Sabtu, 29 September 2012

32 Cara2 mengundi di pilihan raya kampus

Baru2 ini golongan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam seluruh Malaysia beramai2 (ramai ke?) keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kampus untuk menyaksikan perebutan kerusi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) antara Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.


Beza antara Pro-Aspirasi (Pro-A) dan Pro-Mahasiswa (Pro-M) seperti yang ditulis di sini adalah:
  • Pro-Aspirasi : Boleh dikatakan kumpulan mahasiswa yang menyokong tindakan dan dasar kerajaan
  • Pro-Mahasiswa : Apa yang kami nampak ia lebih bersifat politik kepartian

So boleh dikatakan Pro-Aspirasi macam BN versi universiti dan Pro-Mahasiswa macam PR versi universiti, walaupun Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada persoalan mengenai kumpulan2 tersebut seperti di sini:
Beliau turut menjelaskan bahawa tidak timbul persoalan mengenai kumpulan Pro-Aspirasi (Pro-A) atau Pro-Mahasiswa (Pro-M) dalam pilihan raya kampus seperti yang dilaporkan media.
"Bagi (pihak) kementerian kita tidak ada Pro-Aspirasi...tidak ada Pro-M...itu surat khabar yang buat," katanya.
Semua pengundian menggunakan sistem elektronik e-undi atau e-voting yang menyaksikan keputusan kumpulan Pro-Aspirasi telah menang besar di kebanyakan IPTA2 tempatan. So apakah kemungkinan yang menyebabkan Pro-Aspirasi boleh menang besar dan Pro-Mahasiswa boleh kalah teruk?


  • Kemungkinan sistem pengundian secara elektronik yang tidak telus atau data telah dimanipulasi seperti yang disebut oleh Nurul Izzah? Aku tak nak komen pasal ni, kita tengok dari konteks lain pula.

  • Faktor pemimpin2 dan geng2 Pro-M yang dilihat terlalu popular bak selebriti di dunia luar kampus mungkin menyebabkan para mahasiswa agak menyampah dan annoying dengan penglibatan mereka di dalam arena politik mainstream negara lalu membuatkan ramai mahasiswa samada undi Pro-A atau tak mengundi langsung.
 Adam Adli

Khalid Ismath

Safwan Anang

 Ahmad Syukri Ab Razab

  • Kena paksa dengan pihak atasan universiti agar menyokong Barisan Nasional.

  • Mahasiswa yang keluar mengundi kebanyakan hanya dikalangan geng2 Pro-A, mungkin kerana mereka ini kawan sekuliah, rakan sekolej, rakan sepersatuan dan sudah dijanjikan kalau mereka menang nanti senang la geng2 dan kroni2 mereka nak dapat duduk kolej, dapat bilik2 yang besar dan luas, single room lagi tak berkongsi dengan orang, senang nak dapat guna padang bola, dewan serbaguna, bilik komputer dan lain2 kemudahan universiti dan kolej. Kroni dan pengikut2 pro-M ni pulak tak ramai sebab ramai mahasiswa yang tak nak melibatkan diri dengan mereka, ada pulak jenis malas amik port, sbb tu yang tak dapat banyak sokongan tu.
  • Mungkin sebab Pro-A tu diorang letak calon2 kalau laki hensem2 dan kalau perempuan tu cun2 belaka secantik Diana Amir dan Shila Amzah selepas berhijab, manakala calon2 Pro-M ni... yang aku cakap yang sebaliknya jelah. Yelah mahasiswa2 ni kan kebanyakannya pun budak2 ingusan, ramai lagi tak matang, baru je lepasan2 sekolah, so rupa dan wajah juga boleh menjadi faktor orang undi calon tersebut, sebab frankly speaking, orang yang pergi mengundi tu kebanyakannya bukan kenal sepatah haram pun calon2 PRK yang diorang nak pangkah tu. (Semua gambar courtesy of Google. Nak tengok sumber drag and drop pakai Google Images macam kat tutorial ni)



Aku pun waktu sepanjang kat universiti dulu pernah sekali je pergi mengundi PRK ni, itu pun secara kebetulan aku lalu nak pergi dewan kuliah, then ada orang panggil suruh mengundi kat kafe, siapa yang mengundi dapat ubat gigi free. Student maaa, sape tak nak ubat gigi free. Aku pun pergi la beratur register dan masa nak undi tu, sorang calon pun aku tak kenal walaupun orang tu akan jadi wakil untuk fakulti aku, apatah lagi manifesto2 mereka.



