastu buat A.
BalasPadamkalau satu hari nanti salah seorang dri 2 suspek terbabit nk sailang aku, aku akan blackmail dorg... yup office politik, ak buat baik pun org sailang... juz sbgi insurans hahaha
Aq akn wt rakaman sence horror i know what u did last summer.. then sorg demi sorg aku bunuh..
BalasPadam-smiley face killer- :)
Letak folder tu kat desktop. Pastu hantar balik kat boss.
BalasPadamBuh fail "I know what you did" dalam folder tu bagi dia cuak dan semoga dia sedar.
BalasPadammne kita tahu yang kedua2 suspek adalah islam?..
BalasPadamsaya sokong tindakan F
BalasPadamguna la potoshop..kan bleh wat bleerr gambar..n then htr la balik kepada si milik pc tadi..haha,sapa suh godek..kalu dah tengah wat keje tu wat la keje..g dok godek2 wat apa..huuh..
BalasPadam