Sabtu, 9 Februari 2019

6 Brotherhood dalam politik yang sangat jelek

Baru-baru ini ada isu di mana seorang ahli politik yang mempunyai jawatan dalam kerajaan telah terkantoi kerana mempunyai sijil akademik sarjana muda yang diperolehi dari sebuah universiti bogus atau universiti palsu di luar negara yang menawarkan sijil akademik secara online, lalu beliau bukan sahaja mempertahankan kelayakannya malah kepimpinan dan ahli politik yang se-parti dengannya juga turut mempertahankannya.

Maka apa beza kepimpinan kerajaan hari ini dengan yang dulu, yang tak sanggup menghukum dan terus mempertahankan kesilapan yang dilakukan oleh ahlinya sendiri? Rakyat sudah muak dan jelek dengan sikap brotherhood dalam parti politik.


Political Brotherhood...

1. Semangat brotherhood itu bagus. Biasanya ia dikaitkan dengan persahabatan antara sekumpulan lelaki yang rapat dan utuh.

2. Orang perempuan juga ada sisterhood namun biasanya brotherhood itu lebih banyak berbanding sisterhood. Kerana apa? Aku belum mahu ulas yang itu lagi.

3. Brotherhood ini adalah suatu perlambangan bagi persahabatan, kekuatan, perpaduan dan kesetiaan dalam sebuah kumpulan atau organisasi.

4. Hubungan akrab dalam brotherhood sangat rapat seperti saudara dan keluarga sendiri walaupun tiada pertalian darah.

5. Jika ada kawan yang ditimpa musibah, kawan-kawan brotherhood sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan.

6. Jika ada kawan yang menghadapi masalah, kawan-kawan brotherhood sentiasa ada untuk mempertahankan kawannya.

7. Nak membina brotherhood ini bukan mudah, biasanya setelah sekumpulan itu bersama untuk tempoh masa yang lama dan sudah melalui banyak onak duri dan menghadapi susah senang bersama-sama.

8. Sebab itu brotherhood biasanya terdiri daripada rakan-rakan seklik sejak zaman sekolah, geng masa belajar di universiti, geng mat motor, geng yang join satu kelab atau persatuan yang sama dan sebagainya.

9. Brotherhood ini memang sangat bagus, kecuali dalam politik.

10. Tak dinafikan dalam parti politik sendiri banyak brotherhood, saling tolong menolong, saling mempertahan antara satu sama lain, tapi rakyat tak suka semua tu.

11. Bila ada ahli politik pegang jawatan dalam kerajaan, rakyat tak mahu dia bagi jawatan dan projek kepada brotherhoodnya. Bila ada ahli politik yang buat salah, rakyat tak mahu brotherhoodnya tetap menyokong dan mempertahankannya.

12. Apa yang rakyat mahu, apabila ahli politik dah ada jawatan dalam kerajaan, projek kerajaan ditauliah secara telus dan terbuka. Apa yang rakyat mahu, apabila ada ahli politik yang terkantoi buat salah dan kesilapan, dia sendiri meminta maaf dan meletak jawatan. Ahli partinya pula tak perlu mempertahankannya dan turut mempertahan dan mengambil tindakan atas kesalahannya.

13. Ini amalan yang kita lihat sejak dulu lagi, tak kira siapa yang memerintah, bila dah ada kuasa sikit bagi projek dan pangkat pada kroni atas dasar brotherhood. Bila ada pemimpin yang buat silap, berduyun-duyun ahli politik yang sama parti dengannya hanya menutup mata buat-buat tidak tahu atau sanggup memperbodohkan diri mempertahankan kesalahannya atas dasar brotherhood.

14. Kat belakang kami kau orang nak brotherhood ke nak bertepuk-tepuk bahu ke nak menangis ketawa bersama-sama ke lantak korang lah, tapi dah salah tu hukumlah. Rakyat tak peduli kau dengan brotherhood parti korang. Kami tak peduli pun kau menteri mana ketua cawangan mana parti mana, tak mendatangkan kepentingan pun pada kami.

15. Yang kami tahu kalau dah salah, jatuhkan hukuman. Benda salah nak pertahankan apa lagi, ingat rakyat ni tak tahu apa-apa ke? Ingat zaman sekarang takde Internet ke? Kau nak perbodohkan siapa lagi?

16. Bak kata pepatah, jatuhnya sesebuah kepimpinan bukanlah kerana bodohnya pemimpin, tetapi kerana kebodohan orang yang terus menyokong dan mempertahankan kebodohan pemimpinnya.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (ENIGMA) yang baru di sini - http://bit.ly/buybotk6.

https://buasirotak.blogspot.com/p/buasir-otak-komik-enigma-sambungan-1-2.html

https://buasirotak.blogspot.com/p/blog-page_84.html




tags:sikap political brotherhood sisterhood siblinghood ahli politik kantoi sijil degree palsu fake bogus university beli pertahan ph bersatu marzuki yahya 

6 ulasan:

  1. Yaa..apa boleh buat..tipu diri sendiri xpe,jgn tipu rakyatt udahlahh..klau dijepun mungkin dh ltk jawatan..paling aku jelek dgn maslee chapang tuu..sebelom jadi menteri nmpk mcm bijak dh jadi menteri hampeh..

    BalasPadam
  2. Sisterhood lebih rapuh dan lemah berbanding brotherhood kerana sifat kebanyakan org perempuan yg suka bersaing dan tidak mahu kelihatan lebih lekeh dari rakan perempuannya sendiri. Perempuan lebih mudah mengkhianati rakan perempuannya sendiri. Tidak semua tapi kebanyakannyalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yerr kerr..Membawang jerr kerjanya..๐Ÿ ๐ŸŒฐ๐Ÿ†

      Padam
    2. Membawang kepala bapak ko. Lahanat

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...