Jumaat, 14 September 2012

56 Penyanyi hebat bajunya ada WiFi

Lupakan Faizal Tahir, Najwa Latif, Yuna, Siti Nurhaliza, One Direction, Justin Bieber, SNSD, Psy dan lain2 penyanyi. Man Khan adalah idola baru saya!!! Oh lupakan juga Gangnam style... Ini baru KELATE STYLE!!!

Baju WiFi... dahsyat! Korang ADA???

Man Khan tiada kena mengena dengan Salman Khan. Walau muka macam bangla Pakistan, Man Khan ni memang orang Kelantan, ni Facebook dia.


Beliau boleh berdikir barat, menyanyi dangdut, pop, balada, hindustan, pakistan, nasyid, techno, hip hop, rapping pun boleh, dalam loghat Kelantan lagi... kalah Altimet. Bukan itu sahaja, beliau juga boleh tulis lirik yang catchy2, tak main la lirik2 tipikal pasal cinta, kena tinggal awek ke jangan kacau awek aku kat Facebook ke, tapi ni lirik lagu pasal budak malas pergi sekolah, sistem kapitalis, bangla jual karpet dan macam2 lagi lirik pelik2, kalah Eddie Hamid.

Lagu Jange Deki bersama Adik Wani. Cuba cakap apa lagi yang lebih best dari rap ala2 Vanilla Ice, alien berbaju WIFI dengan topi ala Bruno Mars dan solekan ala Katy Perry dalam video klip E.T sambil menari robot dalam UFO menyanyi "Jange deki, Tuhe benci, nanti kena bakar pulok dengan api nerako"?

Jangan kata aku, Akon pun menangis kau tau dengar lagu ni. Lagu Dok Mano yang diadaptasi dari lagu Right Now (Na Na Na) memang sangat catchy ditambah lagi dengan sedikit teknologi auto-tune pada suara Rosalinda dan juga efek menyanyi di awan biru. Plus point adalah pada minit 2:52 dengan lirik "Ya habibi ya maulana".

Bagi aku ni adalah lagu yang paling best yang diadaptasi dari lagu Maher Zain Barakallah. Penuh dengan nasihat berguna serta video klip budak2 sekolah panjat pagar ponteng kelas. Baca tajuk Budok Malah Skoloh dah tau betapa epiknya lagu ni. Kali ni Man Khan tak menyanyi dengan awek tapi dengan Jali B.T yang mungkin rakan panjat pagarnya. Liriknya tak payah cakap la, sape yang boleh terpikir lirik seperti "Masya Allah, budok2 malah skoloh, Sadaqallah....". Kalau budak2 yang malas nak pergi sekolah dengar lagu ni konfirm insaf duduk kat sekolah sampai tak nak nak balik rumah.

Yang ni takyah cerita la, kumpulan M2M versi Kelate, R2W (Rosalinda & Wani). Lagu Rasa Rindu diadaptasi dari lagu The Day You Went Away, gila menggamit memori lama.

Di kala kelembapan industri muzik tanahair yang suam2 kuku di mana artis terkenal nak buat album pun susah, jual album pun tak laku nak jual 1000 unit pun susah, nak buat 1 video klip pun takde modal yang rata2 memakan belanja puluhan hingga ratusan ribu, tapi dekat Kelantan artis2 tempatan mereka selamba je keluarkan full album, album masih boleh laku sehingga 10K - 15K unit dan yang paling hebat, kalau 1 album ada 12 lagu, 12 12 lagu tu ada video klip. Video klip pulak bukannya jenis bodo2 punya, siap dengan efek penjanaan komputer CGI lagi. Tak perlu studio besar2 macam KRU pun boleh ada green screen lagi. Aku rasa bukan murah kos nak hasilkan 1 video klip macam tu, tapi mereka boleh.





Berita penuh sini.

Selain Man Khan dan beberapa artis lelaki, terdapat juga ramai artis2 perempuan yang mencipta nama di sana seperti Adik Wani, Rosalinda, Ain Manja dan banyak lagi yang mana video klip dulu2nya sangat seksi gila babi dengan tarian gerudi seperti yang pernah dipaparkan di Buasir Otak dengan lagu Dikir Serabut Weh dan Tubik Masuk. Cuma video2 baru mereka sekarang ni dah sopan sikit, sikit je la, seperti yang telah dikatakan oleh adik Wani di sini:


