Isnin, 19 November 2012

129 Bila Gaza bermandikan darah lagi

Kat entry sebelum ni ada orang request aku tulis mengenai isu doa kudus Pas dan gaza mandi darah. Aku tak tahu apa itu doa kudus Pas, dan aku cari kat Google pun takde, cuma aku assume ia adalah isu doa penyokong Pas meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh wakil Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat, manakala isu gaza mandi darah berkenaan Palestin diserang Israel pada hari ketika seluruh umat Islam akan menyambut hari Maal Hijrah.



Untuk isu Palestin ni aku tak nak ulas panjang2 sebab isu ni dah lama sangat berlarutan, rata2 semua pun dah tahu pasal isu ni di media2 cetak dan elektronik, di Internet, blog2 dan sebagainya. Tapi setiap kali negara Palestin diserang, masa tu ramailah akan share cerita kenapa hitler bunuh orang yahudi dan tinggalkan sedikit orang yahudi, kempen boikot McD dan produk2 Yahudi/Amerika dan sebagainya. Pasal boikot2 ni aku cuma nak cakap yang kalau betul2 nak boikot produk Yahudi dan US yang menjadi rakan setongkol mereka, ia bukan setakat McD sahaja, Facebook, Google, Youtube, Blogger, komputer yang guna chip Intel, OS Microsoft, Mac, Linux, iPhone, android Phone dan segala benda macam yang related dengan IT yang aku yakin korang tak boleh berpisah dengannya.


So aku pun pelik kenapa balik2 McD je yang jadi sasarat boikot utama, itu je ke yang orang ramai leh fikir, atau ke sebab ramai yang rasa tak mati pun makan McD tapi boleh mati kalau tak main Internet sehari. Adakah kita hipokrit? Tidak juga, cuma boikotlah sekadar termampu, yang penting niat dah ada, jangan pulak sekadar boikot untuk membangga diri dan mencemuh orang lain yang tak mampu untuk memboikot, dan bagi yang tak memboikot pula jangan memperlekeh orang yang boikot. Btw mungkin idea encik Taufiking boleh juga digunakan instead of boikot barangan Yahudi, kita menyumbang kepada Palestin.

Kalau kita tengok ada juga orang dari negara bukan Islam juga yang membuat protes terhadap rejim zionis Israel dan menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Seoul, Korea Selatan

Chile 

Sydney, Australia

London, UK
 USA

Malah orang Yahudi ortodoks yang mengamalkan Judaism juga menentang keganasan zionis Israel terhadap warga Palestin.


Kumpulan hackers antarabangsa yang terkenal iaitu Anonymous (bukan anon2 kat blog ya) tidak ketinggalan melancarkan operasi untuk menghack website2 Israel dalam kempen opIsrael.



Namun walau ada yang berbeza pendapat seperti di sini, tapi pendirian aku, antara yahudi Zionist dan saudara seagama, sudah pastilah aku sokong saudara seagama. Dan aku seperti orang lain juga, aku akui aku tidak mampu untuk mengangkat senjata melawan Yahudi, namun aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan saudara kita di Gaza dan memberi sumbangan kecil wang ringgit sekadar termampu.


Cuma kadang2 aku terfikir, adakah kemenangan dan keamanan orang Palestin hanya akan dapat tercapai apabila semua orang Yahudi di Israel berjaya dimusnahkan, atau apabila warga Palestin dan Israel dapat hidup bersama di bawah satu bumbung secara aman damai, atau Israel yang akhirnya akan menang dengan melenyapkan semua warga Palestin di tanah mereka sendiri? Wallahualam...

Apa2pun boleh layan video animasi "The Land is Mine" ni untuk sekilas lalu yang memaparkan konflik perebutan tanah suci a.k.a the promised land sejak zaman dahulu kala lagi.


Keterangan watak kartun rujuk laman web creatornya Nina Paley.


Ok tu cerita pasal isu konflik Palestin-Israel, sekarang isu doa Hancur Umno, Tumbang BN oleh Pas pula. Hmmmm... esok pulak lah aku tulis, malas pulak nak tulis panjang2 sangat.




tags: isu konflik palestin palestine israel zionist zionis ortodoks orthodox judaism yahudi jew jewish arab peperangan war conflict gaza kena serang bedil bom jet pejuang hari maal hijrah awal muharram asal usul sejarah perebutan tanah suci holy land the promised land tanah yang dijanjikan tebing gaza banks baitulmuqaddis baitulmaqdis baitul muqaddas bayt al-maqdis jerusalem video the land is mine the exodus song lagu nina pasley animator protest protest anti-israel pro-palestine london united kingdom sydney australia seoul korea selatan south chile usa amerika syarikat stop killing children rakyat warga gambar video darah boikat barang produk mcd sumbang peluru anonymous hacker group international antarabangsa operaction opisrael attack hack godam crack defaced website portal laman web kerajaan dedah maklumat cyber security threat

129 ulasan:

  1. Tak tau pun pasal boikot McD ni. tapi bulan lepas baru je makan kat McCafe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. last month aku pekena samurai burger ngan apple pie...LoL XD

      ...McCafe?

      Padam
    2. yup.. try la google McCafe... sedap wo lava chocolate cake dia.. sampai menjilat sudu! next time nak ambik muffin dia pulak

      Padam
    3. owh menarik...sekiranya aku penggemar kek chocolate...aku tak suka sgt benda2 manis n berlomak neh hahah XD

      Padam
    4. KO ISrael, KO Israel, KO Israel

      Padam
    5. aku suke tgk cite ganas-ganas, tapi tak sanggup nak tengok perang-perang real punye.. blh gugur jantung.. T_T

      Padam
    6. off topic

      mohon ahli berdaftar Parti Otak Bersatu sekalian membuat countdown untuk blog buasirotak yang akan mencapai 1juta hits :D

      Padam
    7. kenapa ko off topic?? ishhh jom serang nazha anua! :D

      p/s: kesian tgk budak2 terbunuh T_T (x mau tgk)

      Padam
    8. saja je off topic..nak meredakan keadaan kot..ehh..dekat nak juta tu..masa aku mula bukak blog ni baru 500k..ehh aku lak off topic..

      so, pe lagi kalau xmampu nak boikot contoh sebab kalau xmakan mekdi dalam seminggu ble pitam, pe kata sumbang la sikit tuk amal palestin..

      sambil tu lepas sembahyang tolong la doa sekali..tu je yang aku mampu nak tolong..

