Iklan Leaderboard

Ahad, 25 November 2012

27 Segmen Manga Pilihan - Kuroko no Basuke

Dah lama takde update pasal manga kat sini. Btw kalau yang dah lama follow sini, aku merupakan penggemar manga. Kali ni aku nak introduce satu manga yang bermotifkan sukan bola keranjang yang bagi aku best selepas manga Slam Dunk dan sekarang tengah meningkat naik iaitu Kuroko no Basuke a.k.a Kuroko no Basket a.k.a Kuroko's Basketball. Sebab apa aku cakap best, sebab mangaka manga ni, Fujimaki Tadatoshi menggunakan formula yang sama macam manga Eyeshield 21, manga yang bermotifkan sukan american football, di mana setiap watak mempunyai satu kepakaran, kelebihan dan kekuatan yang melampau2 sehingga mengatasi batasan realiti tapi still diolah dalam penceritaan yang amat menarik.


Plot cerita dia, pada suatu ketika pasukan bola keranjang Teikō Middle School menjadi lagenda apabila menguasai semua kejohanan bola keranjang yang disertainya menjadikan 5 pemain utamanya digelar "Generation of Miracles". Selepas tamat sekolah menengah, mereka membawa haluan masing2 dan menyertai sekolah tinggi yang berbeza. Namun terdapat seorang lagi "Generation of Miracles" yang juga pemain ke-6 dan kurang dikenali, iaitu Tetsuya Kuroko yang juga digelar sebagai the Phantom. Dia kini menyertai sekolah tinggi Seirin High bersama2 Taiga Kagami, seorang pemain bola keranjang yang mempunyai bakat semulajadi yang baru kembali ke Jepun setelah tamat sekolah menengah di Amerika Syarikat, mensasarkan untuk membawa Seirin High ke tahap yang lebih tinggi dan mengalahkan kesemua "Generation of Miracles" yang lain.

Antara watak2 protagonist dan antagonist:

Tetsuya Kuroko, pemain ke-6 "Generation of Miracles", the Phantom
Posisi: ?
Pasukan: Seirin High
Kepakaran: Misdirection and passes

Taiga Kagami, pemain berbakat semulajadi dari US
Posisi:  Power Forward
Pasukan: Seirin High 
Kepakaran: Kekuatan lompatan dan teknik

Ryōta Kise, salah seorang pemain "Generation of Miracles"
Posisi:  Small Forward
Pasukan: Kaijō High
Kepakaran: Meniru teknik dan gaya bermain orang lain

Shintarō Midorima, salah seorang pemain "Generation of Miracles"
Posisi:  Shooting Guard
Pasukan: Shūtoku High
Kepakaran: Shooter tepat dari mana2 kawasan dalam gelanggang

Daiki Aomine, salah seorang pemain "Generation of Miracles"
Posisi: Power Forward
Pasukan: Tōō Academy
Kepakaran: Kemahiran dan ketangkasan luar biasa

Atsushi Murasakibara, salah seorang pemain "Generation of Miracles"
Posisi: Center 
Pasukan: Yōsen High
Kepakaran: Kuasa pertahanan dan kekuatan blocking

Seijuro Akashi, kapten bagi "Generation of Miracles"
Posisi: Point Guard
Pasukan: Rakuzan High
Kepakaran: Mata Maharaja (Emperor's Eyes)

Bukan mereka sahaja, malah supporting character yang lain pun ada kekuatan dan kepakaran masing2. Bagi yang tak berapa faham posisi sukan basketball ni, boleh rujuk gambar berikut:



Setakat artikel ni ditulis, untuk manga dah sampai chapter 190, boleh baca di Mangareader atau Mangahere.
Ia juga ada versi anime, boleh tengok petikan daripada animenya di bawah:





tags: segmen manga pilihan kuroko no basuke basket basketball fujimaki tadatoshi review ulasan rating ranking komik read online streaming video youtube download torrent anime episode position how to play slam dunk generation of miracles misdirection vanishing drive phantom shot copying perfect copy far-distance shooter zone speed power agility technique skill the zone blocking power emperor eyes 

27 ulasan:

  1. wah, kapten generation of miracle ada mata sharingan..kool:)

    BalasPadam
  2. wow fav manga aku ni, sayang anime dia stop smpai Daiki lawan Ryota je, harap2 ada season 2.