So cam biasa, kalau calon lelaki aku undi yang pakai kopiah atau songkok, kalau yang perempuan aku undi mana yang cun je, lantaklah Pro-A ke Pro-M ke Pro-ton ke bebas ke. Cam sial kan hahahaha...


Dan lepas dah ada keputusan untuk perwakilan MPP tu, kehidupan aku still kat universiti still berjalan seperti biasa, sama sahaja sebelum dan selepas pilihan raya kampus. Takde orang kacau aku, takde orang juga bela aku, akulah yang kena bela diri aku sendiri di universiti dulu.
  • Kalau aku gagal subjek, tiada sorang pun yang muncul bagi bantuan. 
  • Kalau aku lulus subjek, tiada sorang pun yang muncul bagi sorakan.
  • Kalau PTPTN aku lambat masuk dari orang lain, takde sape pun nak tolong aku panjat HEP, terpaksalah panjat sendiri mengadap pegawai kat pejabat HEP tu.
  • Kalau aku tak dapat kolej masa nak masuk semester/tahun baru, aku buat rayuan, masa buat rayuan, tiada siapa pun muncul untuk tolong juga, so duduklah aku di rumah sewa di luar kampus bersama rakan2 senasib. Menyesal tak jilat geng2 MPP dan JKK ni dulu.

Entahlah, bagi mahasiswa kebanyakan dan normal seperti aku, mungkin aku tak nampak apa kepentingan pilihan raya kampus dan pemimpin2 pelajar ni. Mungkin ini sebagai simulasi kepada Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia dan juga sebagai latihan kepada mereka untuk menjadi pemimpin2 negara pada masa akan datang. Tapi beza PRU dan PRK?
  • PRU = Yang menang berkuasa dan berhak menentukan dasar2 negara/negeri serta menjadi pemimpin kepada semua rakyat malah dibayar gaji.
  • PRK = Yang menang hanya jadi balaci orang tengah kepada pihak pengurusan universiti sahaja, takde kuasa dan tak berhak menentukan apa2 dasar universiti serta menjadi pemimpin hanya kepada pelajar sahaja (walau ada ramai pelajar yang tak kenal pun sapa pemimpin pelajar diorang) dan juga buat kerja free yang tak dibayar gaji (mungkin sesetengah U ada bagi elaun).




tags: keputusan pemilihan pilihan raya kampus 2012 2013 prk apakah kepentingan mpp ahli majlis perwakilan pelajar pro-aspirasi pro-a bn pro-mahasiswa pro-m pr mahasiswa mahasiswi student pelajar ipta undi elektronik e-undi e-voting menang besar kuasai kerusi pemimpin ketua adam adli khalid ismath safwan anang ahmad syukri ab razab prof amir hashim ugut sokong umno ajk jkk jkm jawatankuasa kolej calon bilik kroni geng pangkah ptptn hep pru kehidupan universiti ipta uthm utem uitm usza ump perlis pahang kelantan ums sabah sarawak umt terengganu upnm uum usm utm upsi ukm upm uiam um mohd yusri hidrus biadap kata sarawak kuching ada mcdonalds negeri maju

32 ulasan:

  1. Aku xambik port sangat PRK kat tempat aku..
    Asal bakal MPP ni jgn jadi bodoh mcm Mohd Yusri Hidrus(Hingusan) sudeyh..

