Jumaat, 7 September 2012

37 Sangat lembut model ini digari

Amoi ini bernama Ong Sing Yee, 19 tahun yang juga seorang model, telah meminta maaf kerana terpijak gambar Najib Razak sewaktu perhimpunan Janji Demokrasi di malam kemerdekaan. Gadis itu juga telah digari secara sangat lembut, kata polis sewaktu gadis ini datang menyerah diri. Gadis yang wajahnya seakan2 watak anime seperti gambar di bawah ditemani dengan 4 orang lelaki yang 3 daripadanya berkaca mata. Yang menjadi persoalan yang sering bermain2 dan mengganggu pemikiran adalah...


Kenapakah 3 orang tu pakai cermin mata? Seperti yang sedia maklum cermin mata kebiasannya dipakai kerana mata kita telah mengalami masalah rabun. Apakah sebenarnya rabun mata ini? Rabun antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku pada semua peringkat umur. Terdapat 2 jenis rabun iaitu rabun jauh dan rabun dekat.



Rabun jauh atau miopia ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas. Rabun jauh boleh diatasi dengan memakai cermin mata berkanta cekung atau kanta sentuh yang kebiasaannya ada macam2 warna yang membolehkan anda transform menjadi mat saleh tiruan atau makhluk asing.
Rabun dekat atau hiperopia iaitu keadaan di mana objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas. Rabun dekat diatasi dengan memakai cermin mata berlensa cembung atau juga contact lens sama seperti rabun jauh.

Sesiapa yang ada masalah rabun tapi tak suka kelihatan nerd dengan memakai cermin mata dan juga rasa leceh nak pakai contact lens (dan juga banyak duit) boleh cuba merawat rabun dengan membuat LASIK iaitu pembedahan pembetulan penglihatan untuk ralat pembiasan (rabun jauh dan dekat dan astigmatisme) dengan menggunakan laser. Tapi seperti pembedahan2 yang lain, ia tetap mempunyai risiko. Berikut adalah video cara LASIK dilakukan.


Seperti biasa petua untuk mengurangkan masalah mata rabun adalah dengan banyak makan lobak merah atau carrot. Sebab itu kalau kita perhatikan, Bugs Bunny tak pakai cermin mata. Malah kalau anda menjadikan lobak merah sebagai makanan ruji anda, mungkin anda boleh dapat sepasang mata yang secantik mata anime Jepun.


.
.
.
.
.

Oh ya nak baca pasal berita amoi kat atas tu baca sendiri kat sini:

tags: gadis cina amoi ong sing yee model cun cute kena tangkap tahan serah diri balai polis johor bahru dang wangi gari cara lembut kata ketua polis kuala lumpur datuk mohmad salleh prosedur tangkapan sop demonstrasi himpunan janji bersih demokrasi malam merdeka kes pijak gambar najib razak pm teman pemimpin dap ahli parlimen bakri er teck hwa timbalan pengerusi negeri norman fernandez masalah rabun mata dekat jauh augtisma punca rawatan cermin mata kanta lensa cekung cembung warna lasik kesan harga lobak anime girl eyes

37 ulasan:

  1. comel amoi tho :) hope dia dapat pengajaran ~

    BalasPadam
  2. Jadah? Aku ingat entry pasal amoi tu la tadi. Tajuk pun dah kasi saspen. Btw aku rabun mata kanan tapi aku tak pakai spek. Elok je, takde pun makin teruk.

    Oh ya, jemput ke blog. Blogwhoring jap. Heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku mmg rabun jauh sejak dr bangku skolah..n aku mmg bangga memakai spek..spek membuatkan aku nmpak lebih menakutkan hahahaha >=P

      amboy2..lepas2 aku kasi up ko nyer blog, ko berubah mnjadi blogwhore ya..x pa x pa karang aku gi komen blog ko plak hihihihi ^^

      Padam
  3. Kesimpulannya,si amoi terpijak gambar PM sbb dia rabun,kan?dia xnampak sebab dia xpakai spek.hok aloh

    BalasPadam
  4. haha..giler la noob ni,tergelak aku baca.lari tajuk gilerrrr!!pandai kau tarik perhatian ek.ingtkan citer pasal awek ni,pasal rabun rupenya.hahaha

    BalasPadam
  5. terpijak? hahaha adoi entri wat saspen.. baru je nak mengomen tgk2 pasal mata trus blank dah. hahaha

    BalasPadam
  6. comelnya.. terpijak betul ke lawak ni? mcm betul

    BalasPadam
  7. Kalau banyak kali boleh kira terpijak eh ? Mentang la comel terus terpijak. haha

    BalasPadam
  8. salam,

    ni cerita rabun ke cerita pijak gambar najib ni?

