Isnin, 25 Februari 2019

6 Sisi negatif bantuan secara tunai dari kerajaan

1. Suatu ketika dahulu kerajaan memberi banyak bantuan kepada rakyat dalam bentuk subsidi pukal di mana subsidi disekalikan dalam harga barang atau perkhidmatan.

2. Antara contoh subsidi pukal dalam harga barang adalah subsidi minyak kenderaan, gula, tepung, beras, minyak masak, LPG dan sebagainya, manakala subsidi pukal dalam perkhidmatan adalah subsidi pendidikan di sekolah dan universiti awam, subsidi kesihatan dalam mendapatkan rawatan dan perubatan di klinik/hospital kerajaan dan sebagainya. Dengan subsidi pukal ini, rakyat dapat membeli barangan serta mendapatkan perkhidmatan tertentu dengan harga yang lebih rendah dari kos sebenar.



Jumaat, 22 Februari 2019

9 Jumlah penjawat awam perlu dikurangkan?

Jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Perdana Menteri, jumlah berkenaan meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Apabila saya letak jawatan jumlah anggota pentadbiran hanya satu juta sahaja sekarang sudah meningkat kepada 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan, di sini pada Khamis.



Selasa, 19 Februari 2019

3 Rupa pelik janggut bila dilihat dari bawah

Kita biasa melihat wajah lelaki yang mempunyai janggut dan jambang yang lebat. Namun cuba bayangkan pula bagaimana rupa janggut jika dilihat dari bawah?

Boleh kata pelik, kelakar, dan juga menyeramkan sampai terbawa-bawa dalam mimpi.



Isnin, 18 Februari 2019

2 Is life a competition? Is life really a race?

Since we were children we are taught to compete. Day after day the habit of competing with others is shaped. When we less expect it that habit is created, and our whole life becomes a competition, a competition where we need to beat others in order to be successful.

But is life really a competition?
Is life really a race?
Do we need to compete in order to be successful?
It is the act of competing with others what give us true victory?
Can the result of a competition really define a human being?



Rabu, 13 Februari 2019

15 Blog politik popular sebelum zaman kejatuhan

Sebelum media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter menjadi wadah utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan politik, wujudnya banyak blog dan portal berkaitan politik pada awal 2000-an sehingga 2015.

Pada waktu itu biasanya blog dan portal politik ini dikendalikan oleh penyokong politik, cybertrooper dan individu bebas, tidak seperti hari ini di mana kebanyakan ahli politik sudah mempunyai akaun media sosial sendiri.

Blog dan portal inilah tempat tumpuan para netizen terutama peminat politik sehingga menjadi sarang untuk mendapatkan maklumat, berdebat dan bergaduh di ruangan komen dan forum.



Selasa, 12 Februari 2019

3 Senjata makan tuan kerajaan PH tuah pembangkang

Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan. Dari isu u-turn macam-macam dasar, ke isu menteri dibabikan usahawan, ke sijil kelulusan yang diragui, ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik, macam-macam hal. Pembangkang tak perlu susah-susah cari isu, perjuangkan itu ini untuk rakyat. Mereka cuma perlu ungkit balik janji dan kata-kata lama pemimpin kerajaan hari ini sudah cukup untuk membuatkan sokongan beralih arah.


Sabtu, 9 Februari 2019

6 Brotherhood dalam politik yang sangat jelek

Baru-baru ini ada isu di mana seorang ahli politik yang mempunyai jawatan dalam kerajaan telah terkantoi kerana mempunyai sijil akademik sarjana muda yang diperolehi dari sebuah universiti bogus atau universiti palsu di luar negara yang menawarkan sijil akademik secara online, lalu beliau bukan sahaja mempertahankan kelayakannya malah kepimpinan dan ahli politik yang se-parti dengannya juga turut mempertahankannya.

Maka apa beza kepimpinan kerajaan hari ini dengan yang dulu, yang tak sanggup menghukum dan terus mempertahankan kesilapan yang dilakukan oleh ahlinya sendiri? Rakyat sudah muak dan jelek dengan sikap brotherhood dalam parti politik.



Jumaat, 8 Februari 2019

4 Sekolah VS Homeschool: Mana lebih baik?

Dulu ibu bapa kebiasaannya akan menghantar anak ke sekolah untuk mendapat pendidikan secara formal. Namun zaman sekarang ramai ibu bapa termasuk juga segelintir selebriti yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah sebaliknya mendidik sendiri anak di rumah (homeschooling) dengan silibus kementerian atau silibus sendiri. Maka apakah kelebihan dan kekurangan sekolah dan juga homeschool? Antara kedua-duanya manakah yang lebih baik untuk perkembangan anak-anak?



Rabu, 6 Februari 2019

3 Rahsia menjadi usahawan berjaya di usia muda

Sekarang ini ramai orang mahu jadi usahawan atau ahli perniagaan. Ada yang menceburi bidang perniagaan kerana minat, ada yang kerana terpaksa, ada yang kerana tidak dapat kerja dan sebagainya. Ada ahli perniagaan yang merendah diri, ada juga ahli perniagaan yang memandangan rendah pada orang yang kerja makan gaji. Namun nak menjadi ahli perniagaan bukanlah suatu yang mudah lebih-lebih lagi di usia yang muda.

Jadi bagaimanakah apabila ada usahawan muda yang telah berjaya klaim dirinya bermula dari bawah? Apakah sebenarnya rahsia menjadi ahli perniagaan yang berjaya di usia yang muda?



Isnin, 4 Februari 2019

2 Usah biar dunia mengubah senyuman dan kebaikanmu

Pernahkah anda dimarahi, dikeji, dianiaya, dizalimi, dicaci, dimaki oleh orang lain sehingga anda rasa dunia dan hidup ini sudah tidak lagi bermakna?

Pernahkah anda rasa kesedihan, kesakitan, kesepian, kekecewaan yang teramat dalam sehingga anda tidak mampu lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda?

Pernahkah anda rasa putus asa dengan masyarakat, orang sekeliling dan tidak mahu lagi berbuat kebaikan kerana anda jarang menerima kebaikan dari orang lain?

Pernahkah anda rasa sangat benci pada orang lain hingga anda rasa lebih baik anda hidup mementingkan diri daripada terpaksa menyusahkan diri membantu orang lain?