Tiada lagi pergaduhan semata-mata nak rebut tapak bazar Ramadhan.
Tiada lagi insiden berebut tempat letak kereta di bazar sampai baling-baling selipar.
Tiada lagi orang kena pukul sebab terletak kereta di tapak bazar Ramadhan.
Tiada lagi orang memperjuangkan isu ntah apa-apa seperti wanita datang bulan makan secara terbuka.
Tiada lagi pejuang bazar Ramadhan menghalau orang bukan Islam bagi kurma di bazar.
Tiada lagi pihak yang buat perangai samseng dalam bulan puasa kerana rasa kebal dan berkuasa.
Tiada lagi isu-isu besar hingga melibatkan ketegangan dan kebencian di antara kaum dan agama.
Adalah insiden seperti pertelingkahan di antara majlis perbandaran dengan peniaga yang tiada lesen, tapi tidak banyak isu-isu kontroversi yang menjadi viral seperti tahun-tahun sebelum.
Baguslah.
Mungkin tahun ini masyarakat kita sudah semakin matang.
Mungkin masyarakat sudah bosan nak bergaduh.
Mungkin juga malas dah nak memperjuangkan hal-hal ntah apa-apa.
Mungkin sebab kita lebih tertumpu kepada isu-isu berkaitan politik.
Mungkin juga kerana ini adalah Ramadhan dan Syawal pertama kita sambut di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia yang baru, maka isu dan suasana yang dirasai amat berbeza dari sebelum ini. Kita menjadi berhati-hati, bertoleransi dan bersederhana dalam segala tingkah laku dan kelakuan kita.
Semoga ia berterusan dan menjadi semakin baik di masa akan datang.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.
tags: bulan ramadhan ramadan syawal kerajaan baru malaysia isu semasa gaduh peniaga penguatkuasa majlis perbandaran mpk majlis klang tiada lesen
nak bisjut?
BalasPadamBisjut kepala bapak ko barua
PadamNoob boleh beri penjelasan tak? Kenapa janggut dn bulu ketiak cpt tumbuh berbanding rambut? Bulu kemaluan kalau kita cukur seminggu dh tumbuh blik tapi kenapa rambut tk tumbuh lps gugur?
BalasPadamSebab biasanya dekat pencukur ada cecair alovera. Alovera atau lidah buaya berupaya untuk lebatkan rerambut atau sesuai untuk merawat parut, alovera juga adalah kaedah yabg digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi untuk melariskan pisau cukur.
PadamAnak puteri Diana pun gugur rambut.duit byk tapi tak mahu buat rambut.
PadamAnom 7:51 PG....boleh tak pegi tanya MB Kedah...hahahaha
BalasPadam