Khamis, 13 September 2012

41 Tunjuk punggung bukan budaya kita

Perdana menteri, DS Najib Razak mengecam tindakan seorang pemuda yang menunjukkan punggung kepada posternya dalam perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu sebagai tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia seperti di sini. Beliau berkata, tindakan itu dan demonstrasi jalanan tidak melambangkan nilai Malaysia dan tidak patut digalakkan.



Saya setuju dengan tuan Najib yang tunjuk bontot, demo jalanan bukan budaya kita. Hidup Najib! Debat juga bukan budaya kita. Hidup PM! Tarian Tor-tor budaya kita! Hidup Rais Yatim!

Sumber Malaysiakini.

Tapi aku agak kecewa kerana Najib hanya mengecam tindakan yang kena pada batang hidungnya sahaja, manakala mendiamkan sahaja tindakan2 orang lain yang dilakukan pada pemimpin pembangkang yang juga tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia.

Kalau aku jadi Najib, aku akan berkata:
  • Tunjuk punggung bukan budaya kita.
  • Demonstrasi jalanan bukan budaya kita.
  • Pijak gambar orang bukan budaya kita.
  • Menggambarkan orang masih hidup seperti sudah mati bukan budaya kita.
  • Berkhemah tanpa permit bukan budaya kita.
  • Kencing gambar orang bukan budaya kita.
  • Bakar gambar orang bukan budaya kita.
  • Simbah cat merah dan pecah cermin kenderaan orang bukan budaya kita.
  • Menggambarkan orang dengan babi bukan budaya kita.
  • Membuat makanan seperti najis bukan budaya kita.
  • Baling selipar dan buat kacau kat masjid/surau bukan budaya kita.
  • Berpolitik dalam masjid/surau dan memberi tazkirah bukan budaya kita.
  • Dan macam2 lagilah benda2 yang bukan budaya kita yang selalu dibuat samada oleh penyokong Barizan Nasional atau Pekatan Rakyat.
Sebenarnya banyak lagi lah benda yang bukan budaya kita tapi benda yang bukan budaya kita yang tulah yang kita suka buat. Tapi yang ni gua memang paling tak boleh blah...
  • Perempuan berambut botak dan berpakaian tak senonoh di khalayak bukan budaya kita.
  • Perempuan tidur di khalayak ramai bukan budaya kita.
  • Perempuan hisap rokok bukan budaya kita. 
  • Membela anjing dengan tujuan nak bermain2 dan bermanja2 bukan budaya kita.
“Hidup saya kini hanya berbekalkan sebuah beg galas yang diisi empat helai baju, sebuah komputer riba dan beberapa keperluan sahaja. Dan saya akan ‘menjelajah’ dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Malaysia.
Going homeless lah sangat! Orang gelandangan tak de notebook deerr... Ada siapa2 mampu tarbiah wanita ini? Ahli keluarga dia? Rakan2? Pemimpin? Ustaz? Mufti? Anybody?

    Berita sini.




    tags: tunjuk punggung bontot jubur dubur asshole berak bukan budaya kita najib razak pm rosmah mansur gambar perhimpunan janji demokrasi mislina mustaffa going homeless by choice project hidup orang gelandangan tiada rumah fakir miskin merempat main dengan anjing pakai singlet rambut botak malaysiakini

    41 ulasan:

    1. mislina mustafa ni sapa? hensem gila

      BalasPadam
      Balasan
      1. hahaha, camne bule hensem nih...?

        tapi sure omputih suka kat dia, kalau byk omputih bule kahwin pompuan muka pecah rumah. aku yakin omputih french nak kawin dengan dia. exotic la katakan...

        Padam
      2. gangnam dan gangbang bukan budaya kita..

        nasi ambang adalah budaya jawa...

        eh..

        Padam
      3. budaya jawa adalah budaya indon dan haram untuk diamalkan rakyat malaysia,fatwa telah dikeluarkan oleh komunitas jawa tengah,jawa barat,jawa timur,jawa utara,jawa selatan dan jawa kiri dan kanan.

        Padam
    2. Abby Abadi mampu mengubahnya...

      BalasPadam
    3. mislina:org gila paling feymes kat malaysia.sama seperti org gila lain,hidup tak tentu arah.bezanya cuma ada lappy dan puppy.

      BalasPadam
    4. Ada lagi 1 noob, berhari raya sambil menari tarian gangnam style ramai2...pon bukan budaya kitaaa LoLz XD

      BalasPadam
      Balasan
      1. apa kelas gangnam, gangbang la best!

