Khamis, 20 September 2012

52 Apa kita boleh buat untuk protes filem anti-Islam?

Siapa perempuan yang hot ni? Nama dia Anna Gurji (IMDB) pelakon wanita Georgian yang tak glamor mana tiba2 jadi popular, tapi bukan popular sebab ke'hot'an atau kehebatan dia dalam lakonan, tapi sebab dia berlakon dalam filem anti-Islam iaitu Innocence of Muslims yang diarah oleh Nakoula Basseley Nakoula atau Sam Bacile yang telah diupload ke Youtube lantas mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.


Namun menurut Anna Gurji, beliau telah mendakwa bahawa dia dan barisan pelakon filem lain telah ditipu dan diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.


"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan bla bla bla... korang baca la sendiri kat sini.

Disebabkan filem yang menghina agama Islam itu, ramai orang Islam di seluruh dunia membuat protes dan demonstrasi membantah filem tersebut, malah pemimpin2 dunia pun menyatakan bantahan dan kekecewaan mereka sebagai reaksi kepada filem itu.


Di Malaysia juga tidak terkecuali, ramai yang berhimpun di hadapan kedutaan US untuk menyatakan serta menyerah memorandum bantahan, malah Pemuda PAS dan UMNO juga dikatakan akan bergabung pada hari Jumaat ini untuk memprotes filem tersebut, kata Khairy Jamaluddin.


Namun disebalik demontrasi yang dilakukan oleh penunjuk perasaan ini, ada yang telah bertukar menjadi ganas di negara2 lain seperti di Kabul, Afghanistan dan Sydney, Australia sehingga menyebabkan kematian. Malah duta AS di Libya juga telah maut dalam siri protes ini.


Banyak kerajaan negara2 Islam telah membuat bantahan kepada Youtube agar menyekat filem tersebut daripada disiarkan termasuk Indonesia dan kerajaan Malaysia melalui SKMM. Walaupun SKMM jamin filem tersebut telah tidak dapat diakses lagi, namun yang disekat hanya video yang dari uploader asal, manakala video yang telah didownload dan diupload semula oleh user2 Youtube lain masih lagi boleh ditonton. Ini telah mendatangkan kemarahan kepada kerajaan Arab Saudi dan telah memberi amaran kepada Google untuk menyekat seluruh laman web Youtube di Arab Saudi sekiranya pihak Google masih lagi buat tidak tahu.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyeru kepada seluruh umat Islam adalah wajib untuk mempertahankan syiar Islam daripada terus dihina, pihak Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) meminta agar umat Islam membuat solat hajat memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia, manakala imam Ahmad Fouad Ashoush dari Hezbollah pula telah mengeluarkan fatwa bunuh pengarah, penerbit dan pelakon-pelakon dan sesiapa yang membantu dan mempromosikan filem ini

Ok sekian sahaja berita2 di atas. Sekarang kita masuk bahagian ulasan pula...


1. Kenapa Youtube hanya menyekat akses ke video itu hanya kepada negara2 Islam yang memohon untuk disekat, manakala di negara2 lain video filem tersebut masih lagi boleh ditonton? Nampak sangat ketidak-ikhlasan pihak Youtube yang dimiliki oleh Google di situ. Kalau betul2 nak sekat, sepatutnya ia disekat di semua negara, atau sebenarnya tak payah sekat pun, pihak Youtube patut hanya padam, delete dan remove sahaja video itu dari Youtube, tapi mereka tidak akan berbuat demikian, kerana seperti yang sedia maklum Google adalah firma di negara US yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel dan Yahudi. So adakah kerajaan kita perlu sekat keseluruhan laman Youtube juga untuk menyatakan protes kita? Macam mana dengan vlogger2 Malaysia seperti MatLuthfi, AnwarHadi, Maria Elena, ShahrinCool, Hana Tajima dan lain2 nak buat vlog lagi? Kita kan dah ada Youtube versi Malaysia iaitu 1Tube, masa ni la kita semua kena ramai2 sokong produk buatan tempatan. Tinggalkan je Youtube apa semua tu, itu semua agenda Illuminati dan Freemason cawangan California barat.


Sebenarnya filem tersebut lebih penting untuk disekat di negara2 bukan Islam berbanding negara2 Islam. Ini kerana kalau aku sebagai seorang umat Islam tengok video tu, aku tahu on the spot apa yang dipaparkan di dalam video itu adalah salah dan tidak menggambarkan Islam yang sebenar. Namun kalau non-muslim yang tonton, mereka mempunyai potensi besar untuk mendapat gambaran yang salah mengenai ajaran Islam itu sendiri dan seterusnya membangkitkan perasaan anti-Islam dalam diri mereka, itu yang kita tak nak.