      Padam
    9. sumbang amal ke palestin n doa lepas sembahyang tu aku sokong!

      Padam
    10. yg penting, belajar dari apa yg yahudi buat dan lakukan untuk islam pada masa hadapan. boikot membuta tuli pn kdg xder guna.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. kedai 1Malaysia convert kepada kedai 1Gaza
    90% keuntungan akan disalurkan kepada Gaza
    najib confirm memang PRU di sebalik doa kehancuran oleh PAS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhai Taufik...

      Mana boleh.... nanti rugi plak Mydin... nanti susah la dier nak salurkan dana dari Mydin balik ke kampung halaman dier kat Kerala tue... hahahaha

      Padam
    2. kerala apa bala
      kat kerala bukan ada zionis haha

      Padam
    3. Kita sokong Palestin. Nuar peliwat sokong Israel. Taufuking!! ko penganut PAS sokong Israel juga ker ;D ?

      Padam
    4. bukan main berbulu mamat ni dengan taufik tahap dendam kesumat

      Padam
    5. ntah la mamat anon ni. sejak bila nak sokong palestin kena jadi penyokong anuar? kena jadi penyokong pas? jgn kata ni najib yang ajar

      Padam
    6. Dilarang kutuk parti PAS ? Taufuking!! Artikel ko tak bleh bla. Rofl

      Padam
  5. Setuju dengan taufiking ideas tu. Instead kita boikot pada barang Yahudi baik kita salurkan sesuatu pada Palestin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan pastikan saluran itu mmg betul dan sampai kepada pihak berkenaan ^^

      Padam
    2. kalau najib betul2 commit nak buat
      sekali petik jari saja

      sapa2 yg ada kabel bawah tanah dgn najib tlg suggest kat dia tgk

      Padam
    3. pa kata ang try suggest kat twitter/fb dia? dgr kata dia rajin gak balas? oppss...fb dan twitter juga perlu boikot maa...kah kah kah XD

      Padam
    4. plain kalo ko xnak boikot pun,jgnla tulis mcm nk menyindir org yg boikot produk yahudi.

      Padam
    5. Kerajaan bina kilang roti dan bantu rakyat Palestin. Taufuking!! parti ko, PAS memang tak bleh diharap. Masalah air kelantan pun tak boleh diselesaikan. Puok ko boleh pulak taja perhimpunan LGBT a.k.a Bersih3.. Sumbangan parti ko mane? kenape sibok dgn Najib? bla la!

      Padam
    6. apsal dek non? ko rasa tersindir ke? aku komen berdasarkan statement noob juga, still related to this entry, spatutnya tak dak masalah kan? ^^

      Padam
    7. yela,tapi cara ko tulis + gelak2 kah kah kah XD cam melampau sgt mcm teruk sgt org yg boikot produk yahudi nih

      Padam
    8. kalau takde fb & twitter mcm mana nak share n salur info secara cepat n efektif…aku sedih.kau ada akal tapi…………………….lembu.

      Padam
    9. Nak boikot boikot aje..
      Kalau TAKNAK akan keluarlah sejuta satu alasan..
      tak efektif la susah lemah la itu dan ini..

      Teknologi ni bukan milik sesiapa kalau yahudi boleh buat kenapa orang Islam umat yang tercangih ni tak boleh buat? Kesian kan?

      buat la sesuatu.. asik memaki hamun je tau

      Padam
    10. bodoh,apa salahnya ko boikot je barang israel.bangang betul.macam wajib je ko kena consume produk israel tiap2 ari.donate tu palestin konon,ko donate berape?setakat singgit dua tak payah la.donate singgit dua,g makan McD berbelas ringgit,tu blum masuk bli produk israel yg lain.cakap nak rilek je,org kat sana tgh mati berperang ko tau tak?'instead of boikot israel baik donate to palestin' konon..singgit dua sedekah tak payah la lembu woi.

      Padam
    11. Betul nak salurkan salurkan betul2 berkali ganda dari ko beli barang yahudi tu. Tapi salurkan kepada kumpulan yang betul jangan bagi kat kumpulan yang masuk poket depa.

      Setakat McD, KFC dan seumpamanya tu bukan tak boleh boikot.. Bukan kebulur pon korang tak makan McD.

      Padam
    12. LoL dek non 20 November 2012 10:43PG,

      hang tak sedar statement hang sndri tu telah me'lembu'kan diri hang sendiri...siyes aku kesian kat hang, judgmental tak bleh blah...bawak2 la berfikir secara berasas skit sebelum nak mencemuh tu dik ^^

      Padam
    13. anon yg tu bukan judgmental plain,dia terlalu betul bendul dan lurus,best bahan org mcm dia nie..hewhewhew ;p

      Padam
  6. Israel.. rokok pun kena boikot wei..
    tapi ROKOK GANJA tak tau la pulak boleh ke tidak.. hoho

    BalasPadam
  7. Kenapa korang nak sedih2 sangat Soal Orang2 palestin yang kena bunuh tu?patutnya korang gembira dorang kena bunuh,bukannya bersedih..Bhai..Dorang kena bunuh FREE2 je Bhai dorang masuk SYURGA..terlepas dari siksa dunia..terlepas dari Kelaparan,terlepas dari penindasan dan yang paling penting..Tuhan dah jamin tempat dorang dalam Syurga..So sepatutnya kita berterima kasih Kepada Israel kerana membantu ramai Umat islam palestin masuk syurga Free tanpa perlu berusaha banyak..yang paling untung Mati kena bunuh dengan Israel adalah bayi dan kanak2..Cemburu aku dowh..Senang2 je masuk syurga..Sape tak nak?Mati?semua akan mati bhai..so cukup2lah Bersedih..Nonsense bersedih padahal semua Mangsa yang kena bunuh dengan Israel sedang tersenyum "disana".

