Isnin, 3 September 2012

51 Sinopsis Novel - Cinta Digital & Analog

Berikut adalah sinopsis Novel Cinta Digital & Analog, pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian kategori fiksyen untuk tahun 2013 depan, untuk tahun 2012 ni Novel M.A.I.D yang jadi juara...


* * * * * * * * * * * * 

Hisham, seorang penuntut sebuah IPTA tempatan tidak pernah merasakan pengalaman bercinta sepanjang hidupnya. Dia yang juga seorang pelajar bijak yang sering mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran tidak mempunyai ramai kawan perempuan. Sebagai seorang yang nerd, hanya buku, komputer, permainan video dan komik yang menjadi teman hidup seharian. Namun di dalam hatinya tetap punyai perasaan ingin bercinta dan dicintai seperti insan lain, malah dia juga menyimpan sedikit perasaan terhadap Hana, rakan sekuliahnya yang mempunyai rupa paras yang agak cantik dan menawan. Tetapi apa kan daya, Hisham tidak berani untuk mendekatinya dan hanya mampu melihat dari jauh sahaja kerana Hana telah pun mempunyai teman lelaki yang juga merupakan cinta pertamanya iaitu Haikal, lelaki paling kacak dan bergaya di dalam kelas mereka.


Suatu hari Hisham dan Hana telah ditempatkan di dalam kumpulan yang sama untuk satu tugasan subjek. Disebabkan sering menghabiskan masa bersama bagi menyiapkan tugasan, mereka berdua semakin lama semakin mengenali hati budi masing2, namun Hisham masih meletakkan batasan sebagai seorang kawan kerana dia tahu Hana sudah pun mempunyai teman lelaki. Namun tindakan Haikal memutuskan hubungan dengan Hana kerana wanita lain menyebabkan Hisham menjadi tempat untuk Hana mengadu masalah dan meluahkan perasaan, lantas menyebabkan hubungan mereka menjadi semakin rapat sehinggalah suatu hari Hisham memberitahu Hana yang dia amat menyukai Hana sejak sekian lama. Hana yang pada awalnya serba salah kerana selama ini dia hanya menganggap Hisham tidak lebih dari seorang teman rapat akhirnya menerima Hisham sebagai teman lelakinya kerana tidak sampai hati untuk menolak dan mengecewakan rakan baiknya itu walapun di sudut hatinya masih menyimpan perasaan cinta pada Haikal.                           


Dengan kelebihan yang ada pada Hisham, dia banyak membantu Hana dalam pelajaran serta tugasan. Hubungan Hisham dan Hana terus berkekalan sehingga mereka berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda. Akan tetapi walaupun hubungan mereka sudah begitu lama, namun Hana masih tidak dapat mencintai Hisham sebagaimana dia mencintai Haikal dahulu. Haikal seorang yang sangat romantik, kacak, pandai bergaya, manis tutur katanya manakala Hisham walaupun seorang yang bijak pandai namun Hisham hanyalah seorang nerd yang tidak pandai bergaya, rupa pun tiada yang istimewa serta langsung tidak romantik. Boleh dikatakan sifat Haikal dan Hisham amat berlawanan sama sekali.

Setelah tamat belajar, berbekalkan keputusan yang cemerlang, Hisham telah mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai kerajaan, manakala Hana bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi. Setelah hampir 3 tahun bekerja, dengan janji ikrar untuk hidup semati dan mengecapi kebahagiaan bersama2, akhirnya mereka mendirikan rumahtangga dan setahun selepas itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel yang dinamakan Husna.