    KLIK model sambilan mohon maaf pijak potret Najib

    BalasPadam
  9. Ooo... begitu citenye. terpijak... jadi yang londeh seluar tu kire terlondeh laa. pengurusan kolej tak bleh buang laa. kire tak sengaja tu terlondeh. jangan nanti pengurusan kolej cakap kami tebuang suda. hahahaha

    BalasPadam
  10. dia tak minta maaf MASYARAKAT malaysia dan TIDAK pada NAJIB sebab katanya ( seperti yang dilaporkan dalam Utusan ) NAJIB juga SEBAHAGIAN DARI MASYARAKAT MALAYSIA .. wahhhhhhhh ... pandai pula dia bagi alasan .. ABIS kenapa kau tak pijak gambar SEMUA masyarakat MALAYSIA termasuk mak bapa kau sendiri !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah baca utusan tu!! patut la genius! wakaka

      Padam
    2. hahaha.
      baca utusan.
      kah kah kah.
      baca utusan.
      hahaha.
      baca utusan.
      kah kah kah.
      baca utusan.

      Padam
  11. ERROR : dia MINTA maaf pada masyarakt m'sia dan tidak pada NAJIB .. zue

    BalasPadam
  12. Gari gadis 'sangat lembut', kata polis

    sesuailah dengan cara dia memijak najib dengan gaya lembut tu kan..
    isu bodoh ni dijamin akan meleret-leret ke isu bodoh lain..
    cth : eh, kenapa soal siasat dia?, kata penyokongnya..polis soal siasat dengan cara lembut, kata polis..




    eh, dia "terpijaklah", bukan sengaja..

    lulz

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh buat komik pendek ni psl ni nazha...tp kne kaver2 skit jgn kasi bau politik tengik sgt kekekeke ;D

      Padam
  13. hahahah pancing mngena..hahah pasal rabun rupnya..haha anyway.great info... zaxx rabun..:)

    BalasPadam
  14. sbb dia terpijak, tu yg kene gari lembut2... ehehehe

    BalasPadam
  15. damn troll cam noharoom.boleh buat aku buasir mcm ni.ingat nk cerita pasal sejarah idop amoi tu ka,ada gambar sexy model tu ka,rupanya pasal kenapa 3 mamat pakai spek tu rabun,cam cibai kahkahkah

    BalasPadam
  16. ana mohon tidak melakukan diversion tahap extreme seperti ini lagi di masa hadapan..
    ana mahu amoi sangat lembut dikupaskan ceritanya, let picture do the talking pon boleh. kalau boleh, ana mahu tahu makanan kegemarannya juga..

    BalasPadam
  17. aku ada teori konspirasi baru, teori imunisasi :-p..teori dia, dimanakah 3 lg brotherhood buasir otak? Kenapa jarang malas hmpir pupus komen2 dr psychic zero, blackbeard heart & tembikar labu??? Adakah mereka yg menyamar sbgai anon? Atau pun zack & plain83 adalah mereka? Supaya memeriahkan blog nie( kang pakai id sendiri ckp syok sendiri)? So itulah teori terpijak imunisasi aku..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pon tertanya-tanya benda yg sama LoL!!XD

      Padam
    2. yang lain hisap gam... kecuali zero... dia founder

      Padam
  18. kalao aku rabun silau.. camner eh? achaner tu.. achaner?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau rabun silau, boleh pergi kedai cermin mata mintak nasihat daripada optometrist kat situ

      Padam
    2. get some polarized shades, or photochromic transition lenses ^^

      Padam
  19. aku rabun tengah~ jauh nampak, dekat nampak, tengah2 tak nampak~ ~_~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu satu cabang rabun yg amat bahaya yg digelar hippomesotomopia. Mohon berjumpa neurologist, ontolokogist dan psychologist

      Padam
  20. Kenapa bukan amoi ni yang londehkan seluar syaitan

    BalasPadam
  21. Puteri rasa amoi ni terpijak gambar Najib sebab malam tu dia tercicir contact lens dia la. Mungkin dia ingat kaki dia tengah tenyeh puntung rokok tapi rupanyer tengah tenyeh muka Najib dan Romah pulaks...

    BalasPadam
  22. bapak dia tak nak jumpe najib ke?hehehe. "saya yakin anak saya terpengaruh oleh rakan-rakan atau pihak luar"..pakcik,anak pakcik tak terpengaruh,bahkan dia la yang mempengaruhi orang lain,sila sepak anak pkcik sekarang

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.