    BalasPadam
    Balasan
    1. shallow minded

      Padam
    2. hmm,pendapat yg jarang diketengahkan...ada logiknya...

      Padam
    3. Beb..pena dengar org syahid ade mcm2 jenis bro..event mati mempertahankan harta dan nyawa pun syahid..so mana yg kau pilih..kat msia ni pun boleh je masuk dlm ktagori "syahid"..neway im prefer fight for somthing then die for nothing..

      Padam
    4. dari sudut yg lain.kite tak menyokong kekejaman israel thdp palestin.

      Padam
    5. agak2 lah .. perlu ke nak terima kasih kat zionis tu sekali pun die tetap dilaknati.. kita nak tambahkan pendakwah dari bumi. bukan kurangkan. kalau mcmtu nabi dulu xpyh sush2 nak berperang demi agama. rela je tadah diri. dah mmg di janjikan syurga. atau ada ke nabi ucap terima kasih kat tentera salib sebb bunuh tenteranya yg berjihad tu.

      ingat bang. suatu hari pejuang islam akan bangkit dikala kebangkitan dajjal. sehingga tiada satu yahudi pun ditnggalkan hidup. tatkala pokok bekata2 dgn izinNya.

      dan kau? duduk rumah je lah tadah diri serah bulat2



      amar makruf nahi mungkar

      Padam
    6. lol,thats rite kan?tak kan Allah sengaja memberi pelbagai kesulitan dan penderitaan kepada Umat Islam palestin tanpa sebab?Ada sebabnya Bhai..Disebalik pelbagai Kesengsaraan yang mereka alami adalah Tiket FREE ke syurga..Kau nak nafikan hakikat ini?

      Kau nak berjuang?kau Mampu?kau sendiri pun masih bekerja dengan pelbagai kapitalis syarikat yahudi di negara ini dan mengguna produknya..itu salah satu perjuangan kau?

      Apa yang aku cuba bawakan..Kesengsaraan dan penderitaan mereka bukan sia2..Dan aku merasakan esok di syurga..betapa ramainya Umat islam palestin yang masuk syurga berbanding yang masuk neraka..Macam kita ni..Terpaksa bergelut bhai nak ke syurga..So ada pro dan kontranya..

      Hidup senang didunia,tetapi sukar disana..Hidup derita didunia..tapi senang disana.

      Itulah yang membezakan Umat islam palestin dengan mana2 umat islam lain di dunia..Lihat betapa sayangnya Tuhan kepada Umat islam palestin..sengaja diberikan penderitaan yang sadis untuk memudahkan mereka ke syurga..Oh cemburunya aku.

      Dan,Ada juga yang masih bodoh nak memahami ayat tersirat aku..Otak sebesar kacang betul..muahahahaha xD

      Padam
    7. ade btol gak 92.zack ni kencang je lbih..menyokong israel tidak sama skali inikn nk ckp trma ksih..bodo

      Padam
    8. syurga dan neraka tu kerja tuhan lah..sapa ko nak tentukan.bahalol zack ni..g mampos ah kau sana.g ah ucap terima kasih ko kat yahudi sana..join skali yahudi ortodoks..ni cerita sekarng ni dorg terlalu zalim..kita mmg xmampu..xsemestinya nak berterima kasih pulak..bongok bongok bongok bongok

      Padam
    9. zack sembang syurga neraka.sembhyang 5 waktu cukup ke.kekekeke

      Padam
    10. zack

      em..btul ada logiknya.tp cara kau mcm menyokong kezaliman kat palestin

      Padam
    11. Orang sedih bukan sebab orang yang dah mati..Tapi
      - sedih saudara yang kaya-raya sebelah menyebelah wat deq je..
      - sedih nak boikot pon tak mampu
      - sedih kerana hanya mampu berdoa

      Padam
    12. bangang giler zack ni.korang tak payah la dengar cakap dia.logik pekebendanya.cakap nak pandai je..korang amik kira la kalau situasi:

      wartawan datang temubual korang,

      "encik,bagaimana pandangan encik mengenai serangan israel ke atas palestin yg sedang berlaku sekarang?"
      "owh,saya rasa gembira sekali.diorang mati masuk syurga.bagus la,mati lagi..dan lagi"

      Padam
    13. sewaktu makbapak dia meninggal,dia ketawa kegembiraan kerana tau makbapak dia masuk syurga.org kg tnya kenapa kau ketawa ni?kan makbapak kau meninggal."la,buat pe nak sedih,kita patut bergembira..think outside the box men".org kg terus "gila dah dia ni,tekanan sbb kehilangan makbapak ni"

      Padam
    14. zack bebal dri dulu kini dan selaamanya baik yg original n palsu tu. ayat x pkai otak. lutut yg dipkai

      Padam
    15. hahahahaha anon je bodoh macam keldai tak habis2..otak tiga suku macam anon mana leh paham ayat tersirat dan tersurat wakakaka xD

      Anon oh anon,kapan kalian berubah? xD waikikikik

      Padam
    16. aku cme nampak sekor je yg bodoh macam keldai di antara pengomen kat sini. atas aku ni je. bodo macam lembu.wakakakaka

      Padam
    17. tak guna gi layan zack ni.dah sah2 dari dulu sesat lagi menyesatkan.fahaman zalim+negatif.semua kat sini pun faham betapa sewelnye mamat ni.kalau 100 org maki dia sorang..tetap dia jugak yg betul.sebab dia paling 'pandai'.org yg sesat ni,memang dia ingt dia la yg terbaik.kalau tak,takde la dia menyebarkan idea2 yg terhasil dari mental dia yg rosak tu.dia bukan sedar pun mental dia rosak.

