Ahad, 23 September 2012

25 Segmen Blogger of The Month - September

Aku sangat gemar baca komik terutama manga. Disebabkan tu dari kecik lagi aku suka melukis watak2 dari komik2 yang aku baca waktu muda2 seperti Son Goku, Trunks, Yusuke Urameshi, Hanamichi Sakuragi, Dai dan macam2 lagi. Tapi masalah paling besar adalah aku tak berapa pandai nak melukis anatomi tubuh badan, kejap tangan panjang, kaki pendek, nak menggayakan suatu watak tu lagilah memang sangat fail. Sebab tu aku sangat admire orang2 yang pandai melukis nih. Oleh yang demikian, bagi bulan September 2012, blogger yang dipilih menjadi Blogger of the Month adalah Resz a.k.a Riz Calderone a.k.a Nuriz Azman, owner kepada blog http://heregoesnureese.blogspot.com/.


Beliau sangat berbakat melukis komik yang strokenya mempunyai pengaruh lukisan komik superhero US dan juga manga Jepun. Lukisan2nya yang kebanyakannya watak gadis bukan sahaja dilukis dengan begitu hot, malah gaya watak dan anatomi tubuh badan pun boleh aku katakan agak sempurna. Yang bestnya semua lukisan dilukis dan diwarna terus dalam buku lukisannya menggunakan peralatan2 seperti drawing pen, pen khat, marker pen dan macam2 lagi jenis pen lah.


Ni adalah serba sedikit mengenai Resz seperti yang di dalam blognya::
.20-something. dilahirkan didalam troli GIANT. duda anak 2. bersekolah di Sekolah Memandu Intensif. berpendidikan SRP. hobi mengira bulu ketiak kawan. kenangan manis ketika makan manisan. kesian, terima kasih.
Ha ha lawak2. Antara lukisan2 awek lain yang dihasilkan:



Antara peralatan melukis yang digunakan:

Banyak lagi lukisan2 awek lain yang cantik2 dan mantop2, nak tengok bolehlah layari blog beliau sendiri. Mungkin lepas ni beliau boleh mula melukis komik dengan lebih serius dengan bakat yang dia ada.




tags: segmen blogger of the month september 2012 draw lukis art komik kartun manga mangaka lukisan stroke barat us superhero disney pixar nickelodeon cartoon network jepun timur japan drawing pen buku watak perempuan awek girl anime dragon ball yu yu hakusho slam dunk dragon quest dai no daiboken misteri naga marvel dc comics

25 ulasan:

  1. cantik dia lukis,ala-ala komik US.ada la stail marvel sikit.berbakat besar.orangnya pun kelakar.(bnyak betul pujian yg diberikan)

    BalasPadam
  2. wah! cantiknya~ *terjah blog dia sekarang.

    BalasPadam
  3. wah giler hebat dia...


    terjahhhhhh !!!

    BalasPadam
  4. Huish memang dia mempunyai bakat yang luar biasa.. memang lawa lukisan2 hasil tangannya.. hebat lah. SubhanaAllah.

    BalasPadam
  5. Cantik, tapi tidak pernah baca komik dari dia

    BalasPadam
  6. nice.. just to share some our local dudes who have become international cartoonist/artist. have fun!

    zid:
    http://mohammadyazid.tumblr.com/
    http://dizaydammahom.blogspot.com/

    aimo:
    http://aimostudio.com/

    eisu:
    http://nopinkponies.keenspot.com/

    sarah joan:
    http://sarah-joan.blogspot.com/

    adijin:
    http://aadisalman.net/blog/

    azhar:
    http://azharsketch.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. walllaaa more eye candies XD
      oh ya sarah joan, heard abt her b4 n saw her on tv once drawing a mural for a restaurant or something, so awesome XD

      Padam
    2. she was the one who drew awek aspuri for ujang years ago, back when she was only 13/14

      Padam
    3. buat la yg click able. malas la nk copy paste

      Padam
    4. aimo & eisu... dah lama x dengar nama diorang... aku tahu masa tu awal2 2000-an aku selalu tgk devianart aimo sbb dia ada buat fanart one piece... yg sarah-joan tu yg buat awek aspuri tu ye... minat gak komik dia tu... dah berjaya dah dia yerk jadi international artist...

      btw anon, kalau malas nak copy paste kalau pakai firefox, just highlight website tu, right click dan click Open in the New Tab

      Padam
    5. check out zid, now working with top cow in some projects.. adijin kat canada jadik concept artist game kalo x silap. ada lagi zaman sekolah2 dulu bbdk yg suka anta artwork kat gempak/kreko, skang da jadik kartunis. tapi tu aku xde website diorg la, just fb:-

      shamsinar:

      https://www.facebook.com/media/set/?set=a.425861668217.224917.783858217&type=3

      amencodai:

      http://www.amencodai.blogspot.com/

      https://www.facebook.com/media/set/?set=a.108934949116888.14930.100000011494426&type=3

      (menang 24 hours comic day 2012 pekomik last may & grant winner msc malaysia ipcc animation competition ngan awek dia)

      banyak lagi..

      *selamba aku promo kat sini

      Padam
    6. oh yes, awek aspuri in ujang..time skolah dlu ada layan ujang huehehe XD

      time study dlu ada gak once submit artwork utk contest digital art Gempak mag., n menang 1st place oh gumbira hati dikala itu kekeke (mohon jgn chop gua douchebaguette dgn statement ini, saja mau kongsi info sama hime-chan) XD

      entry tu bebiase je, tp dah rezeki kot, syukur saja:
      http://plainordinary1.deviantart.com/gallery/5565113?offset=24#/d1c781j

      Padam
    7. which entry beb?yg pegang kucen tu?
      tak join bakat baru ke?

      Padam
    8. haha ya yg pegang kucen tu, x ingat lak issue gempak yg ke brapa, taon 2007, sib baik je tu..entry2 org lain after that gila2 hebat huahuahua XD

      x join bakat baru sbb pstu bz gilo ngan projek mster, masa utk tido n makan pon kne catu..tido pon mimpi sal keje LoL ^^

      Padam
    9. perperperrrghhh ade master... :p

      Padam
    10. alamak hime-chan dah terjangkit ngan sindrom tanpa nama yg suka sebut perghhh hahahaha XD

      Padam
  7. wah..pandainya dia melukis.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  8. terasa didiskriminate sebab bakat melukisku kurang menonjol
    noob bab2 mendiskriminate org memang expert hehe

    BalasPadam
  9. Errr...tiru lukisan boleh jugak sikit2..bukan tekap eyh..hehe

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.