    BalasPadam
  3. stil takleh lawan slam dunk..

    dan sbnarnya dah agak jemu gk dgn anime/manga skrang sbb sumernya style rambut same je warna je lain. style jambu. dah takde ke watak lelaki yg macho2 rambut pacak2 atau rambut buzz cut ke.

    eh baik aku diam nnti kena baling.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu memang trend mangga mata besar muka jambu dada besar warna rambut
      Slamdunk the best, aku suka jugak tengok prince tennis

      Padam
  4. yang muja suka satu je, hot gimmicks.. yang lain le gardenia,, tu je,, haha

    BalasPadam
  5. okeh,review manga terbaru hasil keja One & Yuusuke Murata (pelukih Eyeshield 21)..ONEPUNCH-MAN,sah akan jadi list peberet ko nanti...wahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hero botak kuat gila babi, sebab ko intro kat sini aku dah baca
      ok gak cite dia...

      Padam
  6. tq kenalkan , jalan cerita pown maen peranan kan :P

    BalasPadam
  7. nice noob, dlm 3 manga/anime sports yg hang sebut tu, bagi aku eyeshield 21 paling best, 2nd slam dunk, 3rd kuroko no basuke ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg aku pulak,no 1 anak-anak sidek,no 2 bola kampung,no 3 super strikas caltex

      Padam
    2. hui dek non, dah lama aku tak dengar nama2 tu, time skolah dlu aku layan gak animasi local yg hang sebut tuh, bleh tahan best ^^

      Padam
    3. Pnh try tgk anime Overdrive x? anime pasal Lumba basikal ala-ala
      Le Tour De Langkawi. blh tahan juga cite dia.

      Padam
  8. Balasan
    1. hentai kureng sikit bagi aku. terlalu ganas dan memualkan.orang jepun sangat pelik imaginasi seksnya

      Padam
    2. imiginasi tingi dengan robot dengan alien pon jadi.

      Padam
    3. hidup hentai!!!

      Padam
  9. walaupun manga/anime ni tak brapa realistik mcm slamdunk tapi boleh la mengisi kekosongan sikit. watak kuroko yang buat aku tetap baca manga ni.


    mahukan manga basketball yang realistik (tapi terlebih sikit dramanya) serta hakikat orang yang mempunyai fizikal kurang memuaskan?
    Ahiru No Sora adalah cermin sesuatu masyarakat di jepun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dolu takda mangga/anime sangat kalau ada pon amat mahal..

      Tapi naseb baik ada tv boleh suka tengok citer jepun Maero attack (Summersault Berpusing)

      Hahaha

      Padam
    2. summersault berpusing..... hahhahah best tgk siri tuh

      Padam
    3. @biskut

      Cuba try baca Real. Orang yang sama buat Slam Dunk.

      Padam
    4. oh rasanya pernah baca sikit2 Real ni kat kreko.. (10 tahun lepas)

      hmm bila baca balik, eh tak sangka manga ni sangat padat. inoue takehiko mmg suka buat manga padat dengan dialog2 dan lukisan yang boleh tahan banyak detail.

      nak baca balik la

      Padam
  10. Bro, aku tak rasa pun ada watak antagonist dalam cerita ni. Ya memang, si biru dan si purple tu perangai dia cam sial, tapi diaorang takdelah jahat mana pun.

    Walaupun aku tau basketball dalam cerita ni tak realistik, aku tetap facepalm juga bila pengarang tu memperkenalkan 'The Zone' tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan last2 si Kaiga Tagami jadi watak ala2 hero bleach jugak...

      Padam
  11. APA-APA JA.....HEHE7 April 2013 10:42 PTG

    boleh tahan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...