[ Kalau mahu penamat yang gembira, jangan teruskan membaca. Berhenti setakat ini sahaja dan ukirlah senyuman... ]


* * * * * * * * * * * * 

Namun ibarat kata pepatah, di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah usia Husna menjangkau 2 tahun, beliau disahkan menghidapi autisme. Disebabkan kekurangan yang dihadapi anaknya membuatkan Hana sentiasa rasa tertekan dan menyisihkan diri daripada masyarakat sekeliling kerana malu dengan keadaan anaknya yang tidak normal seperti anak orang lain. Malah setiap kali Hana melihat anak rakan2nya pasti membuatkan dirinya berasa rendah diri dan sedih. Walaupun Hisham cuba memujuk hati Hana yang lara, namun kekecewaannya membuatkan dia takut untuk hamil anak kedua, malah di sudut hati kecilnya dia sering menyalahkan Hisham kerana dilihat tidak begitu serius untuk menyembuhkan penyakit yang dihadapi Husna walaupun hakikatnya Hisham telah cuba membawa Husna untuk menjalani pelbagai rawatan moden mahupun tradisional, namun Hisham sedar yang autisme boleh dirawat tetapi ia tidak mampu untuk pulih.


Hisham sering menyatakan Husna adalah anugerah tuhan yang paling istimewa untuk mereka berdua, namun sukar bagi Hana untuk menerima hakikat tersebut. Disebabkan itu, Hana sering mensibukkan diri dengan kerja2 di pejabat agar dia dapat melupakan segala masalah di rumah. Tidak mahu membebani fikiran Hana yang berkecamuk, Hisham sanggup menggantikan isterinya membuat tugas2 di rumah serta balik awal dari pejabat untuk menjaga Husna kerana tidak mahu melihat isterinya sedih dan tertekan.

Pada usia 5 tahun perkahwinan mereka, kerajinan Hana di pejabat menyebabkan dia dinaikkan pangkat serta gaji yang kini lebih besar daripada pendapatan Hisham sebagai penjawat awam. Hisham turut gembira dan menyokong perjalanan karier Hana, namun setiap kejayaan pasti ada harganya. Setimpal dengan pangkat dan gajinya yang baru, Hana terpaksa bekerja lebih dari biasa, menyebabkan dia selalu pulang ke rumah lewat malam dan kerja lebih masa di hari cuti. Walaupun Hisham sentiasa rasa sunyi kerana sering ketiadaan isterinya di rumah, namun Hisham sanggup berkorban menguruskan hal2 rumah dan anak mereka kerana mahu menjaga hati Hana dan tidak mahu Hana bertambah sedih.


Namun semakin banyak masa yang diluang di pejabat berbanding di rumah sendiri menyebabkan Hana mula merasakan kekosongan dalam diri. Rasa kasih dan cintanya kepada Hisham sudah semakin pudar, begitu juga pada Husna. Untuk mengisi kekosongan itu, dia sering meluangkan masa rehat bersama rakan2 pejabatnya, malah setiap kali sebelum pulang ke rumah, Hana pasti menghabiskan masa untuk minum bersama rakan sebelum pulang ke rumah. Menyedari perubahan itu, seorang rakan pejabat lelakinya iaitu Fazli, cuba mendekati dan mengorek rahsia Hana dengan tutur kata yang manis dan lembut menyebabkan Hana meluahkan segala yang telah terbuku di hatinya selama ini.


Bermula dari hari itu ia menjadi titik tolak kepada hubungan akrab Hana dan Fazli, malah Fazli, seorang lelaki yang masih bujang, berwajah kacak, bergaya dan bersifat romantis menyebabkan Hana teringat semula pada cinta pertamanya, Haikal. Perwatakan Fazli saling tidak tumpah seperti Haikal menyebabkan Hana merasai semula kehangatan bercinta. Setiap kali bersama dengan Fazli mengisi semula segala kekosongan dalam jiwa Hana. Sikap Fazli yang sentiasa mengambil berat dan memahami jiwa Hana menyebabkan Hana senang apabila bersamanya, berbeza dengan sikap Hisham walaupun menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, namun tidak romantis dan tidak pandai menunjukkan perasaan diri seperti yang Hana harapkan. Hubungan akrab yang sebelum ini hanya di pejabat kemudiannya di bawa ke email, SMS, telefon yang akhirnya membuahkan bibit2 cinta antara mereka.