    BalasPadam
  2. same la..sepanjang belajar ni, kena paksa mengundi. tapi x pernah kenal pun calon2 tu, tak pernah tau pn pasal pro A pro M ni...baru tahun ni tau.

    selama ni undi main pangkah je mana2 yg berkenan...

    BalasPadam
  3. Dulu waktu belajar takde pun pro A atau pro M. Semua sama je.

    BalasPadam
  4. sama la noob,undi punya undi..lepas tu takde ape2 perubahan pun.ada masalah penempatan kolej ke,bantuan ape2 ke..semua settle sendiri.keje MPP,lepas menang..buat program lawatan diorang..jamuan untuk geng2 diorang..mesyuarat itu ini..pastu jamuan untuk geng2 diorang lagi..hujung tahun dapat sijil.takde ape2 sumbangan untuk student lain pun.Maka lahirla pemimpin2 yg dok isi perut sendiri,org lain dapat sisa.

    BalasPadam
  5. aku dulu penah bertanding
    geli2 pulak rasanya bila ingat kenangan lama
    tq kawan2 yg sudi membanting tulang pasang poster itu ini
    tanpa sebarang habuan depa tlg aku

    rindu rasanya nak ngaji balik
    tumpang masih muda rumaja begini
    nanti tua berbini-bini beranak pinak takut takleh fokus pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. penah bertanding tue...leh tahan poyo gak hang taufik no?

      Padam
    2. bertanding je,tp tak menang.hahaha

      Padam
    3. put aside bab poyo
      ini lebih kpd pengalaman
      i deserve to be called poyo whatsoever hehe
      but i do deserve the experience as well :)

      result dr bertanding tu amat positif
      takla menang besar, tp alhamdulillah byk yg aku belajar

      Padam
    4. fuh,tahniah bro..glamer jugak la ko ni kat U dulu.

      Padam
  6. salam,

    dulu rajin study, tak ambil port pun pilihan raya bodo kampus ni, tpi tahu bile prk, yg jdi calon rajin bagi salam lps prk jumpe kite buat x tahu ^^

    KLIK PA dapat bonus 1.5 bulan gaji, rakyat dapat naik harga gula

    BalasPadam
  7. huh meluat bila ingat balik kenangan kena paksa mengundi masa prk bodo2 kat uni dlu..siap kna ugut nak tahan result semester kalo x undi (bleh ka mcm tu?)..dan aku haram x kenal pon bdk2 yg bertanding tu, aku hentam saja pangkah mana yg paling nmpak tidak menjengkelkan LoL..

    BalasPadam
  8. Memang pun,aku mengundi sbb tgk gambar muka agak2 boleh dipercayai je.Tp haram lah MPP ni,ckp jer berdegar2,apa dorg buat utk student pun aku x tau.Mcm ko kata la noob,jd balaci,pastu ada peruntukan,manjang buat lawatan.

    BalasPadam
  9. jd MPP untuk berjalan2 ke oversea.
    ada org cakap la.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. btul,memang ada yg camtu pun kat sesetengah U.aku taknak cakap U mana,tp MPP kat sana memang dapat pegi beijing,jepun,autralia masa aku blaja dulu.kurang ajar btul.pastu dok post gmbr kat FB,tengah bersuka-ria.yg student biasa ni jgn harap la nak dpat peluang.apa motif diorang pegi oversea?apa sumbangan diorang smpi layak dapat ganjaran cmtu?trip cmtu makan belanje besar tu..

      Padam
    2. kalo dorang gi present paper ke, lawan pidato international level ke logik jugak la pihak uni/fakulti nak sponsor, sbb bawak nama baik uni, tp kalo stakat gi suka2 sbb jd 'mpp' tu mmg tak patut la..ada ke? hoho..kecik2 blom abis blajar da pandai salah guna kuasa no (kalo ada la mcm tu)..hohoho..

