Sekolah VS Homeschool...
1. Zaman dulu ramai orang yang menghantar anak ke sekolah.
2. Hari ini makin ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah. Mereka memilih untuk mengajar anak di rumah atau homeschool.
3. Homeschool ini boleh jadi ibu bapa yang mengajar sendiri anak mereka, menghantar ke pusat tuisyen atau mengupah guru persendirian untuk mengajar anak mereka.
4. Bila tiba masanya mereka akan hantar anak mereka ke pusat peperiksaan untuk menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 atau SPM sebagai calon persendirian. Itu pun kalau mereka mahu juga anak mereka duduki peperiksaan, kalau tidak memang tiada langsunglah sijil pendidikan anak itu
5. Homeschool sebenarnya menuntut pengorbanan yang sangat besar oleh ibu bapa, lebih dari menghantar anak mendapat pendidikan formal di sekolah.
6. Mereka perlu luangkan banyak masa dan tenaga untuk mengajar sendiri anak mereka, yang mungkin terpaksa mengorbankan pekerjaan mereka, atau mengeluarkan banyak belanja untuk mengupah orang lain mengajar anak mereka.
7. Manakala ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah terutama sekolah kerajaan pula belanjanya lebih kurang dan anak-anak mendapat pendidikan yang formal dari guru-guru.
8. Ada ibu bapa mungkin memilih untuk homeschool anak mereka kerana mahu anak mereka hanya fokus pada pelajaran, selain ibu bapa 'over protective' yang mahu melindungi anak mereka dari pengaruh negatif kawan-kawan sekolah lain, atau mungkin juga kerana tidak meyakini sistem pendidikan negara dan tidak percayakan orang lain untuk mendidik anak mereka.
9. Sama ada masukkan anak ke sekolah atau pun homeschooling, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, dan ia ada pilihan ibu bapa itu sendiri.
10. Walaubagaimana pun pada pandangan aku, memasukkan anak ke sekolah adalah lebih baik dari homeschool. Tak dinafikan dengan homeschool ibu bapa boleh fokus memberi pendidikan terbaik untuk anak-anak, namun mereka tidak akan memperoleh kemahiran 'soft skills' serta pengalaman yang mereka hanya boleh dapati di sekolah.
11. Setiap orang hanya melalui fasa pembelajaran di zaman anak-kanak dan remaja ini sekali sahaja seumur hidup dalam tempoh 11 atau 12 tahun, selepas itu mereka akan mula menempuh alam dewasa.
12. Selain dari mendapat pendidikan akademik, dalam tempoh inilah mereka akan belajar bagaimana untuk bermain, bersukan, berpersatuan, berkawan, bergaul, berkomunikasi, berbincang, bertoleransi, pengurusan, mengikuti rombongan, perkhemahan, berdikari dan lain-lain aktiviti selain pembelajaran akademik.
13. Pendek kata, masa inilah para kanak-kanak dan remaja akan mula belajar cara untuk hidup bermasyarakat sekaligus meningkatkan kemahiran 'soft skills' mereka, dan mereka boleh merasai pengalaman tersebut hanya di sekolah. Orang yang belajar secara homeschool tidak akan dapat merasai semua pengalaman tu. Lagipun, bila lagi kita nak melalui pengalaman itu kalau bukan di zaman persekolahan? Bila dah dewasa nanti dah tentu kita tak dapat mengalaminya lagi.
14. Orang yang bersekolah juga akan mendapat lebih ramai kawan berbanding orang yang homeschool. Masa anak-anak kecil ibu bapa mungkin tidak nampak sangat kepentingan anak-anaknya berkawan, namun bila anak dah besar nanti barulah kita akan nampak betapa pentingnya anak-anak mempunyai kawan, lebih-lebih lagi kawan-kawan rapat yang dikenali sejak kecil.
15. Sebab bila anak-anak ini sudah besar, selain ahli keluarga, dengan kawanlah mereka akan sering bersama meluangkan masa dan saling tolong menolong apabila ada yang ditimpa musibah, macam kita juga.
16. Itulah pentingnya ibu bapa mendedahkan anak tentang kemahiran berkomuniti bermula dari peringkat awal lagi di sekolah untuk melatih mereka berdikari dan bercampur dengan masyarakat.
17. Di sekolah secara tidak langsung anak-anak akan belajar hidup berdikari. Anak-anak yang homeschool atau yang ibu bapanya terlalu 'over protective' sebenarnya akan menjadikan anak kurang pandai untuk berdikari, dan juga boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mereka menghidapi sindrom 'social awkwardness'.