      Padam
    18. Gaza huru hara sbb kena serang zionis...melayu huru hara sbb gaduh sesama sendiri...hai lembu, lembu...moo sekaliiii, 1? mooo...1? mooo...1 mooolasia!!!

      Padam
  8. Yea kita perlu berdemo sambil makan McDonald dan KFC. Begitu lah negara-negara Islam yang kaya-raya dan berbillion2 jumlah rakyatnya membantu mereka yang seagama

    (contoh ayat sarkasm)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selain itu jgn dilupakan beratur panjang untuk mengambil burger free di McD sebagai tnda betapa bencinya kita kepada israel.

      Padam
  9. ini isu lapok.....ditimbulkan kembali,dan akan reda semula nanti.......begitulah kisah sedih palestin.....bemusim.......janji allah palestin akan bebas dan israel akan hancur....berkumpulnya yahudi di israel adalah proses permulaan penghancuran besar2an israel

    anyway, nak mcd?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak nak,aku makan ayam kepsi ja

      Padam
    2. mcd ada bagi egg mc muffin free utk 1000 pelanggan brekfast pertama.

      Padam
    3. free xpe muahaha

      Padam
    4. kepsi?KFC=Kentucky Fried Chicken..Kentucky tu asal mana?dasar anon bahlol lagi bengap,follow trend membabi buta..mooolaysia sekaleiii!

      Padam
  10. masalah ni berakar umbi dari hati manusia, sifat iri hati, cemburu, dan mementingkan diri sendiri.. konflik berleluasa dsebabkan tiada kesatuan umat Islam sendiri, bukan dsebabkan zionist kejam dan hebat.. 1948- 5 buah negara Arab (Mesir,Syria,Lubnan,Arab Saudi,Iraq) melancarkan serangan untuk membebaskan Palestin tp semua gagal dsebabkan ada kepentingan sendiri melebihi tanggungjawab membebaskan tanah suci umat Islam.. Jika kita ambil iktibar dari peristiwa Karbala dan kisah2 Nabi seperti Nabi Yususf a.s. kita akan lihat sifat2 cemburu, iri hati, berkepentingan ni yg menjadi musuh dalam daging umat Islam sendiri.. jika kita nak melawan musuh yg nyata (spt zionist) kita seharusnya membersihkan hati dari musuh yg tersembunyi yg lagi hebat sebenarnya..

    Allahurabbi

    -The hell-

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.aku sokong.

      Padam
    2. ada betul yang ko cakap the hell, tapi sekarang kita sembang ttg boikot..apa pendapat ko?

      Padam
    3. Insyaallah
      Pertama sekali terdetik nak memberi komen apabila isu Palestin dibangkitkan. Secara ringkas sy amat menyokong tindakan boikot ni kerana ia mengingatkan kita ttg perjuangan saudara Islam di Palestin. Buatlah apa2 pun selagi ia mampu mengingatkan kita ttg tanah suci Allah dan Islam umumnya kerana ia lebih baik dari kita melupakan terus isu ini atau mengendahkannya atas sebab kita rasa semua yg terkorban akan ke syurga.

      Tapi kita perlu realistik yg setakat memboikot shj belum mampu menghentikan kekejaman Zionist. Bayangkan empire seperti McD yg telah bertapak lama diseluruh dunia, saya percaya yg asset atau kekayaan nya melebihi kekayaan beberapa buah negara. Pernah juga terbaca yg kekayaan Apple inc. melebihi kekayaan USA yg merupakan negara maju. Hebat bukan? Persoalannya sekarang mampukah kita meruntuhkan empire McD dn lain2 empire perniagaan yg menyokong zionist dgn memboikot shj? Bg saya memang tak dapat kerana tak realistik. Bukan setakat itu shj, dari segi ekonomi dan sistem kewangan yg diguna pakai sekarang, Israel masih mampu memiliki senjata sekalipun tanpa menggunakan wang ringgit sbb wang kertas sememangnya tak da nilai (kalau bro berserk nak tambah part ni dialu-alukan)

      Apa yg menarik minat saya dan betapa besar pengajaran yg dpt diambil dari isu boikot ni adalah bagaimana negara secular dgn org2 yg secular seperti Jepun mampu membuat byk restoran2 McD tutup di seluruh Jepun. Bukannya atas dasar agama pun tapi atas sbb yg makanan Mcd tak berkhasiat (Sis Plain mmg org2 Jepun wajar dicontohi). Sekarang, kenapa kita yg memboikot atas nama agama masih lagi gagal menutup restoran Mcd? Pengajaran yg cukup bermakna dari org Jepun ni adalh mereka memiliki moral ground yg cukup tinggi. Bayangkan dgn moral yg begitu tinggi jika mereka memiliki Iman tentu lebih besar impak yg dapat dizahirkan. Masyaallah!

      Sekarang tengok diri kita yg kononnya memiliki Iman dan Islam. Hari ni kita boikot, 2-3 bulan nanti pegi balik ke Mcd. Apa silapnya di sini? Kita sibuk menghukum, menuding jari & menilai org lain, tapi diri sendiri dibiarkan tercicir. Kita kena nilai diri kita dulu, setakat mana nilai moral yg kita ada, iman yg kita ada. Perbaiki cacat cela diri dulu dan mulakan dari sekecil2 kebaikan sekalipun cth, jgn mencarut di blog, jgn meludah & buang sampah, jaga kebersihan tandas, makan makan yg berkhasiat dll. Didik moral kita dulu barulah iman kita akan ada nilai. Insyaallah lepas iman kita kukuh, saya percaya kesatuan dlm umat Islam dapat dicapai, dan perjuangan umat Islam akan lebih bermakna dan membawa hasil.

      sbg penutup: jika kita yakin yg semua syahid di Palestin masuk syurga, sepatutnya kita jg nakkan syurga seperti mereka, tapi jika kita setakat gembira yg yg mereka masuk syurga, dapatkah kita impikan syurga.