Pada mulanya Hisham langsung tidak menyesaki apa2 kerana mempercayai isterinya, namun suatu hari hubungan cinta terlarang mereka diketahui juga oleh Hisham apabila dia terbaca SMS antara Fazli dan isterinya. Ketika Hisham meminta penjelasan, Hana merasakan begitu bersalah dan malu dengan Hisham dan meminta agar suaminya menceraikannya walaupun Hisham berkeras tidak mahu berpisah dan mahukan Hana fikirkan tentang masa depan anak perempuan mereka, Husna yang baru berusia 5 tahun. Namun Hana yang tetap berkeras turut mengatakan yang dia sudah tiada rasa cinta lagi kepada suaminya dan kini cinta sejatinya hanya pada Fazli seorang. Hana juga memberitahu Hisham yang perkahwinan mereka selama ini adalah satu kesilapan besar sejak dari mula lagi kerana selama ini pun Hana tidak pernah cintakan Hisham sepenuh hati dan dia menerima Hisham dahulunya hanya atas dasar kasihan dan terhutang budi. Ketika itu tuhan sahaja tahu betapa luluhnya hati seorang suami yang selama ini amat mencintai dan menyayangi isterinya...



* * * * * * * * * * * *

Apakah kesudahan perhubungan Hisham dan Hana? Adakah mahligai perkahwinan mereka dapat lagi diselamatkan? Adakah Hana akhirnya dapat menemui cinta sejatinya bersama Fazli?

Anda mahu kisah ini disambung? Penamat yang macam mana yang anda mahukan? Sila berikan komen di bawah... Kalau ada banyak permintaan baru aku akan tulis novel ni lantas menjadi juara Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian kategori fiksyen untuk tahun depan...

Oh ya, mohon jangan tiru.



tags: novel cinta digital dan analog fantasi fiksyen realiti sedih sadis juara pemenang anugerah pilihan pembaca popular berita harian kategori 2012 2013 nerd geek otaku skema lurus beauty awek gadis cantik cun comel kahwin curang orang ketiga skandal suami isteri orang hubungan akrab terlarang intim haram cinta sejati romantik romantis hati kering tiada perasaan putera raja prince charming happy ever after did exist fairy tails are full of shit one more stupid fucking love song i'll be sick payphone maroon 5 lyric lirik video mtv klip clip

51 ulasan:

  1. Well, aku boleh kata... Kebanyakan perempuan aku kenal dalam hidup, perangai macam Hana nilah. Buat masalah, tak nak selesaikan. Lari dari masalah, lepas tu tuding jari orang lain sebagai punca masalah. Masalah betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku mengiyakan
      peranan lelaki terselit juga kat situ

      Padam
    2. Silap Hisyam tu pulak, dia tak romantik. Member aku ada je yang tak hensem, tapi mampu jadi playboy. Pengajaran dia, perempuan suka dimanja.

      Padam
    3. pengajarannya,aksi diranjang tu sangat penting.haha

      Padam
  2. Wow!budak nerd sering sahaja jadi mangsa,kan?sy xsuka sgt bc novel cinta melayu walaupun keja sy dulu menjual novel kat kedai buku.btw,cptla sambung.nak jgk tau apa ending dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Endingnya... Hisham tukar kerja dari keje Gomen keja swasta.. pastu tak lama kemudian dapat jadi CEO lak kat tempat keje Hana... Hana plak ada hubungan sulit dengan CEO nya plak pasal suami baru- Fazli dah kene pecat dan tak dapat keje lain...
      -coma-
      alamsoccer

      Padam
    2. kemudian hisham jadi makin kaya dan pakai bmw

      Padam
  3. Akibat terlalu sedih , Hisham menjadi kurus dan rambutnya menumbuh seperti cendawan , lalu menukar namanya kepada Rozmey dan memulakan inisatif untuk menjadi usahawan yang berjaya, pada mulanya dia melancarkan produk minuman diet bernama "jusmate 5" , kemudian Rozmey giat menjadi producer filem bertajuk 2 alam yang dibintangi oleh pelakon kegilaan ramai "Aaron aziz" ...disusuri dengan laman sosial bernama drbuku.com . kini nama Rozmey dikenali ramai sebagai 1 ikon anak malaysia yang terkenal !