Gila... 20 album? Siti Nurhaliza pun studio album dia baru 15 okay... SRC, NSR, BMG Music, EMI, Life Records dan semua syarikat rakaman dan produksi kena belajar dengan Etnik Production. Sekarang lagu2 yang digelar Dikir Moden ini dah semakin maju dan advanced tidak tertumpu hanya pada lagu2 berentak dikir dan dangdut sahaja malah mengubahsuai lagu2 hits dari Amarika. Tengok channel pejajerek untuk banyak lagi lagu2 baru dari album Tokseh Karpet 2 (Jange Deki) seperti lagu Anak Kampong versi Man Khan, Los Del Rio - Macarena, Jennifer Lopez - On The Floor dan lain2. Meriah betul industri muzik kat Kelantan ni berbanding negeri lain dan peringkat Malaysia sendiri. Serius aku rasa set2 ni haruslah diberi lebih pendedahan di arus muzik perdana tanahair.

Dengan ini aku mengumumkun bahawa mulai saat ini aku adalah K-Poppers... bukan Korea Pop tapi KELANTAN POP YEAH!!! Jaga2, MAN KHAN IN DA HOUSE!!!


Kredit to Blogserius sebab mengingatkan aku pasal K-Pop ni... damn!




tags: kelantan kelate dikir moden k-pop k-poppers kel-pop jange deki cah keting lagu hits popular meletup man khan dangdut tarian awek gewe gadis perempuan kelantan siam artis penyanyi singer adik wani azmahirwani nordin ain manja elyana erma rosalinda tubik masuk serabut weh kito ore tino album vcd karaoke video zaidi buluh perindu halim yazid kajol fendi kenali megat nordin mail anak kala cikgu sulizi jemie intan berlian aris kapilla mat glamour jen endoro single album video klip clip mtv karaoke lirik lyric versi bersepah pantai timur terengganu serambi mekah negeri cik siti wan kembang youtube copyright parodi parody cover lawak

56 ulasan:

  1. Bhai Noob...

    Yang ini gua stuju... tambah plak gua memang kenal benar ngan Rosalinda nih... hahaha... masa dier kawin gua ader skali rombongan pengantin lelaki... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang dah femes, dan-dan ngaku kamceng
      kehkeh..

      Padam
    2. aku dengan dik wani dulu jiran.dik wani dok panggil "abe..abe" slalu aku.siap dok training goyang punggung kat luar umah.

      Padam
    3. Hahaha.... dier kawin pon terdesak itu hari... perut dah penuh... hahaha.. jadi itu pasai la.... gua plak... dah member mintak teman.. nak buat camana... terpaksa la teman... walaupun hati marah ngan tindakan memenuhkan perut tue..

      Aper pon... cukup stakat tue.. gua pon takmo nak citer lebih-lebih.. kawan dah jadi laki bini dah... hahaha

      Padam
  2. hebat giler man khan rapping..dahsyat..dahsyat.

    BalasPadam
  3. Ohh..mu oghe klate ghuponyo noob..tahnioh laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawe buke ore klate, tp kawe buleh laye la jugok K-Pop ni... Btw ucape tahnioh tu utk gapo

      Padam
    2. noob,cari awek pasir mas la noob..terbaikkkk

      Padam
    3. menurut info bini noob ada perkaitan ngan kelate...

      Padam
    4. x po noob, mu dak mboh ngaku oghe klate kek sni, kawe dop kisoh..
      tanioh sbb mampu bangga nge local talent hahaha...

      Padam
  4. uih,best jugak lagu Budok Malah Skoloh ni..layan jugak..terbaikkk

    BalasPadam
  5. Org klantan = pengotor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang negeri mana pun, kalau nak jadik pengotor tuh, pengotor jugak. Hatta orang jerman sekali pun. adaka menda macam ni classify ikut negeri, hang minum ayaq biak(ketum) ka apa?

      Padam
    2. Org klantan = poyo

      Padam
    3. at 4.38am,for such early in the morning..that is the only thing you can came out with.solat subuh pun belum masuk waktu.dahsyat

      Padam
  6. wah,... dh masuk list lagu wajib dengar..:)

    BalasPadam
  7. Ini adalah KEMALINGAN!

    Kalau ikut Standard ukuran orang2 indon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cis!seteruk-teruk video klip lagu kita..berpuluh kali ganda yang kat indon tu lagi teruk.tak caya ko cari la kat youtube..tgk la sampi kuar muntah hijau

      Padam
    2. Orang kelantan maling lagu org,bajet hollywood la sgt..cam bodo ja...ptuiih

      Padam
  8. Balasan
    1. sila bagi link video youtube yg menunjukkan video klip babi menyanyi loghat klntn.