18. 'Socially awkward' adalah suatu sindrom di mana seseorang mempunyai masalah untuk bergaul dan bercampur dengan orang lain. Mereka tidak begitu pandai berkawan menyebabkan mereka kurang mempunyai kawan yang rapat.
19. Cara pergaulan dan komunikasi mereka juga agak lemah sehingga sering mendatangkan rasa janggal dan kurang selesa pada orang lain. Mereka juga kurang rasa empati serta tidak pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masyarakat menyebabkan orang lain rasa 'annoying' dan 'irritating' terhadapnya. Mereka gagal untuk membaca emosi, bahasa badan dan perasaan orang lain sehingga adakalanya tersakiti hati orang lain tanpa mereka sedari.
20. Bahkan akibat terlalu dikongkong ibu bapa, masalah 'socially awkward' anak-anak ini akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa menyebabkan mereka akan ada masalah untuk bergaul dengan rakan sekuliah, rakan sebilik, rakan serumah, rakan di tempat kerja, jiran tetangga dan sebagainya.
21. Walaupun mereka mahu bercampur dengan orang lain cuba untuk berkawan, berbual, beramah mesra dengan orang lain, namun biasanya ia akan menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain kerana tidak kena cara kerana kurang pengalaman bergaul ketika zaman kanak-kanak dan remaja.
22. Bukanlah semua orang yang homeschool itu akan mempunyai sindrom ini, namun kecenderungan orang yang homeschool untuk mendapat sindrom ini lebih tinggi berbanding orang yang pergi ke sekolah. Orang yang pergi sekolah juga boleh menghidap sindrom ini jika mereka sering dibuli atau dipulau rakan, terlalu dikongkong oleh ibu bapa atau tidak pandai berkawan.
23. Namun semuanya terpulang kepada ibu bapa juga bagaimana nak mendidik, mencorak dan membentuk personaliti anaknya. Nak hantar ke sekolah ke, nak homeschool ke, terpulang. Asalkan kita jaga akhlak anak kita supaya dia tak menyusahkan orang lain dan menjadi orang yang baik bila mereka dewasa nanti dah cukup baik.
24. Cuma aku harap jangan diabaikan terus pendidikan mereka dan langsung tidak menduduki peperiksaan yang utama seperti UPSR, PT3 dan SPM. Memang rezeki itu milik Allah, tapi kita juga disuruh berusaha untuk memperoleh rezeki itu. Hakikatnya di zaman ini belajar dan memperolehi sijil akademik itu juga adalah satu cabang usaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih luas dan baik.
25. Masa kita kecil dulu pun ibu bapa kita hantar kita ke sekolah untuk menimba ilmu dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, kenapa tidak kita?
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.
tags: sekolah kerajaan swasta public school vs homeschool home belajar sendiri di rumah calon persendirian suhaimi saad ina naim anak tak pergi sekolah
aku setuju dgn semua pendapat yg diutarakan. kalau homeschool, mungkin secara akademik budak akan jadi lebih pandai (sebab lebih fokus pd pembelajaran). tapi bila dah besar nanti berkemungkinan akan mengalami masalah untuk bergaul dengan orang lain. selain daripada tu, banyak lagi soft skill yang diorang tak boleh pelajari dengan homeschool. how to overcome problem (other than academic), how to handle stress yang disebabkan oleh persekitaran, decision making, dan macam-macam lagi yang tidak melibatkan bidang akademik. kat mana lagi nak belajar benda2 gitu kalau bukan kat sekolah.
BalasPadamtapi kan aku ramai je kawan2 sekolah takde soft skill, tak pandai overcome problem, tak boleh handle stress, tak pandai buat kerja dan macam2 lagi yang sepatutnya boleh dapat di sekolah, malah akedemik pun bukan main hebat..
Padamsebab tu cakap tak semuanya memandangkan bilangan yang masuk sekolah pun ramai, mesti ada yang pandai ada yang kurang, ada yang hebat soft skills ada yang kurang, berdasarkan macam-macam faktor juga seperti point no. 22. orang yang homeschool pun soft skillsnya boleh jadi hebat kalau mak ayah dia banyak hantar dia ke macam-macam program dan persatuan untuk lakukan aktiviti-aktiviti selain pembelajaran akademik, cuma nak kena belanja lebih banyaklah.
Padamnak bisjut?
BalasPadam