2. Sebenarnya banyak umat Islam dah termasuk perangkap musuh2 Islam ini apabila membuat protes yang keterlaluan sehingga menimbulkan keganasan serta menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Ia sebenarnya telah memberi persepsi salah kepada orang2 bukan Islam bahawa apa yang dipaparkan dalam filem itu adalah betul iaitu agama Islam adalah agama yang ganas, dan mereka juga akan membandingkan dengan agama lain seperti agama Kristian yang mana penganutnya tidak akan bertindak ganas walaupun agama mereka sering kali dijadikan bahan jenaka. Itu sebenarnya yang geng2 Freemason dan Illuminati ni mahukan.


Adakah dengan filem ini kita harus pulaukan semua orang non-muslim? Adakah kita harus bakar semua kedutaan Amerika Syarikat? Adakah kita harus usir dan sweep semua pelancong warga asing agar balik ke negara asal mereka? Adakah kita patut bunuh dan penggal kepala jiran dan kawan2 kita yang bukan Islam? Tidak perlu pun sebenarnya malah ia adalah satu perbuatan yang sangat bodoh. Melakukan keganasan tidak akan membawa kebaikan apa2 kepada kita dan ia hanya akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan seperti yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidik - Wajarkah filem innocence of muslims ditonton? Tanyalah ustaz.


So apa sebenarnya yang kita boleh buat sebagai tanda protes terhadap filem anti-Islam ini? Banyak caranya, kalau anda nak menyatakan protes dan bantahan anda dengan melakukan demonstrasi dan perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan dan provokasi, silakan. Nak pergi ke Palestin berperang dengan tentera Israel, ikut suka anda. Kalau anda nak share informasi berkaitan isu ini di Facebook, Twitter, Blog, flyer, brochure dan lain2, boleh juga. Jika anda nak buat solat hajat, pun amat baik. Jika anda tidak mahu buat apa2 dan hanya mahu berdoa di dalam hati pun tidak apa. Malah kalau anda nak boikot produk2 buatan US / Israel Zionist seperti McDonald's, KFC, Nike, Facebook, iPhone dan lain2 pun terpulang, yang penting niat. Kalau ada kawan2 atau mana2 ahli politik non-muslim yang tak faham dengan isu ini dan agama Islam, terangkan dan beri dakwah kepada mereka.


Apa kata kita buat video balas terhadap filem anti-Islam itu dengan membuat pula video anti-Christ / anti-Judaism / anti-agama lain? Tidak perlu, kerana agama Islam sendiri tidak mengajar kita untuk menghina agama lain. Tapi cadangan aku, kalau mana2 orang yang tere buat video dan mempunyai kelengkapan untuk membuat filem, apa kata buat satu filem pendek yang memberi gambaran sebenar tentang ajaran Islam dan sebarkan kepada seluruh dunia sebagai satu respon balas kepada filem Innocence of Muslims itu agar sedikit sebanyak dapat membetulkan persepsi mereka mengenai agama kita.

Paling tidak pun, sebar dan share video klip lagu Maher Zain - The Chosen One ni dan tulis mesej - "In response to anti-Islam film - Innocence of Muslims".


Kepada mat saleh2 kat luar sana (macam ada je mat saleh baca blog nih), mungkin boleh mula memahami dan belajar sedikit sebanyak pengenalan asas kepada Islam dan sejarahnya di sini, sebuah video pendek yang dibuat oleh mat saleh juga, sebab mungkin mereka lebih selesa bangsa mereka sendiri yang terangkan pada mereka dengan cara mereka sendiri.





tags: filem anti hina islam nabi prophet pengerusi dap perak datuk ngeh koo ham tweet twitter khairy jamaluddin kj ketua pemuda umno protest protes bangkang perhimpunan demonstrasi aman bantah freemason illuminati skull and bones yale university teori konspirasi conspiracy theory anna gurji georgia actor picture photo image nakoula basseley nakoula sam bacile coptic christian kristian koptik usa us as amerika syarikat united states of america israel zionist yahudi jew judaism

52 ulasan:

  1. Hello, I'm Sam Bacile. And yes, i read your blog. Thank you for your review.

    BalasPadam
  2. 6th..kejap lagi aku komen pepanjang..saja nak cop tempat dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak aci la main cop-cop tempat.... tak aci la wei...

      Padam
    2. aik nazha pun ke-6 jugak... rasa dah ke-10 dah tu hahaha

      Padam
  3. Bhai Noob...