        Padam
    5. Talam dua muka..hina menghina,
      Boleh buat salah asal jgn libatkan dia,
      gambar siapa jadi mangsa?
      org itu,org ini,org sana,org sini..tak apa,
      teruskan saja..asalkan jgn guna gmbar saya.

      Ku pusing kiri..gmbar dikalung bunga,
      pusing kanan..punggung pun ditayang juga,
      pihak berkuasa..dengar arahan saya,
      mereka semua berani menghina saya,
      tunjukkan mereka padahnya.

      -Chorus-
      Malaysiaku gagah PERKASA,
      gagah bendera,politik atau bangsa?,
      ampu sana..ampu sini..hulur sana-sini,
      hati kotor warna hitam mati.

      cat merah disimbah..jgn dilayan,
      dalam surau dibaling selipar..ku kata jgn dilayan,
      gambar ulama dikencing dimuka..ku bilang jgn dilayan,
      teruskan buat-buat alpa,
      harap lama-lama org akan lupa,
      inilah keadilan namanya.

      -chorus-

      Malaysiaku cantik dikaca TV..berwarna-warni,
      merdu dimainkan diradio..dengar berkali-kali,
      sebenarnya tersembunyi 1001 realiti,
      namun dikaburi dengan secebis fantasi,
      berdoalah agar kita semua diberkati.

      BalasPadam
      Balasan
      1. best lirik lagu bro... tapi sayang tanpa nama... tidak diketahuan siapakah tuan empunya lirik

        Padam
    6. Minat K-pop,dengar lagu omputih,membaca mangga,berpakaian Ala2 Arab(golongan serbanitas,Tabligh),dangdut indon,1 Malaysia(Apco Yahudi),dan segala budaya import yg bukan Made in Malaysia..

      Itu semua juga adalah bukan budaya kita.

      Mohon tidak double standard ok.

      BalasPadam
    7. sape pompuan tu. muka mcm pernah tgk, artis ke? huhu biasela pak najib dan kak mah , kena batang hidung baru bising2.. kalau tak kena die tido dalam kelambu diam2..hee

      BalasPadam
      Balasan
      1. tu mislina mustaffa, artis suam2 kuku yang pernah memegang watak zaiton sameon dalam filemnya

        Padam
    8. Noob adalah wira aku sekarang, silakan libas sesiapa saja yang salah tanpa memandang benderanya. Realitinya yang salah tetap salah. Tak kirala hang punya bendera apa.

      BalasPadam
      Balasan
      1. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012091302301320120913023013/Article/index_html

        Padam
    9. Bhai Noob...

      Tentang gambor last skali tue... Gua rasa aaa.. Geng Rusila boleh bagi tarbiah khas buat dier... Geng Rusila nih memang terra bab agama bhai.. lu jangan main-main... Al Quran, Hadith dan banyak kitab-kitab diorang dah hafal... hahahaha

      Gua tak layak nak tarbiah dier... sebab diri gua pon tak abis ditarbiah.... hahahahaha...

      Ader satu lagi bukan budaya kiter.... berblog nih sumer bukan budaya kita... hahaha ... berblog nih agenda Freemason.. Illuminati... Satanic Cult.... hahahaha

      BalasPadam
      Balasan
      1. HAhahhaa....ini lawak....PON bukan budaya kita...

        Padam
      2. abg ayat power sudah datangggg..

        Padam
      3. haha berblog ini budaya syaitan

        Padam
      4. Ya betul.... berblog nih budaya Yahudi... hahaha... budaya SyaiTUN ... hahahaha.. lu tengok betul-betul.... Blogspot dan Wordpress nih bukan orang Islam buat.... hahaha... Ini semua Yahudi yang buat... untuk melekakan kita...

        Agenda Three Pillar of Satanic Cult.... hahahahaha

        Padam
    10. Anak tak dapat 5A UPSR, salah UMNO; atap rumah bocor, salah UMNO; kereta tak betul alignment, salah UMNO; perut sakit, salah UMNO; dan sambung terus sajalah senarai ini... Tetapi, fening kefala - itu salah PAS!

      BalasPadam
      Balasan
      1. Anjing mati depan rumah salah UMNO, kena gigit nyamuk, salah UMNO, anak keluar malam tanpa izin salah UMNO..