      -the hell-

      Padam
    4. Saudara2 sekalian, buat lah apa2 sahaja sekalipun utk membantu saudara kita di Palestin, memboikot, menderma, qunut nazilah, rapat umum, berdoa, dll, buatlah semuanya sampai kita menangis air mata dan merasa pedih hati mengenang ujian yg cukup besar diberikan kepada mereka. Biarlah org nak bangkang dan kata yg semua ni tak memberi kesan tapi insyaallah kesannya kepada hati kita lebih besar dan bermakna..dan insyaallah kelak akan dapat dizahirkan dgn keberhasilan..

      Allhurabbi

      -The hell-

      Padam
    5. "sbg penutup: jika kita yakin yg semua syahid di Palestin masuk syurga, sepatutnya kita jg nakkan syurga seperti mereka, tapi jika kita setakat gembira yg yg mereka masuk syurga, dapatkah kita impikan syurga."

      BEST!
      p/s: Zack butthurt x nak komen? lolz.

      Padam
    6. penulisan dah cantik tapi kenapa pulak nama en the hell?? (=,=")

      Padam
    7. tanpa nama 20 Nov 9.46ptg,

      the hell ada komen kat blog zek gak,

      http://kah3koh3keh3.blogspot.com/2012/11/yahudizionis-dan-israel.html

      Padam
    8. the hell ini memang 'anti-venom' kepada zack si 'venom' tu la.haha.aku sokong beruk the hell.tu lah aku dok rasa,beruk ni jauh lagi ok dari zack lembu tu.disebabkan zack lembu tu la,bila aku dengar je org nama zack,terus jadi sakit hati secara automatik.tak pasal2 je org lain yg nama zack turut jadi mangsa.

      Padam
    9. nak minta zack n beruk the hell buat debat perdana bagi mencerahkan keadaan.

      anons jgnn lupa popcorn. rofl.

      Padam
    10. anons and their hostile stupidhood...their stupidity is like a bottomless pit,to infinity and beyond...

      Padam
  11. dorang tak nak rasa nikmat merdeka ke?

    BalasPadam
  12. "Cuma kadang2 aku terfikir, adakah kemenangan dan keamanan orang Palestin hanya akan dapat tercapai apabila semua orang Yahudi di Israel berjaya dimusnahkan, atau apabila warga Palestin dan Israel dapat hidup bersama di bawah satu bumbung secara aman damai, atau Israel yang akhirnya akan menang dengan melenyapkan semua warga Palestin di tanah mereka sendiri?"

    aku pun pernah terfikir seperti ayat diatas..

    BalasPadam
  13. pada pendapat aku..
    sepatutnya.. pemimpim2 negara kita yg patut bertindak.. bukan sekadar bagi usul penentangan kt dewan2 je.. semangat utk menolong negara palestin tu dr pelbagai segi.. mungkin dr segi ketenteraan, ataupon ekonomi (hentikan terus brg2 import dr sana).. mmg dr segi kebjikan.. byk bdn2 swasta tampil bg sumbangan..

    tapi mustahil semuanya..
    bila tgok pemimpin2 skang.. sedey laa..rase baik aku kt negara sana.. bermati2an mempertahankn negara.. dari memalukan negara sendiri..

    BalasPadam
  14. paste from article:

    Cuma kadang2 aku terfikir, adakah kemenangan dan keamanan orang Palestin hanya akan dapat tercapai apabila semua orang Yahudi di Israel berjaya dimusnahkan, atau apabila warga Palestin dan Israel dapat hidup bersama di bawah satu bumbung secara aman damai, atau Israel yang akhirnya akan menang dengan melenyapkan semua warga Palestin di tanah mereka sendiri? Wallahualam...

    serious ak terkesan ngan ayat ni..i hope some day we not be like them..we here also should afraid guys..sharing sometimes have pros and cons

    BalasPadam
  15. sy nak sumbangkan doa. mari kita berdoa bersama2

    BalasPadam
  16. Manusia sangat lemah pada pengaruh kekuatan jenama...

    Aku rasa eloklah boikot produk yahudi yg capitalist satu per satu sebab kempen boikot semua produk yahudi sebelum ini kurang menjadi.

    Kalau dah berjaya capai matlamat dengan boikot satu jenama (misalannya Mc Donald) boleh la tumpu perhatian kepada jenama lain pula, mungkin 2 produk yahudi serentak. Cumanya ambil masa lama tapi dengan harapan ianya berkesan.

    Lumrah manusia tak suka didesak utk tidak suka sesuatu secara tiba2. Perlu terapkan kesedaran & pengetahuan terhadap manusia dahulu.

    Ianya ambil masa, tidak mengapa cuba perlahan-lahan.

    BalasPadam
  17. aku jmpe status ni kt fb: cam mnarik

    "pada saya isu boikot ini perlu bila kita ada alernatif dan pilihan.
    dan kedua apabila ianya melibatkan pembelian atau jualan yg bukan sekali.
    ketiga apabila ianya bkaitan dengan barangan dan makanan, pandai bezakan yg mana mjadi darah daging, yang mana skadar pggunaan harian.

    kata orang: alah, nk boikot mekdee, apsal x boikot je nokia, intel semua tu (rujuk kyataan ke-3)
    orang kata: depends la nk boikot ke x...yang pnting duit aku

    :untungla kita kt sini ada pilihan nk boikot ke x, sedangkan mereka kt sana xda pilihan nk diserang n mderita atau x...."