    BalasPadam
  4. cibai ah jgn buat aku sedih pagi2 senin ni boleh x? tapi kisah ni mmg lengkap,1st part of the story mmg tipikal kisah2 cinta remaja/zaman u yg biasanya berakhir dgn happy ending...but the 2nd part is where the reality are...dan kisah realiti kebiasaannya tidak berakhir seperti mana yg kita jangkakan...aku still berharap cerita ini akan berakhir dgn happy ending tapi semuanya terletak pada tangan penulis juga

    BalasPadam
  5. kalau aku penulisnya aku dah tau ending citer ni mcm mane.....samaada klimaks citer ni berpihak pd Hana atau x.. nseb baik aku keje klu x nak je aku wat contoh akhiran citer ni huhu

    BalasPadam
  6. hooo...aku akan buat ending nie tak happy langsung...tragic, sadis...

    BalasPadam
  7. hana oksi moron..hisham melayu marhaen

    BalasPadam
  8. Hisyan dan Hana bercerai talak dua. Setelah selesai edah, Hana berkahwinddengan kononnya cinta sejatinya Fazli. Selepas 6 bulan mereka bercerai kerana sebenarnya Fazli adalah kaki pukul, minum arak dan biseksual. Fazli ditangkap polis ketika jiran sebelah mendengar Fazli mebelasah Hana (bukan belasah secara seksual).

    Hisyam berubah menjadi dari seorang nerd dan beriman kepada seorang hipster dan funky seperti Oppa Gangnam Sytle. Dia mula ke kelab malam dan menjadi rebutan gadis metro kerana hipster dan Oppa GangNam Style. Dan Hisyam telah menjadi jejaka hip,metroseksual dan bertubuh sasa. Cuma tidak menjadi gay -upper atau Gay Bottom.

    Anak mereka, Husna diletakkan di bawah jagaan Pak Mail dan Mak senah, bapa kepada Hisyam kerana kerana perangai nak dan menantu mereka yang tidak semenggah dan terlalu mengikut budaya pop. Husna menemui kebahagian sejati bersanma datuk dan neneknya di suasana yang kondusif dan sesuai dengan perkembangan mindanya.

    Hana menyesal dan ingin kembali ke pangkuan Hisyam tetapi Hisyam telah menjadi Oppa Gangnam Style tidak mahu lagi mengingati memori bersama hna.. berkata.. Blah lah kau ...내 인생에서 나가 (dalam bahsa Korea.)

    Oppa Gangnam Style!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..popsoul+princenoob=BUASIROTAK!..hahaha

      Padam
    2. http://my.entertainment.yahoo.com/news/gangnam-style-gets-banned-for-safety-reasons-090505353.html

      hahaahahhahaa...XD

      Padam
  9. Epilogue.

    Hisyam telah pergi ke Korea dan bertkar nama kepda PSY. dan telah berdating dengan Hyuna. Tidak diketahui Hisyam telah bertukar agama ataupun tidak.

    BalasPadam
  10. Noob..idea ni ko direct tulis spontan ke ko buat draft+proposal dulu?complete set of emosi ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. just spontan terlintas kat kepala otak aku yg buasir ni hahaha

      Padam
  11. SAMBUNG....SAMBUNG...SAMBUNG....!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAMSUNG...SAMSUNG...SAMSUNG..!!!!!

      Padam
    2. APPLE..APPLE..APPEL...!!!!!

      Padam
    3. DELL..DELL..DELL..wait wut??? XD

      Padam
    4. CSL..CSL..CSL..!!!!

      Padam
  12. Bhai Noob...

    Semalam (2 September 2012) aderlah hari ulangtahun perkahwinan gua ngan wife yang dah bertahan selama 12 tahun... Alhamdulillah... gua bukanlah mamat yang romantik... tapi gua ader satu kelebihan... mudah didekati oleh sesapa pon... malah gua senang nak berkawan walaupun dengan sesapa... awek tambahlah lagi senang.... maybe sebab ayat gua power kot... hahahaha

    Anyway... gua sokong lu punya novel nih... buat kasi siap.... jangan jadi macam gua... ader satu novel tue... sampai ke hari nih masih lagi ader 130 pages yang dah siap... lagi 350 masih terbengkalai... hahaha... masa dan semangat sudah takder nak siapkan...