        Padam
      2. bini masak tak sedap salah UMNO,duit dalam poket tercicir salah UMNO,minyak hitam mtor dah lama tak tukar salah UMNO,cuaca panas terik masa tengahari salah UMNO,tiba-tiba hujan lebat diwaktu malam salah UMNO,nak tido tapi nyamuk banyak salah UMNO.

        Padam
      3. parking kat shopping mall penoh salah UMNO...balik umah tgk lori sampah x angkat sampah salah UMNO...masok umah tgk nasi x mask lg salah UMNO...lepas mkn pinggan malas nk cuci salah UMNO...masok tido pastuh jam loceng da bebunyik kol 5 pagi salah UMNO...pegi keje kena punch tepat kol 8pg salah UMNO...rehat sejam je salah UMNO...semua salah UMNO...kalau tukau kerajaan kan semua tayah buat dok umah goyang kaki..Malaysia kan byk hasil...tau2 dlm akaun da msok duit hasil dr bumi Malaysia...indahnye....mari kita lakukan perubahan...saye pilih mengundi Malaysia...keh3...

        Padam
    11. Gangbang bukan budaya kita

      BalasPadam
      Balasan
      1. Memang Gangbang bukan budaya kita... Tapi Gambang (Gambang Waterpark) memang kat Malaysia... hahahaha ... Cuma Gampang jer milik Indonesia... hahaha

        Padam
      2. gangbang merupakan aktiviti ko-kurikulum mat rempit dikala hujung minggu.selepas merempit,bohsia akan dicari untuk dijadikan lauk.aktiviti kelab biasanya boleh dilakukan di tandas awam,rumah tumpangan,rumah sewa,dan banyk lagi tempat.Ini salah satu kelebihan mat rempit dimana amalan perkongsian telah diterapkan semenjak dari awal lagi.tahniah.

        Padam
    12. gelandangan nih pon bukan budaya kite....

      BalasPadam
    13. hurmm..aku x dpt menahan hati dr bertnye PON...nape bontot monyet tuh jdik mcm tuh..mengganggu emosi btol...perasaan ingin tahu meluap2 nih...huhuhu...

      BalasPadam
      Balasan
      1. banyak sangat kena liwat kot hahaha... entah tak tahu la aku... dah ditakdirkan macam tu

        Padam
      2. seksi gak kan montot monyet tuh..da mcm J.Lo plak..hahaha..

        Padam
    14. indah khabar dari rupa,
      katanya malaysia ini harmoni sentiasa,
      tiada perang bersenjata,
      tiada korban atau tergadai nyawa.

      Tapi hakikatnya tidak semudah itu,
      kata-mengata dan hina-menghina itulah makananmu,
      Kerana dia berbeza fahaman politik denganmu,
      kau betul dia menipu,dia betul kau menipu,
      pusing-pusing putar-putar tetap bermain disitu.

      kita tidak menggunakan peluru,
      sekali lepas bersepai kepala,
      gunakan saja suaramu,
      lemparkan berita palsu belaka,
      rakyat dengar dan patuh seperti lembu.

      ada melayu,cina dan india,
      ada banyak lagi suku kaum berbeza,
      dalam media kerapkali diungkapkan 1Malaysia,
      Namun semua tahu,benda itu terhakis dari semasa ke semasa,
      kini tinggal sisa dan hanya tunggu masa.

      Pihak berkuasa,jalankan amanahmu,
      Ulama kita kena dengar nasihat selalu,
      bukannya artis yang dijadikan pujaanmu,
      Insyaallah..tuhan dengar doamu,
      pejamkan mata,bersyukurlah tuhan masih sayang padamu.

      BalasPadam
    15. "Membela anjing dengan tujuan nak bermain2 dan bermanja2 bukan budaya kita"

      nasib baik hang tak menghukum terus pada golongan yang membela anjing untuk keselamatan ,memburu atau menjaga binatang ternakan.

      BalasPadam
    16. wow merahnye makngah! haha..
      eh makcik mislina tu dah xde life ke pe..kesian tgk.
      alahai..

      BalasPadam
    17. Noob, baru nk buat entry macam ni.. bagus. like sgt dengan entry ni.

      BalasPadam
    18. Ok la admin ko ni taksub Ngam politik ko ni..k la hidup PR..dah ku sokong..k la dah la cerita pasal politik bodohnya ni ye..bosan la..tok tv politik..ngadap blog ko ni pun politik..apa la sucks

      BalasPadam
    19. Baju je ? laptop je ? kain smayang ? sejadah ? kesian dier . takde duit .

      BalasPadam

    Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...