    BalasPadam
  18. Palestin dan Israel boleh hidup bersama jika masing2 rela berkompromi. sejak dulu lagi dah berbunuh2 utk sekeping tanah. buat apa? tapi entahlah, konflik mereka panjang dan kompleks. masing2 ada propaganda sendiri. Berdoalah, bersolatlah selama mana pun, jika kaum itu tak mahu berubah, takkan Allah tolong. sometimes, i think the palestinians just prefer to be the victim.

    pasal boikot, aku tanya2kan juga apa kesan boikot ni? ikut international boikot dah 10 tahun kempen ni. di malaysia mungkin bila ada berita rakyat palestin je kempen ni panas balik. ada yg butthurt bila aku tanya, tuduh aku kritik la apa la... hahaha aku peduli apa. nak buat sesuatu, kena ada target dan tgk berkesan ke x sesuatu kerja tu. doing the same thing repeatedly expecting different results would be silly, but doing the same thing repeatedly w/o knowing the results would be moronic, don't u agree?

    dari pemerhatian kasar aku, boikot 10 tahun pun aku masih tgk Israel bunuh rakyat palestin lg. sama je.

    kemudian, aku pun tanyalah lebai google pasal keberkesanan kempen boikot ni dan beberapa perkara lain yg berkaitan. results:
    - Malaysia ialah rakan dagang Israel sejak 1971. pada tahun lepas je, jumlah eksport import Israel-Malaysia berjumlah USD900 juta, mostly electronic items seperti cip intel.
    - kempen boikot Liga Arab lebih kurang mcm kita jgk; kejap hot kejap cold. kurang konsisten. ironinya, rakyat palestin sendiri x begitu memboikot produk Israel malah ramai yg berkerja di sana.
    - dari perspektif Israeli Chamber of Commerce, bisnes dan pelaburan mereka berkurang purata 10% kesan boikot. ada sumber lain yg kata kempen boikot x beri kesan pada mereka. w/bagaimanapun, boikot juga memberi kesan negatif kpd ekonomi Arab; kerugian USD10 bilion antara 2000-2010.
    -sejak 1948, GDP Israel berkembang lebih drp negara2 Arab lain kecuali negara Arab yg ada sumber petroleum. kini, Israel berada di tmpt 17 ranking world's most economically developed nation oleh IMD wpun menghadapi pelbagai tekanan ekonomi spt boikot.
    - when there's a force in one direction, there must be an opposing force. elok juga kita ambil tahu tentang kumpulan Anti-Boikot Israel. cth; US telah meluluskan akta Anti-Boikot di negaranya. akta ni basically reject boikot atas apa sebab sekalipun eg. bangsa, gender, warganegara.

    lastly, pendapat aku pasal boikot. kalau nak boikot, bersedia utk bersusah payah. jgn sebab boikot sesuatu barang sebab ianya mudah bagi kamu. contoh; aku bukan seorang yg minum starbuck. dlm setahun, 5 kali pun x sampai. ada tu, setahun pun aku x minum starbuck. jika aku boikot starbuck, adakah itu boikot yg bermakna? thats just being hypocrite.
    lainlah kalau aku pengguna tetap produk Intel atau nestle. yg ni kalau nak boikot berbaloilah juga.

    i don't boycott. its unpractical. wpun aku bukan pengguna tetap nestle, tp PC opis aku ada cip intel, PC dan laptop umah aku pun ada cip intel. bolehkah aku buang/ jual semuanya dan beli produk yg xde intel? mungkin boleh tp aku xmau buat. like i said, nak boikot kena bersedia bersusah payah. and i'm not ready for that.

    para pemboikot sekelian, sanggupkah anda melupakan nescafe, milo, coffeemate dan barangan elektronik intel anda?jika x sanggup bersusah payah x payah bising pasal boikot kerana ianya xkan kekal. minggu depan, bulan depan senyap juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau setakat boikot rakyat marhain ni memang takda pekdahnye atau kesan cuma cakap-cakap aje la. berapa ramai nak menolong memboikotnye pon.

      Boikot ni kena dari atas kalau kerajaan boikot kemasukan dsb. kemudian sediakan alternative lebih berkesan. Tu sebabnya dalam Islam fardu kifayah wat produk sendiri. Jadi kita tek bergantung kepada product musuh atau mereka yang membantu musuh kita. Tapi nak ke kerajaan negara-negara Islam ni memboikot? Hipokrit kan? :)

      Padam
    2. camtu terhadkan boikot anda pada satu produk dulu..

      ku mmg sedar kalau satu org boikot tak cukup.. pastu boikot pada satu jenama pun masih tak cukup..

      tapi elok lah kita mendidik rakyat secara perlahan2 dulu.

      maka aku rasa boikot pada Mc Donald, adalah langkah pertama yang patut kita ikut dan sokong. mungkin selepas ini starbuck pula, dan seterusnya mungkin intel.

      jangan gelojoh, mulakan satu per satu dahulu.

      Padam
  19. Salam,
    Di sini ana nak kongsikan dengan semua sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud.

    Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

    "Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.

    Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

    Renungkan sejenak & beramal :) wslm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha selagi yang mampu even sekelumit pun. :)

      Padam
  20. SETUJU DGN MUSLIM..^_^

    kalau topik2 mcm ni bui jadi blur..uhuksss

    TAPI MMG NK BOIKOT MCD LAH RSNYA

    BalasPadam
  21. malu tgk sikap rakyat malaysia.negara lain dah siap wat protes di tempat2 awam.negara kita rilek je dok gi makan kat McD mcm takde ape2 berlaku.siap ckp McD malaysia ni xde kaitan dengan israel.pemimpin pulak baru dok sibuk cadangkan usul hantar bantahan kepada israel (baru cadangan).sumpah,aku tgk kehidupan rakyat negara kita rilek je mcm taktau ape2 berlaku kat palestin tu.teruk sngat ke sikap tak ambil berat kita kat saudara kita?.aku tau malaysia pun ada perasaan marah kat israel tu,tapi mcm lambat je nak luahkan..slow,mcm kejap nak marah..kejap taknak.Hanyut sungguh dengan keamanan.negara lain dok boikot McD,buat perhimpunan halang orang masuk dalam McD.negara kita pulak beratur panjang kat luar McD sebab tunggu burger free.lahanat punya bangsa.bodoh lembu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah ko sorang je pandai dan ade kesedaran,ko boikot mekdi tp makan meggi smbil minum neskepe,isap rokok dunhill..tak sedar pulak,mmg dasar bodoh lg bahlul jauh lebih teruk dari lembu.