    Pada pandangan gua aaa... itu semua perkara biasa... sampai hari kiamat pon Islam akan tetap dihina dan dinista... cuma harapnyer jangan ader orang yang mengaku Islam sendiri yang menghina agama sudah lah... kat Malaysia nih dah ramai dah... yang dah nyanyuk pon dok hina Islam hari-hari kat Malaysia nih... biler ntah nak kena buat tunjuk perasaan besar besaran bagi membantah sinyanyuk nih... hahahaha

    Untuk pengetahuan lu dan semua yang lain... isu video nih sengaja dibuat untuk sebagai pengalihan isu (art of diversion) sebab ader agenda besar lain yang sengaja diorang cuba senyapkan dengan isu video nih... cuba lu orang selidik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhaii C++..

      Aku sokong kau. Ni mesti just a diversion for something bigger! Or sebab nak buat 1 dunia arab huru hara.

      Padam
    2. Bhai..ke ko dah tau apa yang tersirat..aku malas nak selidik sebenarnya..muahaha..biasa aa kaedah diversion ni..even dalam politik (eh ble terkait la plak) ramai wat untuk "matikan air"..kan..kan..

      Padam
    3. nasib baik tukang filem malaysia dah banyak keluarkan filem2 berunsur islamik macam Haji Noh Motor dan Aku Masih Dara

      Padam
  4. Bagus noob sangat bagus. Aku sokong, kita kena distract/divert muslim daripada buat kerja yg menyumbang kepada menghina agama sendiri dgn respons yg negatif

    BalasPadam
  5. baru tgk full video semalam. bukak pagi ni da xde

    BalasPadam
  6. kan?sepatotnya kita jgn la tunjuk yg ganas ka apa ka..Islam bukan camtu.sedangkan Rasullullah dihina diejek dimaki tapi Baginda tetap sygkan umat dia.tapi kita ada cara yg lebih baik utk lembutkan hati 'depa'.kita tunjuk kat depa yg kita ni tak macam orang2 tak bertanggungjawab tu buat.bukan dengan cara merusuh tak tentu hala yg nyata merugikan diri sediri,bangasa,agama dan negara sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus cik suraya mengambil semangat sebegini... susah nak cari muslim yang lebih berfikir dua kali. (bagi saya) selalunya jumpa muslim yang suka terus tunjuk amarah melalui youtube, tunjuk perasaan (dengan ganasnya) yang akibatnya orang tak de kene mengene pun mati.

      Padam
  7. Has anyone noticed the name 'Bacile'..kalo ditambah 'Im' kat depan dia, pstu tukar 'Ba' ke 'Be', jadi apa? hahahaha...'Sam the IMBECILE'! LoL! XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa maksud imbecile ye.maaf saya ni xberapa nak bijak sgt bahasa omputih ni,belajar pun skolah pondok je

      Padam
    2. entahnye,cecite sikit cik plain.kami tak pndai mcm awk.

      Padam
    3. imbecile tu dungu la dungu..

      Padam
  8. Balasan
    1. Malaysia hngat2 taik ayam.Ko pulak?apa tindakan yg ko dah buat untuk protes?

      Padam
    2. xkn aku nk cerita kt semua orang. aku bukan popular mcm semah ngn pakjib

      Padam
  9. pnh tgk filem ney tp xabis pun....sama2 lah kita protes

    BalasPadam
  10. No comment. Kita kata apa yang terkandung dalam video itu salah, tapi perbuatan kita mengiyakan. Bagi aku, gambaran filem tersebut terhadap ISLAM memang salah, tapi gambarannya terhadap UMAT ISLAM mungkin betul. Tengok saja responnya. Cat Steven/Yusof Islam sendiri pernah cakap, "Saya amat bersyukur kerana saya mengenali Islam sebelum saya mengenali umat Islam". Dalami maksud dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik tengok video sex anwar ibrahim & china doll..

      Padam
  11. Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sinonim dengan 16 September.Pada tahun 2008,tarikh itu dinanti penuh debaran rakyat negara ini kononnya pembangkang akan ambil alih Putrajaya kerana ada ura-ura 30 Ahli Parlimen BN akan ‘lompat’ sertai pembangkang.Akhirnya,semua tahu bagaimana Anwar berputih mata.Impian terus tinggal impian sebaliknya beberapa orang Ahli Parlimen dan Adun PKR tinggalkan parti itu.Sejak itu,16 September akan diingati sesetengah pihak sebagai tarikh pembohongan Ketua Pembangkang itu yang belum hilang impian untuk jadi Perdana Menteri.Pada tahun ini,Anwar bikin gempak lagi apabila mengumumkan satu deklarasi yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi Kuching’ pada Sambutan Hari Malaysia di Sarawak,pada 16 September nanti.Deklarasi itu bakal menyatakan komitmen Pakatan Rakyat dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah.Anwar berkata,sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan pada negeri Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September.Menurutnya lagi,segala persiapan sambutan tersebut dilakukan oleh Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak.