    Lagipon novel gua dalam Bahasa Inggeris... novel separa fiksyen...

    BTW... gua suka ending citer tergantung... supaya pembaca membuat kesimpulan sendiri... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..tahniah jugak,jarang jumpe org hebat cmni.

      Padam
    2. wah tahniah..mmg superb..harap x dak sapa2 yg nak butthurt tetiba ngan en.C++ ni ye...kah3

      Padam
    3. dahsyat giler wa cakap lu

      Padam
    4. ada sapa2 nk buat entry utk lebih meng'hailait' kehebatan n pencapaian saudara komenter kita ni? beliau mmg layak dicontohi ramai..sungguh hebat wa ckp lu...*wink wink*

      Padam
    5. Wahhhhh...sungguh poser..Anda adalah douchebag ketiga dikenali di laman blog ini....

      Padam
    6. BTW, plain83....so plain........

      Padam
    7. hahaha..n kura-kura..so slow...must you state the obvious? LoL!XD

      Padam
    8. Oh...nice one kura-kura....plain83..ko nak cuba provoke aku ke?

      Padam
    9. hoo...nnt aku buat entri untuk ko..tapi ko kena lukis manga yang tak klise..boleh?

      Padam
    10. shishishi..manga n artworks i bnyk kat DA la pop..i x boh kat blog, cam x brapa nk seswai (mls nk edit utk kecikkan file hatta rendahkan resolusi hasil or tukar jenis file kasi cpt loading, n lain2 sbb yg klise)..x per x per..nnt kalo i ade lukis manga pendek yg latest, i inform u yer ^^

      Padam
    11. PoP-Soul = GAY

      Padam
  13. ayat lu mmg pwer,gua baca komen lu pun dah tau kepoweran lu itu..terserlah bagai bintang kejora dilangit malam.

    BalasPadam
  14. Ikut sinopsis memang terbaik. Must buy. Novel M.A.I.D memang bagus, dah baca pun.

    BalasPadam
  15. lepas tu hana excident dilanggar lori balak. Mayat hana hancur digilis sehingga kelihatan seperti daging kisar.Hisyam yang terkejut dengan berita tersebut,segera mencari fazli kerana merasakan ini semua salah fazli.Setelah menemui fazli,dengan serta merta dia menetak fazli dengan parang sehingga terburai isi perut fazli.fazli yang masih nyawa-nyawa ikan,cuba merayu hisyam agar berhent.Tapi hisyam terus menetaknya sehingga hampir terputus anggota badan fazli.

    Dengan keadaan dibasahi darah fazli,hisyam melarikan diri ke Sarawak.Ketika menenangkan diri ditepi sungai,tanpa disedari seekor buaya besar sedang merapatinya.Sepantas kilat,buaya itu menyambar hisyam dan menariknya kedalam sungai.Hisyam meronta-ronta namun tidak mampu melawan keganasan sang bedal tersebut.Air sungai disekeliling mula bertukar menjadi warna merah kerana bercampur darah hisyam.Beberapa saat kemudian,dia tenggelam dan tidak lagi kelihatan.Polis menjumpai mayat hisyam,namun hanya tinggal separuh anggota badan.

    Anak hisyam dan hana pula meluahkan rasa tidak puas hati kepada tuhan kerana malang yang menimpa ibubapanya.dia berteriak "Dem you god,what you've done!wait till I find you!".Secara tiba-tiba petir tepat menyambar dia,badannya hangus dijilat api.

    Kini hanya tinggal haikal.dia kini merupakan JKKK dan imam masjid di kampungnya. setelah menderita berita mengenai kematian mereka semua,dia segera berkata "pergh!!macam citer final destination tuuuu"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan Haikal diculik Jigsaw pula kerana haikal telah bersubahat dengan Buaya di sungai sarawak untuk membaham hisyam.

      sebagai hukuman,Jigsaw membuat perangkat paling sadis iaitu "geletek kaki kalau gelak KONEK ditarik mata kail".