      Padam
  22. dah dah stop semua tak payah nak hina2 orang lain. nak boikot atau tak terpulang pada diri masing2. kalau ada yang nak bagi pandangan dan berdebat sila tulis dengan cara berhemah, tak perlu menghina2 sesama sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebok lah ko. duk diam2 sana

      Padam
    2. aik? blog author pulak kena dok diam? nokharoommmm punya anon

      Padam
    3. ni blog kami. jgn promote blog buasir otak tu kat sini

      Padam
    4. ni blog buasir hidung

      Padam
    5. bisjput mu di hidung ku

      Padam
    6. dia wat entry,dia nak halang tetamu komen pulak.kami ni penyumbang kepada keglamouran blog anda.

      Padam
    7. aku tak halang tetamu komen, tapi nak komen pun agak2 janganla sampai hina orang sana sini.

      Padam
    8. "Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!"..

      sekarang,ko pulak dok halang org nak ludah org lain..apecer?tuan punya blog langgar prinsip blog sendiri.cehhh.

      Padam
    9. setuju dgn admin.Btw apa yg menyebabkan manusia jatuh ke lembah yg hina adalah apabila dia merasa takjub dengan dirinya sendiri. People with dogmatic mind are always arrogant. got it? ;)

      Padam
    10. kalau ko nak ludah aku maki aku kutuk aku aku tak kisah, kalau ko nak ludah politician2 yang busuk pun aku tak peduli, tapi tolong la jangan dok hina2 orang lain terutama orang perempuan, ok? serius kat dunia nyata mungkin kita boleh jadi kawan baik, tapi tak perlu bawak perangai dunia nyata kita ke sini, terutama dengan orang yg kita tak berapa nak kenal.

      Padam
  23. melayu nie.. cakap lebih.. mcm taik ayam yg hangat lepas kluar dr bontot ayam...

    marah israel... orang israel masuk malaysia.. bukan main sorak..

    moral of the story.... jangan cuba nak main kasar ngan kafir...

    mcm Tony Stark cakap... Peace - one have bigger stick than others... kalo batang tak cukup besar.. jangan nak menduga batang org lain... ok.. salam semuanya... renung-renungkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. buto pak hang. pi jilat batang anuar

      Padam
    2. org malaysia memang bangsat.hanyut dengan keamanan.pemimpin teruk,rakyat lagi la mcm butuh.

      Padam
  24. apasal korg kecoh2.. PAS rilek je,siap wat doa kehancuran lg..bkn utk israel, tp utk umno..ye la sekutu dia kan pnyokong kuat israel,nk wat camne

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sebab nak halau syaitan yang dikenali
      halau syaitan yang dekat dulu yang dikenali kemudian baru yang jauh-jauh dan yang tak dikenali

      Padam
  25. Kenapa nak cakap orang lain hanyut,kenapa tak cakap diri sendiri hanyut, hey..bersyukur dengan negara yang aman, kalau anda semua tahu situasi sebenar di Gaza, pasti anda semua tak hanya bercakap kosong.

    Jangan hanya boikot, tapi tak tahu kenapa boikot, jangan hanya berkata-kata jika tak tahu apa yang dikata. Fahami situasi sebenar kenapa umat Islam perlu menentang penaklukan kota Gaza, dalam Al-Quran sendiri Allah telah berfirman.

    Sayangi umat sendiri, pasti kelak tak disesali.
    Jangan permainkan isu Gaza!

    BalasPadam
  26. Aku melihat mengenai isu ini dlm konteks setempat. Penduduk asal negara kita ni tak mustahil boleh diperlakukan sepertimana di Gaza.

    Kuasa ekonomi masih bukan milik kita. (satu hari nanti kitalah yg akan terhegeh2 nak boikot kedai Ah Seng, roti massimo, biskut pingpong hup seng, etc.)

    Kuasa politik semakin dilacurkan (tak kira la yg berpakat atau berbaris).

    Kuasa memiliki hartanah juga semakin terhakis (tanah simpanan melayu pun byk yg dah tergadai).

    Hak2 153 Perlembagaan Persekutuan juga semakin hari semakin luntur...

    Yang paling sadis, terlalu ramai yang lalai, hanyut dan bertelagah mengenai isu-isu kecil dan remeh.

    Marilah kita bersama-sama merancang dan melaksanakan pelan pertahanan dan kelangsungan hidup koloni kita untuk jangka masa panjang. Janganlah terlalu berharap kepada pemimpin politik dan kerajaan sahaja.

    Setiap insan boleh melakukan perubahan!





    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh yea ke?
      Ko jangan buat fitnah bukan kah UMNO selama ni memperjuangkan dan memepertahankan dan memperkasakan melayu ni?
      Sape pulak yang berani rembat tanah dan bagi kat bangsa asing ni?


      Padam
  27. Saya fikir dunia tidak pernah berubah. Kitarannya sama cuma waktu dan tempat yg berbeza. Sentiasa ada Fir'aun dan Musa. Bukan sejarah yg berulang, tetapi kesilapan manusia yg berulang.


    Hasan al Banna menangis apabila dia keluar daripada rumah ulama', qadhi dan mufti. Mereka berkata padanya, 'Ya Hasan, Mesir ini sudah tiada harapan lagi. Pemuda-pemuda Islam sudah hanyut, mereka tidak dapat diubah lagi.' Kita akan kecewa apabila meletakkan harapan pada orang agama untuk menjaga agama. Orang agama belum tentu beragama-Detik-detik Hidupku
    (Hasan al Banna).

    BalasPadam
    Balasan
    1. another superb example of a DOGMATIC mind,brava brava...

      Padam
  28. Sorry off topic.

    Tentang isu boikot McD tu, aku tengok ramai jugak yang menyokong. Tapi macam yang sebelum-sebelum ni jugak, tak ada pun kempen boikot ni yang tahan lama. Aku akui, aku sendiri pun penggemar McD.