    “Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut.Dalam pada itu satu deklarasi yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi Kuching’ akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada usaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan sabah,” jelasnya.

    sorry... lari topik...

    BalasPadam
  12. Sesapa yang rajin ble baca pandangan blogger Hamka (kereta mayat)..dia ada kupas dari segi agama n dari pendapat peribadi..ada komen yang membuat aku fikir sejenak..

    BalasPadam
  13. salam,

    kita dipijak sbb lemah, masuk U pakai kuota sbb spm dapat bawah 5A, keluar asyik nak kerja gomen xnak berdikari, harap menyalak saja kuat, sedarlah oi kita tak akan capai apa2 jika asyik menyalak, berhenti buang masa dan belajar bg yg dah kerja quit kje gomen dan start buat bisnes,,, bodoh!

    Cuepacs nak kerja lebih masa kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. giler mental mamat ni..

      Padam
    2. zack kah itu?ayatnya seperti zack.

      Padam
  14. banyak benda orang kafir buat untuk memastikan orang Islam nampak hina dimata dunia.

    BalasPadam
  15. perrgghhh...drpd 54 logo yg ko tunjuk tuh....10 jew kot yg aku x gune....ish2...ptot ler dorng kaye n sng nk wat criter mengarot..aku jugak yg menyumbang ekonomi dorng..cehh...::sambilminumcocacola::

    BalasPadam
  16. sebenarnya aku yang salah nabi dihina.. Aku tak wat dakwah sungguh sungguh.. Aku pancung umat ikut nafsu aku.. Aku takder pikir risau yang sama macam nabi.. Aku tak amal sunnah nabi.. Aku tak hidupkan sunnah nabi dalam diri aku.. Aku malu nak bela janggut.. Aku beli kete dengan riba.. Aku pentingkan dunia, pekerjaan aku lebih aku besarkan dari solat berjemaah.. Aku tak der rasa ape2 bila awek2 ramai tak tutup aurat.. Aku tak rasa ape2 member2 aku tak sembahyang.. Aku biarkan masjid aku kosong tanpa amal.. Aku suke salahkan orang lain tanpa cermin diri aku sendiri.. Aku tak nangis depan allah untuk umat ini.. Aku tak doa untuk umat ini sungguh2.. Aku lupa aku siapa.. Aku ingat aku dah betul rupa2nya aku ingat aku la paling islam.. Bila orang kapor mati aku tak rasa menyesal pun.. Aku gunakan masa aku lebih lama depan internet dari usahakan wat dti sungguh2.. Sebenarnya perkara ni berlaku salah aku.. Aku tak usaha sungguh2 untuk umat islam ini bersatu.. Aku biarkan mulut aku bercakap dunia lebih lama dari akhirat.. Aku biarkan telinga aku dengar benda dunia lebih lama dari dengar perkara akhirat.. Bila lepas isyak aku jadi antara orang yang pertama balik umah.. Aku tinggalkan masjid aku begitu je.. Aku tak bagitau pun aku tak pesan pun pada masjid aku.. Wahai masjid aku balik umah dulu ye tido esok subuh aku datang kita usaha lagi...... Aku biarkan masjid aku sedih.. Aku tak sayang masjid aku macam mana rasulullah sayang kat masjid.. Aku bleh tido lena kat umah biarkan masjid aku tertunggu tunggu aku kata nak wat dti.. Aku tak faham perasaan masjid macam mana rasulullah faham.. Aku tak rindu kat masjid aku pun.. Macam2 lagi la sebenarnya.. Wahai allah ampunkan aku ya allah.. Aku lemah dalam segala hal.. Bantulah aku untuk usahakan marhalah aku ya allah.. Dan bantulah kawan2 aku di marhalah2 mereka ya allah.. Wahai allah.. Kami nak tebus semua perkara yang menyebabkan rasululullah dihina.. Kami akan usahakan marhalah2 kami sungguh2.. Wahai allah.. Walaupun kami tak pergi demonstrasi.. Walaupun kami tak pergi mengundi walupun apa masyarakat pandang pada kami hanya engkau yang tahu betapa sayangnya kami pada rasulullulah.... Betapa cintanya kami pada rasulullah.. Ampunkan kami semua dan seluruh umat ini..

    BalasPadam
  17. setuju dgn ape yg anon tulis..kite kene tgk diri kite balik..kebanyakkan kite Islam pd kad pengenalan je..
    ni lg satu kes hina nabi: KURANG AJAR!! Majalah Perancis, ‘Charlie Hebdo’ Pula Siar Kartun Nabi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.