      Padam
    3. cik plain,ade je jenis mcm yg tnpa nama 10:12 PG tu cakap.kat U sye mse dulu pun ada gak.diorang ada trip to korea.saya tnye apa tujuan gi sana.diorang cakap pihak U nak menghargai jasa diorang.siap kuar statement "ala,bukan selalu pun..ni baru first time ada trip gi oversea".yela tu,trip ke oversea memang sekali..tp trip ke sabah sarawak dan negeri2 lain tu dah bnyak kali.jamuan khas untuk ahli MPP lagi la.sijil berkepul-kepul.

      Padam
    4. trip ke jepun aku tak p pon hahaha
      sijil berkepul2 keja sendiri jugak

      Padam
    5. ohoo ic..cmtu no? hmm msti sbb masa tu uni2 sekalian m'sia blom mengalami kegawatan ekonomi yg mnyebabkan budget jadi super tight lagi kot..sbb tu bleh bermurah hati sgt..hohoho..

      Padam
    6. Pegi obersea (student/lecturer) belanja sapa tanggung..kalau ada sponsor luar x pe..tapi kalau guna duit kerajaan ingat2 lah..kalau bawak nama malaysia mcm shila amzah x pe..

      Padam
  10. ak termasuk sebb ada gambo awek baju ijau rupa2nya tpik bosan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko mesti xpernah masuk U kan.xpun ko mesti budak2 sekolah yg xde masa depan tulis 'aku' pun pakai shortform 'ak' 'ak' sbb tu xpaham topik ni.kesian ko kan.mesti kehidupan kau bosan kan.xpe aku faham perasaan kau.kat mcd kfc byk lg kerja kosong,dah apply ke belum?

      Padam
    2. X baik cakap kawan tu xder masa depan... Kawan nak bergurau... Dah... Minta maaf balik....

      Padam
    3. dia anak org kaya,tak payah masuk U pun takpe.abis skolah trus uruskan bisnes bapa.hahaha

      Padam
  11. Ikutla...nak PRK ka..nak pro-A ka...nak pro-M ka...jgn paper sangkut n extend lama-lama sudah...kawan2 suma dah boleh grade keja..yg kita dok tua meroyan kat U lg...tua jadi prof ka dekan ka xpala jugak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..btul2,ada member aku cmtu la.pegang jawatan itu ini.tp paper tak lepas2.org lain dah abis,dia dok kelam-kabut pegang jawatan lagi.

      Padam
  12. macam tak sesuai makan popcorn je kat sini..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh makan popcorn smbil baca komik 'jahat' aku..huehehe

      http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2012/09/kaedah-menjawab-salam-yang-salah.html

      sila boldkan link pstu right click dan tekan open link..x perlu copy ke url pown hahaha...

      Padam
  13. Ok la PRU kampus ni..boleh melatih siswa/siswi bermasyarakat. Zaman skrg ni banyak graduan susah nak dapat kerja walaupun CGPA hebat. Sebab? Tak reti nak bawa diri masa temuduga. Sebab? Terlalu leka dgn dunia sendiri. Masing2 syok sendiri dgn gajet (hp/lappy/ipad), sampai nak berkomunikasi dgn manusia pun dah jadi janggal, apatah lagi nak aplikasikan ilmu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul-betul...kalau byk jawatan/ byk aktiviti waktu jadi student boleh cover CGPA yg rendah. contoh terbaik ialah saiful bukhari. walaupun beliau bodo CGPA rendah sampai kena tendang dr uniten tp disebabkan beliau MPP,beliau boleh jumpa dato' najib mintak biasiswa

      Padam
    2. Hahaha wake up bro..wake up! Grow up! Man up!

      Padam
  14. mamat sebelah bilik aku dulu pernah bertanding calon MPP..
    masa hari pengundian, waktu subuh masa aku nak pergi toilet aku nampak banyak sampah2 + risalah kutuk mamat ni kat depan pintu bilik dia..

    aku rasa macam..jadah hapa mereka mereka ni punya perangai..main busuk seh..
    ingat ni PRU ke..

    oh ya, mamat tu calon Pro-A..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.