      Haikal berjaya melalui ujian itu dengan mengorbankan usus besar beliau,akibatnya haikal mendapat buasir darjah ke-7 iaitu tak boleh berak melalui jubor dah sampai bila2.oleh itu hisyam adalah survivor SAW yg ke 100 yg berjaya lepas dari perangkap..setelah itu..haikal pun join pula group John Kramer menculik pula "ALICE SAKAI"...Apakah kesudahannya?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. * derrr tersalah type nama karektor la plak..tukar-tukar..

      Tiba2 'Fazli' merasakan seperti ada orang memainkan lagu kesukaannya 'Sampai Syurga-Faizal Tahir' yg teramat klise itu dgn kuat sekali, membuatkan dia...TERJAGA dari buaian mimpi waras yang 'rated PL' itu, dan terus berkata "Damn..bermimpi aku rupanya, terlelap kat opis pulak", lalu membelek jam tangan Rolex tiruannya yg menunjukkan jam 11.30pm. Lagu klise itu datang dari smart-phonenya, yang berbunyi disebabkan oleh salah setting alarm utk hari cuti hujung mggu esok hari, yang sepatutnya berbunyi pada 11.30am. Fazli mula bercakap-cakap sorang diri "Oh tidakkk..aku takut nak balik sorang lewat2 tgh mlm cmni! Sampai hati Hana x kejutkan aku ptg td! Siyall!" lalu berkira-kira utk cuba memberanikan dirinya ke lot parkir kenderaan bangunan tempat kerjanya itu, di mana keretanya berada. Sedang dia berlari-lari anak menuju ke kereta kancilnya, Fazli tiba2 jatuh tersembam ke lantai simen parkir, dan merasakan satu kesakitan yg semakin lama semakin jelas dirasanya. Dalam beberapa saat itu Fazli mengerdip matanya beberapa kali, cuba utk memproses menghadam keadaan semasa dgn sebaik mungkin, sambil cuba menganggar jarak fokus penglihatannya yg agak 'lari' scr tiba2. Akan tetapi, penglihatannya semakin kabur dgn agk pantas. Sebelum dia hilang kesedaran scr total, dia sempat melihat kelibat badan seorang lelaki terbaring menggeletar di atas lantai, tanpa kepala dan berlumuran darah membasahi simen parkir, yang scr tiba2 didatangi 2 orang lelaki lain yg tidak dikenalinya. Lelaki2 itu kemudiannya sibuk menggeledah poket seluar badan tidak berkepala itu, dan turut mengambil jam Rolex tiruan di tangan badan itu. Fazli kemudiannya hilang kesedaran scr total, selama-lamanya...

      Padam
  16. Balasan
    1. Hana menjadi tidak waras setelah mengetahui Fazli, kekasih gelapnya itu, meninggal dunia dicantas kepala dgn sadisnya oleh 2 orang perompak di lot parkir kenderaan semasa pengawal bangunan itu sakit perut di dlm tandas. Hana seterusnya dipecat setelah disahkan tidak siuman oleh pakar sakit mental, dan disarankan supaya dimasukkan ke dlm rumah sakit jiwa. Hisyam yang kini terpaksa membesarkan anak istimewanya secara solo, merasakan bahawa ini merupakan ketentuan ilahi dan redho menerimanya dgn hati terbuka. Hisyam kemudiannya dijodohkan dgn seorang janda beranak 1, yg merupakan seorang guru musik yg mana majornya adalah bermain piano, di kedai musik yg tidak jauh lokasinya dari tempat kerjanya. Dari pertemuan dan ketentuan tersebut, bakat terpendam Husna sbg seorang pemain piano istimewa telah berjaya dicungkil oleh ibu barunya itu, maka setiap hari rumah mereka pasti tidak sunyi dan ceria dgn bunyi piano 'yamaha' kepunyaan ibu tirinya yg baik hati serta penyabar orangnya itu. Husna seterusnya membesar dlm suasana ceria dan bahagia bersama ahli2 keluarga yg baru diperolehinya itu...

      Padam
  17. bosan. tak habis2 cerita cinta, kawin, curang, cerai...

    then again, aku bukan peminat novel cinta pun.

    mungkin para peminat genre ini menyukainya kerana keunikannya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.