      Padam
    2. tak jumpa jugak..abis tu camner nak buat perbandingan mcm babi atau tak?

      Padam
    3. Mungkin aku buat perbandingan Babi itu dengan kau, boleh?

      Padam
    4. aku tanpa nama,bias sikit la klu nak wat perbandingan.rasanya lebih tepat dan sunat jika dibandingkan dengan ko...jap,aku analyze....a'ah,serupa!

      Padam
    5. Kiranya kau nie expert in BABI analysis lah? Cool..

      Padam
    6. Tanpa Babi (Halal 50%)14 September 2012 pada 11:11 PG

      Kebabian apakah ini?

      Padam
    7. kira expert la jugak,skali tgk je dah boleh tau org tu mcm babi ke tak.

      Padam
  9. inilah didikan PAS kepada orang kelantan selama 22 tahun memerintah.dengan perempuan tergedik berjoget tak tentu arah,buat pula lagu2 bodoh yg melalaikan org2 kelantan.tang mana yg islamiknya? dah la lirik terang2 mempermainkan agama spt ya habibi ya maulana,sadaqallahul azim,masuk api neraka... org2 PAS ni mmg suka sangat cakap pasal syurga dan neraka mcm mereka la yg tentukan org tu masuk syurga ke neraka.kesian aku tgk rakyat kelantan,22 tahun diperbodoh2kan mcm tu ja,tapi masih tak sedar2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Danok style!

      Golok Style!

      Padam
    2. tak payah grab popcorn,xde org kelantan yg nak balas punya.diorang mana reti main internet

      Padam
    3. ini agenda umno apco penyembah yahudi pendokong iluminati untuk memburuk2kan negeri kelantan yang sesuci embun pagi dan semurni kain putih tidak bernoda. rakyat kelantan semua suciiiii.....

      Padam
    4. ikut ske ati aku la nak makan popcorn.giler.org nak makan popcorn pun tak bagi.

      Padam
    5. anpa nama 1109, anda mesti zack the poyo yg menyamar sbgai anon..tahu lak ko anti kelate sbb direct gewe kelate..kah kah kah..woii, tu je ko nmpk? Abis tu yg kt msia nie penuh maksiat, dadah, arak, judi, rogol, zina, bunuh, ragut dll lg nk salah kan bn or pm ke? Bangang lah ko nie..baik salah kn diri sendiri dari tahu nk cr salah org..individu yg buat cmtu ko nk salah kn whole pemimpin kelate n rakyat kelate? Bngang lah ko nie

      Padam
    6. tanpa nama 2:21 : artis ni memang pas. idola rakyat kelantan. kalau tak nape takde demo jalanan menentang artis ni. confirm artis ni pas yang punya. didikan bob lokman.

      Padam
    7. Mana zack? Tengah kursus kat california ke?

      Padam
    8. zack tak masuk sini dah..kalau masuk pun jadi anon je.dia dok bersantai kat blog plain83.

      Padam
    9. aik nama aku pon naik skali??? hahaha...aku pihak berkecuali yg turut makan popcorn kali ni...

      Padam
    10. zack pi nepal satu bulan lah..tgh proses meminang awek nepal..kepada tanpa nama 233ptg..hahaha..satu je nk ckp kt ko..BANGANG punya mentaliti dan penakulan mantik ko!!!

      Padam
  10. JENUH La kalau mcm ni aduh, makin ari makin pelik menular....

    BalasPadam
  11. Rasanya scene "muzik rakyat" macam ni setiap negeri ada kot. Cuma artis-artis Kelantan ni jadi famous semacam sebab videonya banyak yang viral. Heheh

    BalasPadam
  12. cam gampang hahaha.

    BalasPadam
  13. THR salam pantai timur byk main lagu diaorg. mmg best

    BalasPadam
  14. bukan setakat Kelate pop je yang glamur,animasi2 2D kelate pun top jugak..

    ya habibi win

    BalasPadam
  15. kenapa bile aku dengar x sedap mana pon? mungkin sbb aku x biasa dgn loghat kelate kot

    BalasPadam
  16. ak xtau la ade peminat ke team ni. muzik ape yg dorg bwk? xrse korg sndri yg malukn muzik sndri ke. hadoiii
    banyak lagi care na jd kretif! hok aloh!

    BalasPadam
  17. bodo diorg yg kutuk2 kelantan nih. . . kang tapak kang makan dia. . mcm tadhe keje lahn ek korg. . .

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.