Iklan Leaderboard

Khamis, 28 Jun 2018

5 Kenyataan rasmi dalam bahasa Cina suatu kesipuan

Beberapa hari yang lalu kenyataan media rasmi yang turut dikeluarkan Menteri Kewangan Saudara Lim Guan Eng dalam bahasa Cina (Mandarin) bersama versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikritik dan dikecam hebat, bukan hanya dari pemimpin dan penyokong pembangkang malah kebanyakan orang Melayu khususnya termasuk pengundi Pakatan Harapan pada PRU14.

Walaupun setiap orang ada pandangan yang tersendiri tentang hal ini, hakikatnya tindakan mengeluarkan kenyataan rasmi kerajaan dalam bahasa selain BM dan BI adalah suatu yang awkward, kesipuan dan kejanggalan yang tidak pernah menjadi amalan dalam kerajaan sebelum-sebelum ini, menyebabkan ramai orang Melayu mengkritik tindakan tersebut.



Selasa, 26 Jun 2018

4 Jurang kuasa antara golongan atasan dan bawahan

Dalam suatu organisasi atau hierarki sesebuah negara, masyarakat, budaya, syarikat, pasukan dan sebagainya, biasanya terdapat 2 kelompok utama iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan biasanya adalah terdiri dari para pemimpin atau bangsawan yang mempunyai kuasa, pengaruh, gelaran serta darjat yang tinggi dalam hierarki tersebut, manakala golongan bawahan pula adalah para pengikut, penyokong, rakyat atau pekerja kepada golongan atasan ini.

Di antara kedua-dua golongan ini terdapat jurang (gap) yang menjadi pemisahan antara golongan atasan dan bawahan ini. Jurang pemisahan ini boleh diukur dengan menggunakan Indeks Jurang Kuasa atau Power Distance Index (PDI).



Isnin, 25 Jun 2018

3 Internet of Things: Dominasi teknologi masa depan

Pernahkah anda bayangkan pada masa akan datang, kehidupan kita sentiasa terhubung dalam talian Internet bermula dari bangun pagi sehinggalah tidur di malam hari?

Pada pukul 6 pagi, jam anda membunyikan loceng lalu menyemak kalendar anda di Internet untuk memberitahu jadual kerja anda pada hari ini. Saat anda menekan ON pada suis lampu, pemanas air, seterika dan lain-lain peranti elektronik di rumah anda, ia akan mengumpul maklumat kepenggunaan tenaga elektrik di rumah anda dan menyimpannya di Internet untuk semakan anda.



Jumaat, 22 Jun 2018

6 Teori apakah sebenarnya harta karun One Piece?

Dalam banyak-banyak komik dan anime, pada aku komik dan anime One Piece yang paling banyak orang perbincangkan. Jalan cerita yang sangat panjang, plot yang begitu intensif, mendalam dan misteri membuatkan ramai orang bermain dengan pelbagai kajian, analisis, hipotesis, teori dan spekulasi.

Terlalu banyak perbincangan berkaitan manga One Piece di forum-forum Internet, video Youtube dan sebagainya. Setakat ini aku belum jumpa lagi komik lain yang mempunyai perbincangan yang sangat besar dan mendalam seperti One Piece.

Ini kerana anda bayangkan, setelah 20 tahun ia diterbitkan dan selepas 900 lebih chapter, masih terlalu banyak lagi misteri yang masih belum terungkai, yang antaranya seperti berikut:



Khamis, 21 Jun 2018

5 Ibu bapa dan isteri tanggung belia biawak hidup

Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Pakatan Harapan telah pun sebulan lebih terbentuk sejak PRU14, namun terdapat beberapa portfolio menteri kabinet masih belum diisi, antaranya adalah Menteri Belia dan Sukan yang akan menerajui Kementerian Belia dan Sukan. Antara nama yang hangat diperkatakan untuk mengisi kekosongan itu adalah Syed Saddiq, Nurul Izzah, Fahmi Fadzil dan Nik Nazmi.