    Sebelum ni aku ada terbaca kat blog mana entah (PenPatah rasanya) yang lebih 100 cawangan McD di Jepun ditutup kerana jualan merudum, dan 400 lebih lagi bakal ditutup. Tak tahulah sama ada kaitan ke tak dengan kempen Palestin ni, tapi alasan yang dinyatakan ialah orang Jepun lebih suka fastfood tempatan yang lebih bersifat local.

    Okay, macam ni. Umum tahu budak-budak muda memang suka fastfood, lagi-lagi student. Kalau tinggal dalam kolej, authoirity tak benarkan masak dalam dorm. Yang duduk rumah sewa, yang perempuan tak tahulah, tapi kalau yang lelaki, tinggal harapan la kalau nak masak. Dah la kita pulak jenis yang tak suka tunggu lama-lama. Kalau pergi kat kedai makan biasa, boleh order dulu, gaduh pasal politik, berbaik semula, lepas tu baru makanan sampai. Punyalah lama. Kalau kita nak kempen boikot yang berpanjangan, takkan berhasil. Yelah, yang mengunjung lagi ramai dari yang memboikot. Yang memboikot pulak, bila tengok tak dapat sambutan, putus asa.

    Sorrylah kalau bunyi macam merapu, tapi kenapa kita tak buat macam Jepun? Kita komersialkan lagi fastfood kita. Dekat Sarawak, kitorang dah lama ada Sugarbun. Kat Sabah aku tak tahu, tapi yang aku tahu Sugarbun ni cawangan dia siap ada kat Brunei lagi. Kat semenanjung ni pulak kita ada Radix Fried Chicken. Tengok review kat blog-blog, ramai cakap sedap. Kan bagus kalau kita boleh jadikan fastfodd local macam ni sebagai favourite, instead of international punya. Thus, we kill two birds with one stone. Local punya bussiness maju, nak boikot international fastfood pun, In Shaa Allah.

    Kita tahu anak muda Melayu ni memang hati batu. Kalau paksa-paksa boikot macam tu memang takkan berhasil punya. Kalau betul pun nak paksa mereka buat sesuatu, sediakan atau cadangkan alternatif lain. Jangan tahu mengutuk saja, tapi satu cadangan pun tak pernah usulkan.

    BalasPadam
  29. ikutkan balik, ada sebab kenapa bende2 ni tak penah habis. Palestin kena bunuh dgn Israel, Allah dah janjikan mati syahid utk dorang, DAN ini juga adalah utk renungan dan peringatan kepada kiter smua yg tak hadapi bende2 ni, kiter perlu bersyukur dan juga sentiasa kembali ke jalanNya...
    kalo bende2 ni sumer takde, kiter pn asik leka dgn keseronokan dunia, takde nk pikir pasal nasib2 kaum/negara yg malang ni.. takde pn nak hulur duit bg sumbangan, takde pn nak mendoakan nasib malang mangsa2 ni.. semua hanya keseronokan semata-mata.

    BalasPadam
  30. Umur aku 190 tahun. Politik malaysia sama itu tahi leh. Aku nak jadi atas pagar. Aku suka dan mau kutuk dua2 pihak. Sebenarnye aku sokong itu pembangkang tapi nyorok2 liao. Why anti Umno? UMNO itu parti malay leh. Melayu anti melayu and jatuhkan sesame sendiri.lol. Hari2 artikel kutuk2 kerajaan, tapi tak malu ambil ape yang kerajaan beri dan kenape tinggal di Malaysia? Rofl. Jika masih sokong itu pembangkang, u r crazy & pengikut tegar yg taksub. Malas aku mau komen lagi. haizzz bosan!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh... umur dah 190tahun pun masih pandai main internet.. u hebak lah!

      -p-

      Padam
    2. There no such thing pembakang vs kerajaan. Rasanya memang ramai belajar masa sekolah. Kenapa aku cakap camni?

      Kalau orang malaysia ni belajar kat sekolah betul2 mereka patut paham apa istilah pembakang? Pembakang dalam parlimen tu pon AHLI kerajaan. dapat ELAUN/Gaji dari kerajaan bermakna duit cukai dari rakyat. Tak kira parti UMNO ka PAS ka PKR ka DAp ka semua kita bagi duit(cukai) dan UNDI kat depa suruh urus dan takbir kerajaan betul2 dan bagus2. SEMUA tu KERAJAAN. so there no such thing pembakang vs kerajaan.

      Tapi apa mereka buat? mereka bergaduh sana sini salahkan parti sana parti sini.. kenapa takleh kerja sama bersaing secara positif. team yang BANYAk menang kaut tindas lengahkan peruntukan, sabotaj dsb. Apa nak jadi ntah.
      Guna duit kerajaan untuk naikan parti mintak rakyat undi, padahal bukan pakai duit parti atau duit mak bapak diaorang semua duit kerajaan.

      Sesia je buat dan belajar silibus kenegaraan kat sekolah.

      Padam
    3. aku = prince of noob.

      Padam
  31. Byk tul komen anon2. syabas walaupun dulu anon ni gila meroyan je tapi skang dah lantang memberi idea yang bernas

    bangga pulak jd anon, hihihihihihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen diatas daripada zack atau noob.

      Padam
  32. to all anonys. harap boleh join sekali di
    http://localleaks.me/plf/loic/Anonymous.html (LoIC) .tukar IP korang dulu.
    dan cari any website Israel yang perlu diTango Down.
    dari melalak tak tentu pasal. apa kata jadi hacktivist sebentar?
    terima kasih. #OpIsrael

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko wat ke?ke saja je nak tunjuk pandai?

      Padam
    2. hmm aku tak bijak, aku tak pandai. at least aku berjuang menhack-kan server IsraHELL. kau hado?

      PS : server tu, 'anonymous' yang buat. open to public.

      Padam
  33. pada pendapat ak, patutnya McD,wat tabung untuk Gaza,pastu declare kat media,yang dorang mengutuk serangan Zionis terhadap Gaza,mungkin perspektif boleh jd berbeza

    BalasPadam
  34. bagus byk tul benda yg dapat dipelajari baik dari en noob dn para pengkomen blog. thumbs up!!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.