Namun aku bukan nak bercerita sangat tentang siapakah calon yang paling sesuai jadi Menteri Belia dan Sukan, tapi lebih kepada isu berkaitan BELIA. Bab sukan aku taknak tulis sangat sebab sukan ini suatu yang lebih teknikal dan unik, tidak semua orang terlibat dengan sukan, tetapi semua orang pasti melalui fasa menjadi belia. Aku harap siapa pun yang akan menjadi menteri nanti, dia akan dapat mengambil berat tentang isu ini, iaitu isu biawak hidup di kalangan belia.



Khamis, 14 Jun 2018

4 Koleksi 100 ucapan dan pantun Hari Raya Aidilfitri

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di sini kami kongsikan juga 100 koleksi ucapan dan pantun raya yang boleh anda guna dan hantarkan kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan dan sebagainya di Facebook, Whatsapp, Telegram, SMS, Twitter dan sebagainya.



Selasa, 12 Jun 2018

6 Suasana Ramadhan pertama di bawah kerajaan baru

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Suasana di bulan Ramadhan setiap tahun biasanya lebih kurang sahaja. Apabila Ramadhan mula henda melabuhkan tirainya, bazar Ramadhan sudah semakin lengang. Ramai orang sudah mula bercuti dan pulang ke kampung halaman. Penduduk di bandar sudah mula menyusut dan kampung-kampung sudah mulai ramai. Namun Ramadhan tahun ini nampaknya ada perbezaan sikit di mana tiada begitu banyak lagi kontroversi seperti tahun-tahun sudah.



Sabtu, 9 Jun 2018

6 Wajarkah UiTM dibuka kepada semua kaum?

Seperti yang umum tahu, UiTM atau Universiti Teknologi Mara sejak dari awal penubuhannya sebagai Dewan Latihan RIDA adalah institusi pengajian tinggi yang hanya mengambil pelajar di kalangan kaum Bumiputera sahaja iaitu Melayu, Orang Asli, dan semua etnik kaum Sabah Sarawak seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya.

Namun baru-baru ini, malah sebenarnya dari beberapa tahun dulu lagi, UiTM sering menjadi isu di mana terdapat pihak-pihak yang menuntut dan mendesak agar UiTM buka kemasukan kepada semua kaum, yakni kaum selain bumiputera seperti kaum Cina dan India malah warga asing juga layak untuk masuk UiTM. Maka adakah wajar, UiTM dibuka kepada semua kaum?



Khamis, 7 Jun 2018

4 Perangai toksik yang boleh merosak perhubungan

Dalam sebuah perhubungan yang berasaskan kepada cinta di antara pasangan lelaki dan wanita, terutama bagi yang sudah berumahtangga, perlu ada sikap toleransi, bertolak ansur, saling memahami dan hormat menghormati antara satu sama lain. Tidak dinafikan dalam sebuah hubungan cinta pasti ada pasang surut dan naik turunnya, namun apabila sudah lama menjalinkan hubungan, kadang kala kita tidak sedar bahawa tingkah laku kita mengundang keretakan dan perpecahan.

Bagi mengekalkan kebahagiaan untuk tempoh yang lama, kedua-dua pasangan perlu mengelakkan daripada melakukan tabiat yang toksik dalam perhubungan  atau 'toxic relationship' yang boleh menyebabkan suatu hubungan percintaan itu akhirnya pudar, rosak, binasa dan menuju kehancuran.



Jumaat, 1 Jun 2018

4 Menaiki pengangkutan awam bukan budaya kita

HSR batal. Kos RM110 billion.
MRT3 batal. Kos RM40 billion.
ECRL dalam kajian. Kos RM66 billion.

Harap dengan pembatalan projek pengangkutan awam jenis tren ini, kerajaan dapat menambah dan menaiktaraf jalan serta lebuhraya yang kosnya jauh lebih rendah.

PLUS kos RM6 billion.
LPT1 kos RM1.3 billion.
LPT2 kos RM1.8 billion.
Pan Borneo RM27 billion.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...